hadis wanita menolak untuk berkahwin kerana khuatir tidak dapat memenuhi hak suami

View previous topic View next topic Go down

hadis wanita menolak untuk berkahwin kerana khuatir tidak dapat memenuhi hak suami

Post by intan on Tue Apr 16, 2013 12:22 pm

Assalamualaikum Ustaz.

Saya ada terbaca hadis ini,

Ada seorang lelaki datang bersama anak perempuannya kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam lalu berkata: “Sesungguhnya anak perempuan aku ini tidak mahu bernikah.” Maka Rasulullah bersabda kepadanya: “Patuhilah ayah kamu.”

Anak perempuan itu berkata: “Demi Allah yang telah mengutusmu dengan hak, aku tidak akan bernikah sebelum kamu menerangkan kepada aku apakah hak suami ke atas isterinya?”

Rasulullah menjawab: “Hak suami ke atas isterinya ialah kalau seandainya pada suami terdapat luka lalu isteri menjilatnya, atau rongga hidung suami terdapat nanah atau darah lalu isteri menelannya, maka isteri tersebut masih belum menunaikan hak suami (secukupnya).”

Anak perempuan itu berkata: “Demi Allah yang telah mengutusmu dengan hak, aku tidak akan bernikah selama-lamanya.” Maka Nabi bersabda (kepada ayahnya): “Jangan kalian menikahkan mereka (anak-anak perempuan) kecuali dengan izin mereka.” [Riwayat al-Bazzar, Shahih al-Targhib wa al-Tarhib, hadis no: 1934]

Saya ingin tahu kedudukan hadis ini, adakah ianya benar-benar sahih, kerana mengikut twitter Dr. MAZA (http://www.flickr.com/photos/94881492@N04/8654921486/in/photostream) ianya macam tidak sahih.

Jazakallahu khoiran Ustaz.



intan
AHLI
AHLI

Posts : 45
Points : 116
Join date : 21/05/2012

Back to top Go down

Re: hadis wanita menolak untuk berkahwin kerana khuatir tidak dapat memenuhi hak suami

Post by thtl on Tue Apr 16, 2013 2:56 pm

takhrij:
أتَى رجلٌ بابنَتِه إلَى رسولِ الله صلَّى اللهُ عليه وسلَّم فقال: إنَّ ابنتِي هذِه أَبَتْ أن تتزوَّجَ ، فقالَ لَها رسولُ الله صلَّى اللهُ عليه وسلَّم أطيعِي أباكِ ، فقالت: والذي بعثَكَ بالحقِّ لا أتزوَّجُ حتى تخبرَنِي ما حقُّ الزوجِ على زوجتِه ؟ قال حق الزوجِ على زوجتِه لو كانت به قرحَةٌ فَلَحَستْها ، أو انتثرَ منخراه صديدًا أو دمًا ، ثم ابتلعتْه ، ما أدت حقه ؛ فقالت: والذي بعثك بالحقِ لا أتزوجُ أبدًا فقال رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم: لا تنكحوهنَّ إلا بإذنهن

الراوي: أبو سعيد الخدري المحدث:ابن حجر العسقلاني - المصدر:مختصر البزار- الصفحة أو الرقم:1/589
خلاصة حكم المحدث:[فيه] ربيعة بن عثمان ليس هو من رجال الصحيح
رواه ابن أبي شيبة في " المصنف " (3/556)، والنسائي في "السنن الكبرى" (3/283)، والبزار – كما في " كشف الأستار " (رقم/1465) - وابن حبان في " صحيحه " (9/473)، والحاكم في " المستدرك " (2/205)، وعنه البيهقي في " السنن الكبرى " (7/291)


Imam Ibn Hajar kata dha`if kerana perawi Rabi`ah bin Othman
hadis ini dha`if di sisi manhaj Mutaqaddimin (ahli hadis era klasik)


thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum