Isu Kalimah Allah, jalan penyelesaian

Page 1 of 2 1, 2  Next

View previous topic View next topic Go down

Isu Kalimah Allah, jalan penyelesaian

Post by thtl on Sun Jan 06, 2013 11:36 pm



Kalimah Allah pada dasarnya boleh digunakan dalam Bible bahasa Melayu sebab:

Pertama: agama Kristian dan Judaism adalah agama samawi atau semitic religion

AQS 3:52 [Maka tatkala Isa mengetahui keingkaran mereka (Bani Israil) lalu dia berkata: Siapakah yang akan menjadi penolong-penolongku untuk (menegakkan agama) Allah. Para Hawariyyun (sahabat-sahabat setia) menjawab: Kamilah penolong-penolong (agama) Allah. Kami beriman kepada Allah dan saksikanlah bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang muslim]

AQS 10:84 [Musa pula berkata (kepada kaumnya): "Wahai kaumku! Jika kamu beriman dengan Allah, maka hendaklah kamu bertawakal kepada-Nya, jika kamu benar-benar orang Islam]

Asalnya agama Nasrani dan Yahudi itu adalah agama semitic (revealed religion atau juga agama Ibrahimiah), maka Allah sudah digunakan sejak dulu kala lagi.

kedua: Allah menjelaskan dalam surah al-Fatihah, mereka adalah golongan yg dimurkai dan sesat

AQS al-Fatihah, 01:07 [yaitu) Jalan orang-orang yang telah Engkau beri ni'mat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat]

Kita sudah maklum, yg dimaksudkan dgn kaum yang sesat ialah Kristian dan mereka telah sesat dalam akidah dgn mencipta Allah yang dianggap memiliki anak, Jesus. Maka Allah yangn dimaksudkan oleh umat Kristian adalah dalam akidah yg sesat.

ketiga: Allah sudah menjelaskan antara doktrin utama agama Kristian ialah mencela Allah dan menyifatkan dengan sifat manusia yakni mempunyai anak.
dalil:
AQS 19:88-95 [Dan mereka berkata: "Tuhan Yang Maha Pemurah mengambil (mempunyai) anak". Sesungguhnya kamu telah mendatangkan sesuatu perkara yang sangat mungkar. Hampir-hampir langit pecah karena ucapan itu, bumi terbelah, dan gunung-gunung runtuh. Karena mereka mendakwa Allah Yang Maha Pemurah mempunyai anak. Dan tidak layak bagi Tuhan Yang Maha Pemurah mengambil (mempunyai) anak. Tidak ada seorang pun di langit dan di bumi, kecuali akan datang kepada Tuhan Yang Maha Pemurah selaku seorang hamba.]
Ayat ni bukanlah dalil kita mengeluarkan larangan mereka mnggunakan kalimah Allah. Sebab Allah telah membongkar kesesatan mereka, dan Allah tidak pernah memerintahkan umat Islam untuk merubah kandungan Bible dan menukar istilah di dalamnya. Itu hak mereka dan Allah sudah menjelaskan kesesatan mereka.

Keempat: Deklarasi surah al-ikhlas

Katakanlah: "Dia-lah Allah, Yang Maha Esa.
Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu.
Dia tiada beranak dan tidak pula diperanakkan,
dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia".


Deklarasi ini menjamin dgn kata lain " Allah" dalam AQ adalah tidak sama dengan "Allah" dalam Bible dan Taurat. Satu nama tapi membawa maksud yg lain dalam Bible dan Torah. Nama Allah juga ada dalam kitab suci Hindu, juga membawa maksud yg berlainan pula.

Ini kerana Allah telah jelaskan dalam surat al-Fatihah, bahawa mereka (yakni umat Kristian) adalah golongan yang sesat kerana doktrin triniti yang mereka anuti dan menghina Allah dengan menyifatkan dengan sifat Allah sebagai sorang Bapa. Surah al-Ikhlas turun menafikan Allah dalam Bible adalah suatu kesesatan, tapi Allah tak suruh kita merubah kehendak mereka untuk menulis Allah dalam konteks mereka.

kelima: Prinsip La Ikrahafiddin (tiada paksaan dalam beragama,
لاَ إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ )


لاَ إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ (Ia bermaksud, umat islam tidak boleh memaksa orang Kristian menerima konsep Allah dalam doktrin akidah kita), Allah sendiri sudah menceritakan bagaimana umat Kristian menghina dan mencela Allah, maka bagaimana kita hendak paksa 2 bilion penganut kristian utk menerima konsep Allah menurut al-Qur'an?
Maka Nabi Muhammad saw sendiri tidak pernah melarang penggunaan Allah dalam Bible, sebab itulah istilah yang asal, cuma Nabi Muhammad berdialog dgn Kristian supaya membetulkan konsep Allah dan membersihkan sifat kelemahan pada Allah dalam Bible. Kesediaan Kristian utk kembali kpd root Allah itu sudah cukup baik, bakinya ialah bagaimana kita nak yakinkan Allah dalam Bible itu adalah Allah yang mereka hinakan.

Itulah cabaran dialog Kristian dan Islam sejak dulu yakni membetulkan doktrin Tuhan, God dan Allah. Islam memurnikan Allah, manakala Kristian menodai Allah, manakala yahudi mempersenda dan mempermainkan Allah. Manakala umat lain mengadakan sekutu2 bagi Allah.

Maka kenapa kita halang mereka menggunakan kalimah Allah sedangkan asalnya mereka dan Islam adalah satu, namun mereka tersesat dan dimurkai?

Allah milik eksklusif umat islam adalah tidak benar, kerana Allah meliputi semua umat dan makhluk termasuk Kristian. Allah dalam versi Kristian adalah Allah yang bersifat dengan kelemahan dan Allah sendiri memberitahu bahawa dirinya dihina oleh umat Kristian. Jika Allah menerima diriNya dihina, kenapa kita harus menghalang dengan undang2, sedangkan Allah tetap memberi peluang kepada mereka termasuk menurunkan Jesusu sekali lagi untuk membetulkan konsep Allah yang sesat dalam Bible?

Untuk orang Melayu, katakan, memang Tuhan dalam Bible itu asalnya adalah Allah yang dibawa oleh Jesus (Isa) tapi mereka telah menyesatkan kalimah Allah, lantas Allah membangkitkan Muhammad untuk membetulkan balik nama Allah, tapi Kristian tetap ingkar. Keingkaran mereka bukanlah salah kita dan kita tidak boleh mngeksklusifkan Allah kpd Islam saja. itu satu kesalahan kerana Allah adalah Rabb sekelian alam (surah al-Fatihah).
Kita baca al-Fatihah, maka kita tahu Allah dalam Bible, Torah dan kitab suci agama2 lain adalah Allah yang dihina dan dinodai. Cabaran umat islam sejak dulu, membetulka balik doktrin Allah kpd mereka dan itulah sasaran dakwan paling utama.

Dari segi fiqh, spt kata Dr Mujahid, mmg legal mereka mencetak Allah dalam Bible, kerana kita tahu Allah dalam Bible adalah Allah yang telah mereka hinakan.


thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: Isu Kalimah Allah, jalan penyelesaian

Post by yat on Mon Jan 07, 2013 3:27 am

Tapi permintaan ini adalah dari sidang injil borneo (SIB) untuk sabah/sarawak...

setahu saya semasa memasuki malaysia, sabah/sarawak tiada agama rasmi negeri...dan penduduk situ sudah lama menggunakan 'Allah' dalam bible mereka, persoalan dia kenapa sekrang baru nak jadi plolemik, bukan dari dulu lagi?

saya tak setuju kalau ianya digunakan dekat semenanjung, sebab mereka memang tak pernah guna dan bukan kebiasaan penganut kristian di semenanjung guna kalimah Allah (kecuali sunday service di gereja mana banyak audienced dia orang sabah/sarawak)...sabah/sarawak memang guna kalimah Allah dalam bible mereka sejak dahulu lagi...

dan saya rasa permintaan ini hnaya utk sabah/sarawak, wallahualam

yat
Moderator
Moderator

Posts : 899
Points : 1144
Join date : 05/12/2011

Back to top Go down

Re: Isu Kalimah Allah, jalan penyelesaian

Post by thtl on Mon Jan 07, 2013 9:27 am

tidak mngapa mereka ingin menterjemahkan God kepada Allah utk semenanjung, sebab Allah dah kasi tahu terang2:
* Kalau tidak, GOD tu nak terjemah sebagai apa? Jika diterjemah sbg Allah, ia adalah tepat sebab asal agama Kristian adalah agama semitik atau agama Ibrahimiah (millah Ibrahim). Kemudian Allah menjelaskan Allah di sisi mereka adalah batil:

dalil:

وَقَالُواْ اتَّخَذَ اللّهُ وَلَدًا سُبْحَانَهُ بَل لَّهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ كُلٌّ لَّهُ قَانِتُونَ


AQS 2: 116 [Mereka (orang-orang kafir) berkata: "Allah mempunyai anak". Maha Suci Allah, bahkan apa yang ada di langit dan di bumi adalah kepunyaan Allah; semua tunduk kepada-Nya]

kita baca ayat ni:

وَجَعَلُواْ لِلّهِ شُرَكَاء الْجِنَّ وَخَلَقَهُمْ وَخَرَقُواْ لَهُ بَنِينَ وَبَنَاتٍ بِغَيْرِ عِلْمٍ سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى عَمَّا يَصِفُونَ


AQS 06:100 [dan mereka (orang2 musyrik) menjadikan jin itu sekutu bagi Allah, padahal Allah-lah yang menciptakan jin-jin itu, dan mereka membohong (dengan mengatakan): "Bahwasanya Allah mempunyai anak laki-laki dan perempuan", tanpa (berdasar) ilmu pengetahuan. Maha Suci Allah dan Maha Tinggi dari sifat-sifat yang mereka berikan.]

Maksudnya, Allah yg dikenali oleh orang Kristian mmg Tuhan yang bersifat dengan sifat manusia, beranak samada anak lelaki dan perempuan. Maka Allah dalam al-Qur'an itulah yang betulnya.
Jika Allah sudah kasi tahu kesalahan mereka, maka kenapa kita merasa tergugat dengan percubaan mereka menterjemahkan God kpd Allah sedangkan itulah Allah dalam akidah Kristianiti. Father-Son-Holy Spirit adalah suatu pembohongan dan kita tidak diminta pertanggujawabkan akan pembohongan tsb. Allah dah kasi tahu 1400 tahun lalu.

apakah umat Melayu tidak tahu Kristian juga iktiraf Allah? Allah atau Father di sisi mereka sudah dicela oleh Allah sendiri. Ianya suatu pembohongan yg sudah maklum.

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: Isu Kalimah Allah, jalan penyelesaian

Post by Mohd. Ikram on Mon Jan 07, 2013 12:30 pm

Apa sejarah asal tiba2 tak boleh guna Allah dalam bible kat Malaysia ni? Kalau consensus, maka kena la patuh... (Saya ada kawan kristian kat Sabah, pernah je saya dengar depa sebut Allah)

Mohd. Ikram
AHLI SETIA
AHLI SETIA

Posts : 164
Points : 216
Join date : 25/11/2011

Back to top Go down

Re: Isu Kalimah Allah, jalan penyelesaian

Post by thtl on Mon Jan 07, 2013 12:36 pm

apabila al-Kitab made in Indonesia nak dibawa masuk ke Sabah dan Sarawak utk kegunaan umat Kristian di Bornoe.
dalam al-Kitab (Bible st James version), God diterjemah sebagai Allah. itu mmg terjemahan yg tpat, sbb God adalah Allah yg mempunyai anak dalam akidah mereka

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: Isu Kalimah Allah, jalan penyelesaian

Post by Ahmad Shamil on Wed Jan 09, 2013 6:38 pm

cuba tonton ini komen maulana asri
apa yg saya faham beliau mahu pihak berkuasa mengawal perkara ini supaya perkara yg tidak diingini tidak tercetus

_________________
http://kembara-journey.blogspot.com
http://epetscorner.blogspot.com

Jihad tanpa didasari ilmu pengetahuan ibarat pedang tanpa gagang, bisa melukai (Kiai Haji Ahmad Dahlan r.h.m)

Ahmad Shamil
Admin
Admin

Posts : 929
Points : 1226
Join date : 24/11/2011
Age : 32
Location : Raub, Pahang

http://kembara-journey.blogspot.com

Back to top Go down

Re: Isu Kalimah Allah, jalan penyelesaian

Post by rozimuda on Thu Jan 10, 2013 4:06 am

Assalamu'alaikum..!

Pendirian saya senang shj. Apabila sesuatu itu tidak qat'i dan diperselisihkan, saya akan patuh kepada tindakan yang diambil oleh Pemerintah. Dalam hal ini, saya menyokong apa yang diputuskan oleh Majlis Fatwa dengan hati terbuka.

Bagi saya, polemik sebegini tak perlu dipanjangkan kerana ramai orang awam akan keliru dan saling berbalah. Inilah bagi saya salah satu peranan yang patut dimainkan oleh kerajaan, ambil keputusan dan tutup kes! Saya memang kurang selesa apabila isu begini dipolitikkan..

Contoh lain ialah isu ASB. Apabila fatwa menyatakan ia tidak haram, saya tidak lagi menghalang sesiapa pun yang minta nasihat saya untuk melabur dalam ASB, tetapi hanya menyatakan saya lebih cenderung untuk menjauhinya.

rozimuda
AHLI
AHLI

Posts : 14
Points : 16
Join date : 16/07/2012

Back to top Go down

Re: Isu Kalimah Allah, jalan penyelesaian

Post by thtl on Thu Jan 10, 2013 10:22 am

Ust A_Syamil dan Rozi,

Sebenarnya ini isu khilaf. Ia juga melibatkan kuasa politik. Terpulang kpd pemerintah nak guna pendapat madzhab Hanafi, Hanabilah dan Malik, tak larang, atau madzhab syafi'iy yg melarangnya.
Kes yg sama:
Ini isu samada nak benarkan perkahwinan antara lelaki Muslim melayu dgn wanita Kristian di Malaysia. Di tanah arab, perkahwinan lelaki arab muslim dgn wanita Kristian dibolehkan tanpa menukar agama. Malaysia melarangnya dgn kuasa.

Maka begitu juga kalimah Allah dalam bahasa arab dan Melayu, pemerintah atau Sultan boleh guna kuasa larang, jika umat islam berkuasa dalam negara tsb atau membenarkannya. Di Tanah Arab, bible edisi arab, memang guna Allah sejak dulu kala tanpa masalah, sedangkan Malaysia nak larang. Ia tak jadi hal.

Cuma, PR dan PAS akan guna utk jadi modal politik dan BN/UMNO akan sedikit tergugat khususnya di Sabah dan Sarawak.

Dari segi fiqh, tidak ada masalah Bible Melayu nak guna Allah sebab Kristian adalah asalnya agama wahyu/semitik. God atau Father dalam Bible tu asalnya memang kalimah Allah. Allah pun dah ceritakan dalam ayat2 yg saya sebutkan di atas bagaimana Allah amat murka dgn konsep Allah sbg Father.

sapa yg nafikan bermakna dia pendek umur...hahaha

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: Isu Kalimah Allah, jalan penyelesaian

Post by najib76 on Thu Jan 10, 2013 10:42 am

ada sahabat suruh penyokong PR salahkan LGE...sebab dia bangkitkan isu ini ....

salah LGE ker ??

najib76
AHLI
AHLI

Posts : 233
Points : 337
Join date : 02/12/2011
Location : Johor

Back to top Go down

Re: Isu Kalimah Allah, jalan penyelesaian

Post by yat on Thu Jan 10, 2013 11:34 am

najib76 wrote:ada sahabat suruh penyokong PR salahkan LGE...sebab dia bangkitkan isu ini ....

salah LGE ker ??

spin baik...pemimpin mereka juga benarkan...kalau ikut ustaz aizam, 'majlis fatwa 'PR' yang benarkan

yat
Moderator
Moderator

Posts : 899
Points : 1144
Join date : 05/12/2011

Back to top Go down

Re: Isu Kalimah Allah, jalan penyelesaian

Post by najib76 on Thu Jan 10, 2013 11:36 am

yat wrote:
najib76 wrote:ada sahabat suruh penyokong PR salahkan LGE...sebab dia bangkitkan isu ini ....

salah LGE ker ??

spin baik...pemimpin mereka juga benarkan...kalau ikut ustaz aizam, 'majlis fatwa 'PR' yang benarkan

maknanya PR dalam kerugian menjelang PRU ??

najib76
AHLI
AHLI

Posts : 233
Points : 337
Join date : 02/12/2011
Location : Johor

Back to top Go down

Re: Isu Kalimah Allah, jalan penyelesaian

Post by yat on Thu Jan 10, 2013 11:40 am

najib76 wrote:
yat wrote:
najib76 wrote:ada sahabat suruh penyokong PR salahkan LGE...sebab dia bangkitkan isu ini ....

salah LGE ker ??

spin baik...pemimpin mereka juga benarkan...kalau ikut ustaz aizam, 'majlis fatwa 'PR' yang benarkan

maknanya PR dalam kerugian menjelang PRU ??

Ontah la...kena tanya orang yg buat survey....secara peribadi, saya tak setuju di semananjung, tapi biarlah di sabah sarawak sebab dah jai budaya (sama maam kat arab)...

yat
Moderator
Moderator

Posts : 899
Points : 1144
Join date : 05/12/2011

Back to top Go down

Re: Isu Kalimah Allah, jalan penyelesaian

Post by thtl on Thu Jan 10, 2013 12:14 pm

PR akan untung kerana mereka nak pecahkan dominance BN di Borneo; di semananjung, bila TG Hj Hadi dan TG NA kata OK kalimah Allah boleh digunapakai oleh non-Muslim, maka PR akan untung.

cuma ironinya, yang tak faham isu ni kena belajar kelas basic interfaith:

Apakah itu agama semitik?

Islam-Judaism-Kristianiti ni mana titik persamaannya?


Kalau Malaysia anggap semua umat Kristian sudah menjadi orang musyrikin (pendapat Ibn Umar), maka haram perempuan (dinikahi) dan makanan mereka (dari dimakan) dan mereka tidak boleh bertuhankan Allah. Ini mazhab Ibn Umar yg menetapkan ahlil kitab menjadi kafir jika menolak Muhammad saw dan al-Qur'an.

Maka tindakan Malaysia melarang org Kristian menggunakan kalimah Allah dalam Bible terjemahan, maka Malaysia pakai ijtihad Ibn Umar. memaksa umat Kristian menerima tawhid Islami dan menolak akidah Tritinitas (Bapa-Anak dan Jibril. Malaysia juga mahu Kristian mencari Tuhan lain selain Allah dan planet lain selain bumi?

itulah kedudukan yg diambil oleh Maflis fatwa kebangsaan, raja2 Malayu, IKIM, jakim dan mufti2.


Last edited by thtl on Thu Jan 10, 2013 12:18 pm; edited 1 time in total

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: Isu Kalimah Allah, jalan penyelesaian

Post by najib76 on Thu Jan 10, 2013 12:16 pm

thtl wrote:PR akan untung kerana mereka na pecahkan dominance BN di Borneo.

di semananjung, bila TG Hj Hadi dan TG NA kata OK kalimah Allah boleh digunapakai, maka PR akan untung.

cuma ironinya, masing2 kena belajar kelas basic interfaith:

Apakah itu agama semitik?

Islam-Judaism-Kristianiti ni mana titik persamaannya?


Kalau malaysia anggap semua umat Kristian sudah menjadi orang musyrikin (pendapat Ibn Umar), maka haram perempuan dan makanan mereka dan mereka tidak boleh bertuhankan Allah. Ini mazhab Ibn Umaryg menetapkan ahlil kitab menjadi kafir jika menolak Muhammad saw dan al-Qur'an.

Maka tindakan Malaysia melarang org Kristian menggunakan kalimah Allah, maka Malaysia pakai ijtihad Ibn Umar. memaksa umat Kristian menerima tawhid dan menolak akidah Tritinitas (Bapa-Anak dan Jibril)

itulah kedudukan yg diambil oleh Maflis fatwa kebangsaan.

boleh jelaskan lagi....

najib76
AHLI
AHLI

Posts : 233
Points : 337
Join date : 02/12/2011
Location : Johor

Back to top Go down

Re: Isu Kalimah Allah, jalan penyelesaian

Post by thtl on Thu Jan 10, 2013 12:22 pm

Maksudnya, sultan2 melaksanakan fiqh Ibn Umar, tak kasi can kpd Gereja. ia mmg satu yg bagus kalau kita mampu buat.
yang tak bagusnya, kenapa buat demikian? sedangkan ia khilaf dan3 lagi madzhab tidak demikian?

sebelum larang, kita kena kaji dan panggil padri Malaysia dan hubungi Vatican City ke, apa kata majlis syura Vatican??
apakah mereka bersedia sekarang nak terima Allah dalam al-Qur'an??

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: Isu Kalimah Allah, jalan penyelesaian

Post by najib76 on Thu Jan 10, 2013 12:25 pm

thtl wrote:Maksudnya, sultan2 melaksanakan fiqh Ibn Umar, tak kasi can kpd Gereja. ia mmg satu yg bagus kalau kita mampu buat.
yang tak bagusnya, kenapa buat demikian? sedangkan ia khilaf dan3 lagi madzhab tidak demikian?

sebelum larang, kita kena kaji dan panggil padri Malaysia dan hubungi Vatican City ke, apa kata majlis syura Vatican??
apakah mereka bersedia sekarang nak terima Allah dalam al-Qur'an??

maknanya ada PRO dan Kontra dalam isu ini ?? PR dan BN....


najib76
AHLI
AHLI

Posts : 233
Points : 337
Join date : 02/12/2011
Location : Johor

Back to top Go down

Re: Isu Kalimah Allah, jalan penyelesaian

Post by thtl on Thu Jan 10, 2013 12:51 pm

Rentetan:

1. Kristian yg asal, ahlil kitab sama dgn muslim, dinamakan Hawariyyun..bertuhankan Allah yg Esa dan bernabikan Jesus atau Isa anak Maryam. Ini berlaku sebelum perutusan Muhammad saw.

2. Selepas kebangkitan Muhammad saw dan Islam menjadi superpower, salaf betperpecah kpd banyak pndapat mengenai kedudukan Kristian.

3. Ibn Umar menetapkan ahlil kitab yg menolak perutusan Muhammad dan merubah isi Bible dan menukar akidah kpd triniti adalah musyrikin (penyembah berhala) dan hilang status sbg ahlil kitab (tak boleh makan sembelihan mereka dan kawin dgn perempuan mereka..

Ini langkah yg diambil oleh penguasa Malaysia. Mereka bertindak mengawal penyelewengan org Kristian dalam kitab Bible mereka.

4. Mazhab lain masih menetapkan umat Kristian sbg ahlil kitab walaupun mereka menukar akidah mereka kepada Triniti. Ia sama dgn umat Islam yg enggan mlaksanakan hudud, menjadi sekuler atau syiah, atau liberal, mereka tetap muslim.
Ini bermakna kristian boleh menggunakan kalimah Allah menggantikan erti Tuhan kerana asalnya mereka adalah Islam dan Jesus adalah Nabi yg diutuskan utk mereka. Cuma mereka menukarkan Allah kpd Holy Father dan Jesus sbg son of God.

5. Jika pemerintah Malaysia berupaya menguatkuasakan larangan menyekat kesesatan Bible, maka kita merasakan tak ada masalah. Sama dgn penguatkuasaaan menyekat Kristian berdakwah kpd Melayu.

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: Isu Kalimah Allah, jalan penyelesaian

Post by thtl on Thu Jan 10, 2013 1:50 pm

Jika nak kuatkuasa, boleh aje, macam KSA:

1. tak boleh buat gereja
2. tak boleh sambut Krismas
3. tak boleh sambut New Year
4. tak boleh edar Bible di KSA
5. tak boleh sambut Hari Valentine, Haloween, Easter..

Malaysia pulak, sambut Krismas besar-besaran, siap dgn Hari Krismas 1Malaysia, kasi cuti umum, tak larang hari Valentine, Haloween, Easter, New Year (hari lahir anak Tuhan)...tapi amat sensitif dgn kalimah Allah dalam Bible...

tak komprehensif...ketat di satu sudut, tapi longgar yg teramat di sudut yg lain...

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: Isu Kalimah Allah, jalan penyelesaian

Post by Mohd. Ikram on Thu Jan 10, 2013 6:21 pm

Mantap penerangan Tuan Hassan... jzk..

Memang isu ni kalau buat modal politik (tapi susah nak elak kot, di tambah lagi ngan namimah akhbar-akhbar ni) tak patut la...

Kita punya fiqh Malizi kot, sebab tu jadi macam tu.. Kita ni kan perpaduan based on consensus (kontrak sosial)..

Mohd. Ikram
AHLI SETIA
AHLI SETIA

Posts : 164
Points : 216
Join date : 25/11/2011

Back to top Go down

Re: Isu Kalimah Allah, jalan penyelesaian

Post by yat on Fri Jan 11, 2013 6:12 pm

thtl wrote:Jika nak kuatkuasa, boleh aje, macam KSA:

1. tak boleh buat gereja
2. tak boleh sambut Krismas
3. tak boleh sambut New Year
4. tak boleh edar Bible di KSA
5. tak boleh sambut Hari Valentine, Haloween, Easter..

Malaysia pulak, sambut Krismas besar-besaran, siap dgn Hari Krismas 1Malaysia, kasi cuti umum, tak larang hari Valentine, Haloween, Easter, New Year (hari lahir anak Tuhan)...tapi amat sensitif dgn kalimah Allah dalam Bible...

tak komprehensif...ketat di satu sudut, tapi longgar yg teramat di sudut yg lain...

depa cakap kalau macam ni apasal takut sgt kat non muslim, minoriti ja, tak yah ban benda2 ni, kalau ikut sifir macam ni KSA lagi la takut kat non muslim, macam lemah iman jek KSA ni, hehe....dah berpuluh tahun memerintah tapi takkan takut kat suara minoriti bla bla bla (malaysia berpuluh btahun, KSA dah beratus2 tahun)

kita kena tgk sabah/sarawak yg dah lama guna benda ni, compare dgn semananjung yg memang tak guna pun, dan kita jugak kena tgk indonesia yg pluralisme habis...murtad pun takdak hal sebab nak kahwin...mereka lagi la gereja pun dinamakan rumah Allah (saya tgk sendiri di Medan)...ada prons and cons...apa2 pun bab ni, saya ambik taat pemerintah, Laughing

yat
Moderator
Moderator

Posts : 899
Points : 1144
Join date : 05/12/2011

Back to top Go down

Re: Isu Kalimah Allah, jalan penyelesaian

Post by thtl on Fri Jan 11, 2013 7:20 pm

ia dah jadi isu politik.

BN merasai dgn larangan ini, ia akan mendapat sokongan melayu yg muqallid dan jahil terutama di kampung spt kedah kelantan dan trg...

PR pulak akan untung dua-dua, sokongan melayu akan bertambah dari Melayu yg faham agama dan sokongan dari Borneo.

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: Isu Kalimah Allah, jalan penyelesaian

Post by Mohd. Ikram on Sat Jan 12, 2013 5:18 am

Penulisan penuh Mufti boleh rujuk sini..
http://www.muftiwp.gov.my/v1/doc/Paderi_Indonesia_mengakui_ALLAH_adalah_Eksklusif_untuk_orang_Islam.pdf

Paderi Indonesia akui kalimah Allah hanya untuk orang Islam

KUALA LUMPUR 11 Jan. - Seorang paderi dari Indonesia, Jahja Iskandar mengakui bahawa kalimah Allah adalah khas untuk umat Islam.

Perkara itu didedahkan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh yang merujuk kepada perakuan di dalam buku tulisan paderi tersebut iaitu Mengapa Nama Yahweh Semakin Popular.

Katanya, berdasarkan buku itu, Jahja memberitahu bahawa kata yang tepat bagi nama Tuhan sembahan orang Kristian berasaskan bahasa asli perjanjian lama, iaitu Ibrani (bahasa digunakan orang Yahudi) ialah Elohim.

Menurut Wan Zahidi, jika diterjemah ke bahasa Arab, maka kata yang tepat bagi menggantikan Elohim ialah Ilah bukan Allah, berasaskan terjemahan paling awal ke bahasa Arab iaitu Inskripsi Zabad pada tahun 512.

"Sehubungan itu, Yayasan Lentera Bangsa yang diasaskan oleh Jahja telah menerbitkan kitab suci Indonesia Literal Translation (KS-ILT) yang mana terjemahan itu tidak lagi tertera kalimah Allah, sebaliknya menggunakan Elohim sebagai nama sembahan orang Kristian.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130112/dn_10/Paderi-Indonesia-akui-kalimah-Allah-hanya-untuk-orang-Islam#ixzz2HivZnxC0
© Utusan Melayu (M) Bhd

Mohd. Ikram
AHLI SETIA
AHLI SETIA

Posts : 164
Points : 216
Join date : 25/11/2011

Back to top Go down

Re: Isu Kalimah Allah, jalan penyelesaian

Post by thtl on Sat Jan 12, 2013 9:02 am

Kalau org Kristian bukan lagi agama semitik, sudah menjadi agama ardhi (agama pagan), maka OKlaa..

Maka hukum fiqh yg releven ialah: sembelihan mereka haram dimakan, wanita mereka haram dinikahi dan mereka gugur dari golongan "ahlil kitab" yg disebut dalam AQ. Ini kerana penganut Kristian adalah orang musyrikin sebagaimana kata Ibn Umar ra bukan lagi "people of the book" atau semitic.

Mufti kena isytihar dan wartakan.

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: Isu Kalimah Allah, jalan penyelesaian

Post by yat on Sat Jan 12, 2013 12:34 pm

thtl wrote:Kalau org Kristian bukan lagi agama semitik, sudah menjadi agama ardhi (agama pagan), maka OKlaa..

Maka hukum fiqh yg releven ialah: sembelihan mereka haram dimakan, wanita mereka haram dinikahi dan mereka gugur dari golongan "ahlil kitab" yg disebut dalam AQ. Ini kerana penganut Kristian adalah orang musyrikin sebagaimana kata Ibn Umar ra bukan lagi "people of the book" atau semitic.

Mufti kena isytihar dan wartakan.

saya tinggal dengan ahli kitab malaysia dekat sini, memang depa tak sebut nama Allah, dan depa tak tahu menahu pun, kalau apa2, tersadung kaki ke, ada bala ke mereka akan sebut Jesus, bukan Allah, sundat service in English atau chinese...dia tak tau Sabah/Sarawak.....

dan tiba2 orang kristian nak ni dibenarkan guna di semnanajung sekali..something sinister here.....

boleh download kertas kerja Ustaz Aizam Masud, panel akidah Jakim kenapa tak boleh Bible digunakan, lengkap dengan fakta sejarah, uruf, dalil dan sebagainya...

http://www.islam.gov.my/sites/default/files/reject_use_of_allah_by_christians.pdf

PAS pun nampak bercelaru, ada pemimpin dia cakap bileh guna dalam bible, ada tak boleh, bila tanya balik, boleh guna tapi bukan dalam bible dan macam2 lagi....depa tak tegas, dan main dengan kata2...


yat
Moderator
Moderator

Posts : 899
Points : 1144
Join date : 05/12/2011

Back to top Go down

Re: Isu Kalimah Allah, jalan penyelesaian

Post by yat on Sat Jan 12, 2013 12:36 pm

Saya masukkan tokoh ilmuwan sunnah yg sokong guna Allah dalam Bible (bukan ulamak dari partio politik):

1. Prof Madaya dr. Asri Zainul Abididn
2. Dr MAszlee Malik
3. Dr. Juanda Jaya


Yang menentang:

1. Ustaz Aizam Masud
2. Maulana Asri (Al-Kauthar)
3. Dr. Zaharuddin (UZAR)


Feeel free to add

yat
Moderator
Moderator

Posts : 899
Points : 1144
Join date : 05/12/2011

Back to top Go down

Re: Isu Kalimah Allah, jalan penyelesaian

Post by Sponsored content Today at 1:44 pm


Sponsored content


Back to top Go down

Page 1 of 2 1, 2  Next

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum