BicaraTHTL
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Semakin malas setelah mengenali sunnah

+2
thtl
seijiseimura84
6 posters

Go down

Semakin malas setelah mengenali sunnah Empty Semakin malas setelah mengenali sunnah

Post by seijiseimura84 Tue Jun 04, 2013 3:07 pm

Maaf kalau topic berbunyi seperti suatu offence
Tapi sekadar pengalaman peribadi....
Dulu, semasa kecil dahulu......
bila tiba bulan rejab....saya berpuasa penuh rejab, syaban dan ramadan....straight 3 bulan
tp bila dah mengenali sunnah.....mcm pandang ringan sahaja amalan puasa di bulan2 tersebut

Dulu semasa kecil.....mcm 2 bentuk zikir saya amalkan...ya hakim 300 kali, ya nur 283 kali, ya rahman 100x ya rahim 100x hampir setiap hari...dan mcm2 zikir saya amalkan selepas solat... Namun hari ini, saya jarang meluangkan masa untuk berzikir....

Komen......
seijiseimura84
seijiseimura84
AHLI
AHLI

Posts : 472
Points : 779
Join date : 27/11/2011

Back to top Go down

Semakin malas setelah mengenali sunnah Empty Re: Semakin malas setelah mengenali sunnah

Post by thtl Tue Jun 04, 2013 8:04 pm

puncanya Doc dah habak...MALAS..hehehe.

banyak punca lain..dah kerja, ada isteri, ada kereta sendiri...ini org putih namakan "complacent" atau comfort zone, zon selesa dalam hidup..ia juga dinamakan FUTUR atau luntur..iman bertambah dan berkurang, hati brkarat tu adalah lumrah manusia.
namun, jika doc masih sedar, doc sudah luntur, maka kena cepat bingkas balik...Ramadhan ni adalah a gud start for recovery, kemudian Umrah...
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Semakin malas setelah mengenali sunnah Empty Re: Semakin malas setelah mengenali sunnah

Post by zikrulmaut_sm Wed Jun 05, 2013 1:19 am

rasanya kes malas ni lebih kepada permainan psychology oleh syaitan yang menggoda kita.

sunnah bukanlah sekadar tahu mana yang sahih, dha'if, palsu, atau bid'ah. kalau sunnah cuma sekadar itu, maka ia suatu definisi yang dangkal. kalau kita mendefinisikan sunnah hanya sekadar itu, boleh jadi ia akan menjadi alasan untuk hawa nafsu kita bermalas-malasan, mungkin kerana yang kita ambil tahu hanyalah perbincangan "amalan itu dha'if", "amalan itu tidak sahih", hingga mendatangkan kesan psychology.

sunnah juga termasuklah mengetahui tafsir sesuatu perkara, mengetahui sejarah asal-usulnya, mentadabburi makna dengan mengaitkan dengan kehidupan kita, mengetahui fadhilat khusus sesuatu sunnah dan juga ancaman khusus dalam sesuatu sunnah, dan banyak lagi.

lebih-lebih lagi, kalau sesuatu sunnah itu ada menggunakan lisan dalam bahasa arab, maka mempelajari bahasa arab juga adalah kunci kepada sunnah tersebut. orang selalu malas sebab dia rasa apa yang diucapkan tu tak berkesan di hatinya. seandainya dia mengetahui walaupun sedikit ilmu basic dalam bahasa arab, pasti dia akan rasa lebih bersemangat.

pendapat saya, kita kena banyak minta bantuan dari Allah untuk beramal, juga isti'azah minta Allah lindung kita dari godaan syaitan.

اللَّهُمَّ أَعِنِّي عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ، وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ
“Allahumma a’inni ‘ala dzikrika wa syukrika wa husni ‘ibadatika’"

Artinya: " Ya Allah, bantulah aku untuk mengingat-Mu dan bersyukur kepada-Mu, serta agar bisa beribadah dengan baik kepada-Mu"

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda kepada Mu’adz, “Demi Allah, aku benar-benar mencintaimu. Maka janganlah kamu lupa untuk membaca doa di setiap akhir shalat: ‘Allahumma a’innii ‘ala dzikrika wa syukrika, wa husni ‘ibaadatik.’ (Ya Allah, bantulah aku untuk mengingat-Mu dan bersyukur kepada-Mu, serta agar bisa beribadah dengan baik kepada-Mu).” (HR. An Nasa’i [1303] dan Ahmad [21614] Sahih Sunan Abu Dawud. )

zikrulmaut_sm
zikrulmaut_sm
AHLI
AHLI

Posts : 513
Points : 765
Join date : 25/11/2011

https://facebook.com/syazwanmisran

Back to top Go down

Semakin malas setelah mengenali sunnah Empty Re: Semakin malas setelah mengenali sunnah

Post by Ad-Dien Wed Jun 05, 2013 8:22 am

zikrulmaut_sm wrote:

Amiinnnnn, Amiin
Ad-Dien
Ad-Dien
Admin
Admin

Posts : 3862
Points : 4184
Join date : 24/11/2011
Age : 33
Location : al-Kardawi

http://addienblog.blogspot.com

Back to top Go down

Semakin malas setelah mengenali sunnah Empty Re: Semakin malas setelah mengenali sunnah

Post by abubakar Mon Jul 29, 2013 3:48 am

Subhanallah. Punyalah byk lg amalan sunnah antaranya solat sunat wudhu', solat sunat fajr,solat sunat dhuha, solat sunat tahiyatul masjid, solat sunat rawatib, solat fardhu berjemaah dll.

Saya kira dlm bab solat shj belum tentu kita mampu lengkapkan sehari kita sebiji dgn amalan yg Nabi Muhammad s.a.w lakukan. Itu belum lg nak sebut pasal bersiwak sebelum wudhu', berbaring sebentar ke arah kiblat di atas rusuk kanan di antara azan dan iqamah pada waktu subuh, dsb.

Sepatutnya apabila hampir kpd sunnah kita sepatutnya menjadi lebih baik drpd sebelumnya, dlm kes Doc ini sepatutunya kita lebih rajin drpd sebelumnya. Ada org tak payah susah-susah ikut sunnah, pergi sertai majlis zikir dia igt selesai dah masalah sdgkan amalan lain dia tak buat antara solat fardhu secara berjemaah.

abubakar
abubakar
AHLI
AHLI

Posts : 261
Points : 311
Join date : 06/07/2012

Back to top Go down

Semakin malas setelah mengenali sunnah Empty Re: Semakin malas setelah mengenali sunnah

Post by Ad-Dien Wed Jul 31, 2013 9:20 pm

semoga kita semua tetap dalam Sunnah, ada banyak sangat sunnah. Usah risau. Kadang-kadang kita rasa kita jauh dari sunnah sedangkan kita tak sedar yang amalan lain yang kita buat itu termasuk sunnah. Dalam solat sahaja ada banyak sunnah, sebahagian ulama' pernah menulis dalam solat sahaja ada berpuluh hingga ratusan sunnah.

Smile
Ad-Dien
Ad-Dien
Admin
Admin

Posts : 3862
Points : 4184
Join date : 24/11/2011
Age : 33
Location : al-Kardawi

http://addienblog.blogspot.com

Back to top Go down

Semakin malas setelah mengenali sunnah Empty Re: Semakin malas setelah mengenali sunnah

Post by Ibnu Sarkawi Mon Aug 05, 2013 9:37 am

jgn lupa Iblis sntasa cuba menjauhkan kira daripada amalan sunnah, & membiarkan kita dengan amalan bid'ah. sbb tu yg bid'ah senang buat sewaktu kita jahil dulu.
Ibnu Sarkawi
Ibnu Sarkawi
AHLI
AHLI

Posts : 404
Points : 579
Join date : 06/12/2011

Back to top Go down

Semakin malas setelah mengenali sunnah Empty Re: Semakin malas setelah mengenali sunnah

Post by zikrulmaut_sm Thu Aug 08, 2013 8:49 pm

sunnah Nabi sebaliknya meminta dijauhkan dari sifat malas. bukankah ada doa agar dijauhkan dari sifat malas?

justeru, jika belajar sunnah menambah malas, maka mungkin sebenarnya bukan sunnah yang dipelajari.
zikrulmaut_sm
zikrulmaut_sm
AHLI
AHLI

Posts : 513
Points : 765
Join date : 25/11/2011

https://facebook.com/syazwanmisran

Back to top Go down

Semakin malas setelah mengenali sunnah Empty Re: Semakin malas setelah mengenali sunnah

Post by Sponsored content

Sponsored content

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum