Maisarah pembantu Siti Khadijah

View previous topic View next topic Go down

Maisarah pembantu Siti Khadijah

Post by Ibnu Sarkawi on Fri Mar 22, 2013 3:07 pm

Assalamualaikum wbt, mohon thtl dan para ustaz memberikan penjelasan berkenaan jantina Maisarah pembantu Khadijah r.a. Cari di internet memberikan saya link2 berkenaan Maisarah pembantu lelaki. Apabila saya buka terjemahan raheeq makhtum(publisher Al-Hidayah berjudul Cahaya Abadi), dikatakan orang upahan perempuan. mana satu yang sohih?

Ibnu Sarkawi
AHLI
AHLI

Posts : 404
Points : 579
Join date : 06/12/2011

Back to top Go down

Re: Maisarah pembantu Siti Khadijah

Post by thtl on Sun Mar 24, 2013 1:13 am

yg sahih ialah lelaki sbb dia mengiringi Nabi ke Syria.

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: Maisarah pembantu Siti Khadijah

Post by Ibnu Sarkawi on Sun Mar 24, 2013 4:43 am

thtl wrote:yg sahih ialah lelaki sbb dia mengiringi Nabi ke Syria.

Like Jazakallah terbaik

Ibnu Sarkawi
AHLI
AHLI

Posts : 404
Points : 579
Join date : 06/12/2011

Back to top Go down

Re: Maisarah pembantu Siti Khadijah

Post by Ibnu Sarkawi on Mon Apr 22, 2013 4:07 pm

Update

Ustaz Fathi ada komen berkenaan postnya tentang Maisarah :

"Ada yg bertanya dlm AFN, adakah sebenarnya nama Maisarah ini lebih berat utk lelaki? Jawab saya: 3/4 majoriti nama Maisarah yg saya jumpa dlm sanad-sanad hadith adalah lelaki, ya ia berat kpd nama lelaki."

|| Maisarah ||

Nama Maisarah ini disisi masyarakat Melayu terkenal sebagai nama perempuan, hingga telah menjadi satu kefahaman awam masyarakat nama Maisarah ini pemiliknya mestilah perempuan.

Sedangkan yang benar nama Maisarah ini bukanlah satu nama khusus bagi perempuan, ia adalah nama yang boleh bagi lelaki atau perempuan. Sama seperti nama Wafaa yang boleh digunakan bagi lelaki dan perempuan.

Maisarah seperti yang dijelaskan dalam al-Mu'jam al-Wasith (المَيْسِرَةُ : اليُسر ، أَو السُّهولة والغنى) bermaksud kesenangan, kekayaan. Ringkasnya, ia digunakan kepada manusia dengan maksud yang sentiasa membawa kemudahan, yang sentiasa dipermudahkan urusannya, yang baginya kekayaan, termasuk juga ketenangan, serta kemakmuran.

Nama ini termasuk antara nama-nama yang baik dan dianjurkan dalam Islam. Bahkan jika kita lihat dalam kitab-kitab hadith, akan kita dapati ramai perawi hadith lelaki bernama Maisarah, sama ada Maisarah bin Fulan, atau Fulan bin Maisarah.

Yang paling utama sudah tentu Maisarah bin Masruq, seorang Sahabat Nabi SAW. Ramai masyarakat melayu yang tidak mengenali akan kewujudan Sahabi al-Jalil bernama Maisarah bin Masruq ini. Ya Sahabat Nabi, dan beliau lelaki.

Antaranya juga ialah Maisarah bin 'Ammar yang hidup pada zaman Tabi'in Kecil, seorang yang Thiqah, dinilai Thiqah antaranya oleh Abu Zur'ah, hadith-hadithnya diriwayatkan oleh al-Bukhari, Muslim, al-Nasaie, serta Ibn Majah dalam "al-Tafsir".

Begitu juga Maisarah bin Hubaib al-Hindi, merupakan Kibar Atba' al-Tabi'in yang Thiqah, dan kata Ibn Hajar: "soduq", hadith-hadithnya diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam "al-Adab al-Mufrad", Abu Daud, al-Tirmizi serta al-Nasaie.

Begitu juga Ibrahim bin Maisarah al-Thaifiy, seorang Tabi'in Kecil yang Thiqah, Tsabt Hafiz, hadith-hadithnya diriwayatkan oleh al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi, al-Nasaie, serta Ibn Majah. Wafat pada tahun 132H.

Begitu juga Hasf bin Maisarah, yang merupakan Tabi' al-Tabi'in Pertengahan yang Thiqah, wafat pada tahun 181H. Serta banyak lagi. Pendek kata Maisarah ini adalah nama yang boleh digunakan lelaki dan perempuan, ia bukanlah khusus bagi perempuan seperti kefahaman masyarakat.

~ Fathi al-Sakandary ~

Ibnu Sarkawi
AHLI
AHLI

Posts : 404
Points : 579
Join date : 06/12/2011

Back to top Go down

Re: Maisarah pembantu Siti Khadijah

Post by thtl on Mon Apr 22, 2013 4:10 pm

kena tanya balik Fathi, kenapa dia tak sebut nama khadam Khadija tu??

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: Maisarah pembantu Siti Khadijah

Post by Sponsored content Today at 7:36 pm


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum