Hadith cinta dan bencilah seadanya

View previous topic View next topic Go down

Hadith cinta dan bencilah seadanya

Post by Mohd. Ikram on Thu Feb 14, 2013 4:21 pm

Assalamu'alaikum...

Minta tolong sesiapa confirmkan riwayat ni, betulkah kata2 Nabi yang mulia SAW... Sebab setahu saya, perkataan ni from Saidina Ali ra... Tak sangka pulak terjumpa kata Rasulullah SAW.. jzk..


Mohd. Ikram
AHLI SETIA
AHLI SETIA

Posts : 164
Points : 216
Join date : 25/11/2011

Back to top Go down

Re: Hadith cinta dan bencilah seadanya

Post by thtl on Thu Feb 14, 2013 9:41 pm

Ini komen Abu Isa:

قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ غَرِيبٌ لَا نَعْرِفُهُ بِهَذَا الْإِسْنَادِ إِلَّا مِنْ هَذَا الْوَجْهِ وَقَدْ رُوِيَ هَذَا الْحَدِيث عَنْ أَيُّوبَ بِإِسْنَادٍ غَيْرِ هَذَا رَوَاهُ الْحَسَنُ بْنُ أَبِي جَعْفَرٍ وَهُوَ حَدِيثٌ ضَعِيفٌ أَيْضًا بِإِسْنَادٍ لَهُ عَنْ عَلِيٍّ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَالصَّحِيحُ عَنْ عَلِيٍّ مَوْقُوفٌ قَوْلُهُ

Berkata Abu Isa: Ini merupakan hadits gharib, yang tidak kami ketahui kecuali dengan sanad ini melalui jalur ini. Hadits ini juga telah diriwayatkan dari Ayyub dengan selain sanad ini yang diriwayatkan oleh Hasan bin Abi Ja'far dan dia merupakan hadits yang dha'if dengan sanad dari Ali dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, namun yang benar hadits ini mauquf kepada Ali.
Mutaqaddimin kata ia mauquf kpd Ali, istilahnya Mauquf sahih, yakni kata2 (atsar) salah seorang Khalifah yg empat, adalah boleh diamalkan dan disebarkan.
Ini tahqiq Ibn Hibban: menyatakan ia adalah kata2 hikmat (atsar) dari Ali
الراوي:أبو هريرة المحدث:ابن حبان - المصدر: المجروحين - الصفحة أو الرقم: 1/446
خلاصة حكم المحدث: إنما هذا قول علي بن أبي طالب فقط

Manakala syaikh al-Albani menyatakan ia hadis sahih.
Keputusan: Ia adalah kata2 hikmat (atsar) dari amir al-mukminin Ali bin Abi Thalib ra, kita pilih pendapat ahli hadith era klasik kerana mereka lebih handal.
Maksud kata-kata Ali ialah mengenai cinta yg berlebihan kpd makhluk, pria kpd wanita dan wanita kpd peria, hingga lahirnya kisah Layla & Majnun, Shah Jehan & Mumtaz Mahal, Uda dan Dara, Romeo dan Juliet..dalam Islam, cinta kpd makhluk adalah spt kata2 Ali ra. berpada-padalah dalam menyintai makhluk.
cth depan mata kita:
artis A kawin dgn artis B, cinta yg hebat, marriage of the year, kos kawin saja mencecah 12 juta ringgit, liputan TV secara langsung, Astro lagi. dihadiri oleh First lady, tiga bulan selepas itu, berantakan dan masing2 kluar masuk mahkamah kerana kes perceraian..12 juta masuk longkang...


Last edited by thtl on Thu Feb 14, 2013 11:13 pm; edited 3 times in total

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: Hadith cinta dan bencilah seadanya

Post by Mohd. Ikram on Thu Feb 14, 2013 9:53 pm

owh... maksudnya mmg ada jugak la dibincangkan sama2 kata Nabi atau tak... jazakallahu khairan Tuan... sangat2 membantu... Smile

Mohd. Ikram
AHLI SETIA
AHLI SETIA

Posts : 164
Points : 216
Join date : 25/11/2011

Back to top Go down

Re: Hadith cinta dan bencilah seadanya

Post by thtl on Thu Feb 14, 2013 10:05 pm

mmg bincang hangat dalam multaqa ahlil hadis, sebab ini adalah contoh perbedzaan manhaj al-Albani dari manhaj sebelumnya (klasik). Manhaj Klasik, mengatakan ia adalah atsar Ali ra, manakala al-Albani mengatakan ia adalah hadis.
lebih selamat, kita ikut Imam Termizi dan Daruqutni, yg kata ia cuma atsar sahabi

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: Hadith cinta dan bencilah seadanya

Post by Mohd. Ikram on Fri Feb 15, 2013 12:54 am

thtl wrote:
Maksud kata-kata Ali ialah mengenai cinta yg berlebihan kpd makhluk, pria kpd wanita dan wanita kpd peria, hingga lahirnya kisah Layla & Majnun, Shah Jehan & Mumtaz Mahal, Uda dan Dara, Romeo dan Juliet..dalam Islam, cinta kpd makhluk adalah spt kata2 Ali ra. berpada-padalah dalam menyintai makhluk.
cth depan mata kita:
artis A kawin dgn artis B, cinta yg hebat, marriage of the year, kos kawin saja mencecah 12 juta ringgit, liputan TV secara langsung, Astro lagi. dihadiri oleh First lady, tiga bulan selepas itu, berantakan dan masing2 kluar masuk mahkamah kerana kes perceraian..12 juta masuk longkang...

Haha.. tq atas ulasan nih...

Owh..ok, jadi betul la selama ni saya kata kata2 Saidina Ali ra... tq,tq.. jzk..

Mohd. Ikram
AHLI SETIA
AHLI SETIA

Posts : 164
Points : 216
Join date : 25/11/2011

Back to top Go down

Re: Hadith cinta dan bencilah seadanya

Post by Ad-Dien on Fri Feb 15, 2013 6:39 pm

أَحْبِبْ حَبِيبَكَ هَوْنًا ما، عسى أن يكون بَغِيضَكَ يومًا ما، وأَبْغِضْ بَغِيضَكَ هَوْنًا ما عسى أن يكونَ حَبِيبَكَ يومًا ما

Ini penilaian Syaikh Al-Albani rahimahullah:

الراوي: علي بن أبي طالب المحدث:الألباني - المصدر: صحيح الأدب المفرد - الصفحة أو الرقم: 992
خلاصة حكم المحدث: حسن لغيره موقوفاً وقد صح مرفوعاً



Hadith ini dinilai mauquf (terhenti) kepada Ali secara Hasan lighairihi (dengan riwayat lain) dan sah/ sahih marfuq (terangkat sampai) kepada Nabi.

Bandingkan dengan penilaian Imam Al-Tirmizi rahimahullah dalam Jami' nya

الراوي: أبو هريرة المحدث:الترمذي - المصدر: سنن الترمذي - الصفحة أو الرقم: 1997
خلاصة حكم المحدث: غريب لا نعرفه بهذا الإسناد إلا من هذا الوجه والصحيح عن علي موقوفا


Gharib (janggal), tidak diketahui isnad hadith ini melainkan melalui wajah ini. Yang sahih ianya mauquf kepada Ali (Hadith mauquf= Athar Ali= Kata-kata Ali radhiallahu 'anhu)


Lihat pula komentar Ibn Hibban dalam Al-Majruhin 1/446:

إنما هذا قول علي بن أبي طالب فقط


"Bahawasanya ini ialah kata-kata 'Ali ibn Abi Talib sahaja".


Komentar Al-Baihaqi dalam Syua'b al-Iman 5/2245:

المحفوظ موقوفاً، وروي من أوجه أخر ضعيفة

"Yang terpelihara ialah mauquf (terhenti kepada Ali), perawi daripada wajah yang terakhir dhaif (lemah)"


Jadi, penilaian 3 orang muhaddith mutaqqadimin ini lebih wajar kita dahulukan jika bertemu/ berselisih dengan penilaian mutaakhirin. Allahua'lam.


p/s- Maaf, tak tahu kenapa tulisan jadi besar semua.

_________________
عقيدة السلف اصحاب الحديث

Fb: Ad-Dien

Ad-Dien
Admin
Admin

Posts : 3862
Points : 4184
Join date : 24/11/2011
Age : 26
Location : al-Kardawi

http://addienblog.blogspot.com

Back to top Go down

Re: Hadith cinta dan bencilah seadanya

Post by Sponsored content Today at 3:00 am


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum