WITIR

View previous topic View next topic Go down

WITIR

Post by NAZ on Wed Sep 19, 2012 3:45 am

Salam,

Nak tanya hal solat Witir.

1) 3 rakaat 2 salam.

a) Setelah selesai melakukan Witir 2 rakaat tersebut dan beri salam adakah dibolehkan berdoa sebelum melakukan Witir 1 rakaat tersebut.

b) Atau mesti bangkit selesaikan Witir baru berdoa.


2) Belum laksanakan Witir - Adzhan subuh berkumandang

a) Adakah benar solat Witir mesti diselesaikan sebelum Adzhan subuh?

b) Kalau tak selesaikan solat Witir - adakah benar ibadah yang dilaksanakan sebelum itu dikira tergantung.

Terima kasih didahulukan atas jawapan anda.

WSLM

_________________
نورعينى احمد
:heart:

NAZ
Muslimah
Muslimah

Posts : 215
Points : 305
Join date : 26/11/2011
Location : De'Cini

Back to top Go down

Re: WITIR

Post by thtl on Wed Sep 19, 2012 5:23 am

1. a) boleh, dalam sujud
1 b) bangkit terus sebab ia kena 'muwalat' (segera disambung), lepas tu baru berdoa.

2 a) benar, witir penutup malam

b) metos je, status solat witr adalah sunat mu`akkad


thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: WITIR

Post by Adli_Khalim on Fri Sep 21, 2012 7:32 am

thtl wrote:2 a) benar, witir penutup malam

Adakah semua amalan yang dilakukan selepas witir bererti tidak diterima sama sekali?

Adik saya tanya tentang persoalan ni dalam bulan Ramadhan yang lalu. Witir dengan imam tarawih kat surau, adakah tak boleh baca Al-Qur'an lagi selepas tu?

Saya terfikir, takkan Allah tak terima sama sekali amalan baca Al-Qur'an selepas witir. So, saya jawab la, tak ada larangan untuk baca Al-Qur'an lepas solat witir.

Mohon penjelasannya, adakah jawapan saya tersebut bertentangan dengan mana-mana hadits marfu` atau mauquf, atau mana-mana fatwa `ulama'?

جزاكم الله خيرا

_________________
Sesi Ta`ruf: Adli Khalim

Adli_Khalim
AHLI
AHLI

Posts : 108
Points : 121
Join date : 24/11/2011
Location : Jakarta Barat

http://blueincisivus.wordpress.com/

Back to top Go down

Re: WITIR

Post by thtl on Fri Sep 21, 2012 8:24 am

solat witir hukumnya sunat. maka takkanlah jika kita telah solat witir di awal waktu, maka ibadah selepas sesuatu ibadat sunat tsb tak diterima.

tak ada langsung perbahasan tak terima amal ni dalam kitab. maka jawapan adli mmg tak bertentangan dgn AQ dan as-Sunnah. Bahkan as-sunnah meringankan kpd umat Muhammad saw akan pelaksanaan solat sunat witir. misalnya, hukum solat witir ke atas Nabi, macam hukum wajib, tapi ke atas kita, cuma sunat. Nabi buat solat witir ketika bangun tahajjud, kita boleh buat selepas solat isya'. Ini kerana disiplin diri Nabi jauh lebih tinggi dari kita.

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: WITIR

Post by Ahmad Shamil on Fri Sep 21, 2012 11:15 am

pendapat yang mengatakan x boleh lakukan ibadah lain selepas solat witir ni mungkin timbul berdasarkan hadis nabi s.a.w. yang bermaksud: tak ada dua witir dlm 1 malam

ia juga menjadi asas kepada pendapat yg mengatakan- tak boleh solat sunat lain dah selepas witir- sebab witir ni dikira sebagai solat penutup. bila dah tutup x boleh buka dah.

hinggakan ada sebahagian ulamak ada yg menyuruh org niat batalkan witir pertama, utk lakukan solat sunat lain selepas witir tersebut...kemudian lakukanlah witir kedua. (salah satu pndpt dlm mazhab syafii, turut dinaqalkan drp bbrp shbt sprt uthman, usamah, ibn umar dan ibn mas'ud

kata pengarang sahih fiqh sunnah:
-yg nabi sebut tak ada 2 witir dlm 1 malam. nabi x halang atau larang org nak solat sunat selepas solat witir
- terdapat dalil yg menceritakan bhw nabi sendiri pernah solat sunat slps solat witir. antaranya hadis ummu salamah, bhw baginda pernah solat dua rakaat slps witir, dlm keadaan duduk.(rwyt tiwmizi dan ibn majah-isnadnya layyin, tp dikuatkan oleh bbrp syahid)
- beliau rajihkan pendapat jumhur, boleh saja solat sunat lain slps witir





_________________
http://kembara-journey.blogspot.com
http://epetscorner.blogspot.com

Jihad tanpa didasari ilmu pengetahuan ibarat pedang tanpa gagang, bisa melukai (Kiai Haji Ahmad Dahlan r.h.m)

Ahmad Shamil
Admin
Admin

Posts : 929
Points : 1226
Join date : 24/11/2011
Age : 31
Location : Raub, Pahang

http://kembara-journey.blogspot.com

Back to top Go down

Re: WITIR

Post by abu_firdaus on Fri Sep 21, 2012 11:48 am

witir merupakan penutup solat, bukan penutup ibadat.
sebelum tidur pun bukankah disunatkan membaca doa dll?

abu_firdaus
AHLI
AHLI

Posts : 688
Points : 712
Join date : 19/05/2012
Location : bdr baru bangi

Back to top Go down

Re: WITIR

Post by Sponsored content Today at 11:13 pm


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum