Adakah Menjadi Syirik Jika Kita Menuruti Paksaan Manusia Lain?

View previous topic View next topic Go down

Adakah Menjadi Syirik Jika Kita Menuruti Paksaan Manusia Lain?

Post by zikrulmaut_sm on Tue Dec 27, 2011 3:26 pm

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum,

Adakah dikira syirik jika kita menuruti paksaan orang lain?

(P/S: Maksud saya, bukan saja paksaan dari segi keagamaan, tapi termasuk juga paksaan dari segi kehidupan seharian).

Misalnya:

1) Seorang pekerja di sebuah kedai dipaksa mempercepatkan kerjanya oleh pelanggan lain yang beratur di belakang kerana pelanggan itu tidak sabar menunggu gilirannya.
2) Seorang suami dipaksa oleh mertuanya untuk mencari lebih banyak duit, dan pada masa yang sama mencela sang suami itu kerana duitnya sedikit.
3) Seorang saksi kes jenayah dipaksa untuk menutup mulut, jika tidak akan diberi pelbagai ancaman ke atas dirinya.



_________________
[Takkan beribadat pun berdosa?]

عن سعيد بن المسيب أنه رأى رجلا يصلي بعد طلوع الفجر أكثر من ركعتين يكثر فيها الركوع والسجود فنهاه. فقال: يا أبا محمد! أيعذبني الله على الصلاة؟! قال: لا ولكن يعذبك على خلاف السنة.
روى البيهقي بسند صحيح

Dari Said bin Musayyib, ia melihat seorang lelaki menunaikan shalat setelah terbit fajar lebih dari dua rakaat, ia memanjangkan rukuk dan sujudnya. Akhirnya Said bin Musayyib pun melarangnya. Orang itu berkata: “Wahai Abu Muhammad, apakah Allah akan menyiksaku karena shalat? “Beliau menjawab: "Tidak, tetapi Allah akan menyiksamu karena menyelisihi As-Sunnah”.

[ Hadits sahih riwayat Baihaqi dalam "As Sunan Al Kubra" II/466, Khatib Al Baghdadi dalam "Al Faqih wal mutafaqqih" I/147, Ad Darimi I/116].

zikrulmaut_sm
AHLI
AHLI

Posts : 513
Points : 765
Join date : 25/11/2011

http://facebook.com/syazwanmisran

Back to top Go down

Re: Adakah Menjadi Syirik Jika Kita Menuruti Paksaan Manusia Lain?

Post by thtl on Tue Dec 27, 2011 4:46 pm

Jika dipaksa dlm urusan agama, tidak jatuh syirik.
ada dua pilihan:

1. azimah (kemuliaan) iaitu kita tidak tunduk kpd paksaan dan mati syahid. Cth: ammar bin yasir dan isterinya sumayyah.

2. rukhsah (keringanan), iaitu tunduk kpd paksaan dan hati masih beriman, Cth: anak mereka, Ammar bin Yasir.

Paksaan dalam kehidupan harian:

1. cepatkan kerja kerana pelanggan sudah beratur. Ini tak ada unsur syirik kerana pilihan anda sendiri utk bekerja di sektur yang terdedah kpd tekanan permintaan pelanggan, cthnya, anda bekerja di bahagian cashier pasaraya Maydi, atau crew di Macdonald atau Pizza Hut. tekanan bekerja di tempat begini memang tinggi. Maka tahap kecekapan dan daya tahan anda menahan stress amat penting. Jika tidak, anda kena cari kerja lain...hehehe

2. mak mertua memaksa menantu utk mencari lebih banyak wang dan mencela jika gajinya tidak cukup.
Jawapan: Kenapa sampai anda dikontrol oleh mertua?? apakah anda tinggal bersama mertua? Ini tidak sepatutnya berlaku. Cari jalan supaya anda bebas dari cengkaman mertua anda. itu family anda, anda dikehendaki menjadi ketuanya. cukup atau tidak itu anda yg kena tentukan. Namun nafkah wajib (makan, pakai, tempat tinggal dan kenderaan) adalah tanggungjawab anda sbg suami.

3. saksi kena ugut dalam kes mahkamah.
Ia bergantung kpd keberanian anda. Jika anda takut dan tidak mendapatkan perlindungan Polis, maka kesaksian anda akan menzalimi org lain.

3

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: Adakah Menjadi Syirik Jika Kita Menuruti Paksaan Manusia Lain?

Post by zikrulmaut_sm on Tue Dec 27, 2011 5:36 pm

kiranya, paksaan dalam kehidupan biasa tak termasuk hukum dalam paksaan agama.

kalau yang kes mertua tu, rasanya saya selalu dengar jugak. mertua ni jenis banyak komen.
(tapi bukan saya la, saya belum nikah :lol!: )

susah nak jangka perangai mertua sebab selalunya orang tak merisik mertua masa nak nikah, just merisik calon isteri je. heheh

_________________
[Takkan beribadat pun berdosa?]

عن سعيد بن المسيب أنه رأى رجلا يصلي بعد طلوع الفجر أكثر من ركعتين يكثر فيها الركوع والسجود فنهاه. فقال: يا أبا محمد! أيعذبني الله على الصلاة؟! قال: لا ولكن يعذبك على خلاف السنة.
روى البيهقي بسند صحيح

Dari Said bin Musayyib, ia melihat seorang lelaki menunaikan shalat setelah terbit fajar lebih dari dua rakaat, ia memanjangkan rukuk dan sujudnya. Akhirnya Said bin Musayyib pun melarangnya. Orang itu berkata: “Wahai Abu Muhammad, apakah Allah akan menyiksaku karena shalat? “Beliau menjawab: "Tidak, tetapi Allah akan menyiksamu karena menyelisihi As-Sunnah”.

[ Hadits sahih riwayat Baihaqi dalam "As Sunan Al Kubra" II/466, Khatib Al Baghdadi dalam "Al Faqih wal mutafaqqih" I/147, Ad Darimi I/116].

zikrulmaut_sm
AHLI
AHLI

Posts : 513
Points : 765
Join date : 25/11/2011

http://facebook.com/syazwanmisran

Back to top Go down

Re: Adakah Menjadi Syirik Jika Kita Menuruti Paksaan Manusia Lain?

Post by thtl on Tue Dec 27, 2011 5:50 pm

zsm,

tak juga, sebab setiap event kena dilihat satu persatu, apakah nyawa anda terancam atau tidak? Jika nyawa anda terancam, maka anda boleh pilih azimah atau rukhsah.

mengenai risikan utk beristeri. Kalau saya, saya akan risik juga siapakah bakal mertua saya, apakah aku boleh get along dengan mertua aku nanti. itu juga kena masuk dlm senarai risikan.

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: Adakah Menjadi Syirik Jika Kita Menuruti Paksaan Manusia Lain?

Post by Sponsored content Today at 3:11 pm


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum