menipu mengenai tanah

View previous topic View next topic Go down

menipu mengenai tanah

Post by abu_aisyah on Sat Jun 29, 2013 3:16 am

as-salamu 'alaikum
situasi:
sebuah keluarga menghadiri perjmpuan di pejabat tanah untuk membincangkan mengenai pembahagian tanah pusaka.didalam pertemuan tersebut,mereka bersumpah bercakap benar dihadapan pegawai tersevut dgn lafaz sumpah yg diberikan.tetapi,berlaku juga penipuan kenyataan yg diberikan seperti membuat kenyataan palsu mengenai bilangan anak si mati dhn mengutangkan bilangan krn seorg itu belum lagi berusia 18 tahun..sebenarnya 5 tapi dikatakan 4.ini kerana mereka sudah berbincang sebelumnya dulu sbb taknak nnt budak kecik tu bila sudah cukup umur,kena buat sekali lagi pertemuan dan itu mengambil masa lagi.ke 2,menipu bahawa si mati tidak mempunyai suami lagi sedangkan masih ada.

ringkasnya begitulah masalah yg diceritakan..jadi,bagaimana?sumpah itu sahkah?apa perlu dilakukan oleh mereka yg taknak terlibat dengan penipuan ini?

ps:pergh,kerana harta.macam2.

_________________
www.facebook.com/syafiqabuhasan

abu_aisyah
AHLI SETIA
AHLI SETIA

Posts : 762
Points : 978
Join date : 03/06/2012
Age : 30
Location : bandar baru bangi, bandar tun razak

http://www.facebook.com/eveekids

Back to top Go down

Re: menipu mengenai tanah

Post by Ahmad Shamil on Wed Jul 03, 2013 1:56 pm

sekiranya sumpah tipu yg dilakukan sampai menghilangkan hak org lain, ia boleh dikategorikan sebagai yamin al-ghamus. ia termasuk dlm dosa besar. ghamus ni maksudnya tenggelam. dinamakan sumpah ghamus sebab org yg melakukannya akan tenggelam dlm neraka.

ta'rifnya: bersumpah dusta atas sesuatu perkara yg telah berlaku (menurut syafii dan hanbali. mazhab maliki dan hanafi tidak menghadkan ) dgn sengaja, utk menghilangkan hak org lain.

dalil:
hadis ibnu umar- Nabi s.a.w- Dosa2 besar: syirik kpd allah, derhaka kpd ibubapa, membunuh diri/nyawa, yamin al-ghamuus (Bukhari)

hadis abi umamah- Rasulullah s.a.w. bersabda- sesiapa yang memutuskan hak seorg islam dengan sumpahnya, Allah mewajibkan neraka ke atasnya dan mengharamkan syurga ke atasnya. seorg lelaki bertanya, "sekiranya benda yg kecil wahai rasulullah?" baginda menjawab: "walaupun hanya sebatang kayu arak". (Muslim dan ibn majah)

adakah perlu membayar kaffarah sumpah?
1. jumhur- x perlu bayar kaffarah sumpah. cuma perlu bertaubat dan kembalikan hak org tersebut.
dalil:
-Sesungguhnya orang yang mengutamakan keuntungan dunia yang sedikit dengan menolak janji Allah dan mencabuli sumpah mereka, mereka tidak akan mendapat bahagian yang baik pada hari akhirat, dan Allah tidak akan berkata-kata dengan mereka dan tidak akan memandang mereka di hari Kiamat, dan tidak akan membersihkan mereka (dari dosa) dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (ali-imran 77)
ayat ini dan hadis2 yg kita sebut tadi hanya menyebut azab akhirat bagi mereka yg melakukannya. sesiapa yg mewajibkan kaffarah tlh menambah ke atas nas.
- ibnu mas'ud pernah berkata; "kami mengira di antara dosa yg tidak ada kaffarah: yamin al-ghamus" (riwayat baihaqi dgn sanad yg hasan)

2. tetap dikenakan kifarah- mazhab syafi'i, ibn hazm dan salah satu riwayat drp Ahmad.
Dalil:
- dikira sebagai sumpah yg sah. jadi kena bayar kaffarah
- "Allah tidak mengira kamu bersalah tentang sumpah kamu yang tidak dimaksudkan (untuk bersumpah), tetapi Ia mengira kamu bersalah dengan sebab sumpah yang disengajakan oleh hati kamu (dengan niat bersumpah)"-al-baqarah 225
- "Kamu tidak dikira salah oleh Allah tentang sumpah-sumpah kamu yang tidak disengajakan, akan tetapi kamu dikira salah oleh-Nya dengan sebab sumpah yang sengaja kamu buat"- almaidah 89
- hadis: "...lakukanlah perkara yg baik dan bayarlah kaffarah sumpah..". dlm hadis ini nabi menyuruh melanggar sumpah yg tidak baik dan membayar kaffarah.

pengarang soheh fiqh sunnah merojihkan pendapat jumhur.
-yamin ghamus hakikatnya bukan sumpah sebenar. kerana sumpah adalah akad yg disyariatkan, sdgkn yamin ghamus adalah dosa besar. ia dipanggil yamin/sumpah secara kiasan, kerana menyerupai sumpah/yamin.
- ia juga merupakan pembohongan yg disengajakan, bukan pembatalan sumpah yg disengajakan. jadi tidak boleh beristidlal dgn dalil2 hadis dlm bab sumpah.

wallahu'a'lam.

(sohih fiqh sunnah, 2/300-304)

_________________
http://kembara-journey.blogspot.com
http://epetscorner.blogspot.com

Jihad tanpa didasari ilmu pengetahuan ibarat pedang tanpa gagang, bisa melukai (Kiai Haji Ahmad Dahlan r.h.m)

Ahmad Shamil
Admin
Admin

Posts : 929
Points : 1226
Join date : 24/11/2011
Age : 31
Location : Raub, Pahang

http://kembara-journey.blogspot.com

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum