BicaraTHTL
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Jujur itu tanda keimanan

Go down

Jujur itu tanda keimanan Empty Jujur itu tanda keimanan

Post by seijiseimura84 Wed May 01, 2013 10:27 pm

Seringkali bila kita diajukan soalan, kita sering kali cuba saringkan jawapan itu, atau kadang kala memutarkan belit sedikit kenyataan dgn harapan kenyataan kita tidak disalahfahami atau memberi impresi yg negatif atau memudaratkan kita

Sebagai contoh....apabila seorang mencari majalah I di sebuah kedai...pelanggan itu mendapati majalah i tidak ada di ruang majalah. Maka bertanyalah pelanggan itu, mamak, majalah i tak ada ke?
Mamak tu sedar, dia memang tidak menjual majalah i atau terlupa melanggan majalah i . Tapi kalau dia jawab keadaan sebenarnya, dia risau bussiness dia akan rosak. Dia risau pelanggan itu tidak akan datang ke kedai lagi kerana bimbang imej kedainya dipandang outdated. Untuk menutupi kelemahan itu, mamak tu menjawab, majalah i dah habis .....

Kalau kita menilai dan analisis, kita akan dapati bahawa mamak ini ada sedikit kekurangan beriman tentang pengurusan Allah tentang sesuatu rezeki. Dia terpaksa melakukan pembohongan kerana dia mempercayai tindakannya mempengaruhi rezekinya. Sedangkan yg menentukan rezeki adalah Allah. Mamak ini terlepas pandang bahawa sama ada rezeki naik atau turun bergantung kepada kehendak Allah. Tindak tanduknya sekalipun tidak mempengaruhi rezekinya. Namun kerana terlalu mempercayai atau terlalu bergantung pd usaha, kerana kepercayaannya pd usahanya, dia memilih untuk menipu

Hal sebaliknya berlaku pd org2 yg benar2 beriman. Walaupun sekiranya mamak itu memilih untuk menjawab secara benar dan jujur, walaupun tindakannya mampu mengugat rezekinya atau merosakkan perniagaannya berdasarkan logik akal. Namun kerana kepercayaannya kepada Allah serta meletakkan segala urusan kepada Allah, dia memilih untuk bersikap jujur walaupun pahit, kerana keimannya yg begitu tinggi pd Allah yg menentukan rezekinya.

Inilah sikap orang beriman. Kepercayaan lantas pergantungan kepada Allah begitu kuat sehingga dia bersikap jujur setiap masa, walaupun sikap itu boleh disalahfahami mahupun membawa kerugian pada dirinya. Ini kerana org beriman percaya segala yg berlaku atas kehendak Allah serta takdir yg telah ditentukan. Tindakannya akan dipastikan selari dgn kehendak ilahi, walaupun perbuatan itu mampu mengancam kepentingan melalui kaca mata rational mereka

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Berbicara pd isu politik, apa salahnya kita bersikap jujur terhadap kelemahan dan kesilapan sendiri. Seringkali,ahli politik ini cuba berdalil serta menhamburkan kata2 hiasan demi menghiasi kelemahan parti, kerana khuatir sekiranya imej parti rosak, rakyat tidak akan mengundi mereka. Saya katakan tidak salah bersikap jujur walaupun pahit. Kerana yg menentukan menang atau kalah sebuah parti adalah terletak pada kehendak Allah. Apakah kita hendak katakan bahawa menang kalah sesuatu parti bergantung sepenuhnya terhadap usaha, termasuklah melakukan penipuan atau tidak jujur pd diri sendiri. Adakah ini sikap org beriman yg yakin pada takdir ilahi?

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tidak salah bersikap jujur, kerana keimanan org beriman menyakini segala sesuatu berlaku dengan kehendakNya. Sesuatu perkara itu adalah di atas kehendak Allah. Jangan kita memperbodohkan diri mengandaikan segala yg kita usahakan menentukan sesuatu keputusan termasuklah melakukan pembohongan dan penipuan. Sebagai seorang beriman, kita harus berusaha, dan usaha itu haruslah berlandaskan pd jalan Allah, inshaallah, jalan Allah itu akan membuahkan keberkatan yg lantas membantu apa yg kita hendaki itu tercapai

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tidak lain daripada itu, bersikap jujur mengajar kita untuk bersikap lebih bertanggungjawab. Dengan bersikap jujur, kita mengakui kelemahan, malah dlm atasi kelemahan itu kita mencipta solusi dan kita akan bersikap lebih bertanggungjawab untuk mengelakkan perkara itu berulang lagi. Bila kita kurang jujur, bukan sahaja kita mengendahkan kelemahan tersebut, malah kita menjadi kurang bertanggungjawab.

Sebagai contoh, ali datang lewat ke sekolah kerana bangun lambat. Bila ditanya kenapa lambat ke sekolah, dia menipu dengan mengatakan kereta dipandu dilanggar orang. Walaupun alasannya diterima, ini menyebabkan dia leka untuk melihat kelemahan atau berusaha untuk memperbetulkan kesalahan tersebut. Dia mengambil kesempatan atas penipuan itu, untuk lari dari tanggungjawab. Sekiranya ali bersikap jujur, dengan mendakwa dia lambat kerana bangun lambat, walaupun dia dihukum, namun ini mengajar dia supaya memperbaiki kelemahan dan bertanggungjawab tidak mengulangi kelemahan tersebut. Benarlah kata2 org tua, org menipu, dia menipu diri sendiri
seijiseimura84
seijiseimura84
AHLI
AHLI

Posts : 472
Points : 779
Join date : 27/11/2011

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum