BicaraTHTL
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Hadis yahudi melaknat nabi melalui salam..

3 posters

Go down

Hadis yahudi melaknat nabi melalui salam.. Empty Hadis yahudi melaknat nabi melalui salam..

Post by alDayyan Wed Feb 20, 2013 11:59 am

salam..
di afn ada thread pasal politik dimana di dalam thread tu saya telah post kenyataan seorang ustaz yg mengatakan..
Kalau kita tengok Rasulullah sendiri, bila orang Yahudi beri salam, Nabi senyap saja, kadang-kadang jawab itu pun ‘Celaka ke atas kamu.
http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130218/re_01/Jihad-tolak-haloba-politik#ixzz2LJ8wSlH8

apa yg saya faham, kemungkinan ustaz itu merujuk kepada hadis ini..
دَخَلَ يَهُودِيٌّ عَلَى النَّبِيِّ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - فَقَالَ : السَّامُ عَلَيْكَ ، فَقَالَ النَّبِيُّ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - : " وَعَلَيْكَ " .
قَالَتْ عَائِشَةُ : فَهَمَمْتُ أَنْ أَتَكَلَّمَ ، فَعَرَفْتُ كَرَاهِيَةَ رَسُولِ اللَّهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - لِذَلِكَ ، فَسَكَتُّ ، ثُمَّ دَخَلَ آخَرُ فَقَالَ : السَّامُ عَلَيْكَ ، فَقَالَ : " وَعَلَيْكَ " ، فَهَمَمْتُ أَنْ أَتَكَلَّمَ فَعَرَفْتُ كَرَاهِيَةَ النَّبِيِّ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - لِذَلِكَ ، ثُمَّ دَخَلَ الثَّالِثُ فَقَالَ : السَّامُ عَلَيْكَ ، فَلَمْ أَصْبِرْ حَتَّى قُلْتُ : وَعَلَيْكَ السَّامُ وَغَضَبُ اللَّهِ وَلَعْنَتُهُ إِخْوَانَ الْقِرَدَةِ وَالْخَنَازِيرِ ، أَتُحَيُّونَ رَسُولَ اللَّهِ بِمَا لَمْ يُحَيِّهِ اللَّهُ ؟ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ


Telah masuk seorang Yahudi atas Rasulullah lalu berkata: "Binasalah atas engkau." ( السَّامُ عَلَيْكَ ). Maka Baginda menjawab:" Dan atas engkau." ( وَعَلَيْكَ ). Kata 'Aisyah: "Ingin sekali aku berkata sesuatu tetapi aku mengesan kebencian Baginda jika aku berbuat demikian maka aku diam."
Kemudian datang (seorang Yahudi) yang lain lalu berkata: "Binasalah atas engkau." ( السَّامُ عَلَيْكَ ). Maka Baginda menjawab:" Dan atas engkau." ( وَعَلَيْكَ ). Kata 'Aisyah: "Ingin sekali aku berkata sesuatu tetapi aku mengesan kebencian Baginda jika aku berbuat demikian.
Kemudian datang (Yahudi) yang ketiga lalu dia berkata: "Binasalah atas engkau." ( السَّامُ عَلَيْكَ ). Maka aku tidak dapat menahan kesabaranku sehingga aku berkata: "Dan atas engkau kebinasaan dan murka Allah serta Laknat-Nya (wahai) saudara kera dan babi! Apakah kalian tidak mengucapkan selamat kepada Rasulullah seperti apa yang diucapkan oleh Allah!?"

walaupun maksud terjemahan adalah lain seperti ada yg terjemahkan celaka dan ada yg terjemahkan binasa.. tp ia tetap membawa maksud yg sama..

apa maksud waalaika tu pak syeikh? semasa nabi kena kutuk dgn yahudi tu, nabi x diam tp berkata2 (dalam bahasa kita).."Kau pun sama".. yg membawa maksud kepada sama je apa yg diucapkan oleh yahudi tu kan?
saya ada banyak jumpa hadis nabi marah dgn perkataan celaka kat lidwa, tp masih x jumpa hadis spesifik yg merujuk kepada menjawab salam kafir yahudi seperti hadis yg saya bawakan ini..

saya x fikir ustaz tu fitnah nabi cuma penjelasan dia tersebut agak mengelirukan..maybe selepas disunting oleh pihak editorial akhbar utusan tersebut..WA..


Last edited by sil on Fri Feb 22, 2013 3:38 am; edited 1 time in total

alDayyan
Helper
Helper

Posts : 563
Points : 772
Join date : 25/05/2012
Age : 54
Location : 127.0.0.1

http://www.bicarathtl.forumms.net

Back to top Go down

Hadis yahudi melaknat nabi melalui salam.. Empty Re: Hadis yahudi melaknat nabi melalui salam..

Post by thtl Wed Feb 20, 2013 10:17 pm

apa yg sil nak saya lakukan??

1. takhrij hadis yg dinyatakan dalam utusan tsb?

2. hukum beri salam dan jawab salam kepada Yahudi? bolehkah kata celaka ke atas Yahudi?

3. mencari hadis yg mana Nabi pernah kata celaka kepada Yahudi?
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Hadis yahudi melaknat nabi melalui salam.. Empty Re: Hadis yahudi melaknat nabi melalui salam..

Post by alDayyan Thu Feb 21, 2013 3:18 am

thtl wrote:apa yg sil nak saya lakukan??

1. takhrij hadis yg dinyatakan dalam utusan tsb?

2. hukum beri salam dan jawab salam kepada Yahudi? bolehkah kata celaka ke atas Yahudi?

3. mencari hadis yg mana Nabi pernah kata celaka kepada Yahudi?

ermm.. ketiga2nya sekali pak syeikh..Smile
sebenarnya dalam wawancara di utusan tu, ustaz syamsul tu cakap begini..
Kalau kita tengok Rasulullah sendiri, bila orang Yahudi beri salam, Nabi senyap saja, kadang-kadang jawab itu pun ‘Celaka ke atas kamu. Ini menunjukkan salam daripada orang bukan Islam kita tak boleh jawab.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130218/re_01/Jihad-tolak-haloba-politik#ixzz2LUKdH6mZ
©️ Utusan Melayu (M) Bhd

apakah benar nabi jawab salam kdg2 senyap dan kadang2 jawab "celaka ke atas kamu juga"?

alDayyan
Helper
Helper

Posts : 563
Points : 772
Join date : 25/05/2012
Age : 54
Location : 127.0.0.1

http://www.bicarathtl.forumms.net

Back to top Go down

Hadis yahudi melaknat nabi melalui salam.. Empty Re: Hadis yahudi melaknat nabi melalui salam..

Post by Ad-Dien Thu Feb 21, 2013 10:43 am



1. Takhrij hadith. Lafaz hadith ini tidak sama sebagaimana lafaz dalam Sahih Al-Bukhari. Namun ada dalam Silsilah al-Sahihah.

دخل يهوديٌّ على رسولِ اللهِ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ فقال : السَّامُ عليك يا محمد فقال النبيُّ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ : وعليكَ فقالت عائشةُ : فهممتُ أن أتكلَّمَ فعلمتُ كراهيةَ النبيِّ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ لذلك فسكتُّ ثم دخل آخرُ فقال السَّامُ عليك فقال : عليك فهممتُ أن أتكلَّمَ فعلمتُ كراهيةَ النبيِّ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ لذلك ثم دخل الثالثُ فقال السَّامُ عليك : فلم أصبرْ حتى قلتُ : وعليكَ السَّامُ وغضبُ اللهِ ولعنتُه إخوانَ القرَدةِ والخنازيرِ أتحيُّون رسولَ الله بما لم يُحيِّهِ اللهُ ؟ فقال رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ : إنَّ اللهَ لا يحبُّ الفُحشَ ولا التَّفحُّشُ قالوا قولًا فردَدْنا عليهم إنَّ اليهودَ قومُ حسدٍ . . .


Takhrij:

Silsilah al-Hadith Al-Sahihah 2/306. Al-Albani berkata "Isnad hadith ini sahih" dalam bahagian lain beliau menyebutkan sahih atas syarat syaikain.

Ibn Kathir dalam Al-Ahkam al-Kabir berkata hadith ini Gharib.



Lafaz dalam Sahih Al-Bukhari.


حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْوَهَّابِ حَدَّثَنَا أَيُّوبُ عَنْ ابْنِ أَبِي مُلَيْكَةَ عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا
أَنَّ الْيَهُودَ أَتَوْا النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالُوا السَّامُ عَلَيْكَ قَالَ وَعَلَيْكُمْ فَقَالَتْ عَائِشَةُ السَّامُ عَلَيْكُمْ وَلَعَنَكُمْ اللَّهُ وَغَضِبَ عَلَيْكُمْ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَهْلًا يَا عَائِشَةُ عَلَيْكِ بِالرِّفْقِ وَإِيَّاكِ وَالْعُنْفَ أَوْ الْفُحْشَ قَالَتْ أَوَلَمْ تَسْمَعْ مَا قَالُوا قَالَ أَوَلَمْ تَسْمَعِي مَا قُلْتُ رَدَدْتُ عَلَيْهِمْ فَيُسْتَجَابُ لِي فِيهِمْ وَلَا يُسْتَجَابُ لَهُمْ فِيَّ



Telah menceritakan kepada kami Qutaibah bin Sa'id telah menceritakan kepada kami Abdul Wahhab telah menceritakan kepada kami Ayyub dari Ibnu Abu Mulaikah dari Aisyah radiallahu 'anha bahawa sekelompok orang Yahudi datang menemui Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, lalu mereka mengucapkan; "As Saamu 'alaika (Kebinasaan keatasmu)." Beliau menjawab: Wa 'alaikum (Dan keatas kalian juga).' Kemudian Aisyah berkata; 'As Saamu 'alaikum wala'anakumullah wa ghadziba 'alaikum (Semoga kebinasaan atas kalian, dan laknat Allah serta murka Allah menimpa kalian).' Maka Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: 'Bertenang wahai Aisyah, hendaklah kamu berlemah lembut dan janganlah kamu kasar atau berkata keji.' Aku berkata; 'Adakah anda tidak mendengar apa yang diucapkan mereka? ' Beliau bersabda: 'Adakah kamu tidak mendengar ucapanku, sebenarnya aku tadi telah menjawabnya, maka do'a ku atas mereka telah dimakbulkan, sementara do'a mereka keatasku tidak akan dimakbulkan.'

[Riwayat Al-Bukhari no. 6030, 6401]
Ad-Dien
Ad-Dien
Admin
Admin

Posts : 3862
Points : 4184
Join date : 24/11/2011
Age : 33
Location : al-Kardawi

http://addienblog.blogspot.com

Back to top Go down

Hadis yahudi melaknat nabi melalui salam.. Empty Re: Hadis yahudi melaknat nabi melalui salam..

Post by thtl Thu Feb 21, 2013 2:41 pm

OK sil, perlu apa2 tambahan lagi..? Dien dah kasi takhrij tu..

isu sbenarnya hukum ketika dalam suasana perang atau hostile. hukum asal, kita memberi ucapan yg baik kpd yahudi jika mereka dalam keadaan harmoni dgn kita, apa yg dialami olh kaum salaf ialah suasana hostile dgn Yahudi Madinah dan khaibar. Sehinggalah semua kaum yahudi diusir keluar dari Madinah.
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Hadis yahudi melaknat nabi melalui salam.. Empty Re: Hadis yahudi melaknat nabi melalui salam..

Post by alDayyan Fri Feb 22, 2013 3:44 am

thtl wrote:OK sil, perlu apa2 tambahan lagi..? Dien dah kasi takhrij tu..

isu sbenarnya hukum ketika dalam suasana perang atau hostile. hukum asal, kita memberi ucapan yg baik kpd yahudi jika mereka dalam keadaan harmoni dgn kita, apa yg dialami olh kaum salaf ialah suasana hostile dgn Yahudi Madinah dan khaibar. Sehinggalah semua kaum yahudi diusir keluar dari Madinah.

kesimpulannya kalau salam tersebut kita dengar dari org kafir yg mana logaht arabnya bunyi seperti membawa maksud binasa/celakalah ke atas kamu..adakah kita wajib menjawabnya? atau kita cuma diam je sebab lafaz salam tersebut adalah salah bunyinya?

dan kalau lafaz salam dari org kafir tu betul sebutannya yg membawa kepada maksud salam sejahtera ke atas kamu maka kita wajib menjawabnya sama seperti kita menjawab lafaz salam dari orang islam?

terima kasih akhi dien ttg takhrij tersebut.. Smile

alDayyan
Helper
Helper

Posts : 563
Points : 772
Join date : 25/05/2012
Age : 54
Location : 127.0.0.1

http://www.bicarathtl.forumms.net

Back to top Go down

Hadis yahudi melaknat nabi melalui salam.. Empty Re: Hadis yahudi melaknat nabi melalui salam..

Post by Ad-Dien Fri Feb 22, 2013 9:58 am



barakallaufik ya akhi...

Point yang no 3 saya belum cari, nanti ada kelapangan saya carikan insyaAllah
Ad-Dien
Ad-Dien
Admin
Admin

Posts : 3862
Points : 4184
Join date : 24/11/2011
Age : 33
Location : al-Kardawi

http://addienblog.blogspot.com

Back to top Go down

Hadis yahudi melaknat nabi melalui salam.. Empty Re: Hadis yahudi melaknat nabi melalui salam..

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum