Tanda2 hadis palsu/tak sahih

View previous topic View next topic Go down

Tanda2 hadis palsu/tak sahih

Post by Syazlan on Sat May 11, 2013 7:52 am

Assalamualaikum
Apakah tanda2 yang mudah untuk kita mengenal pasti bahawa hadis itu palsu atau tak sahih?

_________________
Usah berfikir berapa jauh lagi hendak sampai tetapi fikir berapa jauh sudah kita berjalan

Syazlan
AHLI
AHLI

Posts : 55
Points : 97
Join date : 05/10/2012
Age : 21
Location : PASIR MAS,KELANTAN

Back to top Go down

Re: Tanda2 hadis palsu/tak sahih

Post by Nizam on Sat May 11, 2013 8:58 am

Waalaikumsalam

soalan yang baik, berikut adalah antara tips dari laman web drmaza.com



Ilmuan hadis yang terbilang iaitu Al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (meninggal 751H) pernah ditanya apakah mungkin untuk mengetahui hadis palsu tanpa melihat kepada sanadnya? Untuk menjawab persoalan yang besar itu, beliau telah menghasilkan buku yang amat penting dalam sejarah ilmu mengkritik teks hadis iaitu karya beliau Al-Manar Al-Munif fi al-Sahih wa al-Da’if. Sesiapa yang berkemampuan membaca teks arab, saya mencadangkan mereka membaca buku ini bersama komentar yang dibuat oleh al-Syeikh ‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah. Bagaimana pun, bagi yang tidak menguasai, saya ingin memetik beberapa noktah menarik yang disebut oleh al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah dalam buku tersebut bersama sedikit ulasan.

Antara yang disebut oleh Ibn Qayyim; hadis palsu itu antara cirinya mengandungi unsur mujazafah iaitu berlebih-lebihan dalam penetapan pahala dan dosa. Perkara yang kecil diletakkan hukuman yang terlalu besar, ataupun ganjaran yang terlalu besar yang tidak munasabah. Contoh yang dibawa oleh Ibn Qayyim iaitu hadis palsu: “Sesiapa yang mengucap Lailaha illaAllah; Allah ciptakan kalimah itu menjadi seekor burung yang mempunyai 70,000 lidah, setiap lidah ada 70,000 bahasa yang beristighfar kepadanya”.(m/s 51. Halab, Syria: Maktabah al-Matbu‘at al-Islamiyyah)

Lojik

Antara ciri lain bagi hadis palsu ialah bercanggah dengan fakta yang nyata. Banyak contoh yang disebut oleh beliau; antaranya hadis palsu: “Terung itu ubat bagi segala penyakit”. Contoh lain: “Hendak kamu memakan kacang dal kerana ia berkat dan melunakkan jantung hati. Membanyak airmata dan ia disucikan oleh 70 nabi”. (m/s 52)

Antara lain beliau menyebut ciri hadis palsu itu ia kelihatan selekeh dan boleh dipersendakan. Banyak contohnya, antara yang disebut; hadis palsu “Jika beras itu lelaki nescaya dia seorang yang penyantun”. Contoh lain; “Hendaklah kamu memakan garam kerana ia ubat bagi 70 penyakit”. Contoh lain: “Tiada buah delima melainkan bijinya berasal dari syurga”. (m/s 55)

Contoh lain: “Sesiapa yang membela ayam jantan putih, maka dia tidak akan dihampiri oleh syaitan dan sihir”. Kemudian Ibn Qayyim membuat kesimpulan tentang hadis ayam jantan: “Kesemua hadis ayam jantan adalah dusta kecuali satu hadis iaitu “Sesiapa yang mendengar kokokan ayam jantan hendaklah dia memohon kurniaan dari Allah kerana ia melihat malaikat” (riwayat Bukhari dan Muslim). (m/s 56)

Gambar Hiasan

Dalam masyarakat melayu, terdapat juga mereka yang mempercayai kelebihan ayam jantan putih. Kepercayaan itu mungkin berasal dari hadis-hadis palsu yang seumpama ini.

Canggah Sumber Sahih

Ciri hadis palsu yang lain yang dinyatakan oleh Ibn Qayim apabila sesuatu hadis itu bercanggah dengan hadis sahih yang lain secara nyata. Ini seperti hadis-hadis palsu yang memuji orang yang bernama Muhammad ataupun Ahmad bahawa sesiapa bernama seperti itu tidak akan masuk neraka. Ini bercanggah dengan prinsip ajaran Nabi s.a.w yang menegas bahawa neraka itu bukan dapat dielakkan dengan nama dan gelaran sebaliknya dengan iman dan amalan soleh. (m/s 57)

Antara ciri palsu lain ialah hadis yang menyebut Nabi Khidir masih hidup. Kesemua hadis yang membawa maksud tersebut adalah palsu dan dusta. Kemudian al-Imam Ibn Qayyim mengemukan banyak hujah dari al-Quran dan al-Sunnah yang membuktikan bahawa cerita Khidir masa hidup sehingga kini adalah dusta dan palsu. (m/s 67-76)

Pelik

Contoh hadis palsu lain: “Pelangi di langit itu adalah tengkok ular yang berada di bawah Arsy”. Juga hadis palsu: “Jangan mandi air yang terdedah kepada matahari kerana ia menyebabkan sopak” (m/s 60)

Antara ciri hadis palsu ialah apabila terdapat dalamnya penetapan tarikh tertentu seperti pada tahun sekian dan sekian, pada bulan sekian dan sekian akan berlaku peristiwa itu dan ini. Ini ciri kepalsuan sesuatu hadis. Ini seperti hadis bahawa akan berlaku gerhana dalam Bulan Muharram kemudian berlaku peristiwa itu dan ini. (m/s 64).

Banyak hadis yang seperti ini tersebar dalam internet lalu dipercayai oleh mereka yang dangkal akal dan pengetahuan.

Antara ciri yang lain hadis yang seakan ucapan ahli perubatan, bukan ungkapan seorang nabi. Ini seperti hadis palsu: “Memakan ikan melemahkan jasad”. Contoh lain: “Ada seseorang mengadu kepada Nabi s.a.w bahawa dia tiada anak. Nabi menyuruhnya memakan telur dan bawang”. Contoh lain: “Berikan isteri-isteri kamu memakan tamar semasa nifas”. (m/s 65). Banyak hadis yang seperti ini kadang-kala dibaca oleh mereka yang bergelar ‘ustaz dan ustazah’ yang tidak meneliti ilmu hadis ini. Para peniaga suka hadis- hadis seperti itu untuk melariskan peniagaan mereka.

Banyak lagi ciri-ciri yang disebut oleh Ibn Qayyim al-Jauziyyah dalam karya itu. Begitu banyak hadis-hadis palsu yang beliau sertakan sebagai contoh untuk pembaca. Tulisan saya ini sekadar memberikan kesedaran awal untuk mereka yang kurang memberikan perhatian dalam hal ini. Anda boleh rujuk juga beberapa artikel saya tentang hadis palsu sebelum ini. InshaAllah, selepas ini akan saya ikuti dengan beberapa coretan yang lain untuk membantu memahami isu hadis palsu ini.

http://drmaza.com/home/?p=2250

_________________
Add Facebook: http://www.facebook.com/albaghani

Nizam
Admin
Admin

Posts : 885
Points : 1174
Join date : 24/11/2011
Age : 32
Location : Bagan

http://bicarathtl.forumms.net

Back to top Go down

Re: Tanda2 hadis palsu/tak sahih

Post by thtl on Sat May 11, 2013 9:12 am

tanda2 mudah:

1. bertentangan dgn AQ
2. bertentangan dgn hadis sahih
3. ganjaran yg berlebihan
4. unsur dusta dan batil
5. unsur jenaka, lawak dan penghinaan
6. tidak sesuai dgn akhlak seorang Nabi
7. berlawanan dgn ilmu kedoktoran dan kajian sains
8. mencela sesuatu bangsa spt bangsa habsyah atau sudan atau Turki
9. hadis2 ttg hari asyura
10. hadis yg mnyebut Humaira' (si tembam)
11. Setiap hadith yang menyebut tarikh-tarikh tertentu di masa akan datang atau yang menyebutkan pada tahun sekian berlakunya sekian atau yang seumpama denganya.
12. hadis yg menyebut madzhab dan Imam yg 4
13. memuji dan mencela sesuatu kota spt Damsyiq, bagdad, basrah, Kufah, Isfahan..
14. Hadith-hadith yang menyebutkan kelebihan setiap surah al-Quran satu persatu,
15. seputar memuji atau mencela tokoh2 daulah Ummayah dan Abbasiyah
16. kelebihan haiwan2 tertentu supaya membelanya
17. kelebihan beberapa jenis sayur mayur
18. menggalakkan pakai cincin dari batu2 tertentu
19. kelebihan dan kehebatan akal
20.solat sunat pada hari2 dalam seminggu, pada nisfu sya'ban, rejab dan malam asyura.
21, hadis yg menggalakkan hidup membujang
22. hadis pasal menamakan seseorang sbg khalifah
23.seputar keabadian Khidir
-----------------------------------ini cuma sebahagian...

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: Tanda2 hadis palsu/tak sahih

Post by kalepensel on Sat May 11, 2013 10:55 am

maulana asri dah tulis tentang ni. 99 cara kenal hadis palsu

http://www.darulkautsar.net/article.php?page=6&ArticleID=541-99_Usul_Dirayah_Untuk_Mengenal_Pasti_Hadits

kalepensel
AHLI
AHLI

Posts : 176
Points : 260
Join date : 30/01/2012
Age : 21
Location : Kota Bharu, Kelantan

Back to top Go down

Re: Tanda2 hadis palsu/tak sahih

Post by thtl on Sat May 11, 2013 11:06 am

tapi nak lebih kemas, kena cek dgn multaqa ahli hadis, dorar, lidwa atau syamila database...sebab kemungkinan antara dua: dha`if dan Maudhu'

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: Tanda2 hadis palsu/tak sahih

Post by Syazlan on Sun May 12, 2013 8:26 am

terima kasih......skrang ni bnyak pkat post kat fb tentng hadis bulan rejab....bnyak yg agak mengelirukan

_________________
Usah berfikir berapa jauh lagi hendak sampai tetapi fikir berapa jauh sudah kita berjalan

Syazlan
AHLI
AHLI

Posts : 55
Points : 97
Join date : 05/10/2012
Age : 21
Location : PASIR MAS,KELANTAN

Back to top Go down

Re: Tanda2 hadis palsu/tak sahih

Post by Sponsored content Today at 12:49 am


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum