BicaraTHTL
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Kehidupan lampau (Past life)

+3
ZulQ
thtl
ecah
7 posters

Go down

Kehidupan lampau (Past life) Empty Kehidupan lampau (Past life)

Post by ecah Wed Oct 09, 2013 9:54 pm

Salam ustaz,

Baru2 ini sy ada menonton video di youtube mengenai psychic twins Linda and Terry Jamison. Mereka telah membuat pelbagai documented predictions yg tepat yg termasuk peristiwa pengeboman Sept 11, Hurricane Sandy, kes2 jenayah dll. Apa yg menarik perhatian sy ialah apabila mereka memaklumkan kpd host rancangan ttg kehidupan lampaunya, maksud sy kehidupannya sbg individu yg berlainan berbanding siapa dia pd ms skrg. Soalan sy, apa kata Islam ttg past life? Betul ke kita dahulunya hidup sbg individu lain and diinkarnasi semula sbg individu yg lain pula dlm kehidupan skrg? Sy tahu bunyinya mcm karut, tp psychic abilities mereka mmg hebat dan mmg dah terbukti melalui previous predictions mereka yg tepat, jd ia membuatkan sy tertanya2 sama ada betul ke past life wujud. Terima kasih Smile

ecah
AHLI
AHLI

Posts : 32
Points : 63
Join date : 14/01/2013

Back to top Go down

Kehidupan lampau (Past life) Empty Re: Kehidupan lampau (Past life)

Post by thtl Thu Oct 10, 2013 12:12 pm

ini isu akidah...kita x boleh terpengaruh dgn kaum yg sesat. Kita dok baca al-Fatihah 17 kali sehari, supaya kita menjauhi golongan yg sesat dan golongan yg dimurkai.
Kita ada sistem akidah kita sendiri. hidup kita satu sahaja, dari mani, jadi janin, bayi, jadi remaja, dewasa, tua, mati dan dibangkitkan semula pun kita yg asal dari mani yg dulu juga...asal dari parents kita.
reincarnation tu doktrin ajaran hindu, buddha dan agama "ardhi" yg lain.
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Kehidupan lampau (Past life) Empty Re: Kehidupan lampau (Past life)

Post by ZulQ Thu Oct 10, 2013 1:18 pm

Salam,

Allah Maha Kuasa, Maha Pencipta. Tidak perlu bagiNya untuk "recycle" roh-roh yang diciptaNya.

Bab tayangan/bacaan psychic tu saya nasihatkan jangan layan. Perkara begini perlu dicerna dengan ilmu pengetahuan dan kebijaksanaan, bukan ditonton sebagai hiburan. Golongan psychic ada yang menggunakan skil "deduction" ataupun mempunyai keupayaan sebagai "mentalist". Ilmu-ilmu yang mempunyai penjelasan realistik dan saintifik tetapi disembunyikan oleh segolongan mereka untuk menyerupai kuasa mistik.

Rasulullah SAW bersabda : 'Sesiapa yang mendatangi 'arraaf' (tukang ramal) kepadanya, tidak akan diterima solatnya selama empat puluh hari." (Muslim).

http://www.islam.gov.my/e-hadith/larangan-mempercayai-tukang-tilik

WA.

ZulQ
AHLI
AHLI

Posts : 163
Points : 244
Join date : 28/11/2011

Back to top Go down

Kehidupan lampau (Past life) Empty Re: Kehidupan lampau (Past life)

Post by ecah Thu Oct 10, 2013 3:10 pm

terima kasih untuk jawapan di atas. :)Tetapi adakah kemungkinan seseorang utk memiliki keupayaan utk berkomunikasi dgn roh, melihat mereka, anything yg melangkaui pancaindera yg lima? bolehkah ia dipelajari atau hanya divine gift shj?

Last edited by ecah on Thu Oct 10, 2013 3:11 pm; edited 1 time in total (Reason for editing : missed out point)

ecah
AHLI
AHLI

Posts : 32
Points : 63
Join date : 14/01/2013

Back to top Go down

Kehidupan lampau (Past life) Empty Re: Kehidupan lampau (Past life)

Post by Mohamad hafiz Thu Oct 10, 2013 3:36 pm

maksud saudara/saudari ecah ni, sixth sense ?
Mohamad hafiz
Mohamad hafiz
AHLI
AHLI

Posts : 867
Points : 1201
Join date : 23/01/2013
Age : 28
Location : Mukah

http://bloginformasiterkini.blogspot.com/

Back to top Go down

Kehidupan lampau (Past life) Empty Re: Kehidupan lampau (Past life)

Post by ecah Thu Oct 10, 2013 5:30 pm

Mohamad hafiz wrote:maksud saudara/saudari ecah ni, sixth sense ?
ye Smile

ecah
AHLI
AHLI

Posts : 32
Points : 63
Join date : 14/01/2013

Back to top Go down

Kehidupan lampau (Past life) Empty Re: Kehidupan lampau (Past life)

Post by alDayyan Fri Oct 11, 2013 11:27 am

org putih punya psychic mengarut je sebenarnya.. kalau benar2 terjadi saya berani kata yg ianya 99.99% kebetulan semata2..

banyak projek2 rahsia dari pihak2 berkuasa sulit yg berkaitan dgn ilmu2 psikik ni gagal dan x dapat diteruskan sebab bila makin di kaji abiliti seseorang yg "kononnya" psikis ni kebanyakkannya hanya kebetulan semata2 dan mereka x dapat nak ramalkan bencana2 besar yg berlaku dalam masa 2-3 bulan mereka yg mempunyai kuasa sebegini diujikaji oleh pihak2 terbabit.

kalau bab2 ramalan ni hanya nabi khidir je yg benar2 sahih dan pawer.. tp itu pun mukjizat yg telah dikurniakan dariNYA..

alDayyan
Helper
Helper

Posts : 563
Points : 772
Join date : 25/05/2012
Age : 54
Location : 127.0.0.1

http://www.bicarathtl.forumms.net

Back to top Go down

Kehidupan lampau (Past life) Empty Re: Kehidupan lampau (Past life)

Post by ecah Sun Oct 13, 2013 10:50 am

hmmm, bg sy, sy tak menolak kemungkinan seseorang utk memiliki kuasa psikik samalah spt any kuasa yg beyond 5 pancaindera yg normal spt yg dianugerahkan kpd beberapa kwn2 sy spt ada yg boleh nmpk makhluk2 ghaib dan berkomunikasi dgn mereka, ada yg mengalami mimpi (occasionally) ttg apa yg akn berlaku dlm hidupnya dan org2 yg rapat dgnnya, etc.

Dan bila sy fikir balik, walaupun di zaman ini sy percaya yg Nabi Khidir mempunyai kuasa utk meramal dgn tepat (sb ada dlm Quran) tp bila sy bygkan yg sy hidup di zaman baginda, mungkin sy jg akn agak skeptical dgn ability baginda sama mcm kes Terry n Linda.

Jd, bg sy, even if byk dlm klgn psikis2 ni yg hanyalah frauds tp sy tak menolak yg ada yg betul2 memiliki kuasa tersebut sb Allah boleh bg kuasa2 mcm ni kpd sesiapa shj yg Dia kehendaki.

so dlm kes Terry n Linda, sb byk bukti yg sy jumpa (kat youtube ni) membenarkan ability mereka mcm recorded prediction dkt live radio station ttg pengeboman Sept 11 2001 yg dibuat pd 1999 (kalau tak silap), so sy cenderung ke side percaya, tp sb mereka ckp mereka boleh nmpk past life seseorg, sy pun ats pagar, sb mcm ustaz ckp, kita hidup sekali n dibangkitkan sekali shj, mungkin bnda yg mereka nmpk tu bnda lain, atau maybe bnda tu takde tp cuma direka2 oleh mereka ats alasan tertentu, sy pun tak tau.

So, soalan sy ttg wujudkah past life dah trjawab, ia tak wujud n ttg kuasa psikik pulak, bg sy, ada possibility. Terima kasih byk2 kpd ustaz2/rakan2 forumer ats perkongsian pndgn/ilmu/dalil etc. May Allah bless you all. Smile Like 

ecah
AHLI
AHLI

Posts : 32
Points : 63
Join date : 14/01/2013

Back to top Go down

Kehidupan lampau (Past life) Empty Re: Kehidupan lampau (Past life)

Post by abubakar Mon Oct 14, 2013 3:25 am

Antara tanda-tanda gangguan makhluk halus adalah kebolehan tertentu seperti mengubat,mengurut, mengetahui perkara ghaib dsb.

Campurtangan makhluk halus ini berlaku secara sengaja, cthnya kita menjampi serapah, memuja, dsb ataupun secara tidak sengaja iaitu melalui rasukan ataupun ditumpangi oleh makhluk halus.

Jd sekiranya ada org mengakui dia mempunyai kebolehan dan pengetahuan dlm perkara ghaib, hendaklah disahihkan dahulu latar belakang seseorang itu. Kaji apakah akidahnya dan amalannya. Kalau seseorang yg kafir, takkan nak ckp kebolehan itu adalah kurniaan Allah, melainkan adanya campurtangan kuasa makhluk halus yg tujuannya tidak lain utk menyesatkan anak-anak Adam a.s.
abubakar
abubakar
AHLI
AHLI

Posts : 261
Points : 311
Join date : 06/07/2012

Back to top Go down

Kehidupan lampau (Past life) Empty Re: Kehidupan lampau (Past life)

Post by alDayyan Mon Oct 14, 2013 6:56 am

abubakar wrote:Antara tanda-tanda gangguan makhluk halus adalah kebolehan tertentu seperti mengubat,mengurut, mengetahui perkara ghaib dsb.

setuju dgn saudara abubakar.
say aberpendapat, tiada manusia yg kononnya psikik, istilah psikik tu sendiri adalah satu lesen utk menghalalkan seseorang tu dekat dgn ahli2 peramal dan mengamalkan sihir/ilmu nujum.
yg sebenarnya adalah mereka2 tu ahli nujum yg tidak mempunyai sebarang kuasa pun, tapi mereka telah berdampingan dgn golongan2 djinn yg tugasnya mencuri2 berita di langit.
sesiapa pun boleh menjadi ahli nujum/psikik sekirany mereka mampu mengabadikan diri dgn golongan djinn yg duk spy aktiviti2 di langit.
WA..

alDayyan
Helper
Helper

Posts : 563
Points : 772
Join date : 25/05/2012
Age : 54
Location : 127.0.0.1

http://www.bicarathtl.forumms.net

Back to top Go down

Kehidupan lampau (Past life) Empty Re: Kehidupan lampau (Past life)

Post by ecah Mon Oct 14, 2013 10:56 pm

abubakar wrote:Antara tanda-tanda gangguan makhluk halus adalah kebolehan tertentu seperti mengubat,mengurut, mengetahui perkara ghaib dsb.

Campurtangan makhluk halus ini berlaku secara sengaja, cthnya kita menjampi serapah, memuja, dsb ataupun secara tidak sengaja iaitu melalui rasukan ataupun ditumpangi oleh makhluk halus.

Jd sekiranya ada org mengakui dia mempunyai kebolehan dan pengetahuan dlm perkara ghaib, hendaklah disahihkan dahulu latar belakang seseorang itu. Kaji apakah akidahnya dan amalannya. Kalau seseorang yg kafir, takkan nak ckp kebolehan itu adalah kurniaan Allah, melainkan adanya campurtangan kuasa makhluk halus yg tujuannya tidak lain utk menyesatkan anak-anak Adam a.s.
oh, maksudnya utk seseorg dikurniakan dgn kelebihan/ilmu ttg perkara ghaib, syaratnya akidah dia kena betul, maksudnya dia mesti Islam la ye? n kedua, bergantung jg pd tahap amalan dia? Yg bkn Islam itu semua adalah dgn kerjasama dr makhluk2 halus, mcm tu ke? Jd, maksudnya takde siapa yg born with kelebihan ni (natural gift), tp dia akn dikurniakan dgn kelebihan ni bergantung kpd syarat2 td. Macam tu ke?

ecah
AHLI
AHLI

Posts : 32
Points : 63
Join date : 14/01/2013

Back to top Go down

Kehidupan lampau (Past life) Empty Re: Kehidupan lampau (Past life)

Post by abubakar Tue Oct 15, 2013 1:50 am

ecah wrote:
oh, maksudnya utk seseorg dikurniakan dgn kelebihan/ilmu ttg perkara ghaib, syaratnya akidah dia kena betul, maksudnya dia mesti Islam la ye? n kedua, bergantung jg pd tahap amalan dia? Yg bkn Islam itu semua adalah dgn kerjasama dr makhluk2 halus, mcm tu ke? Jd, maksudnya takde siapa yg born with kelebihan ni (natural gift), tp dia akn dikurniakan dgn kelebihan ni bergantung kpd syarat2 td. Macam tu ke?
Yg mengetahui perkara ghaib ini sepatutnya Nabi dan Rasul sahaja kerana mereka menerima wahyu secara terus daripada langit melalui malaikat. Pengetahuan kita terhadap perkara ghaib pun terhad sekadar apa yg termaktub di dlm wahyu dan perkataan nabi/rasul. Jd sekiranya seorang yg bukan nabi/rasul mengakui dia mengetahui akan perkara ghaib, susah kita nak percaya. Jd kalau nak percaya juga, kena tgk mcm mana hubungan dia dgn Allah lah. Tp ini kerja yg berisiko. Sekiranya tersilap perhitungan, akan terjerumus ke lembah kesesatan. Kalau kita tgk ulama-ulama yg terkemuka, mana ada yg mengakui dia tahu mengenai perkara ghaib apatah lg meramal kejadian yg bakal berlaku.

Dalil: "And with Him are the keys of the unseen; none knows them except Him." Al-'An'am - 69.

Kalau kita tgk nak merawat pesakit kerasukan jgn kata perubatan Islam sahaja, bahkan perubatan Kristian, perubatan Buddha, perubatan Hindu, perubatan mcm-mcm lg kaum dan agama yg ada di dunia ini pun boleh merawat kerasukan. Tp takkan kita nak kata mereka ini ada kelebihan? Ataupun dilahirkan dengan kelebihan? Pada kita, kebanyakan mereka ini mendapat pertolongan makhluk halus atau lebih tepat lg dikatakan terpedaya dgn tipu helah makhluk halus yg nak menyesatkan anak adam. Bahkan ada juga ahli perubatan Islam yg terpedaya.

Dalil : "Indeed, he sees you, he and his tribe, from where you do not see them. Indeed, We have made the devils allies to those who do not believe." Surah Al-'Araf - 27.

Antara kelompok terbesar yg mendiami bumi ini adalah ini adalah jin dan manusia. Jin ini lebih lama mendiami bumi, berbanding manusia. Manusia tidak boleh melihat jin, kecuali para nabi dan rasul. Sekiranya ada yg bukan nabi/rasul melihat jin, boleh jd ianya melihat jin di dlm bentuk jelmaan, ataupun dia melihat bukan menggunakan pancaindera semulajadi. Maksudnya, dia ditumpangi oleh jin, dan melihat menggunakan pandangan jin.

Sekiranya kamu tak yakin dgn apa yg saya ckp, bolehlah bawa rakan-rakan kamu yg boleh berkomunikasi ataupun melihat makhluk halus itu berjumpa dgn Cikgu Majid AKRINE utk diruqyah.

Mungkin kamu akan tanya, mcm mana dgn Al-Masih Dajjal?. Yg ini, kamu kena tanya pada org lain lah.

abubakar
abubakar
AHLI
AHLI

Posts : 261
Points : 311
Join date : 06/07/2012

Back to top Go down

Kehidupan lampau (Past life) Empty Re: Kehidupan lampau (Past life)

Post by ZulQ Tue Oct 15, 2013 3:21 pm

ecah wrote:terima kasih untuk jawapan di atas. :)Tetapi adakah kemungkinan seseorang utk memiliki keupayaan utk berkomunikasi dgn roh, melihat mereka, anything yg melangkaui pancaindera yg lima? bolehkah ia dipelajari atau hanya divine gift shj?
Tentang melihat roh kena lihat apa yang akidah Islam nyatakan tentang roh. Selepas insan meninggal di dunia rohnya dibawa ke alam barzarkh, itu akidah Islam. Apabila seseorang mengatakan bahawa dia boleh melihat roh, apatah lagi jika seorang itu bukan muslim takkan kita hendak mengambil kenyataannya secara bulat-bulat. Alam roh dan Alam Jin berbeza dan kedua-duanya adalah ghaib. Seolah-olah dinyatakan bahawa alam pemisah antara hidup dan mati yang Allah cipta tidak "kukuh" atau "sempurna" dan wujud "lubang-lubang"/"loopholes" yang boleh dieksploitasi oleh insan.

Pemikiran seperti ini pada pandangan saya selalunya tidak dilahirkan dengan serta merta. Ia dididik dan dibesarkan oleh media-media fiksyen seperti komik, buku cerita, cerita orang tua, rancangan televisyen dan sewaktu dengannya yang mengandungi elemen-elemen syirik. Apabila seorang insan rajin menelaah benda-benda seperti ini dan meninggalkan sumber akidah yang paling untuk seorang Islam iaitu Al-Quran, maka wujudlah perasaan ragu-ragu.

Saya nasihatkan kepada anda dan diri saya sendiri untuk mengaji dan mengkaji Al-Quran. Juga tingkatkan "streets smart" dan "know how" dalam kehidupan. "The camera wants you to see what they want you to see" "Things are not what they appear to be" semua tu. Jangan mengambil penyataan daripada insan lain secara bulat-bulat, kaji dan bacalah untuk pengetahuan supaya kita memperoleh kebijaksanaan.

ZulQ
AHLI
AHLI

Posts : 163
Points : 244
Join date : 28/11/2011

Back to top Go down

Kehidupan lampau (Past life) Empty Re: Kehidupan lampau (Past life)

Post by ecah Fri Oct 18, 2013 8:18 pm

abubakar wrote:

ooo, rupanya benda ni tak sesimple yg sy igt mcm b4 ni. Tp ustaz, ms kecik2 dulu, sy byk jgklah terbaca buku2 ttg zikir, contoh mcm kalau kita mengamalkan certain zikir tu 100 000x, kita akan dibuka ttg rahsia alam ghaib. Sb bila sy tgok penjelasan ustaz, utk seseorg dptkan ilmu ttg hal2 ghaib ni sgt2 susah, so apa status buku2 mcm tu sbnrnya ya? Patut ke kita percaya pd buku2 mcm tu yg generally nmpk mcm buku2 agama/ilmiah yg lain, yg mcm bagus sb boleh guide kita utk beramal yg mcm takde apapun yg patut dicurigai psl content dia? Maybe sb buku2 mcm tu yg buat sy igt utk someone peroleh kuasa/ilmu ghaib ni mudah je sb baca sajalah zikir sekian2 utk beberapa kali, then terbukalah rahsia ilmu ghaib utk dia.

Ya, sy pun aware psl perubatan2 selain Islam yg boleh mengubat kerasukan, tp sy used to tak tau kenapa/mcm mana perubatan yg selain Islam tu boleh do the same thing mcm perubatan Islam sb sy igt ayat2 Quran je yg berkesan utk melawan makhluk2 halus ni. Tp dr penjelasan ustaz so skrg sy dah tau.

Lg satu, ttg org yg boleh berhubung dgn alam ghaib yg ustaz ckp sb dia ditumpangi dgn jin, adakah perkara tu boleh memudaratkan dia nnt? maksud sy perlu ke dia diruqyah atau just biar je sb effect dia cuma dia dpt mata baru je, tu je, jin tu tak harm dia ke apa ke.

ttg Al-Masih dajjal tu...err, apa kaitannya ya dgn topik kita? Entah laa 

ecah
AHLI
AHLI

Posts : 32
Points : 63
Join date : 14/01/2013

Back to top Go down

Kehidupan lampau (Past life) Empty Re: Kehidupan lampau (Past life)

Post by ecah Fri Oct 18, 2013 8:36 pm

ZulQ wrote:

Like sb komen ni menyedarkan sy.

Setuju dgn ustaz (maaflah sy panggil semua org ustaz) esp. point kedua. Sy rs benda2 mcm tu yg lebih byk pengaruh cara pandang sy dr Quran tu sendiri. Dan sy setuju sgt dgn point ustaz yg dlm apa2 pun perkara kita mestilah turn to Al-Quran dulu, tgok what does it say ttg sesuatu hal tu esp. yg meragukan/ssh nak diterima logik etc sb tiada sumber yg boleh membatasi Al-Quran, kalau Quran ckp mcm ni, then mcm tu lah yg sepatutnya. So dlm kes perkara ghaib ni, sy sepatutnya ambil berpegang pd dalil2 yg ustaz abubakar ckp td instead of brpgg pd opinion sy sendiri (which is tak generated based on Quran pun), Quran first and setiap opinion/cara pandang etc mestilah berpaksikan Quran. Ok, sy igt tu, terima kasih Smile 

ecah
AHLI
AHLI

Posts : 32
Points : 63
Join date : 14/01/2013

Back to top Go down

Kehidupan lampau (Past life) Empty Re: Kehidupan lampau (Past life)

Post by abubakar Sat Oct 19, 2013 2:48 am

ecah wrote:
ooo, rupanya benda ni tak sesimple yg sy igt mcm b4 ni. Tp ustaz, ms kecik2 dulu, sy byk jgklah terbaca buku2 ttg zikir, contoh mcm kalau kita mengamalkan certain zikir tu 100 000x, kita akan dibuka ttg rahsia alam ghaib. Sb bila sy tgok penjelasan ustaz, utk seseorg dptkan ilmu ttg hal2 ghaib ni sgt2 susah, so apa status buku2 mcm tu sbnrnya ya? Patut ke kita percaya pd buku2 mcm tu yg generally nmpk mcm buku2 agama/ilmiah yg lain, yg mcm bagus sb boleh guide kita utk beramal yg mcm takde apapun yg patut dicurigai psl content dia? Maybe sb buku2 mcm tu yg buat sy igt utk someone peroleh kuasa/ilmu ghaib ni mudah je sb baca sajalah zikir sekian2 utk beberapa kali, then terbukalah rahsia ilmu ghaib utk dia.

Ya, sy pun aware psl perubatan2 selain Islam yg boleh mengubat kerasukan, tp sy used to tak tau kenapa/mcm mana perubatan yg selain Islam tu boleh do the same thing mcm perubatan Islam sb sy igt ayat2 Quran je yg berkesan utk melawan makhluk2 halus ni. Tp dr penjelasan ustaz so skrg sy dah tau.

Lg satu, ttg org yg boleh berhubung dgn alam ghaib yg ustaz ckp sb dia ditumpangi dgn jin, adakah perkara tu boleh memudaratkan dia nnt? maksud sy perlu ke dia diruqyah atau just biar je sb effect dia cuma dia dpt mata baru je, tu je, jin tu tak harm dia ke apa ke.

ttg Al-Masih dajjal tu...err, apa kaitannya ya dgn topik kita? Entah laa 
Zikir tertentu utk memperoleh ilmu alam ghaib.

Saya bukanlah seorang ustaz, tp kebetulan tahu serba sedikit pasal perkara ini. Kebanyakannya diragui lah pasal baik berzikir, baik berselawat biarlah bacaan tersebut mari hasil drpd ajaran Nabi Muhammad s.a.w. Kita tak boleh nafikan ada berlaku keberkesanan pada zikir yg terdapat dlm buku-buku tersebut, tp yg diragui siapa yg memberi hasil zikir tersebut, adakah melalui Allah, ataupun syaitan. Apabila kita sebut syaitan, tidak terhad kpd jin atau iblis shj, bahkan manusia pun, tp sekiranya dia jahat, maka termasuk juga dlm kategori syaitan. Lg satu jgn sempitkan kpd buku shj, bahkan kalau melalui tok guru sekalipun, tp ajaran dia tak berlandaskan sunnah, maka tinggalkanlah.

Oleh sebab itu kebanyakan para perawat perubatan Islam bercerita, jgn igt tok guru, tok syeikh sufi/tarekat yg berzikir pagi/petang, bersendirian di tempat sunyi seperti gua dsb, tidak diganggu oleh makhluk halus. Boleh jd ada bait-bait zikir mereka yg menjadi 'trigger' kpd makhluk halus lantas memberikan kelebihan kpd mereka. Sbb itulah ada pengikut ajaran sesat yg sanggup minum air basuhan kaki tok guru mereka dsb. Sdgkan makhluk halus seronok tgk manusia ini diperdayakan. Apatah lg ada tok guru yg dpt pergi balik Mekah guna surah Al-Fatihah shj. Tok guru ini pun rasa dia istimewa, karamah kata dia, murid-murid dia apatah lg. Semakin taatlah mereka kpd tok guru mereka. Jd kesimpulannya, pilih jalan yg selamat, amalkan zikir yg warid drpd Nabi Muhammad s.a.w. Tp kalau zikir-zikir tertentu dengan bilangan tertentu utk membuka hijab pandangan lah, apa lah, benda mcm itu saya tak pernah jumpa lg lah dalilnya.

Ruqyah perlu atau tidak?

Alam ghaib ini susah lah nak ckp sbnrnya. Tp yg saya boleh cadangkan, pilih jln yg selamat lah. Mcm sahabat kamu itu, perkara pertama kena buat, mantapkan ilmu tauhid lah. Kalau pergi jumpa perawat pun mereka akan ckp benda sama juga. Jaga amalan, iaitu dgn mengamalkan amalan sunnah dan menjauhi amalan bid'ah.  Bykkan memohon perlindungan kpd Allah drpd gangguan syaitan menggunakan bacaan yg diwariskan kpd kita melalui Nabi Muhammad s.a.w. Kalau nak jumpa perawat boleh shj, tp lebih baik ikhtiar diri sendiri dulu lah kecualilah gejala-gejala gangguan itu agak menjejaskan diri cthnya gagal beribadah, kerasukan dsb. Kalau boleh, jadikanlah ruqyah drpd perawat ini sebagai alternatif terakhir lah.

Kaitan dgn dajjal.

Org kita ini mudah kagum dgn org-org yg punya kelebihan dan gemar kpd unsur-unsur mistisisme/perkara ghaib. Oleh sbb itulah mereka yg terlibat dlm ajaran sesat mudah dpt pengikut kerana mempunyai kelebihan-kelebihan tertentu hasil drpd pertolongan makhluk halus ini tadi namun dijenamakan dgn nama karamah. Dajjal ini ada mcm-mcm kelebihan. Kamu boleh tgklah hadis-hadis yg menceritakan kemampuan Dajjal ini. Bahkan Nabi Muhammad s.a.w sendiri pun bimbang dgn fitnah Dajjal. Jd sekiranya kita terlalu mudah nak ikut dgn org yg punya kelebihan, kita terlalu khayal pada unsur-unsur mistisme/perkara ghaib, senanglah kita terjebak dgn Dajjal itu nanti.

Nota tambahan.

Kebanyakan pengetahuan saya berkenaan apa yg saya cerita dia atas adalah drpd pengalaman saya berdamping dgn ustaz-ustaz saya yg terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dgn perubatan Islam. Saya sendiri pun kadang-kadang ragu dgn mereka ini. Baru-baru ini ada org lain yg berdialog dgn makhluk yg merasuk, makhluk itu bercerita pasal alam dewa dsb. Jin ini kalau dia merasuk org, mmg sah dia jenis jahat, jd kalau percaya apa yg jin itu ckp, susah lah. Ada juga yg membongkar alam roh, mengeluarkan roh drpd badan sendiri dsb. Ada yg memindahkan jin guna bas. Mcm-mcm lah. Dan kaedah mereka mempelajari ilmu ini juga meragukan. Ada yg kena bertapa selama beberapa tempoh tertentu. Solat mmg tinggal lah jawabnya. Benda ini semua boleh jd tipudaya syaitan lah walaupun guna nama perubatan Islam. Kalau betul perubatan Islam, yg kita sendiri maklum Islam adalah berdasarkan kitab Allah dan sunnah Rasulullah s.a.w, tp knp setiap pusat perubatan lain kaedah, lain jenis bacaan ruqyah, ada yg sembelih jin, ada yg tak, dsb.

Biarpun begitu, banyak drpd teknik mereka walaupun berbeza antara satu sama lain, berkesan dlm mengubat. Ilmu alam ghaib ini sgt luas dan sumber drpd Al-Quran dan hadis mengenainya adalah terhad. Kemampuan manusia utk mengkajinya juga terbatas. Oleh sbb itu di dlm tulisan saya dkt atas saya kerap tekankan pilih jln yg selamat lah. Itu pendapat saya lah, sekiranya kamu rasa yakin dgn org lain yg mungkin lebih berkelayakan ataupun meyakinkan drpd saya, silakan lah. WA.
abubakar
abubakar
AHLI
AHLI

Posts : 261
Points : 311
Join date : 06/07/2012

Back to top Go down

Kehidupan lampau (Past life) Empty Re: Kehidupan lampau (Past life)

Post by Ad-Dien Wed Oct 23, 2013 11:27 pm

Saya tahu ada orang dikatakan mempunyai kebolehan meramal, tahu hal ghaib, psikik dan yang seumpama dengannya. Namun, saya lebih beriman bahawa tiada yang mengetahui hal yang ghaib melainkan Allah. Kunci hal ghaib itu hanyalah pada Allah walaupun manusia mendakwa dengan pelbagai dakwaan dan meskipun ianya benar-benar terjadi.

Firman Allah ta'ala yang patut kita imani sungguh-sungguh:

وَعِنْدَهُ مَفَاتِحُ الْغَيْبِ لَا يَعْلَمُهَا إِلَّا هُوَ وَيَعْلَمُ مَا فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ وَمَا تَسْقُطُ مِنْ وَرَقَةٍ إِلَّا يَعْلَمُهَا وَلَا حَبَّةٍ فِي ظُلُمَاتِ الْأَرْضِ وَلَا رَطْبٍ وَلَا يَابِسٍ إِلَّا فِي كِتَابٍ مُبِينٍ (59)

Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib, tiada sesiapa yang mengetahuinya melainkan Dialah sahaja dan Dia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan Dia mengetahuinya, dan tidak gugur sebutir bijipun dalam kegelapan bumi dan tidak gugur yang basah dan yang kering, melainkan (semuanya) ada tertulis di dalam Kitab (Luh Mahfuz) yang terang nyata. [Al-An'am ayat 59]

Sami'na wa ato'na. Allahua'lam.
Ad-Dien
Ad-Dien
Admin
Admin

Posts : 3862
Points : 4184
Join date : 24/11/2011
Age : 33
Location : al-Kardawi

http://addienblog.blogspot.com

Back to top Go down

Kehidupan lampau (Past life) Empty Re: Kehidupan lampau (Past life)

Post by abubakar Thu Oct 24, 2013 6:40 pm

TS sebelum ini ada bertanya bagaimana dgn zikir tertentu utk memperoleh ilmu mengenai alam ghaib. Baru-baru ini sekitar stesen LRT Taman Melati dan Terminal Putra berlaku pembunuhan rambang oleh seorang pengamal ajaran sesat. Itulah antara contoh natijah yg boleh berlaku drpd perbuatan seumpama itu lah. Sebelum ini kes seumpamanya pernah berlaku juga iaitu amukan di Putrajaya.

https://www.facebook.com/photo.php?v=625251334192207
abubakar
abubakar
AHLI
AHLI

Posts : 261
Points : 311
Join date : 06/07/2012

Back to top Go down

Kehidupan lampau (Past life) Empty Re: Kehidupan lampau (Past life)

Post by Sponsored content

Sponsored content

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum