GST ...Pro dan Kontra kepada rakyat dan negara

View previous topic View next topic Go down

GST ...Pro dan Kontra kepada rakyat dan negara

Post by najib76 on Mon May 20, 2013 12:23 pm

Salam ,
PRU13 dah berlalu , tetapi gelombangnya masih terasa.....dan baru-baru ini kecoh dengan isu kenaikan harga barang dan tak lari juga GST ....persoalan

1. apa itu GST ?
2. apa kesan kepada rakyat ?
3. adakah penurunan cukai pendapatan akan diganti dengan GST memberi kesan negatif kepada rakyat ?
4. apa model terbaik perlaksanaan GST ? SIngapura ??
avatar
najib76
AHLI
AHLI

Posts : 233
Points : 337
Join date : 02/12/2011
Location : Johor

Back to top Go down

Re: GST ...Pro dan Kontra kepada rakyat dan negara

Post by thtl on Mon May 20, 2013 12:46 pm

1. GST=Goods & Services Tax atau Cukai Barangan dan Perkhidmatan
2. kos pembelian pengguna akan meningkat mengikut kadar GST (6-7%)
cth: jika anda shopping di Mydin
Jumlah pembelian: RM150.00
GST (6%)= RM9.00
Jumlah: RM159.00
3. tidak, cuma rakyat terasa kesan saikologi di peringkat awal
4. YA, Singapore (7%) dan cukai pendapatan yg rendah di sana.

Formulanya mudah: turunkan income-tax dan perkenalkan GST utk kerajaan mendapat semula kehilangan pendapatan kerana penurunan cukai.
avatar
thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: GST ...Pro dan Kontra kepada rakyat dan negara

Post by thtl on Mon May 20, 2013 1:25 pm

kesannya masih boleh bincang...

kalau beli kedai 1Malaysia dan kedai runcit tak ada GST mungkin rakyat pendapatan rendah boleh terima..
avatar
thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: GST ...Pro dan Kontra kepada rakyat dan negara

Post by ummuyaser on Mon May 20, 2013 6:28 pm

PELAN GST BN TEKAN RAKYAT BAWAHAN.....

PETALING JAYA: Penurunan cukai korporat dan cukai pendapatan sebagai 'off-set' kepada perlaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) hanya membantu orang kaya namun pada masa sama memberi tekanan kepada rakyat bawahan.

Ini kerana hanya sekitar 10 peratus daripada rakyat negara ini yang membayar cukai tersebut sedangkan rakyat yang berpendapatan rendah akan menerima kesan paling teruk kerana mereka terpaksa membayar GST sama seperti mereka yang berpendapatan tinggi.

Ahli Parlimen Kelana Jaya Wong Chen berkata, kelemahan kerajaan BN dalam pentadbiran serta urus tadbir kewangan menyebabkan mereka ingin segera melaksanakan GST.

Menurutnya, BN kini sedang cuba mengatasi krisis fiskal negara akibat kelemahan mereka sendiri khususnya asas cukai yang lemah, pembaziran perbelanjaan dan rasuah yang ketara.

Wong Chen berkata krisis kewangan ini boleh dielakkan dengan menghapuskan projek-projek mega yang tiada manfaat atau mempunyai kos yang berlebihan dan dengan menangani rasuah secara serius.

"Jika kerajaan tidak dapat membuktikan mereka mampu mengurangkan pembaziran dan membanteras rasuah dengan berkesan, kerajaan tidak mempunyai hak untuk memperkenalkan GST," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR hari ini.

Sementara itu mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Idris Jala, yang membayangkan kerajaan mungkin melihat kepada kadar 7 peratus, berdasarkan model Singapura, Wong Chen pandangan itu dilihanta sangat membimbangkan.

Katanya, Singapura memperkenalkan GST pada tahun 1994 lagi dengan kadar permulaan yang rendah iaitu 3 peratus sahaja dan ia mengekalkan kadar tersebut selama sembilan tahun sebelum membenarkan peningkatan kepada 4 peratus pada tahun 2003.

Wong Chen mempersoalkan jika kerajaan berminat untuk menjadikan Singapura sebagai model, maka GST perlu dibuat pada kadar 3 peratus untuk tempoh selama sembilan tahun akan datang.

_________________
http://www.islamweb.net/womane/
http://www.saaid.net/
http://suriaterang.blogspot.com/
avatar
ummuyaser
Moderator
Moderator

Posts : 456
Points : 570
Join date : 24/11/2011
Location : Seremban

http://www.islamweb.net/womane/

Back to top Go down

Re: GST ...Pro dan Kontra kepada rakyat dan negara

Post by thtl on Mon May 20, 2013 7:47 pm

Penurunan cukai korporat dan personal income tax adalah trend global dan competitiveness (persaingan) utk menarik pelabur asing.

Maka nak overcome kehilangan pendapatan Gomen dari penurunan cukai, maka GST adalah metodnya..bila cukai pendapatan dikurangkan, maka ramailah pembayar cukai yg tak payah bayar cukai, maka Gomen akan cukai mereka ni ketika membeli belah...
Jika Gomen kurangkan tax 1%, ia akan hilang RM10 bilion, maka RM10 bilion tu akan diambil melalui GST.

Tapi cara nak protect golongan pendapatan rendah ialah tak ada GST di kedai runcit dan kedai 1Malaysia...
avatar
thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: GST ...Pro dan Kontra kepada rakyat dan negara

Post by thtl on Mon May 20, 2013 8:06 pm

satu lagi cara, kurangkan shopping, pakai aje baju yg dah ada...
avatar
thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: GST ...Pro dan Kontra kepada rakyat dan negara

Post by ummuyaser on Tue May 21, 2013 12:43 am

Ketirisan akibat hutang ni Kerajaan yang buat disebabkan cuai, abis tu kenapa rakyat yang perlu tanggung?

_________________
http://www.islamweb.net/womane/
http://www.saaid.net/
http://suriaterang.blogspot.com/
avatar
ummuyaser
Moderator
Moderator

Posts : 456
Points : 570
Join date : 24/11/2011
Location : Seremban

http://www.islamweb.net/womane/

Back to top Go down

Re: GST ...Pro dan Kontra kepada rakyat dan negara

Post by najib76 on Tue May 21, 2013 4:09 am

thtl wrote:Penurunan cukai korporat dan personal income tax adalah trend global dan competitiveness (persaingan) utk menarik pelabur asing.

Maka nak overcome kehilangan pendapatan Gomen dari penurunan cukai, maka GST adalah metodnya..bila cukai pendapatan dikurangkan, maka ramailah pembayar cukai yg tak payah bayar cukai, maka Gomen akan cukai mereka ni ketika membeli belah...
Jika Gomen kurangkan tax 1%, ia akan hilang RM10 bilion, maka RM10 bilion tu akan diambil melalui GST.

Tapi cara nak protect golongan pendapatan rendah ialah tak ada GST di kedai runcit dan kedai 1Malaysia...

betul ke kedai runcit dan kedai 1 malaysia x ada GST ??
avatar
najib76
AHLI
AHLI

Posts : 233
Points : 337
Join date : 02/12/2011
Location : Johor

Back to top Go down

Re: GST ...Pro dan Kontra kepada rakyat dan negara

Post by Solah on Tue May 21, 2013 6:14 am

Rasenye online shopping ni banyak lagi yang belum ade tax. Tapi of course ler tak semue barang boleh dibeli online.... Cool

Solah
AHLI
AHLI

Posts : 114
Points : 187
Join date : 07/01/2012
Age : 35
Location : Penang

Back to top Go down

Re: GST ...Pro dan Kontra kepada rakyat dan negara

Post by alDayyan on Tue May 21, 2013 6:23 am

barang2 makanan biarlah 90% lebih murah dari harga sekarang dan 10-20 tahun yg lepas..barang letrik ke, pakaian ke, minyak wangi dan sebagainya (asalkan bukan makanan) nak mahal, lantakla..

_________________
Jazakallah  kerana menjawab persoalan saya.. Semoga Allah merahmati kita semua.  Smile
Jemput LIKE   Like  fanpage
KOLEKSI HADIS PALSU DAN KISAH ISRAELIYAT.

alDayyan
Helper
Helper

Posts : 562
Points : 771
Join date : 25/05/2012
Age : 48
Location : 127.0.0.1

http://www.bicarathtl.forumms.net

Back to top Go down

Re: GST ...Pro dan Kontra kepada rakyat dan negara

Post by thtl on Tue May 21, 2013 7:28 am

Jib,
itu cadangan saya kalau nak kurangkan impak GST kpd golongan berpendapatan kecil di kampung dan bandar
avatar
thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: GST ...Pro dan Kontra kepada rakyat dan negara

Post by ummuyaser on Wed May 22, 2013 2:53 am


_________________
http://www.islamweb.net/womane/
http://www.saaid.net/
http://suriaterang.blogspot.com/
avatar
ummuyaser
Moderator
Moderator

Posts : 456
Points : 570
Join date : 24/11/2011
Location : Seremban

http://www.islamweb.net/womane/

Back to top Go down

Re: GST ...Pro dan Kontra kepada rakyat dan negara

Post by alDayyan on Wed May 22, 2013 5:13 am

jika kerajaan punya plan sebegini bisa menghancurkan ekonomi rakyat, bagaimanakah usaha pihak pembangkang utk mempertahankan ekonomi rakyat?

mesti kena berkuasa dulu ke baru boleh laksanakan itu ini? saya rasa kalau sesuatu yg membebankan rakyat x perlu nak berkuasa itu ini pun, laksanakan je jika plan itu lebih baik dari plan kerajaan.
rakyat berhak memboikot apa yg kerajaan plan sekiranya dah kompem 80% boleh membebankan rakyat.

_________________
Jazakallah  kerana menjawab persoalan saya.. Semoga Allah merahmati kita semua.  Smile
Jemput LIKE   Like  fanpage
KOLEKSI HADIS PALSU DAN KISAH ISRAELIYAT.

alDayyan
Helper
Helper

Posts : 562
Points : 771
Join date : 25/05/2012
Age : 48
Location : 127.0.0.1

http://www.bicarathtl.forumms.net

Back to top Go down

Re: GST ...Pro dan Kontra kepada rakyat dan negara

Post by thtl on Wed May 22, 2013 9:30 am

Dayyan,
PR akan cuba block GST dalam Parlimen dari diluluskan. Oleh kerana BN tak dapat 2/3 majoriti, maka susah nak luluskan kat parlimen nanti.

Manakala dasar2 ekonomi dan fiscal, PR tak dapat buat apa-apa sebba ia memerlukan kuasa memerintah negara, buat masa ni cuma bahas dalam Parlimen ajelaa..

isunya, kerajaan BN perlukan wang yg banyak utk mengurus tadbir...jika turun income-tax, maka GST adalah opsen mereka...
avatar
thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: GST ...Pro dan Kontra kepada rakyat dan negara

Post by najib76 on Wed May 07, 2014 5:00 am

Pembelian Petrol dan Diesel ada GST ?
avatar
najib76
AHLI
AHLI

Posts : 233
Points : 337
Join date : 02/12/2011
Location : Johor

Back to top Go down

Re: GST ...Pro dan Kontra kepada rakyat dan negara

Post by thtl on Wed May 07, 2014 9:29 am

ada, pengecualian hanya barangan keperluan rakyat spt minyak masak, gula, tepung
avatar
thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: GST ...Pro dan Kontra kepada rakyat dan negara

Post by seijiseimura84 on Wed May 07, 2014 10:49 am

pernah terbaca.....pasal ramai tak bayar income tax

anyway bagi......kuasa pembeli yg kuat adalah org kaya dan middle income
kebanyakan yg miskin hanya beli what necessity
avatar
seijiseimura84
AHLI
AHLI

Posts : 472
Points : 779
Join date : 27/11/2011

Back to top Go down

Re: GST ...Pro dan Kontra kepada rakyat dan negara

Post by thtl on Wed May 07, 2014 12:03 pm

masalah manusia nak elak ni mmg masalah semua negara Doc, bukan Malaysia je, sebab tu adanya LHDN.

Manakala org yg bergaji kurang dari RM2,500 mmg tak kena cukai pendapatan.

oleh kerana ramai yg berjaya lari dari cukai itulah, maka Gomen perkenalkan GST....setiap kali rakyat shopping je, kena tax...memang ada jalan lari dari cukai pendapatan atau cukai korporat, tapi GST susah sikit.
kalau masih ada yg dapat lari, pakar cukai akan perkenalkan cukai yg baru pulak...he3

Kerajaan boros, maka cara paling senang ialah cukaikan kepala rakyat.
avatar
thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: GST ...Pro dan Kontra kepada rakyat dan negara

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum