Perihal SAKA

View previous topic View next topic Go down

Perihal SAKA

Post by abu_muadz on Thu Sep 13, 2012 5:03 am

Assalamualaikum,
Semalam ana dipanggil oleh jiran2 pada pukul 1:50 pagi untuk tengok salah seorang jiran kami yang meracau. Jiran kami ni lelaki, selama yang ana kenal dia, dia memang cakap baik2 & suka senyum tetapi malam tadi dia berubah jadi macam marah2 dan cakap bukan2 terhadap keluarga dia.

Menurut isteri dia, bapa kepada suami dia ni memang ada bela 'saka'. Ada keluarga dia pesan jangan selalu sangat jenguk bapa dia kat kampung tu takut kena perturun saka ni. Bapanya masih sihat dan berumur dalam 70 tahun. Jadi, pada hari raya lepas dia telah balik ke kampung dan semenjak itu perangai dia berubah. Mula2, keluarganya kata dia macam kemurungan lepas balik raya, tak banyak bercakap dengan orang. Jiran2 yang selalu sembang dengan dia pun perasan. Masa ana pergi beraya rumah dia pun dia macam cakap nak tak nak dan mengelak dari bertembung mata (eye contact).

Semalam, selepas maghrib dia mula meracau dan cakap bukan2 terhadap keluarga dia. Dia cakap bapa dia orang jahat, dia tuduh isteri dia macam2. Masa ana pergi tengok, dia tak pandang ana. Memang ana tak pernah mengubati atau merawat orang yang terkena macam ni tetapi semalam kami cuba dapatkan ustaz yang bertauliah daripada Darus Syifaa tidak dapat walaupun dia tinggal di satu perumahan dengan kami. Ana bagi dia minum air zam zam yang dibacakan Al-fatihah dan dia minum macam biasa ajer.

Selepas itu, ada ustaz & pak imam datang dalam kul 3pagi. Dia suruh ustaz & pak imam duduk dan dia bagi tazkirah. Siap baca ayat Al-Quran & minta ustaz terjemahkan. Lepas dia bagi tazkirah tu dia halau semua orang balik. Pak Imam pun kata tak dapat nak baca ruqyah sebab tengok dia macam boleh jadi agresif kalau tak keluar dari rumah dia.

Pagi ni tak tahu apa kesudahannya, waktu ana pergi solat subuh lalu depan rumah dia dan nampak dia berkopiah mungkin nak solat subuh.

Pak THTL atau forumner yang lain ada pengalaman buang saka tak?
avatar
abu_muadz
AHLI
AHLI

Posts : 23
Points : 29
Join date : 25/11/2011

Back to top Go down

Re: Perihal SAKA

Post by abu_aisyah on Thu Sep 13, 2012 5:14 am

abu_muadz tinggal dimana?
avatar
abu_aisyah
AHLI SETIA
AHLI SETIA

Posts : 762
Points : 978
Join date : 03/06/2012
Age : 31
Location : bandar baru bangi, bandar tun razak

http://www.facebook.com/eveekids

Back to top Go down

Re: Perihal SAKA

Post by abu_muadz on Thu Sep 13, 2012 5:16 am

Ana tinggal di Sungai Buloh.
avatar
abu_muadz
AHLI
AHLI

Posts : 23
Points : 29
Join date : 25/11/2011

Back to top Go down

Re: Perihal SAKA

Post by abu_muadz on Thu Sep 13, 2012 5:27 am

Latest ana dapat sms. Alhamdulillah saka tersebut dapat dikeluarkan. Ada jiran satu lagi bawa jumpa dengan ustaz yang bertauliah daripada Darus Syifaa pagi tadi.


Soalan:
1) Apakah yang dikatakan 'saka' ni? Jin? Jika jin adakah jin islam boleh juga jadi saka?

2) Adakah ayat2 tertentu daripada Al-Quran atau sunnah yang boleh dibaca untuk halaunya?
avatar
abu_muadz
AHLI
AHLI

Posts : 23
Points : 29
Join date : 25/11/2011

Back to top Go down

Re: Perihal SAKA

Post by thtl on Thu Sep 13, 2012 6:22 am

1. saka dari singkatan pesaka. Ia adalah jinn yg dibela scara turun temurun oleh keluarga dan mesti diwarisi bila pembelanya mati

2. membuang saka memerlukan khidmat dukun yg bertauliah
avatar
thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: Perihal SAKA

Post by nurhidayah on Thu Sep 13, 2012 12:25 pm

Assalammualaikum,

Ustaz, macam mana nak tahu kita ada saka? Macam yang saya kata di thread mimpi, saya selalu mimpi perkara aneh (terjatuh, terkejut, ditindih, mimpi bayi, tempat kotor dsbg). Saya juga sering melihat kelibat hitam, terutamanya jika terlalu bersedih.

Saya risau, nenek saya seorang pengamal rawatan tradisional ( pandai mengubat). Method pengubatan nya (yang saya lihat) adalah menggunakan kain kuning, malah juga menilik menggunakan daun terup. Ibu ada memberitahu, berkemungkinan nenek mempunyai saka. Ibu saya cuma dua beradik sahaja, cucu perempuan nenek cuma 3 orang sahaja (2 telah berkahwin, dan 1 belasan tahun).

Sebelum ini, sepupu saya (yang dewasa) juga pernah kerasukan dan didampingi. Apabila mendengar azan, dia akan meracau. Sekarang, saya kurang pasti dengan keadaannya. Tapi dia telah dikurniakan sepasang anak.


Seperti yang saya kata sebelum ni ustaz, gangguan melalui mimpi tu bertambah kerap bila saya bersedih atau fikiran terganggu.

Apa pandangan ustaz? Mohon diberi penjelasan ya, ustaz.

nurhidayah
AHLI
AHLI

Posts : 53
Points : 71
Join date : 12/09/2012
Age : 32
Location : Kota Kinabalu

Back to top Go down

Re: Perihal SAKA

Post by abu_muadz on Thu Sep 13, 2012 12:31 pm

wa'alaikumussalam,

Saya bukan ustaz tapi melalui pemerhatian saya, memang 'benda halus' ni akan menganggu jika kita kemurungan (depression) atau stress. Jadi, cuba amalkan ayat2 isti'adzah yang bersumberkan Al-Quran & sunnah (boleh lihat dalam buku Hisnul Muslim). Semoga Allah memberikan perlindungan kepada saudari daripada gangguan2 tersebut.
avatar
abu_muadz
AHLI
AHLI

Posts : 23
Points : 29
Join date : 25/11/2011

Back to top Go down

Re: Perihal SAKA

Post by abu_aisyah on Thu Sep 13, 2012 6:06 pm

nurhidayah wrote:Assalammualaikum,

Ustaz, macam mana nak tahu kita ada saka? Macam yang saya kata di thread mimpi, saya selalu mimpi perkara aneh (terjatuh, terkejut, ditindih, mimpi bayi, tempat kotor dsbg). Saya juga sering melihat kelibat hitam, terutamanya jika terlalu bersedih.

Saya risau, nenek saya seorang pengamal rawatan tradisional ( pandai mengubat). Method pengubatan nya (yang saya lihat) adalah menggunakan kain kuning, malah juga menilik menggunakan daun terup. Ibu ada memberitahu, berkemungkinan nenek mempunyai saka. Ibu saya cuma dua beradik sahaja, cucu perempuan nenek cuma 3 orang sahaja (2 telah berkahwin, dan 1 belasan tahun).

Sebelum ini, sepupu saya (yang dewasa) juga pernah kerasukan dan didampingi. Apabila mendengar azan, dia akan meracau. Sekarang, saya kurang pasti dengan keadaannya. Tapi dia telah dikurniakan sepasang anak.


Seperti yang saya kata sebelum ni ustaz, gangguan melalui mimpi tu bertambah kerap bila saya bersedih atau fikiran terganggu.

Apa pandangan ustaz? Mohon diberi penjelasan ya, ustaz.

tanda2tu mmg adda ciri2 diganggu lah (bedasarkan pengalaman).perlu buat rawatan sendirian (amalan zikir,membaca dan mendengar selalu ayat quran,mentadabbur ayat quran dll) dan berubat dengan perawat.

apa yg nenek saudari buat tu boleh menimbulkan tanda tanya,dan elok saudari elakkan.cuba nasihati dia.

jika saudari mahu perawat/ustaz yg mungkin saudari boleh bertanya lanjut,nnt saya PM saudari no mereka.
avatar
abu_aisyah
AHLI SETIA
AHLI SETIA

Posts : 762
Points : 978
Join date : 03/06/2012
Age : 31
Location : bandar baru bangi, bandar tun razak

http://www.facebook.com/eveekids

Back to top Go down

Re: Perihal SAKA

Post by nurhidayah on Fri Sep 14, 2012 3:34 am

Terima Kasih saudara.

Saya tertarik dengan kata-kata ustaz thtl di sebuah thread lain, berkenaan mengapakah orang kafir tidak bermimpi buruk, kerana syaitan tidak mengganggu mereka kerana mereka memang kafir. Sebaliknya kita yang beriman kepada Nya akan sentiasa diganggu kerana itu janji syaitan, untuk terus menyesatkan umat Islam.

Mengambil contoh diri saya, ketika saya jahil dan tidak berpegang kepada agama, saya jarang diganggu mimpi ngeri dan sebagainya. Namun, bila saya mulai berhijab, dan mendekati agama, bermacam mimpi ngeri mengganggu saya hingga menjejaskan kehidupan saya. Mimpi-mimpi ngeri yang buat saya merasa lebih baik kehidupan bebas dahulu, tidak banyak gangguan begini. Astaghfirullah hal azim. Berdosa nya saya berfikiran begitu.

Saya mohon agar saya diberi kekuatan untuk istiqamah. Harap didoakan rakan-rakan juga Wink

Berkenaan nenek saya, saya memang menjauhkan diri daripada beliau. Adakah saya berdosa jika menjauhkan diri begitu?

nurhidayah
AHLI
AHLI

Posts : 53
Points : 71
Join date : 12/09/2012
Age : 32
Location : Kota Kinabalu

Back to top Go down

Re: Perihal SAKA

Post by nurhidayah on Fri Sep 14, 2012 3:36 am

abu_aisyah wrote:
nurhidayah wrote:Assalammualaikum,

Ustaz, macam mana nak tahu kita ada saka? Macam yang saya kata di thread mimpi, saya selalu mimpi perkara aneh (terjatuh, terkejut, ditindih, mimpi bayi, tempat kotor dsbg). Saya juga sering melihat kelibat hitam, terutamanya jika terlalu bersedih.

Saya risau, nenek saya seorang pengamal rawatan tradisional ( pandai mengubat). Method pengubatan nya (yang saya lihat) adalah menggunakan kain kuning, malah juga menilik menggunakan daun terup. Ibu ada memberitahu, berkemungkinan nenek mempunyai saka. Ibu saya cuma dua beradik sahaja, cucu perempuan nenek cuma 3 orang sahaja (2 telah berkahwin, dan 1 belasan tahun).

Sebelum ini, sepupu saya (yang dewasa) juga pernah kerasukan dan didampingi. Apabila mendengar azan, dia akan meracau. Sekarang, saya kurang pasti dengan keadaannya. Tapi dia telah dikurniakan sepasang anak.


Seperti yang saya kata sebelum ni ustaz, gangguan melalui mimpi tu bertambah kerap bila saya bersedih atau fikiran terganggu.

Apa pandangan ustaz? Mohon diberi penjelasan ya, ustaz.

tanda2tu mmg adda ciri2 diganggu lah (bedasarkan pengalaman).perlu buat rawatan sendirian (amalan zikir,membaca dan mendengar selalu ayat quran,mentadabbur ayat quran dll) dan berubat dengan perawat.

apa yg nenek saudari buat tu boleh menimbulkan tanda tanya,dan elok saudari elakkan.cuba nasihati dia.

jika saudari mahu perawat/ustaz yg mungkin saudari boleh bertanya lanjut,nnt saya PM saudari no mereka.

Terima kasih saudara. Mohon PM saya email ustaz tersebut.

nurhidayah
AHLI
AHLI

Posts : 53
Points : 71
Join date : 12/09/2012
Age : 32
Location : Kota Kinabalu

Back to top Go down

Re: Perihal SAKA

Post by abu_aisyah on Fri Sep 14, 2012 6:24 am

Antara ayat-ayat Al-Quran dan doa-doa yang boleh diperdengarkan untuk periksa sama ada seseorang itu ada gangguan/sihir, boleh dapatkan

disini

ni ana copy paste dari FB.ade sedang mereka bincangkan.
avatar
abu_aisyah
AHLI SETIA
AHLI SETIA

Posts : 762
Points : 978
Join date : 03/06/2012
Age : 31
Location : bandar baru bangi, bandar tun razak

http://www.facebook.com/eveekids

Back to top Go down

Re: Perihal SAKA

Post by abu_aisyah on Mon Sep 17, 2012 10:26 am

check PM ya pn.nurhidayah.
avatar
abu_aisyah
AHLI SETIA
AHLI SETIA

Posts : 762
Points : 978
Join date : 03/06/2012
Age : 31
Location : bandar baru bangi, bandar tun razak

http://www.facebook.com/eveekids

Back to top Go down

Re: Perihal SAKA

Post by alDayyan on Thu Oct 04, 2012 5:13 pm

salam...

selalu juga saya terbaca atau terdengar kenyataan2 yg berbunyi.. saka xkan mampu mengapa2kan kita dengan izin Allah..

saya rasa, kalau dgn izin Allah, usahkan saka..manusia yg sakai pun boleh mendatangkan ancaman rohani dan jasmani..

_________________
Jazakallah  kerana menjawab persoalan saya.. Semoga Allah merahmati kita semua.  Smile
Jemput LIKE   Like  fanpage
KOLEKSI HADIS PALSU DAN KISAH ISRAELIYAT.

alDayyan
Helper
Helper

Posts : 562
Points : 771
Join date : 25/05/2012
Age : 48
Location : 127.0.0.1

http://www.bicarathtl.forumms.net

Back to top Go down

Re: Perihal SAKA

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum