Hadis mengenai janggut @ jambang
Page 1 of 1 • Share •
Hadis mengenai janggut @ jambang
Mohon takrij...benarkah wajib menyimpan janggut bagi pria?
Sumber:
https://www.facebook.com/groups/385615138318/permalink/10151405099263319/
Kajian oleh saintis dari Massachusetts Institute of Technology, Amerika Syarikatyang berjudul The Amazing Fact of Human Body mendapati janggut lelaki mengandungi hormon testosteron yang amat diperlukan bagi kesuburan wanita. Ia mampu menstabilkan kitaran haid selain menggalakkan pertumbuhan telur wanita.
Unsur-unsur dan bentuk hormon testosteron
Dalam kata yang lain, janggut lelaki juga boleh meningkatkan tahap kegalakan pasangannya.
Bagaimana Caranya?
Hanya melalui sentuhan. Jadi kepada sesiapa yang belum mempunyai anak kerana mengalami masalah kesuburan, mintalah suami menyimpan janggut, dan belailah selalu janggut suami.
Kata Dr Jamnul Azhar, kajian itu beberapa kali diulang tayang oleh National Geographic. Ini sekali gus menjadi bukti apa yang disarankan oleh Islam sejak zaman silam, boleh dibuktikan secara saintifik akan hikmah dan kelebihannya.
Hukum Memelihara Janggut
Berjanggut telah diperintahkan oleh Nabi Muhammad saw dan bukan persoalan yang interim. Terdapat banyak hadis sahih menyuruh memelihara janggut dan berulang kali pula melarang mencukurnya dengan larangan yang keras.
Berjanggut dan berjambang amalan yang tidak pernah ditinggalkan oleh para sahabat, para tabiin dan Salaf as-Soleh. Tidak sepatutnya individu yang mengaku dirinya beriman kepada Nabi Muhammad saw mengabaikan suruhan baginda yang diulang berkali-kali. Ingatlah, menentang suatu kewajiban yang ditetapkan oleh syara’ seperti memelihara janggut adalah suatu bentuk perbuatan yang membawa kepada fasiq.
Sikap tidak memperdulikan larangan Allah swt adalah perbuatan keji. Dianggap keji kerana meremehkan hukum-ahkam syara’. Perbuatan seperti ini adalah berdosa dan fasiq. Inilah hakikat yang berlaku kepada orang-orang Islam masa kini apabila diajukan persoalan hukum berjanggut.
Seseorang itu tidak dianggap beriman sebelum mencintai Allah dan Rasul-Nya lebih dari mencintai dirinya sendiri dan ia sewajarnya komited dalam hal ini.
Persoalannya, di manakah tanda pembuktian cinta seseorang jika tidak mentaati dan tidak merealisasikan seruan kekasihnya. Tidak benar pengakuan seseorang yang mengaku mencintai Allah dan Rasul-Nya jika hanya mementingkan hawa nafsunya tanpa membuktikannya dengan ketaatan walaupun ketaatan tersebut disangka perkara kecil.
Rasulullah saw telah menegah para sahabatnya daripada mencukur janggut dengan beberapa alasan. Baginda Saw telah mengisyaratkan setiap lelaki beriman supaya memelihara janggut atau jambang.
Hadits-Hadits Yang Mewajibkan Memelihara Janggut Atau Jambang
Antara hadith-hadith sahih dari Nabi s.a.w yang menunjukkan wajibnya memelihara janggut dan jambang kemudian mewajibkan orang-orang lelaki beriman supaya memotong atau menipiskan misai mereka serta pengharaman dari mencukur atau memotong janggut mereka ialah:
“Abdullah bin Umar berkata : Bersabda Rasulullah s.a.w : Janganlah kamu menyerupai orang-orang Musyrikin, peliharalah janggut kamu dan tipiskanlah misai (kumis) kamu”. H/R al Bukhari, Muslim dan al Baihaqi.
“Dari Abi Imamah : Bersabda Rasulullah s.a.w : Potonglah misai kamu dan peliharalah janggut kamu, tinggalkan (jangan meniru) Ahl al-Kitab”. Hadith sahih, H/R Ahmad dan at Tabrani.
“Dari Aisyah berkata : Bersabda Rasulullah s.a.w : Sepuluh perkara dari fitrah (dari sunnah nabi-nabi) di antaranya ialah mencukur misai dan memelihara janggut”. H/R Ahmad, Muslim, Abu Daud, at Turmizi, an Nasaii dan Ibn Majah.
Sumber:
https://www.facebook.com/groups/385615138318/permalink/10151405099263319/
_________________


Jemput LIKE

KOLEKSI HADIS PALSU DAN KISAH ISRAELIYAT.
Re: Hadis mengenai janggut @ jambang
ada baiknya kalau MH kenal dulu apa itu sunnah, barulah MH kenal janggut. bukan sebaliknya.
yang pasal research tentang janggut tu, kena search dulu detail researchnya.

yang pasal research tentang janggut tu, kena search dulu detail researchnya.
_________________
[Takkan beribadat pun berdosa?]
عن سعيد بن المسيب أنه رأى رجلا يصلي بعد طلوع الفجر أكثر من ركعتين يكثر فيها الركوع والسجود فنهاه. فقال: يا أبا محمد! أيعذبني الله على الصلاة؟! قال: لا ولكن يعذبك على خلاف السنة.
روى البيهقي بسند صحيح
Dari Said bin Musayyib, ia melihat seorang lelaki menunaikan shalat setelah terbit fajar lebih dari dua rakaat, ia memanjangkan rukuk dan sujudnya. Akhirnya Said bin Musayyib pun melarangnya. Orang itu berkata: “Wahai Abu Muhammad, apakah Allah akan menyiksaku karena shalat? “Beliau menjawab: "Tidak, tetapi Allah akan menyiksamu karena menyelisihi As-Sunnah”.
[ Hadits sahih riwayat Baihaqi dalam "As Sunan Al Kubra" II/466, Khatib Al Baghdadi dalam "Al Faqih wal mutafaqqih" I/147, Ad Darimi I/116].
Re: Hadis mengenai janggut @ jambang
zikrulmaut_sm wrote:ada baiknya kalau MH kenal dulu apa itu sunnah, barulah MH kenal janggut. bukan sebaliknya.![]()
yang pasal research tentang janggut tu, kena search dulu detail researchnya.
Hmmm



_________________
"Memberi contoh dengan perbuatan adalah lebih baik daripada memberi contoh dengan perkataan." ~ Al-Ghazali
Re: Hadis mengenai janggut @ jambang
Saya google "The Amazing Fact of Human Body", "Massachusetts Institute of Technology" dan "National Geographic" tapi takde result yang kene pun......
Solah- AHLI
- Posts : 114
Points : 187
Join date : 07/01/2012
Age : 36
Location : Penang
Re: Hadis mengenai janggut @ jambang
Solah wrote:Saya google "The Amazing Fact of Human Body", "Massachusetts Institute of Technology" dan "National Geographic" tapi takde result yang kene pun......
ni mungkin membantu http://www.wonderfulinfo.com/islam/beardbenefits.php
_________________
"Memberi contoh dengan perbuatan adalah lebih baik daripada memberi contoh dengan perkataan." ~ Al-Ghazali
Re: Hadis mengenai janggut @ jambang
Saya tidak mempersoalkan hadis-hadis janggut, dan kita sedia maklum tentang perbezaan hukum dan hujjah 2-2 pendapat sama ada sunnah menyimpan janggut atau tidak.
Yang saya kurang convince ialah banyak artikel berkaitan kelebihan berjanggut yang dibuat oleh orang Islam ni takde proper citation atau impugned. Contohnya janggut mengurangkan risiko beberapa penyakit, lindung dari kecederaan etc. TAPI bagaimana nasib wanita yang memang tidak ada janggut? Bukankah ini berat sebelah? Bila kita terlalu ghairah mempertahankan janggut kita lupa pula pihak wanita jugak sama terdedah penyakit, kecederaan etc.
Wallahu'alam.
Yang saya kurang convince ialah banyak artikel berkaitan kelebihan berjanggut yang dibuat oleh orang Islam ni takde proper citation atau impugned. Contohnya janggut mengurangkan risiko beberapa penyakit, lindung dari kecederaan etc. TAPI bagaimana nasib wanita yang memang tidak ada janggut? Bukankah ini berat sebelah? Bila kita terlalu ghairah mempertahankan janggut kita lupa pula pihak wanita jugak sama terdedah penyakit, kecederaan etc.
Wallahu'alam.
Solah- AHLI
- Posts : 114
Points : 187
Join date : 07/01/2012
Age : 36
Location : Penang
Re: Hadis mengenai janggut @ jambang
jadilah ahli sunnah wal jamaah, yang sentiasa selidik sebelum sebar 

Ibnu Sarkawi- AHLI
- Posts : 404
Points : 579
Join date : 06/12/2011
Re: Hadis mengenai janggut @ jambang
Solah wrote:Saya tidak mempersoalkan hadis-hadis janggut, dan kita sedia maklum tentang perbezaan hukum dan hujjah 2-2 pendapat sama ada sunnah menyimpan janggut atau tidak.
Yang saya kurang convince ialah banyak artikel berkaitan kelebihan berjanggut yang dibuat oleh orang Islam ni takde proper citation atau impugned. Contohnya janggut mengurangkan risiko beberapa penyakit, lindung dari kecederaan etc. TAPI bagaimana nasib wanita yang memang tidak ada janggut? Bukankah ini berat sebelah? Bila kita terlalu ghairah mempertahankan janggut kita lupa pula pihak wanita jugak sama terdedah penyakit, kecederaan etc.
Wallahu'alam.
saya setuju dgn akhi solah.. mmg benar, saya sendiri x jumpa dari mana asalnya petikan sebegini yg jelas dieksploitasi atas alasan galakan serta berdakwah dalam agama.
Kajian oleh saintis dari Massachusetts Institute of Technology, Amerika Syarikatyang berjudul The Amazing Fact of Human Body mendapati janggut lelaki mengandungi hormon testosteron yang amat diperlukan bagi kesuburan wanita. Ia mampu menstabilkan kitaran haid selain menggalakkan pertumbuhan telur wanita.
Unsur-unsur dan bentuk hormon testosteron
Dalam kata yang lain, janggut lelaki juga boleh meningkatkan tahap kegalakan pasangannya.
Bagaimana Caranya?
Hanya melalui sentuhan. Jadi kepada sesiapa yang belum mempunyai anak kerana mengalami masalah kesuburan, mintalah suami menyimpan janggut, dan belailah selalu janggut suami.
Kata Dr Jamnul Azhar, kajian itu beberapa kali diulang tayang oleh National Geographic. Ini sekali gus menjadi bukti apa yang disarankan oleh Islam sejak zaman silam, boleh dibuktikan secara saintifik akan hikmah dan kelebihannya.
rasa mcm malu sangat bila isu ini diperlekehkan oleh musuh2 Islam, sedangkan mereka sendiri menyelidik terlebih dahulu utk mengetahui kesahihan seseuatu info.. tp org kita sendiri yg "memfitnah" individu2 tertentu demi menguatkan sesuatu hujah. pulak tu main telan bulat2..

_________________


Jemput LIKE

KOLEKSI HADIS PALSU DAN KISAH ISRAELIYAT.
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum