Status Hadis "Binasalah manusia"

View previous topic View next topic Go down

Status Hadis "Binasalah manusia"

Post by intan on Mon Jan 21, 2013 11:46 am

Assalamualaikum warahmatullah.

Boleh saya tahu status hadis ini, saya dapati ianya riwayat Muslim(sepatutnya sahih), cuma saya ingin pastikannya saja:

Nabi bersabda: Jika seseorang berkata: Binasalah manusia, maka dialah yang paling binasa. (Riwayat Muslim)

Kalau boleh saya ingin tahu huraiannya sekali. Adakah kita dilarang berkata demikian kepada Muslim yang berdosa saja(kerana mereka masih berpeluang untuk bertaubat? Bagaimana pula jika non-Muslim yang menghina agama kita, adakah larangan ini ditujukan buat semua, samada kepada Muslim mahupun non-Muslim?


Jazakallahu khoir.

intan
AHLI
AHLI

Posts : 45
Points : 116
Join date : 21/05/2012

Back to top Go down

Re: Status Hadis "Binasalah manusia"

Post by yat on Tue Jan 22, 2013 6:01 am

drmaza pernah hurai hadis ini:

http://drmaza.com/home/?p=406

excerpt:
Marilah kita berkempen untuk manusia mendapatkan rahmat keampunan Allah ini. Bukan untuk orang masjid dan surau sahaja, tetapi juga semua muda-mudi di jalanan, artis di pentas, pemimpin di gelanggang politik dan seterusnya. Jangan menghukum seseorang itu sebagai tidak berpeluang menerima rahmat Allah sedangkan roh masih di jasadnya dan hukuman Allah belum pun kita tahu.

Nabi bersabda: Jika seseorang berkata: Binasalah manusia, maka dialah yang paling binasa. (Riwayat Muslim).

Hadis ini bermaksud apabila seseorang berkata dengan tujuan merendahkan orang lain dan membanggakan dirinya seakan orang lain tidak mendapat kerahmatan, maka dialah akan dibinasakan Allah. Dakwah agama hendaklah merentasi sempadan-sempadan yang dibikin oleh kita. Rahmat Allah mestilah disebarkan ke semua daerah hidup yang pelbagai. Sama ada yang berada di gelanggang sukan, di pentas filem, di medan politik atau apa sahaja.

utk syrahan lengkap hadis ni maybe panel lain boleh bantu

yat
Moderator
Moderator

Posts : 899
Points : 1144
Join date : 05/12/2011

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum