Solat Sunat Ghaib

View previous topic View next topic Go down

Solat Sunat Ghaib

Post by Pidot on Sun May 12, 2013 8:05 am

Bismillah..

Semalam ana hadir ke kursus pengurusan jenazah.. Tertarik apabila masuk ke topik Solat Ghaib.. Kata penceramah, kita diperbolehkan untuk solat jenazah yang ghaib, yakni :

1) jika saudara tersebut jauh;
2) jika saudara tersebut telah lama mati..e.g:kita tidak sempat untuk solatkan almarhum ayah kita kerana ketika itu kita masih kecil dan tidak tahu solat jenazah;
3) solat ghaib boleh dilakukan pada bila2 masa walaupun pada waktu haram solat.

Apabila ditanya dalil berkenaan isu2 di atas, beliau cuma katakan ianya diperbolehkan oleh sebahagian ulama'..

Mohon pencerahan...

Pidot
AHLI
AHLI

Posts : 28
Points : 37
Join date : 20/04/2013
Age : 26
Location : Jalan Kebun, Shah Alam

Back to top Go down

Re: Solat Sunat Ghaib

Post by thtl on Sun May 12, 2013 9:13 am

Ya, sbb isu solat ghaib ni khilaf yg besar dikalangan fuqaha'.
Mazhab syafi'iy dan Hanbali mmg boleh solat ghaib.
tapi no 2 tu tak ada khilaf. itu bid`ah. Kalau ikut mazhab Hanbali, solat ghaib maksima dalam tempoh 1 bulan sahaja dari tarikh kematian (Ibn Qudama, al-Mughny, 4:446),

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

jzkk

Post by Pidot on Mon May 13, 2013 2:19 am

jazakallah syeikh..

adakah pendapat imam syafi'i dan imam ahmad itu rajih?

thtl wrote:Ya, sbb isu solat ghaib ni khilaf yg besar dikalangan fuqaha'.
Mazhab syafi'iy dan Hanbali mmg boleh solat ghaib.
tapi no 2 tu tak ada khilaf. itu bid`ah. Kalau ikut mazhab Hanbali, solat ghaib maksima dalam tempoh 1 bulan sahaja dari tarikh kematian (Ibn Qudama, al-Mughny, 4:446),

Pidot
AHLI
AHLI

Posts : 28
Points : 37
Join date : 20/04/2013
Age : 26
Location : Jalan Kebun, Shah Alam

Back to top Go down

Re: Solat Sunat Ghaib

Post by thtl on Mon May 13, 2013 7:20 am

Ya, sebab mereka mnggunakan dalil Nabi saw solat ke atas Raja Najashi, bila mendengar kewafatannya.

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: Solat Sunat Ghaib

Post by Pidot on Mon May 13, 2013 9:34 am

i see.. Najashi meninggal dan tiada siapa yang menyolatkan jenazahnya kerana dia menyembunyikan keislaman beliau..

Kalau ikut mazhab Hanbali, solat ghaib maksima dalam tempoh 1 bulan sahaja dari tarikh kematian

apakah contoh situasi keadaan di atas?

Pidot
AHLI
AHLI

Posts : 28
Points : 37
Join date : 20/04/2013
Age : 26
Location : Jalan Kebun, Shah Alam

Back to top Go down

Re: Solat Sunat Ghaib

Post by thtl on Mon May 13, 2013 9:46 am

ada sedara meninggal di USA dan dia dikembumikan di sana, katakan Los Angeles.

maka ikut mazhab syafi'iy, solat ghaib bila mendengar berita kematiannya, paling lama satu minggu. jika dia mati hari ini: 13 may, maka hari ini yg paling afdhal. kalau anda hanya tahu pada 20 May, masih dibolehkan lagi. kalau dah tahu selepas satu minggu, hanya sunat berdoa sahaja. doa ni tak ada had waktu. Jarak dari tempat kematian mestilah melebihi 2 marhalah (90KM)

mazhab Hanbali pulak, kalau anda tahu pada 10 June...maka masih lagi boleh solat ghaib. Kalau dah over satu bulan baru tahu, maka doa sahaja.

Ikut mazhab Maliki dan Hanafi, kalau dah ada komuniti umat Islam LA yg buat (solat janazah), maka org lain (di luar USA) cukup dgn doa sahaja.

Kata Syaikhul Islam Ibn Taymiyah, kalau dah komuniti yg solatkan, maka cukuplah, manakala yg jauh cukup dgn berdoa.

sekian

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

jzkk

Post by Pidot on Tue May 14, 2013 2:11 pm

thtl wrote:ada sedara meninggal di USA dan dia dikembumikan di sana, katakan Los Angeles.

maka ikut mazhab syafi'iy, solat ghaib bila mendengar berita kematiannya, paling lama satu minggu. jika dia mati hari ini: 13 may, maka hari ini yg paling afdhal. kalau anda hanya tahu pada 20 May, masih dibolehkan lagi. kalau dah tahu selepas satu minggu, hanya sunat berdoa sahaja. doa ni tak ada had waktu. Jarak dari tempat kematian mestilah melebihi 2 marhalah (90KM)

mazhab Hanbali pulak, kalau anda tahu pada 10 June...maka masih lagi boleh solat ghaib. Kalau dah over satu bulan baru tahu, maka doa sahaja.

Ikut mazhab Maliki dan Hanafi, kalau dah ada komuniti umat Islam LA yg buat (solat janazah), maka org lain (di luar USA) cukup dgn doa sahaja.

Kata Syaikhul Islam Ibn Taymiyah, kalau dah komuniti yg solatkan, maka cukuplah, manakala yg jauh cukup dgn berdoa.

sekian

got the clear picture on this matter..insyaAllah..
syukran syeikh..pasni boleh minta tolong syeikh jadi moderator kursus solat jenazah pulak lah..hehe

Pidot
AHLI
AHLI

Posts : 28
Points : 37
Join date : 20/04/2013
Age : 26
Location : Jalan Kebun, Shah Alam

Back to top Go down

Re: Solat Sunat Ghaib

Post by thtl on Tue May 14, 2013 3:59 pm

Malaysia susah, sbb depa nak moderator dari madzhab syafi'iy je...saya ni ikut mazhab mana yg qaulnya lebih kuat...

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

reply

Post by Pidot on Tue May 14, 2013 4:43 pm

thtl wrote:Malaysia susah, sbb depa nak moderator dari madzhab syafi'iy je...saya ni ikut mazhab mana yg qaulnya lebih kuat...

agreed.. tapi adakah moderator2 tersebut betul2 mengikut qaul mazhab syafi'i?

Pidot
AHLI
AHLI

Posts : 28
Points : 37
Join date : 20/04/2013
Age : 26
Location : Jalan Kebun, Shah Alam

Back to top Go down

Re: Solat Sunat Ghaib

Post by thtl on Tue May 14, 2013 4:54 pm

Ya, sebab depa dapat lesen dari pakej yg disahkan syafi'iyah compliance...cuma rujukan depa bukanlah al-Umm, tapi dari kitab2 syafi'iyah yg trkemudian, spt Mughni Muhtaj oleh syaikh Syarbini al-Khatib, Nihayah oleh syaikh Ramlee dan I'anat atTolibin.

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

reply

Post by Pidot on Tue May 14, 2013 5:00 pm

thtl wrote:Ya, sebab depa dapat lesen dari pakej yg disahkan syafi'iyah compliance...cuma rujukan depa bukanlah al-Umm, tapi dari kitab2 syafi'iyah yg trkemudian, spt Mughni Muhtaj oleh syaikh Syarbini al-Khatib, Nihayah oleh syaikh Ramlee dan I'anat atTolibin.

hm.. tak ramai pun yg tahu al-Umm itu karangan imam mereka. even saya pun tak khatam semua jilid al-Umm, di library tiada full set.

oh ye, apakah beza antara al-Umm dan kitab syafi'i terkemudian selain daripada penulisnya?

Pidot
AHLI
AHLI

Posts : 28
Points : 37
Join date : 20/04/2013
Age : 26
Location : Jalan Kebun, Shah Alam

Back to top Go down

Re: Solat Sunat Ghaib

Post by thtl on Tue May 14, 2013 11:16 pm

Madzhab syafi`iy bertapak kukuh di Egypt, tempat Imam Syafi'iy disemadikan. Kemudian Egypt menjadikan ia mazhab resmi dan juga al-Azhar U juga menjadikan mazhab syafi'iy sbg mazhab resmi al-Azhar berabad lamanya...maka sudah tentu banyak input baru perlu diubah dari pendapat awal Imam Syafi'iy. Ulama' syafi'iyah ni mengembangkan lagi mazhabnya berdasarkan metodologi yg ada dalam karya Imam Syafi'iy spt al-Umm dan al-Risalah. Maka kitab2 yg baru ni sebenarnya depa membaharui karya asal Imam Syafi'iy. mereka memberi nafas baru dan mengembangkan lagi utk ia releven dgn zaman, namun metod imam syafi'iy itulah yg dikekalkan, yakni sintesis antara madrasah hadis dan ra'yi (rasio).sekian

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

jzkk

Post by Pidot on Sat May 18, 2013 7:11 am

thtl wrote:Madzhab syafi`iy bertapak kukuh di Egypt, tempat Imam Syafi'iy disemadikan. Kemudian Egypt menjadikan ia mazhab resmi dan juga al-Azhar U juga menjadikan mazhab syafi'iy sbg mazhab resmi al-Azhar berabad lamanya...maka sudah tentu banyak input baru perlu diubah dari pendapat awal Imam Syafi'iy. Ulama' syafi'iyah ni mengembangkan lagi mazhabnya berdasarkan metodologi yg ada dalam karya Imam Syafi'iy spt al-Umm dan al-Risalah. Maka kitab2 yg baru ni sebenarnya depa membaharui karya asal Imam Syafi'iy. mereka memberi nafas baru dan mengembangkan lagi utk ia releven dgn zaman, namun metod imam syafi'iy itulah yg dikekalkan, yakni sintesis antara madrasah hadis dan ra'yi (rasio).sekian

syukran akhi atas penjelasan.. jzkk..

Pidot
AHLI
AHLI

Posts : 28
Points : 37
Join date : 20/04/2013
Age : 26
Location : Jalan Kebun, Shah Alam

Back to top Go down

Re: Solat Sunat Ghaib

Post by Sponsored content Today at 3:10 am


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum