tempoh iddah kematian suami

View previous topic View next topic Go down

tempoh iddah kematian suami

Post by abu_aisyah on Sat Jun 29, 2013 2:58 am

as-salamu 'alaikum,
berapa lamakah tempoh iddah utk wanita yg kematian suami dan benarkah dlm tempoh itu die wajib berkabung dgn tidak keluar rumah sepanjang tempoh tersebut?

barakallahu fikum

_________________
www.facebook.com/syafiqabuhasan

abu_aisyah
AHLI SETIA
AHLI SETIA

Posts : 762
Points : 978
Join date : 03/06/2012
Age : 30
Location : bandar baru bangi, bandar tun razak

http://www.facebook.com/eveekids

Back to top Go down

Re: tempoh iddah kematian suami

Post by Ahmad Shamil on Wed Jul 03, 2013 2:22 pm

walaikumussalam wbt

iddah bagi isteri yg kematian suami adalah 4 bulan sepuluh hari

Dan orang yang meninggal dunia di antara kamu, sedang mereka meninggalkan isteri-isteri, hendaklah isteri-isteri itu menahan diri mereka (beriddah) selama empat bulan sepuluh hari. Kemudian apabila telah habis masa iddahnya itu maka tidak ada salahnya bagi kamu mengenai apa yang dilakukan mereka pada dirinya menurut cara yang baik. Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengetahui apa jua yang kamu lakukan. (al-baqarah 234)

sekiranya isteri itu hamil ketika suaminya mati, ada dua pendapat ttg iddahnya:

1. sehingga melahirkan anak. (jumhur salaf dan fatwa para imam merata tempat)
dalil:
Dan perempuan-perempuan mengandung, tempoh iddahnya ialah hingga mereka melahirkan anak yang dikandungnya. (at-talaq-4)
- Subai'ah al-aslamiyah melahirkan anak beberapa malam selepas suaminya meninggal dunia. kemudian dia berjumpa nabi utk meminta izin utk nikah, dan nabi izinkan,dan dia bernikah.
- dlm riwayat ibn arqam, Subai'ah berkata: "lalu baginda memfatwakan kepadaku, aku bernikah apabila aku melahirkan". (riwayat Bukhari dan Malik)
- umar r.a. berkata: "sekiranya dia sudah melahirkan, sedangkan suaminya masih tebaring atas katil belum dikebumikan, dia sudah halal (bernikah)" (riwayat said bin mansur dan al-baihaqi- sahih)

2. mengambil tempoh yg paling lama sbg iddah. (pendapat saidina Ali dan ibnu Abbas. dikatakan ibnu abbas telah menarik balik pendapatnya dlm hal ini)
- dalil: Ali r.a. berkata: "dia beriddah dengan iddah yang paling lama"- riwayat at-Tabari, sahih.
maksudnya, jika tempoh melahirkan anak lebih lama dr tempoh iddah kematian suami, ia dijadikan sbg iddah. begitu juga sekiranya tempoh iddah kematian suami lebih lama daripada tempoh melahirkan anak, ia dikira sbg iddah.

kata ibn abd al-barr: kalaulah tidak kerana hadis subai'ah al-aslamiyah, pendapat ali dan ibn abbas dikira lebih kuat kerana ia menggabungkan dua iddah dgn dua sifat. tidak boleh keluar drp dua iddah kecuali dgn keyakinan.yg lebih yakin tentulah tmpoh yg paling lama.

pengarang soheh fiqh sunnah merajihkan pendapat jumhur.

(soheh fiqh sunnah, 3/327-328)

_________________
http://kembara-journey.blogspot.com
http://epetscorner.blogspot.com

Jihad tanpa didasari ilmu pengetahuan ibarat pedang tanpa gagang, bisa melukai (Kiai Haji Ahmad Dahlan r.h.m)

Ahmad Shamil
Admin
Admin

Posts : 929
Points : 1226
Join date : 24/11/2011
Age : 31
Location : Raub, Pahang

http://kembara-journey.blogspot.com

Back to top Go down

Re: tempoh iddah kematian suami

Post by Ahmad Shamil on Wed Jul 03, 2013 2:29 pm

masalah berkabung atau ihdad. maksud berkabung atau ihdad adalah larangan berhias atau perbuatan yg menyerupainya, dalm tmpoh waktu tertentu, keadaan tertentu.
'
wanita yg kematian suami wajib berkabung selama 4 bulan sepuluh hari. ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w.:
"tidak halal bagi seorg perempuan berkabung atas kematian seseorg melebihi 3 hari, kecuali isteri yang kematian suaminya, empat bulan sepuluh hari"- bukhari dan muslim

wanita yg berada dlm keadaan iddah kematian suami dibenarkan keluar dr rumah pada waktu siang sekiranya ada keperluan. sementara sebelah mlm pula hanya dibenarkan keluar jika keadaan darurat. (mausuah fiqhiyyah kuwaitiyyah,2/108-109)

_________________
http://kembara-journey.blogspot.com
http://epetscorner.blogspot.com

Jihad tanpa didasari ilmu pengetahuan ibarat pedang tanpa gagang, bisa melukai (Kiai Haji Ahmad Dahlan r.h.m)

Ahmad Shamil
Admin
Admin

Posts : 929
Points : 1226
Join date : 24/11/2011
Age : 31
Location : Raub, Pahang

http://kembara-journey.blogspot.com

Back to top Go down

Re: tempoh iddah kematian suami

Post by Sponsored content Today at 12:50 am


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum