Ahli Keluarga Dituduh Pembawa Sial

View previous topic View next topic Go down

Ahli Keluarga Dituduh Pembawa Sial

Post by nurhidayah on Fri Sep 14, 2012 8:36 am

Assalammualaikum ustaz,

Saya dan adik berkahwin dengan pasangan masing-masing di majlis yang sama (tahun 2010). Kedua-dua kami belum dikurniakan anak.

Tiga bulan lepas, adik saya (lelaki) minta di ambil dirumah mentua nya. Mereka tinggal bersama keluarga mentua. Sejak itu, dia menetap (tinggal ) berasingan dari isterinya.

Isterinya memberitahu ayah saya bahawa dia memfailkan perceraian kerana suami bukan ketua keluarga yang baik. Isteri adik yang memfailkan perceraian tersebut, tanpa pengetahuan adik saya. Mereka sememangnya mempunyai hubungan yang kucar kacir selepas berkahwin.

Sabtu lepas, adik saya telah kembali ke rumah mentuanya setelah dipujuk. Namun, ibu saya bercerita kepada saya sebab sebenar adik saya melarikan diri dari rumah mentuanya. Ibu mentua adik menuduh dia pembawa sial dan membela saka. Kebetulan, bapa mentua adik kini sakit di hospital. Ibu saya merasa amat sedih dengan tuduhan itu.

Ini kali kedua kami dituduh sedemikian rupa. Beberapa hari sebelum berkahwin dulu, adik ada bercerita yang tunangnya (ketika itu) ingin membatalkan perkahwinan. Puncanya, dia merasa panas apabila melihat adik saya. Dia juga tidak selesa dan merasa panas (malah pernah pengsan) ketika berada dirumah kami. Tunangnya mengatakan, ketika berubat, dia melihat wajah ahli keluarga kami dalam mimpinya. Jadi, dia yakin keluarga kami telah menghantar sesuatu kepadanya.

Yang membuat saya kecewa, isteri adik saya rupanya memberitahu kepada keluarganya bahawa dia dan adik saya telah bercerai. Selama 3 bulan lebih mereka tinggal berasingan, keluarganya menganggap mereka telah bercerai. Namun, apabila ibunya mendapat tahu adik dan isterinya ini ada bercuti bersama, dan belum bercerai, dia bertindak memukul isteri adik kerana dikatakan menipu.

Ibubapa saya mengambil pendekatan tidak mahu masuk campur urusan rumahtangga adik. Begitu juga saya. Namun, kami hanya mampu berdoa yang baik-baik dan mengharapkan mereka diberi petunjuk.

Ustaz, persoalan saya;
1. Selama 3 bulan tinggal berasingan itu, apakah status mereka? Saya diberitahu adik ada memberi nafkah kepada isterinya selama berpisah tidur itu.
2. Apakah ada unsur sihir disini? Adakala, jika saya cuba membantu adik, hubungan saya dan suami juga akan panas secara tiba-tiba.
3. Apa kah penyelesaian yang sebaiknya dibuat? Ibubapa saya telah berkecilhati dengan sikap dan cara adik dan isterinya menyelesaikan masalah ini.
4. Saya juga berkecilhati dengan isteri adik. Sepanjang berkahwin, dia tidak pernah bermalam dirumah kami. Jika datang, dia tidak akan menjamah apa-apa yang kami sediakan. Bila saya fikir kembali, saya rasa dia takut kami menyimpan sesuatu di makanannya mungkin. Berdosakah saya berfikiran sedemikian, ustaz.

Ini amat menyedihkan saya.

nurhidayah
AHLI
AHLI

Posts : 53
Points : 71
Join date : 12/09/2012
Age : 31
Location : Kota Kinabalu

Back to top Go down

Re: Ahli Keluarga Dituduh Pembawa Sial

Post by thtl on Sun Sep 16, 2012 6:31 pm

Berat sungguh kes yg terjadi pada keluarga nur ni

1. status perkahwinan mereka masih OK, sebab adanya nafkah zahir dan kes perceraian di malaysia hanya sah dalam kamar Hakim/qadhi

2. unsur sihir tu remote, unsur2 lain seperti kesefahaman itulah yg paling kritikal dalam perkahwinan

3 dan 4: cerai atau talak adalah sebaiknya kerana nampak sangat adik ipar anda itu mmg tak mahu menjadi ahli keluarga anda.

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: Ahli Keluarga Dituduh Pembawa Sial

Post by nurhidayah on Wed Sep 19, 2012 3:22 am

Terima kasih, ustaz. Semoga Allah memberi perlindungan kepada keluarga kami.

nurhidayah
AHLI
AHLI

Posts : 53
Points : 71
Join date : 12/09/2012
Age : 31
Location : Kota Kinabalu

Back to top Go down

Re: Ahli Keluarga Dituduh Pembawa Sial

Post by Sponsored content Today at 6:40 pm


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum