Kemanakah Perginya Air Mandian Jenazah Rasulullah SAW?

View previous topic View next topic Go down

Kemanakah Perginya Air Mandian Jenazah Rasulullah SAW?

Post by Mohamad hafiz on Sat Mar 09, 2013 3:41 am

Asalamualaikum semua,
Disini saya ingin berkongsi kisah ini yang kemungkinan sudah diketahui. .

-Kisah Yang Sangat Mengagumkan Berkenaan Syeikh Mutawalli Sya’rawi Rahimahullah

Pada masa dahulu, suatu muktamar Islami yang menghimpunkan para ulama’ muslimin telah dijalankan dalam tempoh selama seminggu. Syeikh Sya’rawi adalah di antara tokoh ulama’ Mesir yang dijemput untuk meghadiri muktamar tersebut.

Pada hari pertama muktamar, Syeikh Sya’rawi telah melihat pada diri pengerusi muktamar tersebut yang juga merupakan seorang ulama’ suatu perubahan besar dari segi keilmuannya dan makrifah yang tidak ada pada masa-masa sebelumnya. Lalu, syeikh bangun menuju ke podium dan berkata, “Aku akan mengajukan suatu soalan kepada kamu dan aku inginkan jawapannya. Soalannya ialah : Ke manakah perginya air mandian jasad Rasulullah SAW?”. Iaitu yang dimaksudkan beliau ialah air yang digunakan ketika dimandikan jenazah Baginda SAW.

Akan tetapi apabila soalan itu diajukan, tidak ada sesiapa yang menjawabnya. Semua orang senyap dan berdiam diri kerana tidak tahu akan jawapannya. Pengerusi muktamar itu juga merasa sangat terkejut dengan soalan tersebut dan mengatakan dalam dirinya, “Bagaimana aku tidak mengetahui akan jawapan soalan ini?”. Lalu beliau mengambil jalan keluar daripada persoalan ini dengan mengatakan, “Berikan kami peluang masa, kami akan jawab soalan kamu pada pertemuan esok insyaAllah”.

Maka beliau pun pulang ke rumahnya dan tidak melakukan apa-apa selain daripada terus memasuki perpustakaan khasnya untuk mencari, meneliti dan membelek kitab-kitab bagi mencari jawapan kepada persoalan itu. Beliau telah menghabiskan masa yang lama dalam pencariannya, hingga diselubungi keletihan dan akhirnya terlelap tidur di atas kitab yang dibacanya.

Ketikamana ulama’ itu tidur, Rasulullah SAW telah datang bertemunya dalam mimpi dan bersama baginda seorang lelaki yang memegang sebuah lampu pelita. Maka dengan segera beliau menuju kepada Rasulullah SAW dan bertanya, “Ya Rasulullah, ke manakah perginya air mandian jasadmu?”. Lalu Baginda SAW mengisyaratkan kepada lelaki pemegang lampu pelita yang berada di sisinya (supaya menjawab soalan itu). Kemudian lelaki itu pun menjawab, “Air mandian Rasulullah SAW menyejat naik ke langit dan kemudian turun ke bumi dalam bentuk hujan. Setiap titisannya yang jatuh ke bumi, dibina di tempat itu masjid”.

Maka, terjagalah beliau daripada tidurnya dalam keadaan yang sangat gembira kerana telah mengetahui jawapan kepada persoalan tersebut.

Keesokkan harinya, pengerusi muktamar itu hadir untuk hari kedua dan menunggu persoalan yang telah dilontarkan oleh Syeikh Sya’rawi untuk diutarakan semula. Akan tetapi syeikh tidak bertanya. Di hujung muktamar pada hari kedua, akhirnya beliau bangun dan berkata kepada syeikh Sya’rawi, “Kelmarin kamu telah bertanyakan satu soalan. Adakah kamu ingin mengetahui jawapannya?”.

Syeikh berkata : “Adakah kamu mengetahui jawapannya?”.
Beliau menjawab : “Ya”.
Syeikh bertanya : “Maka ke manakah perginya air mandian Rasulullah SAW?”.
Beliau menjawab : “Air mandian Rasulullah SAW menyejat naik ke langit dan kemudian turun ke bumi dalam bentuk hujan. Setiap titisannya yang jatuh ke bumi, dibina di tempat itu masjid”.
Syeikh bertanya lagi : “Bagaimana kamu mengetahuinya?”.
Beliau menjawab : “Rasulullah SAW telah datang kepadaku dalam mimpi (memberitahukan jawapannya)”.
Syeikh berkata : “Bahkan seorang lelaki yang memegang lampu pelita yang menjawab kepada kamu”.

Maka ulama’ itu terus merasa terperanjat dan terpegun, lalu bertanya, “Bagaimana kamu mengetahui perkara itu?”.

Lalu Syeikh Sya’rawi menjawab bahawa beliaulah lelaki yang memegang lampu pelita yang berada di sisi Rasulullah SAW dalam mimpi ulama’ itu.

Peristiwa ini telah memberikan kesan yang cukup mendalam kepada para hadirin dalam muktamar tersebut dan memeranjatkan semua orang. Hal ini menunjukkan kedudukan maqam yang tinggi beliau di sisi Allah Taala dan RasulNya.

~kisah ini diceritakan sendiri oleh ulama’ yang menjadi pengerusi muktamar itu.

Sumber :-

http://akakdisebalikpintu.blogspot.com/2013/03/kemanakah-perginya-air-mandian-jenazah.html

_________________
"Memberi contoh dengan perbuatan adalah lebih baik daripada memberi contoh dengan perkataan." ~ Al-Ghazali

Mohamad hafiz
AHLI
AHLI

Posts : 867
Points : 1201
Join date : 23/01/2013
Age : 21
Location : Mukah

http://bloginformasiterkini.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: Kemanakah Perginya Air Mandian Jenazah Rasulullah SAW?

Post by thtl on Sat Mar 09, 2013 7:33 am

cerita gini kena ada sanad.

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: Kemanakah Perginya Air Mandian Jenazah Rasulullah SAW?

Post by Mohamad hafiz on Sat Mar 09, 2013 7:45 am

Ustaz, sanad keturunan Rasulullah ? atau sanad Al-Quran / Hadith ?
:/

_________________
"Memberi contoh dengan perbuatan adalah lebih baik daripada memberi contoh dengan perkataan." ~ Al-Ghazali

Mohamad hafiz
AHLI
AHLI

Posts : 867
Points : 1201
Join date : 23/01/2013
Age : 21
Location : Mukah

http://bloginformasiterkini.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: Kemanakah Perginya Air Mandian Jenazah Rasulullah SAW?

Post by thtl on Sat Mar 09, 2013 8:10 am

sanad khabar.

dari Ulama' yg mempengerusikan muktamar tsb

[nama ulama yg jadi pengerusi] > nama mukmatar, bila dan kat mana > sapa yg khabarkan kisah ni....

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: Kemanakah Perginya Air Mandian Jenazah Rasulullah SAW?

Post by Mohamad hafiz on Sat Mar 09, 2013 8:58 am

Ustaz, ni dia yg khabar kn kisah tsb. .

http://www.facebook.com/photo.php?fbid=530726123616640&set=a.270920149597240.64256.245273512161904&type=1&ref=nf

_________________
"Memberi contoh dengan perbuatan adalah lebih baik daripada memberi contoh dengan perkataan." ~ Al-Ghazali

Mohamad hafiz
AHLI
AHLI

Posts : 867
Points : 1201
Join date : 23/01/2013
Age : 21
Location : Mukah

http://bloginformasiterkini.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: Kemanakah Perginya Air Mandian Jenazah Rasulullah SAW?

Post by thtl on Sat Mar 09, 2013 9:21 am

saya tak ada akaun FB...
camna u boleh follow FB arabic? u know arabic?

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: Kemanakah Perginya Air Mandian Jenazah Rasulullah SAW?

Post by Mohamad hafiz on Sat Mar 09, 2013 10:42 am

Ustaz, sye ada kawan dri Egypt, Sbb tu perlu blajar Arab sikit utk lebih senang komunikasi hehe

_________________
"Memberi contoh dengan perbuatan adalah lebih baik daripada memberi contoh dengan perkataan." ~ Al-Ghazali

Mohamad hafiz
AHLI
AHLI

Posts : 867
Points : 1201
Join date : 23/01/2013
Age : 21
Location : Mukah

http://bloginformasiterkini.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: Kemanakah Perginya Air Mandian Jenazah Rasulullah SAW?

Post by thtl on Sat Mar 09, 2013 12:05 pm

moral of the story, mimpi bukan menjadi dalil agama atau hujah

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: Kemanakah Perginya Air Mandian Jenazah Rasulullah SAW?

Post by Mohamad hafiz on Sat Mar 09, 2013 12:06 pm

terbaik

_________________
"Memberi contoh dengan perbuatan adalah lebih baik daripada memberi contoh dengan perkataan." ~ Al-Ghazali

Mohamad hafiz
AHLI
AHLI

Posts : 867
Points : 1201
Join date : 23/01/2013
Age : 21
Location : Mukah

http://bloginformasiterkini.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: Kemanakah Perginya Air Mandian Jenazah Rasulullah SAW?

Post by thtl on Sat Mar 09, 2013 12:50 pm

soklan tambahan...

mana perginya air mandian baginda? air mandi wajib? air wudhuk baginda...hahaha

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: Kemanakah Perginya Air Mandian Jenazah Rasulullah SAW?

Post by Mohamad hafiz on Sat Mar 09, 2013 1:36 pm

huhuhu, tu kena tanya dkat org yg khabar kn tu. . ><

_________________
"Memberi contoh dengan perbuatan adalah lebih baik daripada memberi contoh dengan perkataan." ~ Al-Ghazali

Mohamad hafiz
AHLI
AHLI

Posts : 867
Points : 1201
Join date : 23/01/2013
Age : 21
Location : Mukah

http://bloginformasiterkini.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: Kemanakah Perginya Air Mandian Jenazah Rasulullah SAW?

Post by Ad-Dien on Sat Mar 09, 2013 9:39 pm

kesemuanya diserap ke dalam tanah Smile

_________________
عقيدة السلف اصحاب الحديث

Fb: Ad-Dien

Ad-Dien
Admin
Admin

Posts : 3862
Points : 4184
Join date : 24/11/2011
Age : 26
Location : al-Kardawi

http://addienblog.blogspot.com

Back to top Go down

Re: Kemanakah Perginya Air Mandian Jenazah Rasulullah SAW?

Post by AwgSagi on Thu Mar 14, 2013 8:46 am

thtl wrote:soklan tambahan...

mana perginya air mandian baginda? air mandi wajib? air wudhuk baginda...hahaha

Ustaz, ada tak kemungkinan dijadikan sebagai bahan bertabarruq seperti ada kisah mereka yang menyimpan potongan rambut, kuku dan sebagainya?

Kalau ikut rasional, tak ade le rasanya sahabat Baginda SAW akan berbuat begitu.

Atau adakah soalan itu tak pernah terlintas untuk para sahabat Baginda SAW untuk mencatatkannya kerana tiada kepentingan untuk perjuangan agama?

AwgSagi
AHLI
AHLI

Posts : 22
Points : 30
Join date : 06/03/2013

Back to top Go down

Re: Kemanakah Perginya Air Mandian Jenazah Rasulullah SAW?

Post by thtl on Fri Mar 15, 2013 2:47 pm

rambut tu adalah, yakni Ummu Haram yg ada beberapa kali menyikat rambut Nabi saw. yang simpan jubah Nabi pun ada. yakni isteri2 baginda. Begitu juga pedang baginda.

Tapi simpan air basuhan jenazah, air mandian baginda ni tak ada catatan hadis...
Ini kerana pesaka baginda yg paling ulung ialah AQ dan AS. Kalau pegang kpd keduanya, itulah tabarruk yg paling hebat akan berlaku kpd seseorang

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: Kemanakah Perginya Air Mandian Jenazah Rasulullah SAW?

Post by Sponsored content Today at 9:18 pm


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum