Adakah Ustaz DON bermasalah ??

View previous topic View next topic Go down

Adakah Ustaz DON bermasalah ??

Post by najib76 on Thu Feb 14, 2013 5:05 am

Salam ,

Fenomena Ustaz DON semakin meningkat ......tetapi ada sebahagian yang berpendapat bahawa beliau bermasalah dari segi bahan ilmu yang disampaikan ....

Seorang lulusan Universiti Madinah membantah Ustaz Don yg menganjurkan bertawassul kpd Nabi di kubur,
menganjur org kirim salam kpd Nabi di kuburan... kemudian mendakwa Nabi faham bahasa melayu ...

Mungkin bagi kebanyakan org dlm masyarakat kita isu "tawassul" ni bukan isu
yg biasa org dengar.. tapi siapa yg mengikuti kuliah yg membicara kan hadis berkaitan "tawassul"

akan faham bagai mana tawassul yg dibenarkan oleh Syarak...
Malangnya kalau org awam mendengar ajaran tentang tawassul dari org Sufi sesat.. org Sufi sesat

membenarkan Tawassul kpd org mati..

apa pandangan BicaraTHTL ??

boleh kongsikan ...
avatar
najib76
AHLI
AHLI

Posts : 233
Points : 337
Join date : 02/12/2011
Location : Johor

Back to top Go down

Re: Adakah Ustaz DON bermasalah ??

Post by thtl on Thu Feb 14, 2013 6:55 am

Manhaj spt UD merupakan manhaj mainstream di Malaysia dan Nusantara. Manhaj yg ketara di Malaysia ni ada tiga, aliran tradisi (manhaj yg dibawa oleh pondok dan pesantren) berpaksikan tareqat atau kesufiana..ini aliran utama di rantau kita, manakala aliran kedua ialah manhaj pembaharuan dari Mesir (tajdid haraki) dan manhaj ketiga ialah manhaj pembaharuan dari Hijaz (salafik). atau ringkasnya ada dua, aliran lama, kitab kuning dan aliran tajdid. root cause dia kat situ, maka aliran lama atau kitab jawi ni mmg tak ada masalah bertawassul dgn arwah tok syaikh mereka dan habib-habib mereka. Ini isu dah berusia 100 tahun. tak ada jalan penyelesaian
avatar
thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: Adakah Ustaz DON bermasalah ??

Post by yat on Thu Feb 14, 2013 7:36 am

Student Universiti islam Madinah jawab (fb nama dia Mohd fashan)

[ Menjawab Ustaz Don Danial berkenaan bolehnya bertawassul dengan Nabi sallallahu`alaihiwasallam di kuburnya berdalilkan dengan ayat 64 Surah An-Nisa` ]



Saya diminta untuk menjawab beberapa persoalan berkenaan hujjah yang digunakan oleh Ustaz Don yang membenarkan tawassul atau memohon meminta keampunan kepada Rasulullah sallallahu`alaihiwasallam di kubur baginda,saya berasa terpanggil bagi menjawab syubhat yang dilihat sangat merbahaya khususnya apabila ianya berkenaan dengan pegangan akidah umat Islam kerana ianya boleh membawa kepada syirik.



Tawassul dari segi bahasa bermaksud "qurbah" [ Surah Al-Ma`idah ayat 35 ] iaitu perkara yang boleh mendekatkan,dari segi istilahnya:Mengambil sebab yang disyariatkan untuk mendekatkan diri kepada Allah Ta`ala,dan ibadah yang dimaksudkan pengamalannya untuk mencapai keredhaan Allah berdasarkan apa yang disyariatkan di atas lisan Rasul sallallahu`alaihiwasallam.Para ulama meletakkan syarat-syarat diterimanya amalan tawassul antaranya:



a) Hendaklah hamba yang bertawassul kepada Allah itu seorang mukmin yang soleh dan amalannya itu bertujuan untuk mendapat keredhaan Allah.



b) Hendaklah amalan yang dilakukan untuk bertawassul itu adalah apa yang disyariatkan oleh Allah.



c) Hendaklah amalan soleh yang disyariatkan itu menepati dalam praktik amalan yang berdasarkan apa yang ditunjukkan oleh Rasul dan para salafussoleh dan tidak menokok tambah atau mengurangi daripadanya,dan tidak melakukan amalan tersebut bukan pada masanya yang telah ditetapkan oleh syarak,tempatnya yang telah ditetapkan jika tidak maka ianya akan menjadi bid`ah.

Para Ulama Islam telah membahagikan tawassul kepada dua bahagian:



a) Tawassul yang disyariatkan:Ianya terbahagi kepada 3 jenis:



a1) Tawassul dengan memohon serta menyebut Asmaul Husna(nama-nama Allah yang indah) juga sifat-sifatNya yang Maha Tinggi

[ rujuk surah Al-`Aaraf ayat 180 ] dan ianya ditunjukkan oleh Nabi sallallahu`alaihiwasallam dalam banyak doa baginda [ sila rujuk Kitab Al-Azkar oleh Al-Imam An-Nawawi atau Hisnul Muslim(Perisai Muslim) yang menghimpunkan doa-doa dan zikir-zikir yang shahih daripada Nabi sallallahu`alaihiwasallam ]



a2) Tawassul dengan amal soleh seperti iman,solat,puasa.haji,umrah,sedekah,jihad,membaca Al-Quran,berzikir,istighfar,selawat ke atas Nabi,berbakti kepada ibu bapa,melayan tetamu,meninggalkan kemaksiatan dan berbuat kebaikan dan lain-lain.



a3) Tawassul kepada Allah dengan doa orang soleh yang masih hidup.Termasuklah bertawassul dengan doa Nabi sallallahu`alaihiwasallam ketika baginda masih hidup,ianya ditunjukkan oleh praktik para sahabat Nabi yang meminta agar Nabi mendoakan mereka ketika baginda masih hidup,adapun selepas Nabi sallalallahu`alaihiwasallam wafat,tidak ada satu riwayat yang shahih pun menunjukkan para sahabat seperti Abu Bakar,Umar,Uthman dan `Ali serta sahabat yang lain pergi memohon doa kepada kubur Nabi sallalallahu`alaihiwasallam.



2) Tawassul yang terlarang: Ianya juga dinamakan dengan tawassul bid`i iaitu tawassul atau amalan yang tiada asal dari agama,tiada dalil yang membolehkannya baik dari Al-Kitab mahupun As-Sunnah,tidak juga amalan para Salafussoleh,ianya merupakan perbuatan mendekatkan diri kepada Allah Ta`ala dengan apa yang Allah tidak suka,redha,dan tidak Allah izinkan baik berbentuk perkataan,perbuatan ataupun kepercayaan.Apa yang disebut oleh Ustaz Don termasuk dalam kategori ini.





Penjelasan Istighfar termasuk dari doa dan doa merupakan ibadah,dan sesiapa yang memesongkan ibadah kepada selain Allah dia telah mensyirikkan Allah.



Istighfar bermaksud memohon keampunan agar diampunkan dosa-dosa,ianya merupakan salah satu dari jenis dan bentuk doa,sedangkan doa merupakan ibadah,manakala doa merupakan ibadah teragung,sebagaimana hadith daripada Nu`man bin Basyir r.a sabda Nabi sallallahu`alaihiwasallam:



الدعاء هو العبادة، قال ربكم ادعوني أستجب لكم

" Doa itu ibadah,kata Tuhan kamu: “ berdoalah kepadaKu nescaya aku akan perkenankan "

[ HR Abu Daud,At-Tirmidzi,Ahmad dll dgn sanad yg shahih ]



Sabda Nabi sallallahu`alaihiwasallam tentang hadith qudsi,kata Allah:

من يدعوني، فأستجيب له من يسألني فأعطيه، من يستغفرني فأغفر له

" Sesiapa yang berdoa kepadaKu,nescaya aku akan perkenankan baginya,dan sesiapa yang meminta kepadaKu nescaya Aku akan berikannya,sesiapa yang memohon keampunan kepadaKu nescaya Aku akan ampunkan baginya"

[ HR Al-Bukhari ]



Cuba perhatikan Allah tidak membezakan antara doa,permohonan,permintaan dan istighfar dan kesemuanya merupakan ibadah.Maka segala bentuk dan jenis ibadah wajib ditujukan hanya kepada Allah tanpa mensyirikkannya dengan sesuatu apa pun.



Al-Imam As-Sa`di-rahimahullah- menjelaskan satu kaedah tafsir iaitu" المفرد المضاف يفيد العموم " " Mufrad(singular) Mudof (possesive phrase) membawa maksud umum" maka kalimah " دون الله " " Selain Allah" meliputi kesemua bentuk sesuatu yang diseru,disembah atau diminta selain Allah,termasuk malaikat,para Nabi,orang soleh dan selainnya.Kaedah ini harus dipraktikkan pada kesemua ayat yang menyeru mentauhidkan Allah dalam ibadah dan menjauhi ibadah kepada selainNya.Ayat-ayat Al-Quran yang menjelaskan hal tersebut sangat banyak,contohnya:



a) Firman Allah Ta`ala:

ولا تدع من دون الله ما لا ينفعك ولا يضرك فإن فعلت فإنك إذا من الظالمين

Dan janganlah kamu menyeru/memohon/berdoa apa-apa yang tidak boleh memberi manfaat dan tidak (pula) memberi mudarat kepadamu selain Allah; sebab jika kamu melakuakan perkara itu, maka sesungguhnya kamu kalau begitu termasuk orang-orang yang zalim". [ Yunus:106 ]



b) Firman Allah Ta`ala:

ومن أضل ممن يدعو من دون الله من لا يستجيب له إلى يوم القيامة وهم عن دعائهم غافلون وإذا حشر الناس كانوا لهم أعداء وكانوا بعبادتهم كافرين

Dan siapakah yang lebih sesat daripada orang yang menyeru sembahan-sembahan selain Allah yang tidak dapat memperkenankan (doa) nya sampai hari kiamat dan mereka lalai dari (memperhatikan) doa mereka?



Dan apabila manusia dikumpulkan (pada hari kiamat) nescaya sembahan-sembahan itu menjadi musuh mereka dan mengingkari peribadatan mereka.



[ Al-Ahqaf: 5-6 ]



c) Firman Allah Ta`ala:

" ولا يشرك بعبادة ربه أحدا "

" dan janganlah dia mensyirikkan dengan seorang pun dalam beribadah kepada Tuhannya"



[ Al-Kahfi: 110 ]



Justeru kesemua larangan syirik yang disebut dalam Al-Quran meliputi kesemua jenis ibadah baik zahir dan batin,`itiqad(kepercayaan dan keyakinan) serta amalan,tidak syak lagi doa dan istighfar termasuk dalam ibadah.



[ Rujuk Al-Qawa`id Al-Hisaan Al-Muta`aliqah bi Tafsir Al-Quran hlm 21 ]





Bantahan pendalilan ayat 64 surah An-Nisa` dan kisah arab badwi



Pendalilan mereka yang berdalilkan dengan ayat 64 surah An-Nisa` adalah salah dari segi bahasa arab juga bercanggah dengan asal syariat iaitu Al-Quran,As-Sunnah dan kefahaman ulama` salaf,beliau membawakan ayat dari Surah An-Nisa` berikut:



وما أرسلنا من رسول إلا ليطاع بإذن الله ولو أنهم إذ ظلموا أنفسهم جاءوك فاستغفروا الله واستغفر لهم الرسول لوجدوا الله توابا رحيما



"Dan Kami tidak mengutus seseorang Rasul pun melainkan supaya ia ditaati dengan izin Allah. Dan kalaulah mereka ketika menganiaya diri mereka sendiri datang kepadamu (wahai Muhammad) lalu memohon ampun kepada Allah, dan Rasulullah juga memohon ampun untuk mereka, tentulah mereka mendapati Allah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani." [An-Nisaa' 4:64 ]



Dari segi bahasa arab,cara faham Ust Don dan orang yang berdalilkan dengan ayat yang sama untuk membolehkan tawassul dengan orang yang sudah mati berlawanan dengan bahasa arab,kerana ayat ولو أنهم إذ ظلموا أنفسهم kalimah إذ ianya merupakan zhorof untuk fi`il madhi(past tense) bukan menunjukkan zhorof lil mustaqbal( present & future tense) maka ayat itu sebagaimana yang difahami dengan ayat sebelumnya menceritakan istighfarnya Nabi itu berlaku ketika hayat baginda sedangkan istighfarnya Nabi ketika kewafatannya adalah sesuatu yang bertentangan dengan dalil yang lebih jelas bahawa Nabi sallallahu`alaihiwasallam telah wafat,Allah berfirman:

إنك ميت وإنهم ميتو ن ثم إنكم يوم القيامة عند ربكم تختصمون

" Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati (pula).Kemudian sesungguhnya kamu pada hari kiamat akan berbantah-bantah di hadapan Tuhanmu

[ Az-Zumar 30-31 ]



Manakala dakwaan Ustaz Don bahawa ayat ini diamalkan oleh seorang arab badwi maka jawapannya ianya merupakan khabar yang palsu lagi mungkar,berikut sanadnya:



روى أبو الحسن علي بن إبراهيم بن عبد الله بن عبد الرحمن الكرخي عن علي بن محمد بن علي، حدثنا أحمد بن محمد بن الهيثم الطائي، قال: حدثني أبي عن أبيه عن سلمة بن كهيل عن أبي صادق عن علي بن أبي طالب رضي الله عنه قال قدم علينا

أعرابي بعدما دفنا رسول الله صلى الله عليه وسلم بثلاثة أيام فرمى بنفسه إلى قبر النبي صلى الله عليه وسلم، وحثى على رأسه من ترابه، وقال: يا رسول الله قلت فسمعنا قولك، وعينا عن الله عز وجل فما وعينا عنك، وكان فيما انزل الله عز وجل عليك: وقد ظلمت نفسي وجئتك تستغفر لي فنودي من القرب أنه قد غفر لك.

Diriwayatkan dari Abul Hasan `Ali bin Ibrahim bin `Abdillah bin Abd Rahman Al-Karkhi daripada `Ali bin Muhammad bin `Ali,telah menceritakan kepada kami Ahmad bin Muhammad bin Al-Haytham At-Thoie katanya: Telah menceritakan kepadaku bapaku daripada bapanya daripada Salamah bin Kuhail daripada Abi Sodiq daripada `Ali bin Abi Tholib radiallahu`anhu berkata: “ Telah datang kepada kami seorang arab badwi selepas tiga hari kami selesai menanam jasad Rasulullah sallalahu`alaihiwasallam lalu dia mencampakkan dirinya ke kubur Nabi sallallahu`alaihiwasallam lalu dia melumurkan ke atas kepalanya dengan tanahnya,dan berkata: “ Wahai Rasulullah,engkau berkata dan kami telah mendengar perkataanmu,aku telah memahami dari Allah `Azza wa Jalla tentang apa yang telah kami fahami darimu” dan ianya merupakan apa yang telah Allah `Azza wa Jalla kepadamu: “ ولو أنهم إذ ظلموا أنفسهم جاءوك فاستغفروا الله واستغفر لهم الرسول لوجدوا الله توابا رحيما” Dan kalaulah mereka ketika menganiaya diri mereka sendiri datang kepadamu (wahai Muhammad) lalu memohon ampun kepada Allah, dan Rasulullah juga memohon ampun untuk mereka, tentulah mereka mendapati Allah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.[ An-Nisa`: 64 ] dan sesungguhnya aku telah menzalimi diriku sendiri dan aku mendatangimu maka engkau pohonlah keampunan buatku maka diseru dari dekat bahawasanya dia telah diampunkan.



Sebagaiman disebut oleh Al-Imam Ibnu `Abdil Hadi rahimahullah(wafat 744H) bahawasanya khabar ini merupakan mungkar lagi maudhu`(palsu) dan ianya merupakan athar yang direka-reka,tidak boleh berpegang dengannya,sanadnya gelap,kegelapannya berlapis-lapis,dalam sanadnya ada seorang perawi yang bernama Al-Haytham bin `Adi At-Thoie Al-Kufi datuk kepada Ahmad bin Muhammad,berikut kritikan para Imam Ahli Hadith berkenaan beliau:



Kata Al-Imam Yahya bin Ma`in: “ Al-Haytham bin `Adi Kufi dia tidak tsiqah,dan dia seorang pendusta”



Kata Al-Imam Abu Daud: “ Kazzab(pendusta besar)!!”



Kata Abu Hatim Ar-Razi,An-Nasaie,Ad-Dawlabi dan Al-Azdi: “ Matruk Al-Hadith “ditinggalkan hadithnya”



Kata Abu Zur`ah: “ Dia tidak ada sesuatu apa pun “



Kata Al-Imam Al-Bukhari: “ disenyapkan darinya-iaitu tinggalkannya(riwayatnya) “



[ Rujuk As-Sorim Al-Munkiy fi Radd `Ala As-Subki oleh Abu `Abdillah Muhammad bin `Abdil Hadi, halaman 509,tahqiq Ahmad Sulaiman, Maktabah Ibnu Taymiyyah Kaherah cetakan pertama 1425H/2004M ]



Maka athar ini sedikitpun tidak boleh dijadikan hujjah untuk membenarkan tawassul dengan orang yang sudah mati atau di kubur Nabi kerana sudah jelas akan kepalsuannya,apatah lagi mimpi-mimpi ianya langsung tidak boleh dijadikan dalil dan sandaran dalam syariat Islam yang mulia ini.Saya juga menyeru agar masyarakat sentiasa berwaspada dengan hadith-hadith yang palsu yang sering disebar luaskan kerana ianya sangat merbahaya khususnya apabila melibatkan urusan akidah umat Islam.Apa yang kurang boleh dirujuk kepada bantahan daripada ustaz-ustaz sunnah lain yang ada juga membantah dalam masalah ini.Wallahu`alam.







Muhammad Fashan Ahmad ZiadiAl-Madinah An-Nabawiyyah4/4/1434H
avatar
yat
Moderator
Moderator

Posts : 899
Points : 1144
Join date : 05/12/2011

Back to top Go down

Re: Adakah Ustaz DON bermasalah ??

Post by yat on Thu Feb 14, 2013 7:39 am

daripada FB Cikgu Hairi Nochi, pejuang sunnah dan merupakan anak murid Allahyarham Hj Alkanta, pejuang sunnah di sabah:

7 Hujah bantahan kepada Ustaz Don yang membolehkan tawassul di kuburan Nabi:



Hujah ini lemah dari beberapa sudut:

1- Ayat ini (surah an-Nisa, ayat 64) menjelaskan perintah Allah kepada umat Islam di zaman itu untuk memohon kepada Rasulullah agar dimintakan ampun kepada Allah ketika Rasulullah masih hidup. Jadi, ini adalah tawassul melalui orang soleh yang masih hidup dan hadir. Ini adalah ijmak (kesepakatan) keseluruhan para ulamak (tentang bolehnya bertawassul kepada orang yang masih hidup).

2- Berdalil untuk membolehkan tawassul kepada Nabi setelah wafatnya dengan ayat ini adalah qiyas yang rosak, kerana mengqiyaskan orang yang hidup dengan yang telah meninggal. Padahal Allah sendiri dengan tegas membezakan antara keduanya, orang yang sudah meninggal dengan yang masih hidup (rujuk Surah Fathir, ayat 22).

3- Doa ialah ibadah dan kuburan bukanlah lokasi untuk melakukan ibadah. Sabda Nabi:

أَلَا وَإِنَّ مَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ كَانُوْا يَتَّخِذُوْنَ قُبُوْرَ أَنْبِيَائِهِمْ مَسَاجِدَ، أَلَا فَلَا تَتَّخِذُوْا لْقُبُوْرَ مَسَاجِدَ، فَإِنِّيْ أَنْهَاكُمْ عَنْ ذَلِكَ.

"Ketahuilah, sesungguhnya orang-orang sebelum kamu telah menjadikan kubur-kubur para nabi mereka sebagai tempat ibadah. Maka janganlah kamu menjadikan kuburan sebagai tempat ibadah. Sesungguhnya aku melarang perbuatan itu." - Hadis riwayat al-Bukhari, no. 190, 435 dan Muslim, no. 5229, 531.

Sabdanya lagi:

أَلَا وَإِنَّ مَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ كَانُوْا يَتَّخِذُوْنَ قُبُوْرَ أَنْبِيَائِهِمْ مَسَاجِدَ، أَلَا فَلَا تَتَّخِذُوْا لْقُبُوْرَ مَسَاجِدَ، فَإِنِّيْ أَنْهَاكُمْ عَنْ ذَلِكَ.

"Ketahuilah, sesungguhnya orang-orang sebelum kamu telah menjadikan kubur-kubur para nabi mereka sebagai tempat ibadah. Maka janganlah kamu menjadikan kuburan sebagai tempat ibadah. Sesungguhnya aku melarang perbuatan itu." - Hadis riwayat Muslim, no. 532.

Sabdanya lagi:

وَعْلَمُوْا أَنَّ شِرَارَ النَّاسِ الَّذِيْنَ يَتَّخِذُوْنَ الْقُبُوْرَ مَسَاجِدَ.

"Ketahuilah bahawa seburuk-buruk manusia adalah mereka yang menjadikan kuburan sebagai masjid." - Hadis riwayat Ahmad dalam Musnad Ahmad, no. 1691.

4- Amalan ini tidak pernah dilakukan oleh seorang jua sahabat Nabi, padahal mereka yang lebih utama untuk melakukannya. Namun hakikatnya mereka tidak melakukan amalan demikian, menunjukkan ia bukanlah hal yang disyariatkan.

5- Demikian juga, tidak ada seorang jua daripada kalangan imam mazhab yang masyhur di sisi Ahlus Sunnah wal jama'ah yang mengajar atau menganjurkannya.

6- Amalan orang sufi, mimpi dan lain-lain seumpama bukanlah dalil agama tetapi ialah al-Qur'an dan as-Sunnah sahihah sesuai dengan kefahaman dan amalan para sahabat Nabi.

7- Ini bercanggah dengan firman Allah agar berdoa kepada-Nya secara tanpa perantaraan pada perkara yang Dia dan Rasul-Nya tidak syariatkan, khususnya orang yang telah meninggal dunia. Sabda Nabi:

إِذَا سَأَلْتَ فَاسْأَلِ اللهَ وَإِذَا اسْتَعَنْتَ فَاسْتَعِنْ بِاللهِ.

"Apabila kamu meminta maka mintalah kepada Allah dan apabila kamu meminta pertolongan maka mintalah pertolongan kepada Allah." - Hadis riwayat al-Imam at-Tirmidzi dalam Shifah al-Qiyamah, no. 2516 dan disahihkan oleh Syaikh al-Albani dalam al-Misykah, no. 5302
avatar
yat
Moderator
Moderator

Posts : 899
Points : 1144
Join date : 05/12/2011

Back to top Go down

Re: Adakah Ustaz DON bermasalah ??

Post by Ahmad Shamil on Thu Feb 14, 2013 7:41 am

agak bersetuju dengan thtl..
ana nak cakap benda yg sama sbnrnya tapi x reti nak susun ayat Laughing


_________________
http://kembara-journey.blogspot.com
http://epetscorner.blogspot.com

Jihad tanpa didasari ilmu pengetahuan ibarat pedang tanpa gagang, bisa melukai (Kiai Haji Ahmad Dahlan r.h.m)
avatar
Ahmad Shamil
Admin
Admin

Posts : 929
Points : 1226
Join date : 24/11/2011
Age : 32
Location : Raub, Pahang

http://kembara-journey.blogspot.com

Back to top Go down

Re: Adakah Ustaz DON bermasalah ??

Post by Ad-Dien on Thu Feb 14, 2013 4:33 pm

Ahmad Shamil wrote:agak bersetuju dengan thtl..
ana nak cakap benda yg sama sbnrnya tapi x reti nak susun ayat Laughing


Ustaz Shamil, kat kg. Ustaz macam mana ustaz berhadapan dengan penduduk yang bermanhaj klasik ni ye?

_________________
عقيدة السلف اصحاب الحديث

Fb: Ad-Dien
avatar
Ad-Dien
Admin
Admin

Posts : 3862
Points : 4184
Join date : 24/11/2011
Age : 27
Location : al-Kardawi

http://addienblog.blogspot.com

Back to top Go down

Re: Adakah Ustaz DON bermasalah ??

Post by abu_aisyah on Thu Feb 14, 2013 4:40 pm

Ahmad Shamil wrote:agak bersetuju dengan thtl..
ana nak cakap benda yg sama sbnrnya tapi x reti nak susun ayat Laughing


mungkisn ustaz boleh tambah lagi sbb ada perkataan agak.hehehe Smile
avatar
abu_aisyah
AHLI SETIA
AHLI SETIA

Posts : 762
Points : 978
Join date : 03/06/2012
Age : 30
Location : bandar baru bangi, bandar tun razak

http://www.facebook.com/eveekids

Back to top Go down

Re: Adakah Ustaz DON bermasalah ??

Post by Ahmad Shamil on Fri Feb 15, 2013 5:37 pm

dien,
ana selalunya mencari titik temu dengan semua yg nak buat usaha agama ni...sebab yg nak buat usaha agama ni tak ramai mana kat kampung ana...cuma jika timbul masalah kita jelaskan baik2 mengikut quran dan sunnah..yg penting, kefahaman mereka terhadap quran dan sunnah perlu diterapkan sebelum membangkit masalah2 furu

abu aisyah,
agak di sini hanya penyedap ayat..sebenarnya bersetuju sepenuh jiwa dan raga Laughing

_________________
http://kembara-journey.blogspot.com
http://epetscorner.blogspot.com

Jihad tanpa didasari ilmu pengetahuan ibarat pedang tanpa gagang, bisa melukai (Kiai Haji Ahmad Dahlan r.h.m)
avatar
Ahmad Shamil
Admin
Admin

Posts : 929
Points : 1226
Join date : 24/11/2011
Age : 32
Location : Raub, Pahang

http://kembara-journey.blogspot.com

Back to top Go down

Re: Adakah Ustaz DON bermasalah ??

Post by Ad-Dien on Fri Feb 15, 2013 7:23 pm

Ahmad Shamil wrote:dien,
ana selalunya mencari titik temu dengan semua yg nak buat usaha agama ni...sebab yg nak buat usaha agama ni tak ramai mana kat kampung ana...cuma jika timbul masalah kita jelaskan baik2 mengikut quran dan sunnah..yg penting, kefahaman mereka terhadap quran dan sunnah perlu diterapkan sebelum membangkit masalah2 furu

abu aisyah,
agak di sini hanya penyedap ayat..sebenarnya bersetuju sepenuh jiwa dan raga Laughing

Sahih jiddan ya Ustaz.. Sepatutnya kita banyak jelaskan hal-hal yang ijma' barulah beralik kepada yang furu'.. Cari titik pertemuan dan jelaskan dangan Al-Quran wa Sunnah. Moga Allah rahmati ustaz di sana.. Ada masa datang lah temerloh ye.. kami nak ambil istifadah daripada Ustaz Shamil al-Raubi

_________________
عقيدة السلف اصحاب الحديث

Fb: Ad-Dien
avatar
Ad-Dien
Admin
Admin

Posts : 3862
Points : 4184
Join date : 24/11/2011
Age : 27
Location : al-Kardawi

http://addienblog.blogspot.com

Back to top Go down

Re: Adakah Ustaz DON bermasalah ??

Post by noorul khairy on Tue Apr 16, 2013 6:17 pm

salam ustaz..
yelah..saya pernah tgk kawan2 ramai yg share d fb "kata2 ustaz don: kalau rindukan seseorg. .letak tgn d dada pastu baca al-fatihah 7 kali" n mcm2 lagi

biar betul??

noorul khairy
AHLI
AHLI

Posts : 27
Points : 35
Join date : 13/04/2013

Back to top Go down

Re: Adakah Ustaz DON bermasalah ??

Post by zikrulmaut_sm on Tue Apr 16, 2013 6:23 pm

kalau quote poster, jangan cepat menganggap yang itu betul-betul kata-kata dari orang tu. kena ada bukti rakaman video atau suara. kalau tak, abaikan saja.

ambil pengajaran dari prinsip ulama' hadits: setiap berita yang kita dengar perlu diperiksa sanad (sumber). kalau tak, ia secara automatik tertolak.

_________________
[Takkan beribadat pun berdosa?]

عن سعيد بن المسيب أنه رأى رجلا يصلي بعد طلوع الفجر أكثر من ركعتين يكثر فيها الركوع والسجود فنهاه. فقال: يا أبا محمد! أيعذبني الله على الصلاة؟! قال: لا ولكن يعذبك على خلاف السنة.
روى البيهقي بسند صحيح

Dari Said bin Musayyib, ia melihat seorang lelaki menunaikan shalat setelah terbit fajar lebih dari dua rakaat, ia memanjangkan rukuk dan sujudnya. Akhirnya Said bin Musayyib pun melarangnya. Orang itu berkata: “Wahai Abu Muhammad, apakah Allah akan menyiksaku karena shalat? “Beliau menjawab: "Tidak, tetapi Allah akan menyiksamu karena menyelisihi As-Sunnah”.

[ Hadits sahih riwayat Baihaqi dalam "As Sunan Al Kubra" II/466, Khatib Al Baghdadi dalam "Al Faqih wal mutafaqqih" I/147, Ad Darimi I/116].
avatar
zikrulmaut_sm
AHLI
AHLI

Posts : 513
Points : 765
Join date : 25/11/2011

http://facebook.com/syazwanmisran

Back to top Go down

Re: Adakah Ustaz DON bermasalah ??

Post by Ibnu Sarkawi on Tue Apr 16, 2013 6:33 pm

byk poster yg menggunakan nama Ustaz Don & Ustaz Azhar Idrus di FB. Abaikan saja bila nampak qoute2 mengarut lagi khurafat tu. Wpun mmg ustaz Don ada mengeluarkan pendapat2 yg sangat2 bermasalah, tapi sebarang kemengarutan yang disandarkan kepada dia kita anggap hasil usaha orang lain selagi tidak ada bukti. Wallahu'alam.
avatar
Ibnu Sarkawi
AHLI
AHLI

Posts : 404
Points : 579
Join date : 06/12/2011

Back to top Go down

Re: Adakah Ustaz DON bermasalah ??

Post by noorul khairy on Tue Apr 16, 2013 7:12 pm

baiklah.tp apabila melihat ramai rakan2 selalu share..risau jugak saya tgk. kalaulah dapat dihentikan alangkah baik.masyarakat umumnya banyak dan suka benda2 yang mudah-tanpa usul periksa kesahihhannya.saya mg tau benda tu salah tp apabila tgk rakan2 share saya kdg2 jd geram.saya nak tegur tp saya pernah kena sekali (kes lain di instagram).dlm kes di instagram tu kata peminat artis xxx ustaz2 ni terkenal n berilmu(utk mengukuhkan pendapat mereka) dan blh kata dr 50 org yg komen 2-3 org saja yg sepndpt dgn saya.akhirnya saya tinggalkan saja instagram tu sb saya pk lebih baik saya tak tau,dr tau tp tak dpt buat apa2. dsitu saya tgk betapa besarnya pengaruh artis dan org2 ternama kepada pemikiran masyarakat. sebenarnya saya nak buat 1 topik pasal ni. Smile

noorul khairy
AHLI
AHLI

Posts : 27
Points : 35
Join date : 13/04/2013

Back to top Go down

Re: Adakah Ustaz DON bermasalah ??

Post by alDayyan on Wed Apr 17, 2013 3:40 am

Ibnu Sarkawi wrote:byk poster yg menggunakan nama Ustaz Don & Ustaz Azhar Idrus di FB. Abaikan saja bila nampak qoute2 mengarut lagi khurafat tu. Wpun mmg ustaz Don ada mengeluarkan pendapat2 yg sangat2 bermasalah, tapi sebarang kemengarutan yang disandarkan kepada dia kita anggap hasil usaha orang lain selagi tidak ada bukti. Wallahu'alam.

setuju dgn akhi.. saya berpendapat, admin yg handle page2 ustaz tu mmg x layak jadi admin.. dah la post info2 yg mengarut2.. bila ditegur adakalanya diam, adakalanya membantah juga..

noorul khairy wrote:baiklah.tp apabila melihat ramai rakan2 selalu share..risau jugak saya tgk. kalaulah dapat dihentikan alangkah baik.masyarakat umumnya banyak dan suka benda2 yang mudah-tanpa usul periksa kesahihhannya.saya mg tau benda tu salah tp apabila tgk rakan2 share saya kdg2 jd geram.saya nak tegur tp saya pernah kena sekali (kes lain di instagram).dlm kes di instagram tu kata peminat artis xxx ustaz2 ni terkenal n berilmu(utk mengukuhkan pendapat mereka) dan blh kata dr 50 org yg komen 2-3 org saja yg sepndpt dgn saya.akhirnya saya tinggalkan saja instagram tu sb saya pk lebih baik saya tak tau,dr tau tp tak dpt buat apa2. dsitu saya tgk betapa besarnya pengaruh artis dan org2 ternama kepada pemikiran masyarakat. sebenarnya saya nak buat 1 topik pasal ni. Smile

sama juga dgn page Tanyalah Ustaz.. mmg x boleh blah admin2 nya.. hari2 duk post pasal hal2 karut.. kebanyakkannya berkisar pasal cinta.. admin2 ni xreti ke nak selidik dulu status hadis ke alkisah ke dan lain2 samada ianya benar2 sahih 99% atau 100%?
fail la.. SIGH

_________________
Jazakallah  kerana menjawab persoalan saya.. Semoga Allah merahmati kita semua.  Smile
Jemput LIKE   Like  fanpage
KOLEKSI HADIS PALSU DAN KISAH ISRAELIYAT.

alDayyan
Helper
Helper

Posts : 562
Points : 771
Join date : 25/05/2012
Age : 48
Location : 127.0.0.1

http://www.bicarathtl.forumms.net

Back to top Go down

Re: Adakah Ustaz DON bermasalah ??

Post by Mohamad hafiz on Wed Apr 17, 2013 3:47 am

Epic failed hehe.. Ada hadis yg epic dikongsi di fb, tapi takde Riwayat dari siapa, sahih ke tak, dan lagipun, hadis tu asyik2 cinta.. hehe, saya ignore benda tu.. buzy

_________________
"Memberi contoh dengan perbuatan adalah lebih baik daripada memberi contoh dengan perkataan." ~ Al-Ghazali
avatar
Mohamad hafiz
AHLI
AHLI

Posts : 867
Points : 1201
Join date : 23/01/2013
Age : 21
Location : Mukah

http://bloginformasiterkini.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: Adakah Ustaz DON bermasalah ??

Post by Ibnu Hisyam on Thu Apr 18, 2013 1:08 pm

saya sebenarnya dah jauh dari agama agak lama kira3 tahun...tetapi asbab org berani share geng2 habib dan ustaz glamer tibai salafi tu jugak la saya tersedar...saya tak taula rasa macam terpanggil pulak untuk menjelaskan bagi pihak salafi. ...alhamdulillah member tu slow dah tak paste lagi kat wall saya gambar2 habib tu
avatar
Ibnu Hisyam
AHLI
AHLI

Posts : 93
Points : 104
Join date : 12/04/2013
Age : 43
Location : Sarawak

Back to top Go down

Re: Adakah Ustaz DON bermasalah ??

Post by kalepensel on Thu Apr 18, 2013 8:40 pm

najib76 wrote:Salam ,

Fenomena Ustaz DON semakin meningkat ......tetapi ada sebahagian yang berpendapat bahawa beliau bermasalah dari segi bahan ilmu yang disampaikan ....

Seorang lulusan Universiti Madinah membantah Ustaz Don yg menganjurkan bertawassul kpd Nabi di kubur,
menganjur org kirim salam kpd Nabi di kuburan... kemudian mendakwa Nabi faham bahasa melayu ...

Mungkin bagi kebanyakan org dlm masyarakat kita isu "tawassul" ni bukan isu
yg biasa org dengar.. tapi siapa yg mengikuti kuliah yg membicara kan hadis berkaitan "tawassul"

akan faham bagai mana tawassul yg dibenarkan oleh Syarak...
Malangnya kalau org awam mendengar ajaran tentang tawassul dari org Sufi sesat.. org Sufi sesat

membenarkan Tawassul kpd org mati..

apa pandangan BicaraTHTL ??

boleh kongsikan ...

Semalam Maulana Asri bincang panjang lebar tentang tawassul ni. Nak tengok video dia bahas tu kena tunggu dulu, mungkin dalam 1 bulan baru keluar. Kuliah Sahih Muslim di Masjid Langgar 17/4/2013

Ulasan yang boleh saya beri selepas kuliah tu

1- Tawassul yang diharamkan dan syirik ialah dengan cara bertawassul dengan beriktiqad:
a) bahawa mutawassal bih itu telah diserahkan kepadanya sebahagian urusan tuhan
b) bahawa mutawassal bih itu mempunyai kuasa untuk meluluskan urusan tuhan

2- Adapun kalau bertawassul dengan qasam(sumpah) contoh "Ya Allah, aku bersumpah dengan si Fulan, maka bla bla bla...", maka ini haram kerana haramnya bersumpah dengan makhluk

3- Adapun jika minta bertawassul doa dengan orang yang masih hidup, maka perkara ini Ijmak dibenarkan. Yang masih khilaf bertawassul dengan orang mati

4- Jika bertawassul dengan cinta, taat, sukanya kepada Nabi, maka pada perkara ini Ibnu Taimiyah membenarkan bahkan mengatakan bertawassul dengan cara ini merupakan cara yang paling agung untuk diterimanya doa. Contoh tawassul ini "Ya Allah, dengan cintaku terhadap Nabi-Mu, maka bla bla bla...". Kerana cinta, taat, patuh kepada Nabi merupakan satu jenis daripada amal soleh. Dan bertawassul dengan Amal Soleh telah Ijmak akan keharusannya. Dan ia dibenarkan sekalipun Nabi itu telah Wafat.

5- Adapun berdoa dengan Jah seseorang selain Nabi, maka ini tidak boleh. Kerana seseorang tidak tahu bagaimana pangkatnya disisi Allah, betulkah dia seorang Wali Allah? Atau Wali Syaitan?

itu saje yang boleh saya ulas, dalam sangat perbincangan tu, kalau disampaikan dalam bahasa Arab memang tobat tak paham ROFL . Nak tengok video ori kena contact Team IT darulkautsar atau tunggu 1 bulan sampai diorang upload
avatar
kalepensel
AHLI
AHLI

Posts : 176
Points : 260
Join date : 30/01/2012
Age : 22
Location : Kota Bharu, Kelantan

Back to top Go down

Re: Adakah Ustaz DON bermasalah ??

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum