Baca Quran di kuburan ni bid'ah ke atau khilaf?

Page 1 of 2 1, 2  Next

View previous topic View next topic Go down

Baca Quran di kuburan ni bid'ah ke atau khilaf?

Post by ummuyaser on Wed Jan 04, 2012 4:42 am

Assalamualaikum, Sheikh TH, kat AFN ada satu topik, tabur bunga di kuburan, lepas tu timbul discussion pasal baca quran di kuburan pulak. Saya dah jadi confius bila 'Naman' post banyak dalil yg mengharuskannya.

Ni antara post yg ada:
"Syeikh Ali Jumuah
Mufti Republik Arab Mesir

Soalan: Apakah Hukum Membaca Al-Quran Untuk Si Mati Di Atas Kubur? Adakah Sampai Pahala Bacaan Tersebut Kepada Si Mati?
Jawapan:
Para ulama' telah bersepakat (berijma' atau berpendapat) mengatakan bahawa membaca Al-Quran di atas kubur adalah tidak haram, bahkan tidak berdosa bagi mereka yang melakukannya dan jumhur ulama' Hanafiah, Syafi'iyah dan Hanabilah berpendapat bahawa hukumnya adalah sunat, berdasarkan riwayat daripada Anas R.A ( hadis marfu' ):

Maksudnya: "Barangsiapa yang memasuki kawasan perkuburan lalu membaca di dalamnya surah Yasin maka diringankan azab kepada ahli kubur di hari tersebut dan bagi mereka (orang yang membaca al-Quran) adalah memperoleh pahala kebaikan"

Mohon pencerahan....Jazakallahu khairan ketheera

ummuyaser
Moderator
Moderator

Posts : 456
Points : 570
Join date : 24/11/2011
Location : Seremban

http://www.islamweb.net/womane/

Back to top Go down

Re: Baca Quran di kuburan ni bid'ah ke atau khilaf?

Post by Ahmad Shamil on Wed Jan 04, 2012 6:20 am

Membaca al-Quran di kubur

1. tidak makruh bahkan disunatkan [mustahabb]- hanafiyyah, shafi'iyyah dan hanabilah. Juga pendapat Imam Muhammad b al-hasan as-sayaibani, al-qadhi Iyadh, dan imam al-qarafi al-maliki. Kata imam ahmad- tidak mengapa.

Dalil:
َما رَوَى أَنَسٌ مَرْفُوعًا قَال : مَنْ دَخَل الْمَقَابِرَ فَقَرَأَ فِيهَا يس خَفَّفَ عَنْهُمْ يَوْمَئِذٍ ، وَكَانَ لَهُ بِعَدَدِهِمْ حَسَنَاتٌ

Apa yg diriwayatkan drp Anas r.a. secara marfu': barangsiapa yang memasuki perkuburan kemudian dia membaca surah yasin diringankan[seksaan] bagi mereka[ahli qubur] pada hari tersebut, dan dia [pembaca] akan mendapat ganjaran lebaikan yg sama dengan jumlah mereka.
-hadis riwayat az-Zubaidi dlm ittihaf al-muttaqiin.
- komentar sheikh Ali Hashish dan al-Albani- hadis maudu [silsilah al-hadis al-wahiyyah 1/246, silsilah ahadis ad-daifah wa al-maudhu'ah 3/397]

عَنِ ابْنِ عُمَرَ أَنَّهُ أَوْصَى إذَا دُفِنَ أَنْ يُقْرَأَ عِنْدَهُ بِفَاتِحَةِ الْبَقَرَةِ وَخَاتِمَتِهَا .

Drp ibn umar r.a. bahawa beliau mewasiatkan agar dibaca kepala surah al-baqarah dan penutupnya apb beliau dikebumikan .
- riwayat al-baihaqi dgn sanad yg hasan [ majmu'ah al-hadis ala abwab al-fiqh/ Muhammad abd wahab, tahqiq:khalil ibrahim 2/303]
- kata al-albani atsar ini tidak sahih dr ibn umar [ahkam janaiz 1/192]

2. Makruh- mazhab Maliki, imam malik, imam abu hanifah.
Dalil:
- Tiada dalil drp sunnah
- ia tidak pernah dibuat oleh golongan salaf
- ad-Dardiir menyebut: ulama mazhab maliki yg terkemudian berpendapat tidak mengapa dibaca al-quran, zikir, dan menujukan pahalanya utk si mati, dan dia akan mendapat pahala insya Allah.
- Ad-Dusuqi merojehkan pendapat yg mengatakan ia makruh scr mutlak.

Rujukan:
- fiqh sunnah, cetakan ke-2, dar al-fatah, kaherah, 1999, 2/86.
- Mausuah fiqhiyyah kuwaitiyyah [32/ 255 dan 256]

_________________
http://kembara-journey.blogspot.com
http://epetscorner.blogspot.com

Jihad tanpa didasari ilmu pengetahuan ibarat pedang tanpa gagang, bisa melukai (Kiai Haji Ahmad Dahlan r.h.m)

Ahmad Shamil
Admin
Admin

Posts : 929
Points : 1226
Join date : 24/11/2011
Age : 31
Location : Raub, Pahang

http://kembara-journey.blogspot.com

Back to top Go down

Re: Baca Quran di kuburan ni bid'ah ke atau khilaf?

Post by ummuyaser on Wed Jan 04, 2012 6:56 am

Abu_Zubair wrote:Membaca al-Quran di kubur

AZ, jadi ia tidak bid'ah lah kan..cuma khilaf ulama saja?

ummuyaser
Moderator
Moderator

Posts : 456
Points : 570
Join date : 24/11/2011
Location : Seremban

http://www.islamweb.net/womane/

Back to top Go down

Re: Baca Quran di kuburan ni bid'ah ke atau khilaf?

Post by Ahmad Shamil on Wed Jan 04, 2012 8:10 am

na'am berlaku khilaf ulama..
dan ada di antara ulama yg menghukumnya sbg bid'ah seperti yg dpt kita perhatikan thread di AFN

_________________
http://kembara-journey.blogspot.com
http://epetscorner.blogspot.com

Jihad tanpa didasari ilmu pengetahuan ibarat pedang tanpa gagang, bisa melukai (Kiai Haji Ahmad Dahlan r.h.m)

Ahmad Shamil
Admin
Admin

Posts : 929
Points : 1226
Join date : 24/11/2011
Age : 31
Location : Raub, Pahang

http://kembara-journey.blogspot.com

Back to top Go down

Re: Baca Quran di kuburan ni bid'ah ke atau khilaf?

Post by thtl on Wed Jan 04, 2012 9:58 am

Khilaf ni selesai jika kita tahu apa yang berlaku di alam Barzakh. apakah arwah itu masih memerlukan al-Qur'an sebagai syariat di alam Barzakh..atau kita percaya setiap kali kita pergi kubur, mayat2 di dalam kubur2 tsb hidup sebaik saja kita masuk ke dalam tanah perkuburan..kalau kita percaya macam tu, maka bacalah AQ...

saya pulak percaya, AQ tidak lagi bermanfaat kpd mayat-mayat. sebab AQ ni diturunkan utk manusia yg masih hidup je sebagai petunjuk mereka di dunia sebelum mati. Bila dah mati, maka peranan AQ pun tamatlah..maka bagi saya, mayat tidak lagi memerlukan al-Qur'an. sebab mereka menunggu utk dibangkitkan semula.

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: Baca Quran di kuburan ni bid'ah ke atau khilaf?

Post by faisall on Wed Jan 04, 2012 10:00 am

Pandangan mana yang di pilih A_Z?

faisall
AHLI
AHLI

Posts : 76
Points : 82
Join date : 25/11/2011

Back to top Go down

Re: Baca Quran di kuburan ni bid'ah ke atau khilaf?

Post by Ahmad Shamil on Wed Jan 04, 2012 10:00 am

saya ada tambahan lagi..tp x siap taip lagi...
benarkah al-imam as-syafi'i menyuruh kita baca al-quran di sisi kubur?
jeng jeng jeng

_________________
http://kembara-journey.blogspot.com
http://epetscorner.blogspot.com

Jihad tanpa didasari ilmu pengetahuan ibarat pedang tanpa gagang, bisa melukai (Kiai Haji Ahmad Dahlan r.h.m)

Ahmad Shamil
Admin
Admin

Posts : 929
Points : 1226
Join date : 24/11/2011
Age : 31
Location : Raub, Pahang

http://kembara-journey.blogspot.com

Back to top Go down

Re: Baca Quran di kuburan ni bid'ah ke atau khilaf?

Post by thtl on Wed Jan 04, 2012 10:11 am

OK kasi habis dulu.

cuma ana kasi hint, apakah di zaman sahabat, tabi`ien, ada budaya baca AQ di perkuburan, khususnya Nabi saw bila baginda menziarahi perkuburan Baqi' madinah, apa yg baginda buat, apakah baginda membaca AQ?

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: Baca Quran di kuburan ni bid'ah ke atau khilaf?

Post by Ahmad Shamil on Wed Jan 04, 2012 10:19 am

bila orang kata tak boleh baca quran di kubur, ramai yang akan menjawab dengan tuduhan kaum muda, salafi, wahabi dan sebagainya.

kata mereka, jangan halang kami, kami mazhab syafi'i, imam syafi'i kata sunat...BENARKAH dakwaan ini?

sayyid sabiq sendiri menaqalkan dlm fiqh sunnah bahawa tidak makruh bahkan sunat - dlm bab membaca quran di kuburan-adalah pendapat as-syafi'i.

Sebahagian ulama menyandarkan kata kata ini kpd al-imam as-shafi'i:

قَالَ الشَّافِعِيُّ رَحِمَهُ اللهُ : وَيُسْتَحَبُّ أنْ يُقْرَأ عِنْدَهُ شَيْءٌ مِنَ القُرآنِ ، وَإنْ خَتَمُوا القُرآنَ عِنْدَهُ كَانَ حَسَنَاً

Dan disunatkan membaca di sisinya sesuatu drp al-Quran, dan sekiranya dikhatamkan al-quran di sisinya al-quran adalah lebih baik.

Antaranya imam an-nawawi sendiri dlm riadus salihin. Selepas menyebut hadis hadis di bawah bab
باب الدعاء للميت بعد دفنه والقعود عند قبره ساعة للدعاء لَهُ والاستغفار والقراءة

- bab doa utk si mati slps dikuburkan, dan duduk seketika di sisi kuburnya utk berdoa untuknya dan memohon kemapunan", beliau menyebut kata kata yang disandarkan kpd al-imam as-syafi'I sendiri.

Ini dinafikan oleh sebahagian ilmuan, antaranya mahir yasin al-fahl dlm komentarnya terhadap riadus solihin, beliau menyebut perkataan ini bukanlah perkataan as-syafi'I, tetapi ashabnya. Kemudian beliau meminta kita merujuk kepada kitab al-majmuk yang merupakan sebuah lagi karya imam nawawi [ riadussolihin tahqiq maher yasin al-fahl 1/477].

Dakwaan ini benar dan dapat kita lihat tulisan imam an-nawawi dlm al-majmu':-

يستحب أن يمكث على القبر بعد الدفن ساعة يدعو للميت ويستغفر له
نص عليه الشافعي واتفق عليه الاصحاب قالوا ويستحب أن يقرأ عنده شئ من القرآن وإن ختموا القرآن كان أفضل-5/294

Dan disunatkan menunggu seketika di kubur setelah pengkebumian, mendoakan si mati dan memohon keampunan baginya. Ini telah dinaskan [disebutkan] oleh as-shafi'I, dan dipersetujui oleh ashab. Kata mereka [ashab]: disunatkan membaca di sisinya sesuatu drp al-Quran, dan sekiranya dikhatamkan al-quran di sisinya al-quran adalah lebih baik. [al-majmu- 5/294.

Imam as-shafi'I hanya menyebut sunnatnya menunggu seketika utk mendoakan si mati dan memohon keampunan baginya, selebihnya ialah apa yang disebutkan oleh Ashab.

Kenapa imam as-syafi'I tidak menyebut "membaca al-Quran di sisi kubur" sebagaimana yang disebut oleh Ashabnya??

Untuk mengetahui sebabnya, mari kita baca nukilan Imam ibn Kathir dalam tafsir beliau. Ketika mentafsirkan ayat وَأَنْ لَيْسَ لِلْإِنْسانِ إِلَّا مَا سَعى- an-najm:39, beliau menyebut:

وَمِنْ هَذِهِ الْآيَةِ الْكَرِيمَةِ اسْتَنْبَطَ الشَّافِعِيُّ رَحِمَهُ اللَّهُ وَمَنِ اتَّبَعَهُ، أَنَّ الْقِرَاءَةَ لَا يَصِلُ إِهْدَاءُ ثَوَابِهَا إِلَى الْمَوْتَى، لِأَنَّهُ لَيْسَ مِنْ عَمَلِهِمْ وَلَا كَسْبِهِمْ وَلِهَذَا لَمْ يَنْدُبْ إِلَيْهِ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أُمَّتَهُ وَلَا حَثَّهُمْ عَلَيْهِ وَلَا أَرْشَدَهُمْ إِلَيْهِ بِنَصٍّ وَلَا إِيمَاءٍ، وَلَمْ يُنْقَلْ ذَلِكَ عَنْ أَحَدٍ مِنَ الصَّحَابَةِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ، وَلَوْ كَانَ خَيْرًا لَسَبَقُونَا إِلَيْهِ

Daripada ayat ini as-syafi'I r.h.m dan sesiapa yang mengikutinya telah membuat kesimpulan bahaw bacaan yang dihadiahkan kepada si mati tidak sampai pahalanya, kerana ia [bacaan] bukanlah sebahagian drp amalan mereka mahupun usaha mereka. Oleh itu rasulullah s.a.w tidak mensunnahkan ummatnya dan tidak menggalakkan mereka melakukannya , dan baginda tidak pula menunjukkan kepadanya dengan nas dan tidak juga dgn isyarat, dan yg demikian itu tidak pula dinaqalkan daripada sahabat r.a., jika sekiranya ia baik sudah tentulah mereka berlumba lumba ke arahnya.." [tafsir ibn kathir, tahqiq: muhd husin shamsuddin, cetakan dar kutub al-ilmiyyah Beirut, 1419H. 7/431].

Jelaslah sebab beliau tidak menyeru kepada pembacaan al-Quran di kubur adalah kerana beliau berpendapat pahala bacaan tidak sampai kepada si mati.. ini menguatkan lagi dakwaan bahawa suruhan membaca al-quran di sisi kubur bukanlah datang dr beliau, tetapi ashab2 beliau dan ulama ulama mazhab syafi'i.

Wallahu'a'lam.

_________________
http://kembara-journey.blogspot.com
http://epetscorner.blogspot.com

Jihad tanpa didasari ilmu pengetahuan ibarat pedang tanpa gagang, bisa melukai (Kiai Haji Ahmad Dahlan r.h.m)

Ahmad Shamil
Admin
Admin

Posts : 929
Points : 1226
Join date : 24/11/2011
Age : 31
Location : Raub, Pahang

http://kembara-journey.blogspot.com

Back to top Go down

Re: Baca Quran di kuburan ni bid'ah ke atau khilaf?

Post by Ahmad Shamil on Wed Jan 04, 2012 11:07 am

faisall wrote:Pandangan mana yang di pilih A_Z?

saya memilih untuk tidak membid'ahkannya secara umum...seperti yg dinaqalkan drp imam ahmad- tidak mengapa..

sebab ada riwayat dr ibn Umar yg dinilai hasan oleh sebahagian ulama,antaranya al-imam an-nawawi sendiri dlm al-azkar [ms155]

namun ia bisa menjadi bid'ah juga jika dijadikan satu ketetapan dan kemestian Smile

_________________
http://kembara-journey.blogspot.com
http://epetscorner.blogspot.com

Jihad tanpa didasari ilmu pengetahuan ibarat pedang tanpa gagang, bisa melukai (Kiai Haji Ahmad Dahlan r.h.m)

Ahmad Shamil
Admin
Admin

Posts : 929
Points : 1226
Join date : 24/11/2011
Age : 31
Location : Raub, Pahang

http://kembara-journey.blogspot.com

Back to top Go down

Re: Baca Quran di kuburan ni bid'ah ke atau khilaf?

Post by faisall on Wed Jan 04, 2012 11:52 am

Abu_Zubair wrote:
faisall wrote:Pandangan mana yang di pilih A_Z?

saya memilih untuk tidak membid'ahkannya secara umum...seperti yg dinaqalkan drp imam ahmad- tidak mengapa..

sebab ada riwayat dr ibn Umar yg dinilai hasan oleh sebahagian ulama,antaranya al-imam an-nawawi sendiri dlm al-azkar [ms155]

namun ia bisa menjadi bid'ah juga jika dijadikan satu ketetapan dan kemestian Smile

Soalan seterusnya ~

Realiti yang ada di Malaysia sekarang? Adakah termasuk dalam ketegori bid'ah yang di maksudkan?

JZKK~

faisall
AHLI
AHLI

Posts : 76
Points : 82
Join date : 25/11/2011

Back to top Go down

Re: Baca Quran di kuburan ni bid'ah ke atau khilaf?

Post by ummuyaser on Wed Jan 04, 2012 12:37 pm

thtl wrote:OK kasi habis dulu.

cuma ana kasi hint, apakah di zaman sahabat, tabi`ien, ada budaya baca AQ di perkuburan, khususnya Nabi saw bila baginda menziarahi perkuburan Baqi' madinah, apa yg baginda buat, apakah baginda membaca AQ?

Saya tidak tahu adanya hadith rasulullah saw yg menyuruh sahabat membaca Al Quran di kuburan. Yang saya temui hanyalah ini:

1. "Nabi bersabda kepada Aisyah r.ha: sesungguhnya Tuhanmu memerintahkan kepadamu pergi ke perkuburan baqi’ lalu pohonlah keampunan dari Allah untuk mereka. Maka Aisyah bertanya kepada Nabi s.a.w. apakah yang aku perlu katakan? Nabi s.a.w. menjawab: ucapkanlah: Salam sejahtera ke atas penghuni rumah ini (kubur) dari kalangan Mukminin dan muslimin, semoga Allah merahmati mereka yang telah mendahului kami dan yang terkemudian dan sesungguhnya kami insya Allah akan menyusul sesudah kamu semua."Hadith riwayat Imam muslim.

2. "Nabi s.a.w. mengajarkan kepada mereka (para sahabat) apabila mereka menziarahi kuburan hendaklah ucapkan Salam sejahtera ke atas penghuni rumah ini (kubur) dari kalangan Mukminin dan muslimin, sesungguhnya kami insya Allah akan menyusul sesudah kamu semua, Kami mohon keselamatan daripada Allah untuk diri kami dan untuk kamu semua". Hadith riwayat oleh Imam Muslim, dari Sulaiman bin Buraidah dari ayahnya (Buraidah)

ummuyaser
Moderator
Moderator

Posts : 456
Points : 570
Join date : 24/11/2011
Location : Seremban

http://www.islamweb.net/womane/

Back to top Go down

Re: Baca Quran di kuburan ni bid'ah ke atau khilaf?

Post by thtl on Wed Jan 04, 2012 1:48 pm

saya rasa yg patut kita highlight ialah budaya mengupah qari utk khatam AQ dan dihadiahkan kpd si mayyit. Ini mmg famous di kelantan. Bagi yang ikhlas nak bacaa, itu tak ada masalah sangat, tapi saya concern dgn budaya mengupah qari...bahkan depa upah qari membaca di kubur dalam masa 7 hari, waktu malam lagi dengan memasang lampu.

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: Baca Quran di kuburan ni bid'ah ke atau khilaf?

Post by Ahmad Shamil on Wed Jan 04, 2012 5:53 pm

kt malaysia situasi dr negeri ke negeri berbeza..
cth yg ust tuan hasan bawa..di kelantan mereka sampai mengupah org baca..
dan dibuat sampai malam pula..di tempat saya tidak sampai begitu...

kadang2 masyarakat ni mendahulukan yg tak berapa kuat dalilnya drp yg kuat..
kita lihat membaca al-quran di kubur - especially yasin, sebab slalu mmg org bwk buku yasin-lebih diutamakan, berbanding memberi salam kpd ahli kubur, mendoakan dan meminta keampunan utk si mati..

sudahnya, sunnah2 yg soheh ditinggalkan...yg dibuat adalah benda yg tidak ada kesepakatan..

benda jd bid'ah jika ditetapkan masanya..sbgaimana disebut ust tuan hasan di kelantan ditetapkan sampai 7 hari, di tempat saya puak2 tarekat bila mati seseorang dr kalangan mereka mereka akan membaca quran sambil tunggu kubur sampai 3 hari..ada yg sampai bermalam di kuburan..

dan asalnya-jika kita menerima hadis tersebut hasan- hanya disuruh membaca ketika ziarah..bukan maksudnya tunggu berlama lama sampai berhari hari..

_________________
http://kembara-journey.blogspot.com
http://epetscorner.blogspot.com

Jihad tanpa didasari ilmu pengetahuan ibarat pedang tanpa gagang, bisa melukai (Kiai Haji Ahmad Dahlan r.h.m)

Ahmad Shamil
Admin
Admin

Posts : 929
Points : 1226
Join date : 24/11/2011
Age : 31
Location : Raub, Pahang

http://kembara-journey.blogspot.com

Back to top Go down

Re: Baca Quran di kuburan ni bid'ah ke atau khilaf?

Post by faisall on Wed Jan 04, 2012 6:04 pm

Jzkk...

faisall
AHLI
AHLI

Posts : 76
Points : 82
Join date : 25/11/2011

Back to top Go down

Re: Baca Quran di kuburan ni bid'ah ke atau khilaf?

Post by thtl on Wed Jan 04, 2012 6:55 pm

dikelantan.

Hari kematian, sebelum mayat di selenggarakan, dah upah qari khatam 30 Juz (30 qari yg diupah).
Tunggu kubur, sebaik saja mayat ditanam, sebuah pondok kecil akan diusung ke kubur tsb dan qari-qari akan baca 30 juz, sepanjang malam tanpa henti, biasanya qari dalam 7-10 orang, pasang lampu. Tunggu kubur dan baca AQ ni dah semakin berkurangan.

pada sambutan kematian yg ke 40, upah lagi 30 qari utk habiskan 30 juz utk si mati.

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: Baca Quran di kuburan ni bid'ah ke atau khilaf?

Post by Ahmad Shamil on Wed Jan 04, 2012 6:58 pm

saya dgr Tuan guru MB org yg bermanhaj sunnah juga...
nak tanya org kelantan sendiri, bagaimana beliau berinteraksi dgn benda2 cmni ust?

_________________
http://kembara-journey.blogspot.com
http://epetscorner.blogspot.com

Jihad tanpa didasari ilmu pengetahuan ibarat pedang tanpa gagang, bisa melukai (Kiai Haji Ahmad Dahlan r.h.m)

Ahmad Shamil
Admin
Admin

Posts : 929
Points : 1226
Join date : 24/11/2011
Age : 31
Location : Raub, Pahang

http://kembara-journey.blogspot.com

Back to top Go down

Re: Baca Quran di kuburan ni bid'ah ke atau khilaf?

Post by thtl on Wed Jan 04, 2012 7:26 pm

dulu TG mengajar Fiqh Sunnah Sayid Sabiq. tapi selepas dia aktif menjadi calon, maka fiqh sunnahnya diKIV sebab dia tak mahu isu wahabi dan sunnah menyebabkan Pas tidak popular di kelantan. Ini kerana kelantan adalah kubu asya'irah dan tareqat ahmadiah. TG mesti mengukuhkan cengkaman pas ke atas kelantan terlebih dahulu. tapi selepas 20 tahun memerintah, TG tidak banyak mensunnahkan kelantan, itu amat mengecewakan ana sendiri. kemungkinan pas kelantan mmg tidak mampu melakukan tajdid sunnah. Ia hendaklah dipikul oleh Maulana asri dan geng salafiyah kelantan.

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: Baca Quran di kuburan ni bid'ah ke atau khilaf?

Post by yat on Thu Jan 05, 2012 4:13 am

thtl wrote:dulu TG mengajar Fiqh Sunnah Sayid Sabiq. tapi selepas dia aktif menjadi calon, maka fiqh sunnahnya diKIV sebab dia tak mahu isu wahabi dan sunnah menyebabkan Pas tidak popular di kelantan. Ini kerana kelantan adalah kubu asya'irah dan tareqat ahmadiah. TG mesti mengukuhkan cengkaman pas ke atas kelantan terlebih dahulu. tapi selepas 20 tahun memerintah, TG tidak banyak mensunnahkan kelantan, itu amat mengecewakan ana sendiri. kemungkinan pas kelantan mmg tidak mampu melakukan tajdid sunnah. Ia hendaklah dipikul oleh Maulana asri dan geng salafiyah kelantan.

strategi baru kot, koh koh, kena tukar lambang bule ke keris...koh koh...

yat
Moderator
Moderator

Posts : 899
Points : 1144
Join date : 05/12/2011

Back to top Go down

Re: Baca Quran di kuburan ni bid'ah ke atau khilaf?

Post by yat on Thu Jan 05, 2012 4:40 am

thtl wrote:OK kasi habis dulu.

cuma ana kasi hint, apakah di zaman sahabat, tabi`ien, ada budaya baca AQ di perkuburan, khususnya Nabi saw bila baginda menziarahi perkuburan Baqi' madinah, apa yg baginda buat, apakah baginda membaca AQ?

mesyarakat melayu malaysia amnya baca yasin di kuburan, tabur bunga atau daun something dan siram air....3 in 1...

yat
Moderator
Moderator

Posts : 899
Points : 1144
Join date : 05/12/2011

Back to top Go down

Re: Baca Quran di kuburan ni bid'ah ke atau khilaf?

Post by Ahmad Shamil on Thu Jan 05, 2012 8:10 am

thtl wrote:dulu TG mengajar Fiqh Sunnah Sayid Sabiq. tapi selepas dia aktif menjadi calon, maka fiqh sunnahnya diKIV sebab dia tak mahu isu wahabi dan sunnah menyebabkan Pas tidak popular di kelantan. Ini kerana kelantan adalah kubu asya'irah dan tareqat ahmadiah. TG mesti mengukuhkan cengkaman pas ke atas kelantan terlebih dahulu. tapi selepas 20 tahun memerintah, TG tidak banyak mensunnahkan kelantan, itu amat mengecewakan ana sendiri. kemungkinan pas kelantan mmg tidak mampu melakukan tajdid sunnah. Ia hendaklah dipikul oleh Maulana asri dan geng salafiyah kelantan.

oh..begitu ceritanya...
bagaimana sambutan msrkat maulana asri dan pasukan beliau? ana slalu dgr kuliah beliau, dan beliau tidaklah syadid bg ana..
sorang lagi yg ana rasa boleh tag team dgn maulana ialah abu anas al-madani@dr abd basit

_________________
http://kembara-journey.blogspot.com
http://epetscorner.blogspot.com

Jihad tanpa didasari ilmu pengetahuan ibarat pedang tanpa gagang, bisa melukai (Kiai Haji Ahmad Dahlan r.h.m)

Ahmad Shamil
Admin
Admin

Posts : 929
Points : 1226
Join date : 24/11/2011
Age : 31
Location : Raub, Pahang

http://kembara-journey.blogspot.com

Back to top Go down

Re: Baca Quran di kuburan ni bid'ah ke atau khilaf?

Post by Ahmad Shamil on Thu Jan 05, 2012 8:21 am

yat,
amalan jirus air atas kubur disandarkan kpd sebuah hadis
لما روى جابر ان النبي صلى الله عليه وسلم رش على قبر ابنه ابراهيم الماء

berdasarkan apa yg diriwayatkan jabir bhw nabi s.a.w merenjiskan air ke atas kubur anaknya Ibrahim.

hadis ini disebut oleh imam as-shafi'i di dlm al-umm dan diriwayatkan juga oleh imam baihaqi.
menurut imam nawawi,hadis ini dhaif.

adapun menjirus air bunga, ia termasuk dlm perkara yang dimakruhkan, kerana ia termasuk dlm membazirkan harta !! ini disebut oleh imam nawawi dlm kitab al-majmuk, di mana beliau menaqalkan drp al-mutawalli dan lain2.

saya katakan: nabi jirus air ni -jika kita nak beramal dgn hadis daif-ketika mula2 anaknya dikuburkan. dtg masyarakat kita tiap2 kali g kubur bawak air yg telah ditahlil atau diyasinkan... Sad

rujukan: al-majmu syarh al-muhazzab,5/295,296 dan 298.

_________________
http://kembara-journey.blogspot.com
http://epetscorner.blogspot.com

Jihad tanpa didasari ilmu pengetahuan ibarat pedang tanpa gagang, bisa melukai (Kiai Haji Ahmad Dahlan r.h.m)

Ahmad Shamil
Admin
Admin

Posts : 929
Points : 1226
Join date : 24/11/2011
Age : 31
Location : Raub, Pahang

http://kembara-journey.blogspot.com

Back to top Go down

Re: Baca Quran di kuburan ni bid'ah ke atau khilaf?

Post by yat on Thu Jan 05, 2012 10:35 am

thx AZ....ana tau hadis tu....ana pun spendapat dengn anta, dan jawapan bazir tu amat bernas....

yat
Moderator
Moderator

Posts : 899
Points : 1144
Join date : 05/12/2011

Back to top Go down

Re: Baca Quran di kuburan ni bid'ah ke atau khilaf?

Post by Ad-Dien on Thu Jan 05, 2012 12:31 pm

thtl wrote:dulu TG mengajar Fiqh Sunnah Sayid Sabiq. tapi selepas dia aktif menjadi calon, maka fiqh sunnahnya diKIV sebab dia tak mahu isu wahabi dan sunnah menyebabkan Pas tidak popular di kelantan. Ini kerana kelantan adalah kubu asya'irah dan tareqat ahmadiah. TG mesti mengukuhkan cengkaman pas ke atas kelantan terlebih dahulu. tapi selepas 20 tahun memerintah, TG tidak banyak mensunnahkan kelantan, itu amat mengecewakan ana sendiri. kemungkinan pas kelantan mmg tidak mampu melakukan tajdid sunnah. Ia hendaklah dipikul oleh Maulana asri dan geng salafiyah kelantan.

siapa lagi? ramai tak Smile

_________________
عقيدة السلف اصحاب الحديث

Fb: Ad-Dien

Ad-Dien
Admin
Admin

Posts : 3862
Points : 4184
Join date : 24/11/2011
Age : 26
Location : al-Kardawi

http://addienblog.blogspot.com

Back to top Go down

Re: Baca Quran di kuburan ni bid'ah ke atau khilaf?

Post by Ad-Dien on Thu Jan 05, 2012 12:33 pm

Abu_Zubair wrote:yat,
amalan jirus air atas kubur disandarkan kpd sebuah hadis
لما روى جابر ان النبي صلى الله عليه وسلم رش على قبر ابنه ابراهيم الماء

berdasarkan apa yg diriwayatkan jabir bhw nabi s.a.w merenjiskan air ke atas kubur anaknya Ibrahim.

hadis ini disebut oleh imam as-shafi'i di dlm al-umm dan diriwayatkan juga oleh imam baihaqi.
menurut imam nawawi,hadis ini dhaif.

adapun menjirus air bunga, ia termasuk dlm perkara yang dimakruhkan, kerana ia termasuk dlm membazirkan harta !! ini disebut oleh imam nawawi dlm kitab al-majmuk, di mana beliau menaqalkan drp al-mutawalli dan lain2.

saya katakan: nabi jirus air ni -jika kita nak beramal dgn hadis daif-ketika mula2 anaknya dikuburkan. dtg masyarakat kita tiap2 kali g kubur bawak air yg telah ditahlil atau diyasinkan... Sad

rujukan: al-majmu syarh al-muhazzab,5/295,296 dan 298.

tambahan:

-

و يسن أيضا وضع حجر أو خشبة عند رأس الميت،
لأنه صلى الله عليه و سلم وضع عند رأس عثمان بن مظعون
صخرة، و قال: أتعلم بها قبر أخي لأدفن فيه من مات من أهلي.
و رش القبر بالماء لئلا ينسفه الريح،
و لأنه صلى الله عليه و سلم فعل ذلك بقبر ابنه إبراهيم.
راوه الشافعي، و بقبر سعد رواه ابن ماجه،
و امر به في قبر عثمان بن مظعون راوه الترمذي.
و سعد هذا هو ابن معاذ.
و يستحب ان يكون الماء طاهر طهورا باردا،
تفاؤلا بأن الله تعالى يبرد مضجعه.
و يكره رشه بماء ورد و نحوه، لأنه إسراف و إضاعة مال

(I`anatuth Tholibin" karya Sidi Syatha ad-Dimyathi, jilid 2, mukasurat 135 - 136)

wallahua'lam

_________________
عقيدة السلف اصحاب الحديث

Fb: Ad-Dien

Ad-Dien
Admin
Admin

Posts : 3862
Points : 4184
Join date : 24/11/2011
Age : 26
Location : al-Kardawi

http://addienblog.blogspot.com

Back to top Go down

Re: Baca Quran di kuburan ni bid'ah ke atau khilaf?

Post by Sponsored content Today at 7:59 am

Sponsored content

Back to top Go down

Page 1 of 2 1, 2  Next

View previous topic View next topic Back to top

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum