Tak perlu jadi hero...cukuplah membawa amanat Allah

Go down

Tak perlu jadi hero...cukuplah membawa amanat Allah Empty Tak perlu jadi hero...cukuplah membawa amanat Allah

Post by seijiseimura84 on Sat Jun 01, 2013 9:02 pm

Ahmad seorang remaja muslim merupakan remaja muslim yg biasa yg benar2 mempunyai impian yg besar dan berharap dapat berbakti kepada islam. Dia ingin menjadi seorang doktor kerana ingin berkhidmat dengan masyarakat serta berjihad di jalan Allah. Namun keputusan SPM tidak melayakkan dia menjadi doktor. Dia mendapat E untuk biologi, E untuk matematik. Ibubapa menyarankan dia mengambil bidang lain selain untuk perubatan. Dia degil dan tetap dengan berpendirian untuk menjadi doktor walaupun keputusan SPM yg tidak melayakkan, namun dia tekad ingin menjadi doktor. Dia ingin berkhidmat kepada masyarakat, agar dpt keredhaan Allah. Dia ingin berjuang untuk agama.

Adakalanya, dalam memilih kerjaya, dalam memilih hala tuju hidup kita, kita keliru, tidak dapat membezakan tanggungjawab sediaada, serta angan2 nafsu. Sebagai muslim akhir zaman, terdetik satu perasaan bertanggungjawab untuk berbakti kepada agama. Laungan jihad sentiasa bergema di telinga anak2 muda. Namun walaupun niatnya murni, adakalanya seseorang itu tidak diberi anugerah mahupun keupayaan atau kemampuan tertentu. Seperti contoh kes Ahmad....niatnya sangat murni, namun hakikatnya dia tidak layak dari segi kemampuan dan kebijaksaan yg mencukupi untuk menjadi seorang doktor. Namun Ahmad masih tekad untuk menjadi doktor. Adakah ini satu sikap terpuji yang dianjurkan oleh islam? Adakah sikap Ahamd sesuatu yg positif atau negatif? Pada satu sudut, Ahmad barangkali dilihat sebagai positif kerana tidak mudah berputus asa. Tapi, bagaimana sekiranya sudah ditakdirkan dia bukanlah orang pandai....apakah wajar dia meneruskan cita2nya untuk menjadi doktor, atau sekadar menjadi seseorang yang layak dengan kemampuan sedia ada? Adakah ini tindakan yg boleh disamaertikan berputus asa? Adakah dia perlu berhenti berusaha? Adakah ini sekadar angan2 nafsu semata

Allah sudah menjelaskan dengan jelas tujuan manusia diciptakan,
Firman Allah, "Dan tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada Ku." (Al-Zariyat: 56)

Jadi persoalannya, untuk apakah manusia mengejar cita2 idaman mereka, walaupun tidak mampu? Seorang pekerja ofis, dia tidak bermotivasi untuk bekerja....kerana dia merasakan bosan. Dia merasakan dirinya sepatutnya menjadi seorang engineer, namun hakikatnya dia tidak layak untuk menjadi engineer. Namun dia bertekad menjadi engineer....sehingga kerja sedia ada diabaikan, tidak dijalankan tanggungjawab sepenuhnya. Dia merasakan dirinya tidak berguna, merasa rendah diri kerana tidak menjadi engineer, yakni tidak dapat berbakti kepada agama.

Pendapat saya, pemikiran begini sudah banyak meracuni umat islam. Seruan jihad sentiasa bergema, ramai antara kita terpengaruh dengan seruan ini sehingga mengabaikan tanggungjawab kedudukan kerjaya sedia ada. Kita dapat melihat....seorang cikgu, namun kerana inign berbakti kepada agama, dia melupakan tanggungjawab sebagai guru dan aktif dlm gerakan islam atau ada pula yg menjadi seorang ahli politik. Persoalannya adakah ini benar2 dituntut oleh islam. Seorang doktor yg membuka klinik swasta, namun kerana ingin menyahut seruan perjuangan agama, dia aktif dlm bidang agama tertentu sehingga kliniknya sendiri tidak terurus

Inilah bukti bahawa kebanyakan umat islam hakikatnya sangat KELIRU. Mereka keliru dalam menjawab seruan agama, dan juga menunaikan tanggungjawab mereka. Sehingga kita boleh melihat, orang jual ikan pun mahu menjadi ahli politik, walaupun dia sendiri tidak layak menjadi seorang pemimpin.

Saya percaya tidak salah untuk mengejar impian yg kita idam2kan. Namun, hendaklah bersesuaian dengan kemampuan2 yg telah dianugerahkan kita. Namun kerana pemikiran org islam yg sempit, kita selalu melihat untuk berbakti, kita perlu menjadi pemimpin, kita perlu memegang jawatan2 besar untuk berjuangkan islam. Adakah itu apa yg Allah mahu dari seorang manusia. Sedangkan dengan jelas Allah menyebut
Firman Allah, "Dan tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada Ku." (Al-Zariyat: 56)

Jelasnya di sini, sebagai seorang manusia untuk berbakti pd jalan agama, bukanlah dlm mengejar jawatan2 tinggi. Sebaliknya cukuplah hanya sekadar menjalankan amanat Allah sesuau dengan kedudukan kerjaya dan kemampuan yg ada. Kalau dia seorang guru, maka menjadi guru itu sudah cukup untuk berbakti kepada agama dan dekat kepada Allah.Tidak perlu keluar dari kerjaya dan menjadi politik. Seorang yg miskin, walaupun dia tiada wang untuk menderma anak yatim, namun kerana dia banyak membantu membersihkan halaman org , itu sudah dianggap membawa amanat Allah

Logiknya.....setiap manusia itu sudah diberi anugerah2 dan kebolehan2 tertentu. Ada yg kuat fizikalnya, ada yg bijak orangnya, ada yg kreatif org nya. Maka masing2 membawa peranan yg berbeza. Ini sesuai dengan firman Allah
Az Zukhurf 32
.....Kami telah menentukan antara mereka penghidupan mereka dalam kehidupan dunia, dan Kami telah meninggikan sebahagian yg lain beberapa darjat, agar sebahagian mereka dapat mempergunakan sebahagian yg lain. Dan rahmat tuhan lebih baik dari apa yg mereka kumpulkan

Ayat ini jelas....bahawa walaupun berpangkat tinggi, atau berkerjaya tinggi sehingga gaji lumayan....dibandingkan dengan usaha untuk meraih redha itu.....itu lebih baik daripada gaji. Maka seorang tukang sapu, yg kerjanya amanah, dlm membersihkan tempat kerja, walaupun gaji kecil....walaupun sumbangan pd masyarakat tidak besar....namun kerana dia bertindak pada kemampuan yg ada....dia dianggap tealh berbakti kepada agama.

Namun kebanyakan kita yg berfikiran sempit.....kita selalu rendah diri dengan jawatan2 kecil. Kita mengandaikan untuk berbakti keapda agama, kita perlu menjawat jawatan tinggi. Tidak salah menjawat jawatan tinggi. Tapi biarlah ia sesuai dengan kemampuan sedia ada. Namun kalau bertekad juga menjawat jawatan tinggi supaya dpt berbakti lagi, namun tidaklah sepatutnya sampai kepada peringkat memudaratkan , sehingga amanah Allah telah dilupakan

Dari Abu Hurairah radhiallahu anhu, dia berkata: Rasulullah shalallahu 'alaihi wa sallam bersabda: ((Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada bentuk-bentuk kalian dan tidak pula harta-harta kalian akan tetapi Dia melihat kepada hati-hati dan amalan-amalan kalian)). Diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam shahihnya
seijiseimura84
seijiseimura84
AHLI
AHLI

Posts : 472
Points : 779
Join date : 27/11/2011

Back to top Go down

Tak perlu jadi hero...cukuplah membawa amanat Allah Empty Re: Tak perlu jadi hero...cukuplah membawa amanat Allah

Post by seijiseimura84 on Sat Jun 01, 2013 9:04 pm

mohon dikritik supada dpt dibaiki
seijiseimura84
seijiseimura84
AHLI
AHLI

Posts : 472
Points : 779
Join date : 27/11/2011

Back to top Go down

Tak perlu jadi hero...cukuplah membawa amanat Allah Empty Re: Tak perlu jadi hero...cukuplah membawa amanat Allah

Post by Mohamad hafiz on Sun Jun 02, 2013 4:02 am

Abg Seiji, Penulisan yang menarik, ringkas, bersesuaian macam tu tak perlu kritikan Wink
saya setuju ngn perkongsian Abg Seiji


_________________
"Memberi contoh dengan perbuatan adalah lebih baik daripada memberi contoh dengan perkataan." ~ Al-Ghazali
Mohamad hafiz
Mohamad hafiz
AHLI
AHLI

Posts : 867
Points : 1201
Join date : 23/01/2013
Age : 24
Location : Mukah

http://bloginformasiterkini.blogspot.com/

Back to top Go down

Tak perlu jadi hero...cukuplah membawa amanat Allah Empty Re: Tak perlu jadi hero...cukuplah membawa amanat Allah

Post by Ibnu Sarkawi on Sun Jun 02, 2013 5:49 am

Tidak ramai orang yang berbakti kepada agama menganggap jawatan tinggi seperti yang Doc fikir. Oleh itu, pada ayat "Namun kebanyakan kita yg berfikiran sempit.." itu adalah pandangan yang sempit juga sebenarnya. Jika ianya berkenaan dengan "Orang yang mengejar keduniaan" semata-mata, maka penilaian itu tepat. Tetapi untuk meletakkan pada pejuang agama, pendakwah, atau orang2 yang mahu berbakti pada agama maka itu adalah sangat jauh tersasar. Ataupun, jika dikatakan sebahagian kecil bukannya kebanyakkan, maka itu juga ada benarnya. Wallahu'alam.
Ibnu Sarkawi
Ibnu Sarkawi
AHLI
AHLI

Posts : 404
Points : 579
Join date : 06/12/2011

Back to top Go down

Tak perlu jadi hero...cukuplah membawa amanat Allah Empty Re: Tak perlu jadi hero...cukuplah membawa amanat Allah

Post by thtl on Sun Jun 02, 2013 9:08 am

boleh sapa-sapa simpulkan: apa isunya kat sini..hehehe
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Tak perlu jadi hero...cukuplah membawa amanat Allah Empty Re: Tak perlu jadi hero...cukuplah membawa amanat Allah

Post by seijiseimura84 on Sun Jun 02, 2013 10:43 am

Isunya adalah cukuplah sekadar menjalankan tanggungjawab sesuai dgn kemampuan diri sendiri
Seorang penganggur walaupun tiadja duit utk diderma anak yatim...namun kalau mampu mencurahkan kasih sayang kepada anak yatim...bagi saya sudah cukup dia dianggap telah berbakti pd agama.

Pointbyg saya ingin utarakan, kadang2 kita telah dianugerahkan sesuatu kemampuan. Namun di sebaliknya. ..kita tak mahu guna anugerah tersebut tetapi sibuk mencari anugerah lain untuk berbakti kepada agama

Sebagai contoh....seorwng lelaki yg dioahirkan kaki cacat namun sangat berbakat dlm melukis. Disebalik mengunakan anugerah bakat utk melukis..dia tak mahu melukis sebaliknya ingin fokus kepada sukan lari...walaupun tidak mampu.

Menurut contih di atas....apabioa fokus kepada sukan lari....itulah nafsu. Kerana dia mengejar anugerah yg tiada. Sebaliknya...sewajarnya sebagai muslim dia patut mengunakan anugerah yg tepah disediakan allah. Namun kebanyakan kita mensia2kan anugerah tersebut

seijiseimura84
seijiseimura84
AHLI
AHLI

Posts : 472
Points : 779
Join date : 27/11/2011

Back to top Go down

Tak perlu jadi hero...cukuplah membawa amanat Allah Empty Re: Tak perlu jadi hero...cukuplah membawa amanat Allah

Post by seijiseimura84 on Sun Jun 02, 2013 10:52 am

Ibnu Sarkawi wrote:Tidak ramai orang yang berbakti kepada agama menganggap jawatan tinggi seperti yang Doc fikir. Oleh itu, pada ayat "Namun kebanyakan kita yg berfikiran sempit.." itu adalah pandangan yang sempit juga sebenarnya. Jika ianya berkenaan dengan "Orang yang mengejar keduniaan" semata-mata, maka penilaian itu tepat. Tetapi untuk meletakkan pada pejuang agama, pendakwah, atau orang2 yang mahu berbakti pada agama maka itu adalah sangat jauh tersasar. Ataupun, jika dikatakan sebahagian kecil bukannya kebanyakkan, maka itu juga ada benarnya. Wallahu'alam.
Setiap manusia sudah diberi anugerah2 yg unik lain dari yg lain dari manusia yg lain. Soalnya mengapakah anugerah itu tidak dimanfaatkan sebaliknya sibuk mencari jalan lain utk berbakti...walaupun anugerqh tersebut tidak ada atau tidak mampu.

Sebagai contoh sudah diberi tukul utk ketuk paku....tp sebaliknya mengunakan batu utk mengetuilk pintu. Soalnya mengapa mengabai2kan tukuk itu?

Kebanyakan kita sudhah pun mempunyai kerjaya tertentu....namun kita menukar kerjaya itu kerana merasakan kerjaya itu tidak dpt berbakti pd agama. Namun benarkan kerjaya itu tidak dpt berbaktim

Sebagai contoh....seorang jururawat di icu berhajat untuk menukar kerja kepada ustaz dan penceramah. Dia ingin berbakti pd agama melalui dakwah...melalui cermah. Soalnya....apakah dengan menjadi nurse dia tidak dpt berbakti kepada agama? Ini sekadar perumpamaan
seijiseimura84
seijiseimura84
AHLI
AHLI

Posts : 472
Points : 779
Join date : 27/11/2011

Back to top Go down

Tak perlu jadi hero...cukuplah membawa amanat Allah Empty Re: Tak perlu jadi hero...cukuplah membawa amanat Allah

Post by seijiseimura84 on Sun Jun 02, 2013 11:01 am

Utk mudah fhm saya amik kes saya...
Kalau nak ikutkan saya nak buat ortopedik...dr tulang supaya saya dpt membantu muslim yg menjafi mangsa dlm peperangan di kasa depan.

Namun hakikatnya saya tiada anugerah dari segi kekuatan fizikal...dan stamina yg kuat
Saya mempunyai anugerahvkelebihan dlm banyak ilmuvdlm mcm2 penyakit...berbanding dr tulang yg hanyavfokus pd tulang dan trauma semata2

Andaikata saya sekarang bekerja sebagai mo medical...wad medikal. Saya tidak dpt bantu mereka muslim yg dlm perang. Saya merasakan saya tidak berjihad

Soalnya apakah perlu saya kenfokuskan diri saya pd bidang otopedik walaupun saya tidak mempunyai fizikao ygvkuay dan stamina yg tinggi. Mengapa saya harus meninggalkan anugerah saya iaituvknowledge yg tinggi ps mesicine hanya kerana mahu berjihad.

Soalnya mana nafsu...mana ikut tuntutan agama
seijiseimura84
seijiseimura84
AHLI
AHLI

Posts : 472
Points : 779
Join date : 27/11/2011

Back to top Go down

Tak perlu jadi hero...cukuplah membawa amanat Allah Empty Re: Tak perlu jadi hero...cukuplah membawa amanat Allah

Post by Ibnu Sarkawi on Sun Jun 02, 2013 12:58 pm

Tulisan anda x ada masalah, persoalan2 yang anda bangkitkan sudah anda jawab sendiri. Saya cuma mengatakan bahawa bahagian "kebanyakkan orang.." itu sahaja yang sangat tersasar.

Wallahu'alam.
Ibnu Sarkawi
Ibnu Sarkawi
AHLI
AHLI

Posts : 404
Points : 579
Join date : 06/12/2011

Back to top Go down

Tak perlu jadi hero...cukuplah membawa amanat Allah Empty Re: Tak perlu jadi hero...cukuplah membawa amanat Allah

Post by seijiseimura84 on Sun Jun 02, 2013 3:28 pm

Ok... Point taken
seijiseimura84
seijiseimura84
AHLI
AHLI

Posts : 472
Points : 779
Join date : 27/11/2011

Back to top Go down

Tak perlu jadi hero...cukuplah membawa amanat Allah Empty Re: Tak perlu jadi hero...cukuplah membawa amanat Allah

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum