BicaraTHTL
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Wang Pertaruhan untuk calon pilihanraya

5 posters

Go down

Wang Pertaruhan untuk calon pilihanraya Empty Wang Pertaruhan untuk calon pilihanraya

Post by Ahmad Shamil Sat Feb 16, 2013 10:54 am

assalamualaikum..
apabila seseorang calon mahu bertanding pilihanraya, dia dimestikan membayar sejumlah wang di mana jika dia tidak mendapat undi sekian sekian jumlah, dia akan kehilangan wang pertaruhan sersebut.

sebahagian orang mengaitkan perkara ini dengan perjudian, atau mempunyai unsur unsur perjudian.

Bincangkan.
Ahmad Shamil
Ahmad Shamil
Admin
Admin

Posts : 929
Points : 1226
Join date : 24/11/2011
Age : 39
Location : Raub, Pahang

http://kembara-journey.blogspot.com

Back to top Go down

Wang Pertaruhan untuk calon pilihanraya Empty Re: Wang Pertaruhan untuk calon pilihanraya

Post by thtl Sat Feb 16, 2013 11:29 am

Dalam fiqh Mu'amalat, wang itu diistilah sbg security deposit atau downpayment atau `Urbuun (عربون)

hukumnya harus dalam mazhab hanbali kerana ia fiqh yg diamalkan oleh pentadbiran Umar al-Khattab. Dalilnya dalam Zaad al-Maad, ketika Emir Makkah ketika itu ingin membina sebuah penjara, dia membeli sebidang tanah dari Sufyan bin Ummayah dgn memberi security deposit sebanyak Dirham 4,000. Surat perjanjian antara Emir Makkah dan Sufyan ialah: jika Umar al-Khattab meluluskan pembelian tsb, maka Emir Makkah akan membayar harga tanah sepenuhnya dan jika Umar tak lulus, maka Sufyan dapat Dirham 4000 tsb.

Security deposit ini diamalkan dgn meluas di Malaysia termasuklah dalam SPR. `Urbun ini tidak memenuhi definasi JUDI yang dimaksudkan dalam syara'. Sebabnya, SPR bukanlah sebuah agensi perjudian tetapi sebuah suruhanjaya PRU dan tujuan deposit tsb adalah jelas sbg peraturan PRU yg digunapakai dalam negara ini kepada mana-mana calon yg gagal mendapat 1/8 dari jumlah undi, maka ia akan hilang wang depositnya. Ini adalah Urbun yg ditetapkan sbg harus.
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Wang Pertaruhan untuk calon pilihanraya Empty Re: Wang Pertaruhan untuk calon pilihanraya

Post by Ad-Dien Sat Feb 16, 2013 12:02 pm

Ahmad Shamil wrote:assalamualaikum..
apabila seseorang calon mahu bertanding pilihanraya, dia dimestikan membayar sejumlah wang di mana jika dia tidak mendapat undi sekian sekian jumlah, dia akan kehilangan wang pertaruhan sersebut.

sebahagian orang mengaitkan perkara ini dengan perjudian, atau mempunyai unsur unsur perjudian.

Bincangkan.

Wah, baru tahu ni.. kenapa mesti macam ni ye? Berlandaskan syara' ke ni? Maqasidnya untuk apa?
Ad-Dien
Ad-Dien
Admin
Admin

Posts : 3862
Points : 4184
Join date : 24/11/2011
Age : 33
Location : al-Kardawi

http://addienblog.blogspot.com

Back to top Go down

Wang Pertaruhan untuk calon pilihanraya Empty Re: Wang Pertaruhan untuk calon pilihanraya

Post by thtl Sat Feb 16, 2013 12:21 pm

Ia diamalkan oleh semua PRU di dunia ni Dien.
ya berlandaskan syara', ana dah kasi kat atas tu, namanya Fiqh Urbun.
ia diamalkan di zaman pentadbiran Umar al-Khattab dan mazhab Hanbali kata boleh, 3 mazhab lain menolaknya.

Tujuan security deposit ialah:

1. PRU adalah urusan terpenting politik negara, maka ia memerlukan calon yg layak dan serius sahaja

2. Menghalang calon2 yg tidak berkelayakan menyertai PRU atas tiket bebas.

3. memastikan calon orang berduit, ini kerana amanah wakil rakyat adalah berat dan perlu banyak komitmen kewangan utk menjaga kawasannya nanti. Calon yg miskin dan parti yg miskin tidak digalakkan menyertai PRU
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Wang Pertaruhan untuk calon pilihanraya Empty Re: Wang Pertaruhan untuk calon pilihanraya

Post by Ad-Dien Sat Feb 16, 2013 12:50 pm



3 Fuqaha menolakknya?? Jadi yang rajih yang mana?

Adakah sama Fiqh Urbun di zaman Khalifah Umar dengan yang ada sekarang Ustaz?
Ad-Dien
Ad-Dien
Admin
Admin

Posts : 3862
Points : 4184
Join date : 24/11/2011
Age : 33
Location : al-Kardawi

http://addienblog.blogspot.com

Back to top Go down

Wang Pertaruhan untuk calon pilihanraya Empty Re: Wang Pertaruhan untuk calon pilihanraya

Post by thtl Sat Feb 16, 2013 1:05 pm

yang rajih ialah fiqh Hanabilah. Ia sama dgn zakat fitrah dgn wang tunai. Ia fiqh Hanafi, dan tiga mazhab tolak, tapi yg digunapakai ialah fiqh Hanafi.

ia sama. maqasyidnya ialah security deposit utk menghalang org tak berkenaan mengacau PRU. Kalau kita kaji, mahar ketika kawin itu pun sejenis security deposit juga...nilai seorangn anak gadis itu mungkin harga sebenar ialah RM2 juta, tapi maharnya cuma RM7-10 ribu sahaja. Ia sebagai security deposit.


Last edited by thtl on Sat Feb 16, 2013 1:07 pm; edited 1 time in total
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Wang Pertaruhan untuk calon pilihanraya Empty Re: Wang Pertaruhan untuk calon pilihanraya

Post by Mohd. Ikram Sat Feb 16, 2013 2:24 pm

thtl wrote:Tujuan security deposit ialah:

1. PRU adalah urusan terpenting politik negara, maka ia memerlukan calon yg layak dan serius sahaja

2. Menghalang calon2 yg tidak berkelayakan menyertai PRU atas tiket bebas.

3. memastikan calon orang berduit, ini kerana amanah wakil rakyat adalah berat dan perlu banyak komitmen kewangan utk menjaga kawasannya nanti. Calon yg miskin dan parti yg miskin tidak digalakkan menyertai PRU

Skrang mahasiswa dah boleh bertanding.. Dulu saya pi talk YB Khairy, dia ada cakap pasal hal mahasiswa boleh bertanding.. katanyanya (lebih kurang).. "Terdapat kebebasan yang tidak perlu diamalkan".. Dia merujuk kepada mahasiswa yang dibenarkan bertanding. Salah satu faktor sebab duit bayaran ni laa... Mahasiswa ada duit ke nak bayar? Nak bayar yuran pon terhegeh-hegeh nak minta pendidikan free... Melainkan kalau ada golongan2 tertentu yang sponsor...

Kan ada isu Mahasiswa nak lawan Dato Najib...
Mohd. Ikram
Mohd. Ikram
AHLI SETIA
AHLI SETIA

Posts : 164
Points : 216
Join date : 25/11/2011

Back to top Go down

Wang Pertaruhan untuk calon pilihanraya Empty Re: Wang Pertaruhan untuk calon pilihanraya

Post by thtl Sat Feb 16, 2013 2:40 pm

Kalau tak ada deposit PRU ni, nanti ada 100 calon yg nak bertanding utk satu kerusi. maka kerana itulah perlunya deposit tsb..utk mengurangkan bilangan calon dgn hukuman, mereka bakal hilang wang deposit jika tak ada 12% dari total votes..maksudnya, dah tahu dapat undi ciput, nak masuk buat apa??
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Wang Pertaruhan untuk calon pilihanraya Empty Re: Wang Pertaruhan untuk calon pilihanraya

Post by yat Sat Feb 16, 2013 3:22 pm

kalau 100 orng bertyanding, kos pulak nak print utk kertas undi etc...bnyk keroje
yat
yat
Moderator
Moderator

Posts : 899
Points : 1144
Join date : 05/12/2011

Back to top Go down

Wang Pertaruhan untuk calon pilihanraya Empty Re: Wang Pertaruhan untuk calon pilihanraya

Post by Ahmad Shamil Sat Feb 16, 2013 4:15 pm

terima kasih atas penjelasan ust thtl...
skrg dah jelas..
cuma ana pikir x yah pakai istilah wang pertaruhan ler...pakai istilaH diposit lebih sesuai dan jauh dr fitnah Smile
Ahmad Shamil
Ahmad Shamil
Admin
Admin

Posts : 929
Points : 1226
Join date : 24/11/2011
Age : 39
Location : Raub, Pahang

http://kembara-journey.blogspot.com

Back to top Go down

Wang Pertaruhan untuk calon pilihanraya Empty Re: Wang Pertaruhan untuk calon pilihanraya

Post by Ahmad Shamil Sat Feb 16, 2013 4:21 pm

thtl wrote:

`Urbun ini tidak memenuhi definasi JUDI yang dimaksudkan dalam syara'. Sebabnya, SPR bukanlah sebuah agensi perjudian tetapi sebuah suruhanjaya PRU

adakah ini bermakna judi mestilah dianjurkan agensi perjudian?? soalan KBKK hehehe

dan ana teringin nak lanjutkan persoalan lagi..
contohnya dlm pertandingan memancing dan sukan lain...semua org daftar guna bayaran yg sama...org yg menang dapat hadiah dan org yg kalah duitnya burn...hadiah pula dibeli menggunakan wang yg org ramai bayar tadi...

ana pernah dengar ada ustaz kata kalau buat pertandingan duit yuran boleh guna utk pengurusan shj..adapun hadiah jangan beli guna duit yuran sebab takut jadi judi...

sekali lagi, bincangkan... (macam soalan periksa la pulak Laughing )
Ahmad Shamil
Ahmad Shamil
Admin
Admin

Posts : 929
Points : 1226
Join date : 24/11/2011
Age : 39
Location : Raub, Pahang

http://kembara-journey.blogspot.com

Back to top Go down

Wang Pertaruhan untuk calon pilihanraya Empty Re: Wang Pertaruhan untuk calon pilihanraya

Post by thtl Sat Feb 16, 2013 5:05 pm

Takrif judi:

Pengertian judi (Maysir/Qimar):

Suatu kegiatan pertaruhan untuk memperoleh keuntungan dari hasil suatu pertandingan, permainan atau kejadian yang hasilnya tidak dapat diduga sama sekali.

Jadi, apakah org yg masuk calon PRU itu bertaruh utk keuntungan? dan apakah SPR itu sebuah agensi yg hidup atas hasil penganjuran judi?
Tentulah jawapannya tidak. judi yg jelas spt 4D anjuran Berjaya Sports Toto, atau casino Genting Bhd.

2. Pertandingan memancing.
Cth: pertandingan memancing Joran Eco Kenyir Malaysia 2013.

Yuran penyertaan RM 50 satu joran.

ia berjaya menarik 5,000 kaki pancing.

jumlah kutipan ialah: RM250,000.00

hadia pertama: Proton Saga bernilai RM45,000
hadiah kedua: Motosikal brnilai Rm18,000
hadiah ketiga: Yamaha 135 bernilai Rm10,000
Hadiah keempat; TV LCD LED 47 inci bernilai bernilai 4000

Pendapat jumhur kecuali Hanbali dan Ibn Taymiyah kata judi. sebab hadiah datang dari duit peserta
Utk jadi halal, duit mesti datang 100% dari penganjur

pendapat Ibn Taymiyah-Ibn Qayyim ia halal: hujahnya:
a. semua ahli tahu duit yuran akan digunakan sbg hadiah terkumpul dan mereka meredainya
b. ia adalah kemahiran, memancing adalah sejenis kemahiran utk mendaratkan ikan yg paling besar

tamat bab mancing. hukumnya khilaf. kalau ikurt mazhab syafi'iy ia haram masuk pertandingan memaancing yg ada yuran utk joran
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Wang Pertaruhan untuk calon pilihanraya Empty Re: Wang Pertaruhan untuk calon pilihanraya

Post by Ahmad Shamil Sat Feb 16, 2013 5:16 pm

jazakallahu khairal jazaa ya ustazana Smile
Ahmad Shamil
Ahmad Shamil
Admin
Admin

Posts : 929
Points : 1226
Join date : 24/11/2011
Age : 39
Location : Raub, Pahang

http://kembara-journey.blogspot.com

Back to top Go down

Wang Pertaruhan untuk calon pilihanraya Empty Re: Wang Pertaruhan untuk calon pilihanraya

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum