Hadis2 Bermasalah Seputar Isra' dan Mi'raj

View previous topic View next topic Go down

Hadis2 Bermasalah Seputar Isra' dan Mi'raj

Post by thtl on Sun May 26, 2013 10:14 am

Dihimpunkan hadis-hadis yang bermasalah yg berlegar ketika hampir dgn 27 Rejab:
Hadis no 1: Solat 4 rakaat
كان عليه الصلاةُ والسلامُ قبل الإسراءِ والمعراجِ يصلِّي ركعتَين صباحًا ، وركعتَين مساءً ؛ كما كان يفعل النبيُّ إبراهيمُ عليه السلامُ

الراوي: - المحدث:الألباني - المصدر:السلسلة الضعيفة- الصفحة أو الرقم:5410
خلاصة حكم المحدث:لا أصل له
Terj:
"Adalah beliau alaihishsholatu wassalam sebelum Isra dan Mi'raj shalat dua rakaat Subuh dan dua rakaat Asar, sebagaimana yang telah dilakukan oleh Nabi Ibrahim alaihissalam."
(al-Albani, Silsilah al-Dha`ifah, status: Tiada asalnya
yang sahih, hanya solat sunat mutlak dua rakaat.

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: Hadis2 Bermasalah Seputar Isra' dan Mi'raj

Post by Ad-Dien on Sun May 26, 2013 10:49 am

thtl wrote:Dihimpunkan hadis-hadis yang bermasalah yg berlegar ketika hampir dgn 27 Rejab:
Hadis no 1: Solat 4 rakaat
كان عليه الصلاةُ والسلامُ قبل الإسراءِ والمعراجِ يصلِّي ركعتَين صباحًا ، وركعتَين مساءً ؛ كما كان يفعل النبيُّ إبراهيمُ عليه السلامُ

الراوي: - المحدث:الألباني - المصدر:السلسلة الضعيفة- الصفحة أو الرقم:5410
خلاصة حكم المحدث:لا أصل له
Terj:
"Adalah beliau alaihishsholatu wassalam sebelum Isra dan Mi'raj shalat dua rakaat Subuh dan dua rakaat Asar, sebagaimana yang telah dilakukan oleh Nabi Ibrahim alaihissalam."
(al-Albani, Silsilah al-Dha`ifah, status: Tiada asalnya
yang sahih, hanya solat sunat mutlak dua rakaat.

Tambahan daripada Multaqa Ahl Hadeeth (MAH):

حديث (كان عليه الصلاة والسلام قبل الإسراء والمعراج يُصَلّي ركعتين صباحاً وركعتين مساءً؛ كما كان يفعل النبي إبراهيم عليه السلام . رواه البخاري !! ) . قال الألباني في السلسلة الضعيفة ( 5410 ) : لا أصل له، كذا رأيته في كتاب " التربية الإسلامية للصف الخامس الابتدائي " ( ص 44 ) ( الطبعة الثانية عشرة ! ) طبع مطابع الجمعية العلمية الملكية بعمّان . قلتُ : وهذا حديث لا أصل له، وقولهم : " رواه البخاري " كذب على الإمام البخاري؛ فإنه لم يروٍ شيئاً من هذا؛ لا هو ولا غيره من أئمة السنة والحديث .


Hadith ini asalnya disandarkan riwayatnya kepada Imam Al-Bukhari. Dinaqalkan semula oleh Al-Albani dalam Silsilah Al-Dhaifahnya. Kata Al-Albani ia tiada asalnya daripada Al-Bukhari, beliau menjumpai riwayat ini dalam kitab Al-Tarbiyyah Al-Islamiyyah... buku pendidikan Islam untuk pelajar darjah lima.

Al-Albani berkomentar tentang riwayat ini: Tiada asalnya, "Riwayat Al-Bukhari" ialah dusta keatas Imam Al-Bukhari. Sesungguhnya ini tidak pernah dilihat pada mana-mana pun riwayat seperti ini daripada aimmah sunnah al-hadith.


Last edited by Ad-Dien on Sun May 26, 2013 11:15 am; edited 2 times in total

_________________
عقيدة السلف اصحاب الحديث

Fb: Ad-Dien

Ad-Dien
Admin
Admin

Posts : 3862
Points : 4184
Join date : 24/11/2011
Age : 26
Location : al-Kardawi

http://addienblog.blogspot.com

Back to top Go down

Re: Hadis2 Bermasalah Seputar Isra' dan Mi'raj

Post by Ad-Dien on Sun May 26, 2013 11:03 am

Hadith no. 2 : Nabi diisra'kan dengan pakaian daripada mutiara dan pelana daripada emas

أُسريَ بي في قفصٍ من لؤلؤٍ، وفراشُهُ من ذهبٍ


Aku diisrakan dengan pakaian dari mutiara dan pelana dari emas.


الراوي: عبدالله بن أسعد بن زرارة المحدث:الألباني - المصدر: السلسلة الضعيفة - الصفحة أو الرقم: 2764
خلاصة حكم المحدث: منكر جداً


Dinilai dhaif oleh Al-Albani dalam Silsilah Al-Sahihah no. 2764. Hadith ini munkar jiddan, totally false. Antara level terbawah dalam kalangan hadith-hadith dhaif (lemah) tapi tak capai tahap maudhu' (palsu).


_________________
عقيدة السلف اصحاب الحديث

Fb: Ad-Dien

Ad-Dien
Admin
Admin

Posts : 3862
Points : 4184
Join date : 24/11/2011
Age : 26
Location : al-Kardawi

http://addienblog.blogspot.com

Back to top Go down

Re: Hadis2 Bermasalah Seputar Isra' dan Mi'raj

Post by thtl on Sun May 26, 2013 11:28 am

sambung Dien

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: Hadis2 Bermasalah Seputar Isra' dan Mi'raj

Post by Ad-Dien on Sun May 26, 2013 11:39 am

thtl wrote:sambung Dien

kita buat sama-sama ustaz, insyaAllah.. ustaz lagi arif dari ana, ana anak murid saghir je Smile

insyaAllah kita buat sama-sama, saling membantu

_________________
عقيدة السلف اصحاب الحديث

Fb: Ad-Dien

Ad-Dien
Admin
Admin

Posts : 3862
Points : 4184
Join date : 24/11/2011
Age : 26
Location : al-Kardawi

http://addienblog.blogspot.com

Back to top Go down

Re: Hadis2 Bermasalah Seputar Isra' dan Mi'raj

Post by Ad-Dien on Mon May 27, 2013 8:23 am

Hadith no. 3 : Semua nabi yang meninggal solat di kuburnya selama 40 hari, Rasulullah bertemu Musa yang sedang solat dikuburnya.

ما مِنْ نبيٍّ يموتُ فيقيمُ في قبرِهِ إلا أربعينَ صباحًا حتى تُرَدَّ إليه روحُه وقال رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ ومررتُ بموسى عليه السلامُ ليلةَ أُسريَ بي وهو قائمٌ يصلَّي بين عاليةٍ وعُويليةٍ


Tidak ada seorang Nabi meninggal kemudian solat di kuburnya, kecuali selama empat puluh hari hingga rohnya dikembalikan kepadanya. Dan aku melewati Musa pada malam aku diisrakan ketika dia sedang solat di kuburnya antara Ailah dan Uwailah.
--------------------------------------------------

Takhrij: Riwayat Ibn Hibban dalam Al-Majruhin 1/285; Ibn Nu'aim dalam Hilyah al-Auliya' 8/374.

Ta'aliq: Hadith ini batil lagi maudhu' (palsu). Berkata Az-Zahabi dalam Mizan al-I'tidal:

ما من نبيٍّ يموتُ فيقيمُ في قبرِه إلا أربعين صباحًا حتى يردُّ اللهُ إليهِ روحَه . . مررتُ بموسى ليلةَ أُسْرِيَ بي وهو قائمٌ يصلي بين عاليةَ وعويليةَ
الراوي: أنس بن مالك المحدث:الذهبي - المصدر: ميزان الاعتدال - الصفحة أو الرقم: 1/525
خلاصة حكم المحدث: باطل موضوع


Beliau turut memuatkan riwayat ini dalam Tartib al-Maudhu'at no. 307, dengan memberikan jahr kpd rawi hadith ini:
[فيه] الحسن بن يحيى الخشني – متروك -


Komentar Ibn Jauzi dalam Al-Maudhuat ibn Jauzi 2/39:

أورده في كتاب الموضوعات
Direkodkan/ dicatat dalam kitab al-Maudhu'at (kitab-kitab yang mengumpulkan hadith/ riwayat palsu)

Komentar Al-Albani dalam silsilah Al-Dhaifah wa al-Maudhu'ah nya no. 201: Hadith ini maudhu' (palsu)

Allahua'lam.

_________________
عقيدة السلف اصحاب الحديث

Fb: Ad-Dien

Ad-Dien
Admin
Admin

Posts : 3862
Points : 4184
Join date : 24/11/2011
Age : 26
Location : al-Kardawi

http://addienblog.blogspot.com

Back to top Go down

Re: Hadis2 Bermasalah Seputar Isra' dan Mi'raj

Post by thtl on Fri May 31, 2013 11:07 pm

Hadis # 4: Jibril membelah batu utk mengikat Buraq
حَدَّثَنَا يَعْقُوبُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ الدَّوْرَقِيُّ حَدَّثَنَا أَبُو تُمَيْلَةَ عَنْ الزُّبَيْرِ بْنِ جُنَادَةَ عَنْ ابْنِ بُرَيْدَةَ عَنْ أَبِيهِ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَمَّا انْتَهَيْنَا إِلَى بَيْتِ الْمَقْدِسِ قَالَ جِبْرِيلُ بِإِصْبَعِهِ فَخَرَقَ بِهِ الْحَجَرَ وَشَدَّ بِهِ الْبُرَاقَ
قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ غَرِيبٌ

Terj:
Telah menceritakan kepada kami Ya'qub bin Ibrahim Ad Dauraqi telah menceritakan kepada kami Abu Tumailah dari Az Zubair bin Junadah dari Ibnu Buraidah dari ayahnya berkata: Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Salam bersabda: "Saat kami tiba di Baitul Maqdis, Jibril beri isyarat dengan jarinya lalu ia lubangi batu atau ia terbelah dan beliau pergunakan untuk menambatkan Buraq." Abu Isa berkata: Hadits ini hasan gharib.. (HR Termidzi, no 3057, lidwa, no. 3132 kod Dorar. Juga dalam Musnad al-Bazzar, Tafsir Ibn Kathir, dan Mustadrak al-Haakim.

Tahqiq: Hasan gharib di sisi Imam Abu Isa adalah dha'if. Albani menilainya dhaif tapi menukarnya kpd sahih
الراوي: بريدة بن الحصيب الأسلمي المحدث:الألباني - المصدر: ضعيف الجامع - الصفحة أو الرقم: 4768
خلاصة حكم المحدث: ضعيف [ ثم تراجع الشيخ وصححه ، انظر : " الصحيحة " رقم : 3487 ]
Namun murid al-Albani, syaikh Amr Muna'im Salim, menilainya hadis mungkar, ianya didhaifkan oleh Mutaqaddimin antaranya Imam Abu Hatim dalam "al Jarh wa Ta'dil, (1/2/582), perawi az-Zubair bin Junadah adalah Majhul
(KIsah Dhaif dalam Kisah Isra' dan Mi'raj terbitan darul Sahabat liTurath bi Tantha, Egypt, ms 20)

Ulasan: Dalam Qubbah al-Sakhra' atau Kubah Batu atau Dome of Rock di kompleks al-Haram alQuds (Jurusalem/Baitil Madqis) terdapat batu di tengahnya. Batu itu bukanlah yg dimaksudkan dgn hadis ini. Batu dalam Qubbah al-Sakhra' ialah tempat Nabi take-off atau berlepas ke udara. Maka Umar perintahkan di dirikan sebuah binaan utk menanda kawasan al-Haram yg dinamakan Qubbah al-Sakhra'


Last edited by thtl on Sat Jun 01, 2013 7:03 am; edited 1 time in total

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: Hadis2 Bermasalah Seputar Isra' dan Mi'raj

Post by Ad-Dien on Sat Jun 01, 2013 2:29 am

Hadith no. 5: Nabi Solat di Masjid Dimashq/ Damsyik

Dari al-Hasan bin Yahya bin al-Khasyni, bahwasanya Nabi Shallallahu Alaihi wa Sallam telah bersabda:

ليلةُ أُسرِي بي صلَّى في موضعِ مسجدِ دمشقَ

"Pada malam aku diisrakan, aku shalat di tempat didirikannya Masjid Damaskus."


Turut diriwayatkan dalam Tarikh Dimashq oleh Ibn Asakir, beliau memberikan komentar bahawa sanadnya terdapat kecacatan, munqati':

أَخْبَرَنَا أَبُو الفضائل ناصر بْن محمود ، أَنْبَأَنَا عَلِيّ بْن أَحْمَد ، أَنْبَأَنَا عَلِيّ بْن مُحَمَّد ، أَنْبَأَنَا أَبُو الْحُسَيْن عَبْد الوهاب بْن جَعْفَر ، أَنْبَأَنَا ابْن فضالة ، أَنْبَأَنَا أَبُو بَكْر بْن معاذ وهو مُحَمَّد بْن عَبْد اللَّه ، أَنْبَأَنَا هشام بْن عمار ، أَنْبَأَنَا الْحَسَن بْن يَحْيَى الخشني ، أن النَّبِيّ صلى الله عليه وسلم ليلة أسري به صلى فِي موضع مسجد دمشق ، هذا منقطع


perawi di dalam sanad ini bermasalah, dikritik oleh kibar aimmah jarh wa ta'dil:

Hasan bin Yahya : Al-Daraquthni menilainya matruk, Ibn Hajar menilainya benar tapi banyak kesalahannya, Abu Hatim menilainya munkarul hadith.


Allahua'lam

_________________
عقيدة السلف اصحاب الحديث

Fb: Ad-Dien

Ad-Dien
Admin
Admin

Posts : 3862
Points : 4184
Join date : 24/11/2011
Age : 26
Location : al-Kardawi

http://addienblog.blogspot.com

Back to top Go down

Re: Hadis2 Bermasalah Seputar Isra' dan Mi'raj

Post by thtl on Sun Jun 02, 2013 9:31 am

Hadith #6: Preview pemakan riba

حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ حَدَّثَنَا الْحَسَنُ بْنُ مُوسَى عَنْ حَمَّادِ بْنِ سَلَمَةَ عَنْ عَلِيِّ بْنِ زَيْدٍ عَنْ أَبِي الصَّلْتِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَتَيْتُ لَيْلَةَ أُسْرِيَ بِي عَلَى قَوْمٍ بُطُونُهُمْ كَالْبُيُوتِ فِيهَا الْحَيَّاتُ تُرَى مِنْ خَارِجِ بُطُونِهِمْ فَقُلْتُ مَنْ هَؤُلَاءِ يَا جِبْرَائِيلُ قَالَ هَؤُلَاءِ أَكَلَةُ الرِّبَا

Telah menceritakan kepada kami Abu Bakr bin Abu Syaibah berkata, telah menceritakan kepada kami Al Hasan bin Musa dari Hammad bin Salamah dari Ali bin Zaid dari Abu Shalt dari Abu Hurairah ia berkata, "Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam berkata: "Pada malam Isra mi'raj aku mendatangi suatu kaum, perut mereka seperti rumah-rumah yang dihuni oleh ular dan dapat dilihat dari luar perut-perut mereka. Aku pun bertanya: "Wahai Jibril, siapakah mereka itu?" ia menjawab, "Mereka adalah pemakan riba." (HR Ibn Majah, no 2264, Lidwa), juga Imam Ahmad dalam al-Musnad.
Tahqiq al-Albani:

الراوي: أبو هريرة المحدث:الألباني - المصدر: ضعيف ابن ماجه - الصفحة أو الرقم: 448
خلاصة حكم المحدث: ضعيف
Kelemahan hadis ini pada dua perawi dha'if: Ali bin Zaid dan Abu Syalt.


thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: Hadis2 Bermasalah Seputar Isra' dan Mi'raj

Post by thtl on Mon Jun 03, 2013 9:58 am

Hadith #7: Azab bagi pezina, pengumpat, dan pencela

راشد بن سعد المقرائي قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم لما عرج بي مررت برجال تقرض جلودهم بمقاريض من نار فقلت من هؤلاء يا جبريل قال الذين يتزينون للزنية قال ثم مررت بجب منتن الريح فسمعت فيه أصواتا شديدة فقلت من هؤلاء يا جبريل قال نساء كن يتزين للزنية ويفعلن ما لا يحل لهن ثم مررت على نساء ورجال معلقين بثديهن فقلت من هؤلاء يا جبريل فقال هؤلاء اللمازون والهمازون وذلك قول الله عز وجل {ويل لكل همزة لمزة}

Dari Rashid bin Sa'd al-Maqrai, ia telah berkata: Telah bersabda Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam: Ketika aku dimi'rajkan, aku melewati sekelompok lelaki yang digunting kulit-kulit mereka dengan gunting dari neraka. Akupun bertanya: "Siapakah mereka itu, wahai Jibril?" Dia menjawab: "Orang-orang yang berzina dengan para pelacur."
Beliau bersabda: Kemudian aku melewati bau yang busuk. Saat itu aku mendengar teriakan yang melengking. Akupun bertanya: "Siapakah mereka itu, wahai Jibril?" Dia menjawab: "Perempuan-perempuan yang berzina sebagai pelacur, dimana mereka berbuat yang tidak halal untuk diri mereka." Kemudian aku melewati perempuan dan lelaki yang tergantung dengan lidah-lidah mereka.
Ketika aku bertanya: "Siapakah mereka itu, wahai Jibril?", dia menjawab: "Mereka adalah pengumpat dan pencela. Dan itulah firman Allah yang Maha Perkasa lagi Maha Tinggi {Kecelakaanlah bagi setiap pengumpat dan pencela}." (HR al-Baihaqi, al-Mundziri, Targhib, no.4298)
Tahqiq:

الراوي: راشد بن سعد المحدث:البيهقي - المصدر: شعب الإيمان - الصفحة أو الرقم: 5/2301
خلاصة حكم المحدث: مرسل
al-Baihaqi (Syu'ab al-Iman) kata ia mursal (sejenis hadis dha'if, sampai kpd tabi'in sahaja)

الراوي: راشد بن سعد المحدث:الألباني - المصدر: ضعيف الترغيب - الصفحة أو الرقم: 1688
خلاصة حكم المحدث: ضعيف جداً
al-Albani menilainya amat dha'if dlm Dha'if al-Targhiib.

------------------------------------------------------------------

Sambungan Ad-Dien

Azab bagi Penzina, Pelacur, Pengumpat, Pencela (Hadith berbeza dari hadith No.9 dari ustaz thtl bawakan)

حَدَّثَنَا أَبُو عُتْبَةَ ، ثنا بَقِيَّةُ ، ثنا سَعِيدُ بْنُ سِنَانٍ ، عَنْ سَعْدِ بْنِ خَالِدٍ ، عَنْ عَمِّهِ رَاشِدِ بْنِ سَعْدٍ الْمِقْرَائِيِّ ، قَالَ رَسُولُ اللَّهِ : " لَمَّا عُرِجَ بِي إِلَى رَبِّي " . قَالَ : مَرَرْتُ بِرِجَالٍ تُقَطَّعُ جُلُودُهُمْ بِمَقَارِيضَ مِنْ نَارٍ . قُلْتُ مَنْ هَؤُلاءِ يَا جِبْرِيلُ ؟ قَالَ : " هَؤُلاءِ الَّذِينَ يَتَزَيَّنُونُ لِلزِّينَةِ " . قَالَ : ثُمَّ مَرَرْتُ بِجُبٍّ مُنْتِنِ الرِّيحِ ، فَسَمِعْتُ فِيهِ أَصْوَاتًا شَدِيدَةً ، فَقُلْتُ : مَنْ هَؤُلاءِ يَا جِبْرِيلُ ؟ قَالَ : " نِسَاءٌ كُنَّ يَتَزَيَّنَّ للزينة وَيَفْعَلْنَ مَا لا يَحِلُّ لَهُنُّ " . ثُمَّ مَرَرْتُ عَلَى نِسَاءٍ وَرِجَالٍ مُعَلَّقِينَ بِثَدْيِهِنَّ ، فَقُلْتُ : مَا هَؤُلاءِ يَا جِبْرِيلُ ؟ قَالَ : " هَؤُلاءِ الْهَمَّازُونَ وَالْهَمَّازَاتُ ، وَذَلِكَ قَوْلُهُ عَزَّ وجَلَّ : " وَيْلٌ لِكُلِّ هُمَزَةٍ لُمَزَةٍ سورة الهمزة آية



Dari Rashid bin Sa'd al-Maqrai, ia telah berkata: Telah bersabda Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam: Ketika aku dimi'rajkan, aku melewati sekelompok lelaki yang digunting kulit-kulit mereka dengan gunting dari neraka. Akupun bertanya: "Siapakah mereka itu, wahai Jibril?" Dia menjawab: "Orang-orang yang berzina dengan para pelacur."

Beliau bersabda: Kemudian aku melewati bau yang busuk. Saat itu aku mendengar teriakan yang melengking. Akupun bertanya: "Siapakah mereka itu, wahai Jibril?" Dia menjawab: "Perempuan-perempuan yang berzina sebagai pelacur, dimana mereka berbuat yang tidak halal untuk diri mereka." Kemudian aku melewati perempuan dan lelaki yang tergantung dengan lidah-lidah mereka.

Ketika aku bertanya: "Siapakah mereka itu, wahai Jibril?", dia menjawab: "Mereka adalah pengumpat dan pencela. Dan itulah firman Allah yang Maha Perkasa lagi Maha Tinggi {Kecelakaanlah bagi setiap pengumpat dan pencela}."

Diriwayatkan oleh Al-Baihaqi dalam Syu'ab al-Iman no. 5/2301 dengan komentarnya bahawa hadith ini mursal.

Perawi yang dinilai bermasalah dalam sanad ini ialah Sa'id bin Sinan, Beliau termasuk salah seorang yang (متهم بالوضع) tertuduh palsu oleh ahl hadith. Berikut adalah beberapa komentar ahl Jarh wa ta'dil tentang Sa'id bin Sinan.


قال أبو بكر البزار: سيئ الحفظ
قال أبو بكر البيهقي:ضعيف عند أهل العلم بالحديث
قال أبو حاتم الرازي :ضعيف الحديث منكر الحديث
قال أحمد بن حنبل :ضعيف ليس بشيء
قال ابن حجر العسقلاني :متروك الحديث


Last edited by thtl on Tue Jun 04, 2013 11:31 am; edited 1 time in total

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: Hadis2 Bermasalah Seputar Isra' dan Mi'raj

Post by Ad-Dien on Tue Jun 04, 2013 7:36 am

no. 7 mana syaikh?

_________________
عقيدة السلف اصحاب الحديث

Fb: Ad-Dien

Ad-Dien
Admin
Admin

Posts : 3862
Points : 4184
Join date : 24/11/2011
Age : 26
Location : al-Kardawi

http://addienblog.blogspot.com

Back to top Go down

Re: Hadis2 Bermasalah Seputar Isra' dan Mi'raj

Post by thtl on Tue Jun 04, 2013 10:59 am

reserve utk posting Dien

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: Hadis2 Bermasalah Seputar Isra' dan Mi'raj

Post by Ad-Dien on Tue Jun 04, 2013 1:47 pm

Hadith no.8:
Dari Abdullah bin Hawalah radhiyallahu anhu, dari Nabi Shallallahu Alaihi wa Sallam, beliau telah bersabda:

رأيت ليلة أسري بي عمودا أبيض كأنه لؤلؤة تحمله الملائكة قلت ما تحملون فقالوا عمود الكتاب أمرنا أن نضعه بالشام وبينا أنا نائم رأيت عمود الكتاب اختلس من تحت وسادتي فظننت أن الله عز وجل تخلى من أهل الأرض فأتبعته بصري فإذا هو نور ساطع بين يدي حتى وضع بالشام فقال ابن حوالة يا رسول الله خر لي قال عليك بالشام



Pada malam aku diisrakan aku melihat tiang-tiang putih seperti permata yang dibawa oleh para malaikat. Aku bertanya: "Apa yang kalian bawa?" Mereka menjawab: "Tiang-tiang al-Kitab. Tugas kami untuk meletakkannya di Syam." Dan ketika aku tidur, aku (bermimpi) melihat tiang-tiang al-Kitab muncul dari bawah. Kemudian aku mengira bahwasanya Allah yang Maha Perkasa lagi Maha Tinggi menjelma bagi penduduk bumi. Maka penglihatanku mengikutinya. Ketika itu Dia adalah cahaya yang menerangi hadapanku hingga sampai ke Syam." Kemudian Ibnu Hawalah berkata: "Wahai Rasulullah, wasiatilah aku!" Beliau bersabda: "Tinggallah di Syam." (HR at-Tabrani, Musnad asy-Syaamiyin, 1:345:601)

ustaz tolong ta'aliq, ana tak sempat.. ada program malam ni, ada masa saya sambung semula, insyaAllah
Tahqiq:
الراوي: عبدالله بن حوالة المحدث:الألباني - المصدر: ضعيف الترغيب - الصفحة أو الرقم: 1806
خلاصة حكم المحدث: ضعيف
al-Albani menilainya dha'if

_________________
عقيدة السلف اصحاب الحديث

Fb: Ad-Dien

Ad-Dien
Admin
Admin

Posts : 3862
Points : 4184
Join date : 24/11/2011
Age : 26
Location : al-Kardawi

http://addienblog.blogspot.com

Back to top Go down

Re: Hadis2 Bermasalah Seputar Isra' dan Mi'raj

Post by thtl on Tue Jun 04, 2013 3:52 pm

Hadith no 9: Pengumpat, pencela dan pemaki-hamun
رقم الحديث:
2239
(حديث مرفوع) حَدَّثَنَا عُثْمَانُ بْنُ مُحَمَّدٍ ، قَالَ عَبْد اللَّهِ بْن أَحْمَد : وَسَمِعْتُهُ أَنَا مِنْهُ ، حَدَّثَنَا جَرِيرٌ ، عَنْ قَابُوسَ ، عَنْ أَبِيهِ ، عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ ، قَالَ :
قَالَ : فَنَظَرَ فِي النَّارِ ، فَإِذَا قَوْمٌ يَأْكُلُونَ الْجِيَفَ ، َقَالَ : " مَنْ هَؤُلَاءِ يَا جِبْرِيلُ ؟ " , قَالَ : هَؤُلَاءِ الَّذِينَ يَأْكُلُونَ لُحُومَ النَّاسِ , وَرَأَى رَجُلًا أَحْمَرَ أَزْرَقَ جَعْدًا شَعِثًا إِذَا رَأَيْتَهُ ، قَالَ : " مَنْ هَذَا يَا جِبْرِيلُ ؟ " , قَالَ : هَذَا عَاقِرُ النَّاقَةِ

Dari Uthman bin Muhammad, dari Abdullah bin Ahmad, dari Jarir, dari Qaboos, dari ayahnya dari Ibnu Abbas radhiyallahu anhuma, ia telah berkata: (Pada malam Nabi Shallallahu Alaihi wa Sallam diisrakan) ketika beliau melihat ke dalam neraka, terdapat sekelompok orang yang memakan nanah. Beliau bertanya "Siapakah mereka itu, wahai Jibril?" Dia menjawab: "Mereka adalah orang-orang yang memakan daging manusia (pengumpat dan pencela)." Dan beliau melihat seorang lelaki berkulit merah (dgn rambut berserabut). Beliaupun bertanya: "Siapakah ini, wahai Jibril?" Dia menjawab: "Ini adalah orang yang suka mencaci maki." (HR Ahmad, no.2239 (kod Islamweb))
Tahqiq:
Dinilai sahih oleh Imam Ibn Kathir dan syaikh Ahmad Syakir
Muhaqqiq yg lain:

الراوي: عبدالله بن عباس المحدث:الألباني - المصدر: ضعيف الترغيب - الصفحة أو الرقم: 1687
خلاصة حكم المحدث: ضعيف
al-Albani kata dha'if (Dha'if al-Targheeb)

الراوي: عبدالله بن عباس المحدث:الهيثمي - المصدر: مجمع الزوائد - الصفحة أو الرقم: 8/95
خلاصة حكم المحدث: فيه قابوس وهو ثقة وفيه ضعف وبقية رجاله رجال الصحيح

al-Haithami (majma') kata dha'if kerana perawi bernama Qaboos.
تعليق شعيب الأرنؤوط : إسناده ضعيف
Ta'aliq syaikh Syu;aib al-Arnaouth, isnadnya dha'if.
verdict: dha'if.

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: Hadis2 Bermasalah Seputar Isra' dan Mi'raj

Post by thtl on Thu Jun 06, 2013 10:32 am

hadis dha'if #10: fadilat zikir dan ahli mesjid
2292 - وعن أبي المخارق رضي الله عنه قال قال النبي صلى الله عليه و سلم مررت ليلة أسري بي برجل مغيب في نور العرش
قلت من هذا أهذا ملك قيل لا قلت نبي قيل لا
قلت من هو قال هذا رجل كان في الدنيا لسانه رطب من ذكر الله وقلبه معلق بالمساجد ولم يستسب لوالديه
رواه ابن أبي الدنيا هكذا مرسلا

Dari Abu al-Makharaq radhiyallahu anhu, ia ia telah berkata: Telah bersabda Nabi Shallallahu Alaihi wa Sallam: Pada malam aku diisrakan aku melewati seorang lelaki sedang memohon di bawah cahaya Arsy. Aku bertanya: "Siapakah ini? Apakah ini malaikat?" Dijawab: "Bukan" Aku bertanya: "Nabi?" Dijawab: "Bukan" Aku bertanya: "Siapakah ia?" Jibril menjawab: "Dia adalah seorang lelaki yang dahulu ketika di dunia lisannya basah berdzikir kepada Allah dan hatinya terikat kepada masjid-masjid serta tidak pernah mencaci-maki kedua orang tuanya." HR Ibn Abi Dunya, no 2292 Targhib, syameela
Tahqiq al-Albani dalam Dha`if at-Targhiib (895 (منكر) وعن أبي المخارق رضي الله عنه قال )
hadis Mungkar

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: Hadis2 Bermasalah Seputar Isra' dan Mi'raj

Post by Ad-Dien on Thu Jun 06, 2013 6:29 pm

maaf, hadith no 7 dan 10 sama rupanya, saya tak perasan.

_________________
عقيدة السلف اصحاب الحديث

Fb: Ad-Dien

Ad-Dien
Admin
Admin

Posts : 3862
Points : 4184
Join date : 24/11/2011
Age : 26
Location : al-Kardawi

http://addienblog.blogspot.com

Back to top Go down

Re: Hadis2 Bermasalah Seputar Isra' dan Mi'raj

Post by Ad-Dien on Thu Jun 06, 2013 7:40 pm

Hadith no. 11: Kalimah di Bawah Arasy

لَمَّا عُرِجَ بِي رَأَيْتُ عَلَى سَاقِ الْعَرْشِ مَكْتُوبًا لا إِلَهَ إِلا اللَّهُ مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللَّهِ أَيَّدْتُهُ بِعَلِيٍّ نَصَرْتُهُ بِعَلِيٍّ



Ketika diisrakan, aku melihat bawah Arsy tertulis: Tiada sesembahan selain Allah, Muhammad utusan Allah, yang terpilih dari makhluk-Ku, Aku menguatkan dan menolongnya dengan Ali (bin Abi Thalib).

Takhrij:

Diriwayatkan oleh Al-Syaukani dalam Al-fawaid al-Majmu'ah lil al-Syaukani, Abu Nu'aim Al-Asbahani dalam Hilyah al-Auliya', Ibn Asakir dalam Tarikh Dimasyk.


Dinilai palsu oleh Al-Albani dalam Silsilah Al-Dhaifah wa al-Maudhu'ahnya no. 4902.

_________________
عقيدة السلف اصحاب الحديث

Fb: Ad-Dien

Ad-Dien
Admin
Admin

Posts : 3862
Points : 4184
Join date : 24/11/2011
Age : 26
Location : al-Kardawi

http://addienblog.blogspot.com

Back to top Go down

Re: Hadis2 Bermasalah Seputar Isra' dan Mi'raj

Post by Ad-Dien on Fri Jun 07, 2013 7:47 am


Hadith no.12: Memberi pinjam lebih baik dari memberi sedekah tercatat di pintu Syurga


عن أنس بن مالك قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم رأيت ليلة أسري بي على باب الجنة مكتوبا : الصدقة بعشر أمثالها، والقرض بثمانية عشر ، فقلت : يا جبريل ما بال القرض أفضل من الصدقة ؟ قال : لأن السائل يسأل وعنده والمستقرض لا يستقرض إلا من حاجة



Dari Anas bin Malik, ia telah berkata: Telah bersabda Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam: Pada malam aku diisrakan, aku melihat pintu syurga tertulis: "Sedekah pahala sepuluh kali dan pinjaman berpahala lapan belas kali". Lalu aku bertanya: "Wahai Jibril, mengapa pinjaman lebih utama dari sedekah?" Dia menjawab: "Karena peminta itu meminta padahal dia masih berpunya sementara orang yang berhutang tidak akan berhutang kecuali karena memerlukan."


Takhrij:

Diriwayatkan oleh Ibn Hibban dalam Al-Majruhin 1/346
Al-Dhiya' al-Maqdisi dalam Sunan al-Ahkam 4/414, 3/367.
Ibn Kathir dalam irsyad al-Faqhiyyah 2/40.
Al-Suyuti dalam Al-Jami' al-Saghir no. 4385
Al-Albani dalam Dhaif al-Jami' no.3083 juga dalam Dhaif Ibn Majah no. 478 dan silsilah al-Dhaifahnya no. 3637;

Ta'aliq:

Hadith ini dinilai dhaif jiddan, sebahagian ahl hadith menilainya munkar.

Berkata Dhiya' Al-Maqdisi: Berkata Imam Ahmad bin Hanbal, Yahya bin Main dan An-Nasai bahawa Khalid bin Yazid (salah seorang perawi hadith ini) laisa bisyai' (tidak ada apa-apa padanya) dan tidak thiqah (dipercayai).

Berkata Ibn Kathir: Munkarul Jiddan (Sangat Munkar)

Berkata Al-Albani dalam ketiga-tiga kitabnya yang tercatat hadith ini: Dhaif Jiddan.



_________________
عقيدة السلف اصحاب الحديث

Fb: Ad-Dien

Ad-Dien
Admin
Admin

Posts : 3862
Points : 4184
Join date : 24/11/2011
Age : 26
Location : al-Kardawi

http://addienblog.blogspot.com

Back to top Go down

Re: Hadis2 Bermasalah Seputar Isra' dan Mi'raj

Post by thtl on Fri Jun 07, 2013 2:07 pm

Dien,
7 & 10 sama macam mana?

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: Hadis2 Bermasalah Seputar Isra' dan Mi'raj

Post by Ad-Dien on Fri Jun 07, 2013 6:09 pm

thtl wrote:Dien,
7 & 10 sama macam mana?

no 10 yang sebelum ni, sy dah buang dan letakkan di bawah hadith no.7 . Hadith 10 yg sama tu saya padam. Hadith yang no. 11 sy edit nombornya jadi no. 10 semula. Smile

sila sambung ya ustaz

_________________
عقيدة السلف اصحاب الحديث

Fb: Ad-Dien

Ad-Dien
Admin
Admin

Posts : 3862
Points : 4184
Join date : 24/11/2011
Age : 26
Location : al-Kardawi

http://addienblog.blogspot.com

Back to top Go down

Re: Hadis2 Bermasalah Seputar Isra' dan Mi'raj

Post by thtl on Sun Jun 16, 2013 6:45 am

Di sambung Tahun 2014..

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: Hadis2 Bermasalah Seputar Isra' dan Mi'raj

Post by Ad-Dien on Mon Jun 17, 2013 8:40 pm

sambung terus je boleh?? 

p/s- Saya masih tak boleh guna fungsi quote, apa dah jadi ye? Bila Quote tak boleh nak tulis di bawahnya,.. dia masuk dalam quote tu jugak, Allahulmusta'an

_________________
عقيدة السلف اصحاب الحديث

Fb: Ad-Dien

Ad-Dien
Admin
Admin

Posts : 3862
Points : 4184
Join date : 24/11/2011
Age : 26
Location : al-Kardawi

http://addienblog.blogspot.com

Back to top Go down

Re: Hadis2 Bermasalah Seputar Isra' dan Mi'raj

Post by Sponsored content Today at 9:08 am


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum