Bacaan Doa Qunut bagi Imam dan Makmum

View previous topic View next topic Go down

Bacaan Doa Qunut bagi Imam dan Makmum

Post by izamahmed on Tue Jan 22, 2013 3:59 am

Asslammualaikum
saya nak tanya bagaimana bacaan qunut bagi imam?
adakah membaca dengan kuat sehingga habis doa qunut.

bagaimana pula keadaan makmum, adakah mengaminkan sahaja atau sehingga ayat tertentu atau membaca keseluruhan doa qunut?

selain itu adakah dalam iqamah solat subuh perlu ditambah assolatuhairumminannaum? atau seperti iqamah biasa.

saya terkeliru melihat jawapan2 di dalam internet.

izamahmed
AHLI
AHLI

Posts : 28
Points : 62
Join date : 22/01/2013

Back to top Go down

Re: Bacaan Doa Qunut bagi Imam dan Makmum

Post by yat on Tue Jan 22, 2013 7:03 am

izamahmed wrote:Asslammualaikum
saya nak tanya bagaimana bacaan qunut bagi imam?
adakah membaca dengan kuat sehingga habis doa qunut.

bagaimana pula keadaan makmum, adakah mengaminkan sahaja atau sehingga ayat tertentu atau membaca keseluruhan doa qunut?

selain itu adakah dalam iqamah solat subuh perlu ditambah assolatuhairumminannaum? atau seperti iqamah biasa.

saya terkeliru melihat jawapan2 di dalam internet.

Salam, digalakkan utk sesi ta'ruf (perkenalkan diri) dahulu:

http://bicarathtl.forumms.net/t2p705-sesi-ta-aruf-bicara-thtl-kenalkan-diri-anda-disini-v1

yat
Moderator
Moderator

Posts : 899
Points : 1144
Join date : 05/12/2011

Back to top Go down

Re: Bacaan Doa Qunut bagi Imam dan Makmum

Post by Ahmad Shamil on Tue Jan 22, 2013 7:40 am

waalaikumussalam warahmatullahi wabarokatuh

1. menurut ulamak mazhab syafi'i, imam membaca doa qunut dengan cara jahar(kuat)

2. makmum pula mengaminkan bacaan imam yg berbentuk doa, iaitu daripada "Allahummahdina fiiman haadaait" sehingga "wa qina syarra ma qodait"

ini berdasarkan apa yg diriwayatkan oleh ibn abbas, "Rasulullah s.a.w. membaca qunut, dan orang yang berada di belakang baginda mengaminkannya"-hadis riwayat abu daud dengan sanad hasan atau soheh menurut dr muhammad az-zuhaili.

3. tetapi ketika imam mula membaca "fainnaka taqdii..." para makmum hendaklah membacanyanya bersama sama imam secara sirr (perlahan, sekadar dengar diri sendiri)

ini kerana lafaz ini bukan lagi doa, tetapi puji-pujian kepada Allah. puji pujian tidak diaminkan sperti doa, tetapi lebih utama utk sama sama memuji Allah ketika itu.

ataupun makmum boleh mendiamkan diri ketika imam membaca bahagian puji-pujian itu.

4. sekiranya makmum tidak mendengar qunut yg dibaca imam, disukai dia berqunut secara sirr

5. orang yang solat sendirian hendaklah membaca qunut secara sirr sahaja.

Wallahu'a'lam.

sumber: Prof. Dr Muhammad Az-zuhaili, Al-mu'tamad fi al-fiqh as-syafi'i, jilid 1/277-278, cetakan pertama, dar al-qalam, damsyik, 2007.

_________________
http://kembara-journey.blogspot.com
http://epetscorner.blogspot.com

Jihad tanpa didasari ilmu pengetahuan ibarat pedang tanpa gagang, bisa melukai (Kiai Haji Ahmad Dahlan r.h.m)

Ahmad Shamil
Admin
Admin

Posts : 929
Points : 1226
Join date : 24/11/2011
Age : 31
Location : Raub, Pahang

http://kembara-journey.blogspot.com

Back to top Go down

Re: Bacaan Doa Qunut bagi Imam dan Makmum

Post by izamahmed on Tue Jan 22, 2013 10:04 am

terima kasih saudara yan & ahmad syamil.

bagaimana pula dengan iqamat solat subuh.
adakah boleh ditambah seperti solat, perkataan :"Assolatuhairumminannaum"

izamahmed
AHLI
AHLI

Posts : 28
Points : 62
Join date : 22/01/2013

Back to top Go down

Re: Bacaan Doa Qunut bagi Imam dan Makmum

Post by Ahmad Shamil on Wed Jan 23, 2013 1:44 pm

tidak ditambah lafaz tersebut dlm iqamah
hanya ditambah dlm azan

_________________
http://kembara-journey.blogspot.com
http://epetscorner.blogspot.com

Jihad tanpa didasari ilmu pengetahuan ibarat pedang tanpa gagang, bisa melukai (Kiai Haji Ahmad Dahlan r.h.m)

Ahmad Shamil
Admin
Admin

Posts : 929
Points : 1226
Join date : 24/11/2011
Age : 31
Location : Raub, Pahang

http://kembara-journey.blogspot.com

Back to top Go down

Re: Bacaan Doa Qunut bagi Imam dan Makmum

Post by Sponsored content Today at 9:19 pm


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum