Penggunaan Allah dalam Bible Bahasa Melayu

Page 2 of 2 Previous  1, 2

View previous topic View next topic Go down

Penggunaan Allah dalam Bible Bahasa Melayu

Post by yat on Tue Dec 25, 2012 2:21 am

First topic message reminder :

Apa pendapat semua tentang peggunaan kalimah Allah dalam Bible? Saya merasakan harus, lagipun terpakai hanya di sabah/sarawak, di mana sabah dan sarawak masa perjanjian masuk malaysia tiada agama negeri tak salah saya...

Nabi juga tak pernah mengharamkan...ada jugak yang cakap sebab ni khusus utk malaysia dan memikirkan maslahah umat, patut diharamkan penggunaan Allah dalam bible....

Apa kata orang2 Sabah & Sarawak?
avatar
yat
Moderator
Moderator

Posts : 899
Points : 1144
Join date : 05/12/2011

Back to top Go down


Re: Penggunaan Allah dalam Bible Bahasa Melayu

Post by thtl on Mon Oct 28, 2013 7:03 am

Nak ringkas cerita:
secara fiqh dan teknikal, Kristian dan Jews mmg bertuhankan Allah. Sebab tu depa ni dinamakan agama samawi atau semitic. semua rahsia ni ada dalam surah al-Fatihah. Alhamdulillahi rabbil aalamin, maksudnya Allah dah isytiharkan diri Dia sbg Tuhan seru sekelian alam. kalau kita hadkan Allah sbg Tuhan bangsa melayu saja maka ia menyalahi Rububiyah Allah swt.
Allah di sisi Kristian adalah Father, ayah kpd Jesus Christ.
Allah disisi Yahudi/Jews adalah ayah kpd Israel dan Uzair.
Manakala Allah di sisi Muslims ialah Allah yg Maha Esa spt dalam surah al-Ikhlas.

apakah Muslim ada kuasa nak paksa Kristian dan Yahudi supaya mengEsakan Allah? mustahil sbb mereka tidak dipaksa sejak zaman Nabi saw...

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: Penggunaan Allah dalam Bible Bahasa Melayu

Post by AwgSagi on Mon Oct 28, 2013 8:36 am

thtl wrote:Nak ringkas cerita:

apakah Muslim ada kuasa nak paksa Kristian dan Yahudi supaya mengEsakan Allah? mustahil sbb mereka tidak dipaksa sejak zaman Nabi saw...
Pendapat saya di bawah ini tidak lagi mengenai dengan isu ALLAH antara KDN dan HERALD.

Saya berbeza pendapat dengan tuan. Saya berpendapat bahawa apa yang Nabi SAW bawakan ialah tentang ajaran bahawa Tuhan itu esa sebagaimana dinyatakan dalam Surah Al-Ikhlas. Itulah intipati semua ajaran Rasul yang diutus, dan, apapun kaedahnya untuk beribadah, setelah dia mengakui kebenaran ALLAH, hidayah tuhan melalui pemerkasaan akal dan naluri akan mendorongnya mencari apa kaedah untuk beribadah sebagai tandanya mengabdi kepada tuhannya. Maka ini bersesuaian dengan janji 'hamba yang dilaknat ALLAH' ketika melanggar perintah sujud kepada Nabi Adam AS iaitu dia akan memesongkan manusia (apapun agamanya) daripada menyembah tuhan yang esa sebagaimana yang tuhan maksudkan, dan, ini ALLAH izinkan.

Kedatangan islam amat menyusahkan 'hamba yang dilaknat ALLAH' walaupun selepas ketiadaan Nabi SAW kerana dibekalkan dengan ALQURAN.

ALQURAN berfungsi sebagai SYIFA dan panduan sebagai ubat bagi orang-orang yang jahil. Jahil dari segi apa? Jahil dari segi mengenal ALLAH pemilik sekalian alam yang empunya hari pembalasan yang mengadili setiap perbuatan, jahil dari segi mengenal tuhan tempat mengabdikan diri dan meminta pertolongan, jahil daripada mengenal jalan yang lurus iaitu jalan golongan yang telah mendapat nikmat, jahil daripada mengenal jalan golongan yang dimurkai dan jalan golongan yang sesat. Selepas dari Al-Fatihah, semua itu terbentang dalam surah2 seterusnya sehingga habis.

Tugas rasul ialah menyampaikan sehingga percaya. Tugas manusia sekarang ialah hanya untuk menyampaikan petunjuk jalan itu dengan kepercayaan milik eksklusif setiap individu. Maka adab ketika menyampaikan ialah dengan mengatakan 'ini dari kami/aku dan inilah yang kami percaya/aku' dan bukan 'ini dari ALLAH dan inilah yang betul kerana inilah amalan agamawan2 silam'. Ini bersesuaian dengan larangan menaja agama atau menaja tuhan kerana apabila kita menetapkan sesuatu maka ia mungkin 'itu hanyalah andaian kamu belaka' dan kita dilarang 'mengikuti apa2 yang kamu tidak mengetahui mengenainya'.

Utusan langit berupa rasul dan nabi telah terputus sejak kewafatan Nabi SAW. Maka apa yang kita ada sekarang ini hanyalah warisan2 orang2 dahulu. Warisan2 itu berbentuk kepelbagaian agama. Maka apabila kita mengatakan 'engkau hanyalah orang awam. engkau siapa? apa rujukan engkau? adakah engkau lebih hebat dari agamawan silam dalam mentafsir agama?' kepada manusia, itu seolah-olah juga berkata agama ini kami warisi dari datuk nenek moyang kami dahulu dan inilah yang benar. Maka kata-kata itu juga lebih kurang serupa kepada apa yang dialami oleh nabi2 dan rasul2 ketika berhadapan dengan penaja2 agama dan tahun di zaman mereka. Mereka tergugat dan menjadi marah kerana itu akan memalingkan manusia dari patuh kepada mereka yang juga adalah sumber pendapatan mereka.

Dalam ALQURAN banyak diceritakan kisah2 penaja ketuhanan dan keagamaan dan semua itu adalah mereka2 yang dimurkai. Nabi Musa di utus kepada hamba ALLAH yang mengaku tuhan. Tentera bergajah dihapuskan kerana mahu menaja ketuhanan dan keagamaan dengan menyerang BAITULLAH. Surah AL-LAHAB menceritakan apa yang terjadi kepada seorang hamba yang marah kepada Nabi SAW kerana membawa ajaran baru. Kisah para paderi iaitu panggilan kepada pakar2 agama atau agamawan di zaman mereka juga turut diceritakan.

Semua mereka ini mempunyai ciri2 yang sama iaitu golongan yang dimurkai ALLAH. Golongan dimurkai adalah golongan yang dipateri hatinya dari jalan golongan yang lurus. Golongan yang sesat adalah golongan yang jadi pengikut golongan yang dimurkai, tetapi mereka ada kemungkinan untuk berpaling kepada jalan golongan yang lurus sekiranya mereka mendapat hidayah ALLAH dengan 2 kaedah selepas pencerahan jalan dari muslim yang mukmin, iaitu, dan naluri mereka akan bertindak sebagai penapis kebenaran dan kebatilan dan hasil daripada pemerkasaan/proses pematangan akal mereka dengan ilmu.

Dalam sirah Nabi SAW iaitu dalam semua peperangan menentang negara luar kita dapati message nabi ialah seruan untuk tunduk kepada kepercayaan tuhan yang esa. Pilihan negara2 itu ada 3 iaitu, pertama tunduk kepada kepercayaan tuhan yang esa dan mereka bebas, atau yang kedua, tunduk kepada golongan yang bertuhankan tuhan yang esa dengan cara membayar sejumlah bayaran, atau yang ketiga, berperang.

Dan ALQURAN juga mengajar kita apabila kita tidak mendapat pencerahan daripada perbezaan pendapat, berundur adalah yang terbaik kerana matlamat utama bukan untuk memaksakan pendapat kita dipercayai.

Ini adalah pendapat peribadi saya dan inilah yang saya percaya ketika ini tuan. Maka, saya tawaquf.

AwgSagi
AHLI
AHLI

Posts : 22
Join date : 06/03/2013

Back to top Go down

Re: Penggunaan Allah dalam Bible Bahasa Melayu

Post by alDayyan on Tue Oct 29, 2013 4:25 am

kesimpulannya, ini hal2 dan isu khilaf juga ke? sebab ada golongan arifbillah pun berbalah pendapat..hurmm..

alDayyan
Helper
Helper

Posts : 562
Join date : 25/05/2012

http://www.bicarathtl.forumms.net

Back to top Go down

Re: Penggunaan Allah dalam Bible Bahasa Melayu

Post by thtl on Tue Oct 29, 2013 8:53 am

Benda ni tak khilaf sebab AQ telah menggariskan hubungan yg jelas antara Muslim dgn People of the Book. Bahkan hukum lelaki muslim kawin dgn perempuan ahlil kitab masih ON, dan hukum makan sembelihan ahlil kitab pun tak pernah mansuh. Hukum ini tidak mansuh kerana Tuhan mereka adalah Allah dan mereka juga menerima kitab suci dari langit.
Jika Kerajaan menghalang dan mencegah ahli Kitab dr bertuhankan Allah, itu adalah hak Pemerintah berdasarkan maslahat semasa.
avatar
thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: Penggunaan Allah dalam Bible Bahasa Melayu

Post by abubakar on Tue Oct 29, 2013 1:42 pm

AwgSagi wrote:

Saya tak nak memperpanjangkan perkara ini. Pengikut kristian yang awam lebih kurang macam pengikut islam yang awam (saya termasuk awam), jarang mengaji dan mengkaji tentang sesuatu. Mereka heboh kalau ada isu yang dihebohkan tanpa perlu tahu ujung-pangkal. Cukup bagi mereka mengetahui apa yang diberitahukan sahaja.
Tapi ada perkara agama yang boleh dimanipulasi oleh orang2 yang mampu melihatnya. Manipulasi boleh berbagai. Sekiranya mereka itu ahli kepada "golongan yang dimurkai", tujuan utama hanyalah memesongkan manusia dari jalan ALLAH yang sebenar, apapun agama manusia itu. Ertinya walaupun dia islam atau kristian, yang penting mereka tidak memahami tuhan itu bagaimana.

Cuma mari kita teliti ayat2 dari The Bible terjemahan baru. Ada beberapa saya paste kan di sini:

Rujukan: Alkitab Online Bahasa Indonesia

1. Ini menggunakan keyword: allah adalah Tuhan. Kita akan dapat: http://www.jesoes.com/index.php?hal=cari&kata=allah+adalah+Tuhan&cara=1&bagian=3&bahasa=1&submit=+CARI+

2. Kalau malas nak check, saya pastekan sedikit:

TERJEMAHAN BARU = x()
TERJEMAHAN LAMA = y()
TERJEMAHAN ENGLISH = z()

16:25-26 = Nyanyian puji-pujian Daud (saya ambil dari sini: http://www.jesoes.com/alkitab/1taw/16/26#26

x(25) Sebab besar TUHAN dan terpuji sangat, dan lebih dahsyat Ia dari pada segala allah.
y(25) Sebab besarlah TUHAN dan sangat terpuji; Ia harus ditakuti lebih dari segala dewa.
z(25) For great is the Lord and greatly to be praised; He also is to be [reverently] feared above all so-called gods.

x(26) Sebab segala allah bangsa-bangsa adalah berhala, tetapi Tuhanlah yang menjadikan langit.
y(26) Dewa-dewa bangsa lain hanya patung berhala tetapi TUHAN adalah pencipta angkasa raya.
z(26) For all the gods of the people are [lifeless] idols, but the Lord made the heavens.

Saya tawaquf.
Kamu sendiri yg letak, kamu sendiri tak faham. Mereka tak iktiraf Allah itu tuhan mereka sebaliknya mereka guna Tuhan dgn huruf besar T, sama mcm God dgn huruf besar G dlm B.I. Di dlm B.I, God merujuk kpd tuhan Kristian ataupun Tuhan Bapa itu lah. Ttp 'god' ini lain. 'god' ini ada jantina. Ada god, ada goddess. Ianya adalah 'deity' dlm B.I Cth 'god' ini adalah mcm Zeus, Sun Wukong dsb. Benda yg org sembah. Kalau dlm B.M ini, apabila sebut Zeus, org akan panggil dia dgn Dewa Zeus, bukannya tuhan Zeus.

Sebab itu terjemahan Syahadah dlm B.I ada dua yg saya biasa jumpa, yg terkenalnya "There is no god but God", yg tak terkenalnya "There is no deity (ilah) worthy of worship except Allah" yg saya kira lebih tepat. Kena faham apa itu Illah, apa itu Rabb. Rabb ini kalau terjemah dlm BI, dia guna Lord. Kalau Bible Indonesia itu, dia guna Tuhan/TUHAN sebagai terjemahan utk Lord.

Di dlm Britannica Encyclopedia of World Religions ada letak,

Allah (Arabic:"God"), the one and only God in ISLAM. Etymologically, the name Allah is probably contraction of the Arabic al-Illah, "the God". Allah is the standard Arabic word for "God" and is used by Arabic-speaking Christians as well as by Muslims.

Jd, kalau ikut terjemahan Bible yg kamu bg itu. Mereka tak guna Allah utk merujuk kpd tuhan mereka, sebalik menggunakan Allah sebagai terjemahan kpd god (ilah). Kalau mcm B.I guna God/Lord, mereka pula Tuhan/TUHAN. Cuba bygkan kalau mereka guna:

"Sebab segala tuhan bangsa-bangsa adalah berhala, tetapi Tuhanlah yang menjadikan langit."

berbanding

"Sebab segala allah bangsa-bangsa adalah berhala, tetapi Tuhanlah yang menjadikan langit."

Pening kepala pula penganut dia nanti. Apa beza tuhan dgn Tuhan/TUHAN? Dlm penulisan bolehlah nak beza, tp kalau dalam pertuturan? Mcm mana? Bukan masalah org awam ke tak org awam. Org awam pun mari drpd mana kefahaman itu kalau bukan drpd tok-tok guru dia?

Sdgkan yg sepatutnya adalah

"Sebab segala tuhan bangsa-bangsa adalah berhala, tetapi Allah-lah yang menjadikan langit."

Tp di dlm kes The Herald, dia kata, dia nak guna Allah ini utk merujuk kpd Christian God iaitu Tuhan Bapa itu. Tak ada masalah pun. Itu yg yg sepatutnya lah. Sekiranya berlaku hal ini, mudahlah nak dakwah penganut Kristian. Kalau mereka masih diputar-belit oleh tok-tok guru mereka cthnya mcm dlm Bible yg kamu beri itu, susah lah kita nak dakwah sbnrnya.

Di Indonesia, Kristian dtg melalui Belanda, di Tanah Melayu, Kristian dtg melalui mcm-mcm, Belanda, Portugis, British. Kalau di Sabah-Sarawak, ianya dtg melalui British. Kalau nak cerita pasal ini, panjang ceritanya lah.

Saya tak faham apa kena mengena Bible Indonesia ini dgn isu yg kita ini. Indonesia kita sedia maklum mmg byk benda yg mengarut. Kita jgn kata Kristian, hal-ehwal Islam pun byk yg serba-serbi mengarut dtg drpd Indonesia apatah lg amalan-amalan kebudayaan dan adat resam masyarakat di sana.

Kamu kata tak nak memanjangkan cerita, tp mcm mana saya nak percaya perkataan kamu itu apabila kamu mengimport Bible drpd Indonesia yg tak ada kena mengena dlm ini wayang.

Sepatutnya, kita kena sama-sama memanjangkan kaki utk melangkah ke majlis-majlis ilmu, menadah kitab berkenaan perihal Islam yg sahih dan memanjangkan dakwah kpd org di sekeliling kita. Apatah lg seperti kamu yg punya ahli keluarga Kristian, maka boleh jd tanggungjawab utk menuntut ilmu itu menjadi lebih berbanding org lain kerana kamu perlu menyampaikan dakwah kpd ahli keluarga kamu.

_________________
Ya Allah ajarkanlah aku perkara yg aku masih jahil dan ingatkanlah aku mengenai apa yg aku lupa.
avatar
abubakar
AHLI
AHLI

Posts : 262
Points : 314
Join date : 06/07/2012

Back to top Go down

Re: Penggunaan Allah dalam Bible Bahasa Melayu

Post by AwgSagi on Wed Oct 30, 2013 6:48 am

[quote="abubakar"]
AwgSagi wrote:

Kamu kata tak nak memanjangkan cerita, tp mcm mana saya nak percaya perkataan kamu itu apabila kamu mengimport Bible drpd Indonesia yg tak ada kena mengena dlm ini wayang.

Sepatutnya, kita kena sama-sama memanjangkan kaki utk melangkah ke majlis-majlis ilmu, menadah kitab berkenaan perihal Islam yg sahih dan memanjangkan dakwah kpd org di sekeliling kita. Apatah lg seperti kamu yg punya ahli keluarga Kristian, maka boleh jd tanggungjawab utk menuntut ilmu itu menjadi lebih berbanding org lain kerana kamu perlu menyampaikan dakwah kpd ahli keluarga kamu.
Terima kasih tuan. Saya berpada dengan apa yang tuan tulis. Smile 

AwgSagi
AHLI
AHLI

Posts : 22
Points : 30
Join date : 06/03/2013

Back to top Go down

Re: Penggunaan Allah dalam Bible Bahasa Melayu

Post by masdin08 on Sun Dec 29, 2013 3:01 am

thtl wrote:AS,
saya dah tahu melalui sibaran di internet. Hudud Brunei mungkin macam Hudud saudilaa...org lain kena tapi keluarga diraja saud tak kena hudud...yg kena pancung kebanyakannya non-saudis...hehehe

Belum apa2 ustaz dah pandang serong kat hudud ni..... ustaz tak senang ke kalau dilaksanakan...tak nak sama2 berjuang utk melaksanakannya di M'sia?

masdin08
AHLI
AHLI

Posts : 8
Points : 12
Join date : 24/04/2012

Back to top Go down

Re: Penggunaan Allah dalam Bible Bahasa Melayu

Post by Mohamad hafiz on Sun Dec 29, 2013 4:22 am

masdin08 wrote:
thtl wrote:AS,
saya dah tahu melalui sibaran di internet. Hudud Brunei mungkin macam Hudud saudilaa...org lain kena tapi keluarga diraja saud tak kena hudud...yg kena pancung kebanyakannya non-saudis...hehehe

Belum apa2 ustaz dah pandang serong kat hudud ni..... ustaz tak senang ke kalau dilaksanakan...tak nak sama2 berjuang utk melaksanakannya di M'sia?

saudara Masdin08, " Sampan tidak akan dapat belayar di padang pasir walau betapa empuknya pasir itu. "  Sad  Sad  


_________________
"Memberi contoh dengan perbuatan adalah lebih baik daripada memberi contoh dengan perkataan." ~ Al-Ghazali
avatar
Mohamad hafiz
AHLI
AHLI

Posts : 867
Points : 1201
Join date : 23/01/2013
Age : 21
Location : Mukah

http://bloginformasiterkini.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: Penggunaan Allah dalam Bible Bahasa Melayu

Post by thtl on Sun Dec 29, 2013 6:50 am

MH, apa maksud madah tsb?

masdin, bukan tak senang, cuma takut berlaku kezaliman atas nama hudud.
kalau you ada link Hudud Brunei tu boleh saya tengok..apa contentnya...
avatar
thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: Penggunaan Allah dalam Bible Bahasa Melayu

Post by masdin08 on Mon Dec 30, 2013 5:36 am

thtl wrote:MH, apa maksud madah tsb?

masdin, bukan tak senang, cuma takut berlaku kezaliman atas nama hudud.
kalau you ada link Hudud Brunei tu boleh saya tengok..apa contentnya...

cuba ustaz ke link ni https://www.dropbox.com/s/th3pcgov97aus8w/Brunei%20Syariah%20Law-25.10.13.pdf

masdin08
AHLI
AHLI

Posts : 8
Points : 12
Join date : 24/04/2012

Back to top Go down

Re: Penggunaan Allah dalam Bible Bahasa Melayu

Post by thtl on Mon Dec 30, 2013 8:49 am

dia warning, download can HARM your computer....
avatar
thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: Penggunaan Allah dalam Bible Bahasa Melayu

Post by thtl on Mon Dec 30, 2013 8:51 am

tak apa Mas, kita lihat dulu, sokong tetap sokong, lagipun saya tahu Brunei mmg negara aman, tengok TV Brunei pun tak ada yg mengarut macam TV Malaysia
avatar
thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: Penggunaan Allah dalam Bible Bahasa Melayu

Post by thtl on Mon Dec 30, 2013 8:51 am

tak apa Mas, kita lihat dulu, sokong tetap sokong, lagipun saya tahu Brunei mmg negara aman, tengok TV Brunei pun tak ada yg mengarut macam TV Malaysia
avatar
thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: Penggunaan Allah dalam Bible Bahasa Melayu

Post by najib76 on Thu Jan 16, 2014 4:41 am

 Suspect Kerajaan terlalu lama berlembut

avatar
najib76
AHLI
AHLI

Posts : 233
Points : 337
Join date : 02/12/2011
Location : Johor

Back to top Go down

Re: Penggunaan Allah dalam Bible Bahasa Melayu

Post by AwgSagi on Tue Jan 21, 2014 9:52 am

thtl wrote:tak apa Mas, kita lihat dulu, sokong tetap sokong, lagipun saya tahu Brunei mmg negara aman, tengok TV Brunei pun tak ada yg mengarut macam TV Malaysia

Baru2 ni saya ada mengikuti sembang rakan2 yang mengikuti kursus kefahaman kanun tersebut atas kapasiti mereka sebagai ahli penguatkuasa. Ada maklumat yang mungkin jarang terfikir oleh orang awam seperti saya yang mereka bualkan.

Antaranya:
1. Hukuman yang paling susah hendak dijalankan ialah hukuman pancung dan rejam. Mengikut rakan2 ni pihak arab saudi sendiri biasa berhadapan dengan masalah ketiadaaan dan kekurangan pakar hukuman pancung, dan, pernah terjadi ada masalah ketika hukuman dijalankan. Apa masalahnya, pengendali kursus tidak mengongsikan dengan mereka.

2. Pihak arab saudi yang lebih berpengalaman dengan hal hukuman pancung menasihati sekiranya tiada yang berkesanggupan atau susah hendak mencari pakar hukuman pancung, maka, alternatifnya ialah hukuman gantung sampai mati. Yang penting ialah proses penuduhan, perbicaraan, pembelaan dan penghakiman adalah mengikut seperti garis-panduan AL-QURAN.

3. Bagi hukuman rejam, kita zaman sekarang ni, tak ramai yang mampu hendak merejam orang. Beza kita dengan umat terawal ialah, mereka berperang dengan pedang secara berhadapan dan kekuatan mereka adalah bergantung kepada apa yang mereka pegang dan percaya. Mereka mampu membunuh manusia kerana mereka percaya ada hak ALLAH di sana dan mereka sendiri adalah orang2 yang menegakkan hak ALLAH. maka, sekiranya ada orang yang perlu direjam atas hak ALLAH, mereka akan melakukannya dengan taat dan patuh. Kalau kita renung2 diri kita, adakah kita mampu menjadi seorang perejam atas sebab2 hak ALLAH? Dalam berita TV, ramai juga yang telah terkorban kerana jenayah bunuh, tetapi biasa mereka adalah dalam pengaruh bahan2/perkara2/benda2 yang mengkhayalkan atau memabukkan sebelum mampu melakukannya. Maka pihak arab saudi yang telah berpengalaman dengan hal ini mencadangkan alternatif kepada hukuman gantung sekiranya ada muslimin/muslimat yang datang sendiri mengaku berbuat kesalahan yang perlu dihukum rejam/pancung sampai mati.

Setelah mengikuti sembang rakan2 ni, baru saya teringat tentang satu artikel mengenai dengan pegawai yang bertugas menarik LEVER hukuman gantung. Dia seorang non-muslim berbangsa india kalau tak silap saya. Katanya, ketika hendak menjalankan tugas iaitu untuk menarik LEVER itu pun dia perlu menenangkan diri terlebih awal. Rasa2nya, hendak memancung kepala orang lebih memerlukan persiapan rapi dan hati yang amat teguh.

Kita tidak ada praktikal membunuh dengan pedang seperti orang2 yang pernah berperang yang mana keluarga sendiri yang kafir yang menentang risalah Nabi SAW pun mereka sanggup berhadapan samada mereka dibunuh atau membunuh.

INSYAALLAH, saya, tetap menyokong hukuman hudud.

AwgSagi
AHLI
AHLI

Posts : 22
Points : 30
Join date : 06/03/2013

Back to top Go down

Re: Penggunaan Allah dalam Bible Bahasa Melayu

Post by abu_firdaus on Wed Jan 22, 2014 12:33 pm

kenapa tak suggest pakai guillotine? masih tetap dlm definasi pancung. guna release lever juga. sekadar pandangan Smile
avatar
abu_firdaus
AHLI
AHLI

Posts : 688
Points : 712
Join date : 19/05/2012
Location : bdr baru bangi

Back to top Go down

Re: Penggunaan Allah dalam Bible Bahasa Melayu

Post by thtl on Mon Jan 27, 2014 11:23 am

boleh juga nak guna gilotin. fi ma musykilah
avatar
thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: Penggunaan Allah dalam Bible Bahasa Melayu

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Page 2 of 2 Previous  1, 2

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum