BicaraTHTL
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Meninggikan suara kepada Ibubapa Muda dan Ibubapa Tua..

3 posters

Go down

Meninggikan suara kepada Ibubapa Muda dan Ibubapa Tua.. Empty Meninggikan suara kepada Ibubapa Muda dan Ibubapa Tua..

Post by Mohd. Ikram Tue Jul 02, 2013 7:29 am

Assalamu'alaikum...

Ada kenalan saya, dia ni kalau berbincang ngan ayah dia, last2 akan sampai meninggikan suara bila tak setuju.

Bila dinasihatkan tak boleh buat macam tu, dia bagi dalil:

...dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya Engkau tidak menyembah melainkan kepadanya semata-mata, dan hendaklah Engkau berbuat baik kepada ibu bapa. jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua Dalam jagaan dan peliharaanMu, maka janganlah Engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah Engkau menengking menyergah mereka, tetapi Katakanlah kepada mereka perkataan Yang mulia (yang bersopan santun).

Katanya, kalau dah tua baru la tak boleh tinggikan suara, kalau ibu bapa belum tua, tiada masalah...

Betul ke macam tu?
Mohd. Ikram
Mohd. Ikram
AHLI SETIA
AHLI SETIA

Posts : 164
Points : 216
Join date : 25/11/2011

Back to top Go down

Meninggikan suara kepada Ibubapa Muda dan Ibubapa Tua.. Empty Re: Meninggikan suara kepada Ibubapa Muda dan Ibubapa Tua..

Post by Ahmad Shamil Wed Jul 03, 2013 8:22 am

waalaikumussalam wbt

ayat yang dimaksudkan adalah ayat yang ke 23, surah al-isra'. maksudnya:Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada keduanya sekalipun perkataan 'ah', dan janganlah engkau menengking mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia.

sebenarnya, larangan bercakap kasar dengan ibu bapa, walaupun belum sampai umur tua, terkandung dalam ayat yang sama. iaitu pada ungkapan- wa bil walidaini ihsaana- dan hendaklah engkau berbuat baik kepada kedua ibu bapa.

adakah bercakap kasar kepada ibu bapa yang belum tua itu termasuk dalam ihsan dan berbuat baik kepada ibu bapa? tentu sahaja tidak!!

malah Allah s.w.t. memerintahkan umat ini berbuat baik kepada ibu bapa walaupun mereka bukan Islam!!
"Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan dengan-Ku sesuatu yang engkau tidak mengetahui sungguh adanya, maka janganlah engkau taat kepada mereka; dan bergaullah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik"- Surah Luqman:15.

kata ibnu kathir, maksud- bergaul dgn mereka dgn cara yg baik" ialah berlaku ihsan kepada mereka berdua.

tokoh mazhab zahiri sendiri tidak menafsirkan ayat al-israk seperti itu. saya teringat guru saya, Syeikh Dr Hasan Al-Hendoui -hafizahullah- pernah menceritakan kepada kami,bagaimana ibn hazm menafsirkan ayat- dan jangan kamu katakan perkataan ah kepada mereka berdua-. walaupun ibn hazm menafsir ayat secara zahir, iaitu ayat itu hanya melarang bercakap perkataan ah, beliau tidak pula mengatakan kekasaran bentuk lain dibenarkan. bahkan beliau mengatakan segala kekasaran kepada ibubapa itu diharamkan kerana bertentangan dgn perintah Allah dalam ayat yg sama, agar kita berlaku ihsan kepada kedua ibu bapa.

semoga kita semua dijauhkan dr perbuatan mengasari apalagi mendurhakai ibubapa
Wallahu'a'lam.
Ahmad Shamil
Ahmad Shamil
Admin
Admin

Posts : 929
Points : 1226
Join date : 24/11/2011
Age : 39
Location : Raub, Pahang

http://kembara-journey.blogspot.com

Back to top Go down

Meninggikan suara kepada Ibubapa Muda dan Ibubapa Tua.. Empty Re: Meninggikan suara kepada Ibubapa Muda dan Ibubapa Tua..

Post by Ahmad Shamil Wed Jul 03, 2013 1:18 pm

adab terhadap ibu bapa masih tetap perlu dijaga walaupun apa yang kita sampaikan adalah kebenaran, dan apa yang dilakukan oleh ibu bapa kita adalah benar-benar kebatilan.

Allah s.w.t. menceritakan tentang bagaimana Nabi Ibrahim a.s. berdakwah kepada bapa beliau, Azar.
"Dan bacakanlah di dalam Kitab Al-Qur'an ini perihal Nabi Ibrahim; sesungguhnya adalah ia menjadi seorang yang amat benar, lagi menjadi Nabi. Tatkala ia berkata kepada bapanya: Wahai ayahku, mengapa ayah menyembah benda yang tidak dapat mendengar, melihat serta menolongmu sedikit pun? Wahai ayahku, sesungguhnya telah datang kepadaku dari ilmu yang tidak datang kepadamu; maka ikutlah aku; aku akan memimpinmu ke jalan yang betul. Wahai ayahku, janganlah ayah menyembah Syaitan, sesungguhnya Syaitan itu menderhaka kepada Allah yang melimpah-limpah rahmat-Nya.Wahai ayahku, sesungguhnya aku bimbang bahawa ayah akan ditimpa azab dari Ar-Rahman; maka kerananya ayah akan menjadi rakan bagi Syaitan.."
(Surah Maryam :41-45)

dalam ayat-ayat di atas, baginda menyampaikan kebenaran tanpa berselindung. namun baginda menggunakan perkataan yg sgt beradab. baginda memanggil ayahandanya dengan panggilan "ya abati"- wahai ayahku, lebih tepat lagi-wahai ayahku sayang.

kemudian, apabila ayahnya menjawab dengan jawapan yg dijelaskan oleh Allah:
"Bapanya berkata: Patutkah kamu bencikan tuhanku, wahai Ibrahim? Jika engkau tidak berhenti, tentu aku akan melontarmu dengan batu; dan lebih baik engkau tinggalkan daku sepanjang masa"- surah Maryam 46.

baginda tetap membalas dgn jawapan yg beradab.
"Ibrahim berkata: Selamat tinggallah ayah; aku akan memohon kepada Tuhanku mengampuni dosamu; sesungguhnya Ia amat melimpah ihsan-Nya kepadaku" -surah maryam 47.
Ahmad Shamil
Ahmad Shamil
Admin
Admin

Posts : 929
Points : 1226
Join date : 24/11/2011
Age : 39
Location : Raub, Pahang

http://kembara-journey.blogspot.com

Back to top Go down

Meninggikan suara kepada Ibubapa Muda dan Ibubapa Tua.. Empty Re: Meninggikan suara kepada Ibubapa Muda dan Ibubapa Tua..

Post by alDayyan Wed Jul 10, 2013 4:10 am

bagaimana pula sikap anak yg derhaka terhadap ibubapanya yg merupakan bakal menjadi golongan neraka? seperti mengedar dadah, jadi ibuayam, beri dan cari bohsia utk pekeje2 ladang seperti indon, bangladesh dan sebagainya.. adakah ibubapa yg terlibat dgn aktiviti sebegini anak2 boleh kurang ajar seperti menengking sekiranya mereka tidak setuju mengenai sesuatu perkara hingga menggunakn bahasa2 kasar?

klu nak harapkan si anak berkata baik dgn suasana keluarga sebegitu, saya rasa mustahil sebab ibubapa borek anak rintik.

adakah anak2 pun berdosa atau sebaliknya?Entah laa 

alDayyan
Helper
Helper

Posts : 563
Points : 772
Join date : 25/05/2012
Age : 54
Location : 127.0.0.1

http://www.bicarathtl.forumms.net

Back to top Go down

Meninggikan suara kepada Ibubapa Muda dan Ibubapa Tua.. Empty Re: Meninggikan suara kepada Ibubapa Muda dan Ibubapa Tua..

Post by Ahmad Shamil Wed Jul 10, 2013 9:48 am

"Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan dengan-Ku sesuatu yang engkau tidak mengetahui sungguh adanya, maka janganlah engkau taat kepada mereka; dan bergaullah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik"- Surah Luqman:15.
Ahmad Shamil
Ahmad Shamil
Admin
Admin

Posts : 929
Points : 1226
Join date : 24/11/2011
Age : 39
Location : Raub, Pahang

http://kembara-journey.blogspot.com

Back to top Go down

Meninggikan suara kepada Ibubapa Muda dan Ibubapa Tua.. Empty Re: Meninggikan suara kepada Ibubapa Muda dan Ibubapa Tua..

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum