BicaraTHTL
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

[Reflection] Proses-proses pembodohan ke atas ummat ini

2 posters

Go down

[Reflection] Proses-proses pembodohan ke atas ummat ini Empty [Reflection] Proses-proses pembodohan ke atas ummat ini

Post by zikrulmaut_sm Sun Sep 16, 2012 1:17 am

Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh,

Di antara proses-proses pembodohan ke atas ummat ini:

1. Mereka disuruh membaca kitabullah al-Quran tapi mereka dilarang mengetahui tafsir di sebalik ayat al-Qur'an.

2. Mereka disuruh meneladani Rasulullah s.a.w. tetapi mereka dilarang untuk mengikut perintah dan sunnah baginda.

3. Mereka disuruh beramal dengan pelbagai perkara tetapi mereka dilarang untuk mengetahui dari manakah perintah beramal itu datang.

4. Mereka disuruh percaya bahawa Islam bukan agama dongeng tapi dilarang untuk membantah apabila kisah-kisah dongeng dijadikan isi ceramah agama.

5. Mereka disuruh mentauhidkan Allah seperti Nabi Nuh a.s. tapi dilarang untuk meninggalkan pengkultusan terhadap orang soleh yang dilakukan kaum Nabi Nuh a.s.

6. Mereka diceritakan tentang sikap kaum musyrikin Makkah dulu yang menolak perkataan Rasulullah s.a.w. atas alasan "Ini amalan nenek moyang kami", tapi kini mereka dimarahi apabila membawakan perkataan Rasulullah s.a.w. untuk menegur sesuatu perkara dengan alasan "orang dulu-dulu pun buat macam ni."

7. Mereka disuruh membenci kaum Yahudi dan Nasrani, tapi kemudian mereka dilarang meninggalkan sikap kaum Yahudi dan Nasrani yang bertaqlid buta kepada paderi mereka.

8. Mereka diceritakan tentang sikap kaum musyrikin Makkah dulu yang mendustakan dakwah yang datang kepada mereka atas dasar gosip tanpa dikaji terlebih dahulu, tapi kini mereka disuruh pula untuk mendustakan dakwah yang datang kepada mereka atas dasar gosip tanpa dikaji terlebih dahulu.


Wallahul musta'an. Apalah nasib yang menimpa ummat ini...


Last edited by zikrulmaut_sm on Thu Apr 04, 2013 8:51 am; edited 3 times in total
zikrulmaut_sm
zikrulmaut_sm
AHLI
AHLI

Posts : 513
Points : 765
Join date : 25/11/2011

https://facebook.com/syazwanmisran

Back to top Go down

[Reflection] Proses-proses pembodohan ke atas ummat ini Empty Re: [Reflection] Proses-proses pembodohan ke atas ummat ini

Post by abubakar Wed Sep 26, 2012 7:00 am

Pelik tp benar dlm Islam.
abubakar
abubakar
AHLI
AHLI

Posts : 261
Points : 311
Join date : 06/07/2012

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum