Menolak darurat?

View previous topic View next topic Go down

Menolak darurat?

Post by Hatta Kain Kapan on Fri Oct 11, 2013 6:36 am

Assalamualaikum Forummers..

Berlaku sedikit ke'confius'an di pagi Jumaat ni.

Jika berlaku situasi, seseorang tersesat ke padang pasir. Ketika sesat kelaparan dan kehausan hampir nak mati tu,
kita terjumpa sebotol arak. Jika minum haram, tak minum mati pulak.

Soalannya :

Jika mengambil keputusan untuk tak mengambil (memakan, meminum) yang haram hingga mengakibatkan kematian (menolak darurat), adakah kita di kira membunuh diri semata-mata mempertahankan diri dari yang haram?

Sekian dari saya yang confius ini.

Terima kasih.Smile 


Hatta Kain Kapan
AHLI
AHLI

Posts : 3
Points : 5
Join date : 09/10/2013

Back to top Go down

Re: Menolak darurat?

Post by alDayyan on Fri Oct 11, 2013 11:30 am

Hatta Kain Kapan wrote:Assalamualaikum Forummers..

Berlaku sedikit ke'confius'an di pagi Jumaat ni.

Jika berlaku situasi, seseorang tersesat ke padang pasir. Ketika sesat kelaparan dan kehausan hampir nak mati tu,
kita terjumpa sebotol arak. Jika minum haram, tak minum mati pulak.

Soalannya :

Jika mengambil keputusan untuk tak mengambil (memakan, meminum) yang haram hingga mengakibatkan kematian (menolak darurat), adakah kita di kira membunuh diri semata-mata mempertahankan diri dari yang haram?

Sekian dari saya yang confius ini.

Terima kasih.Smile 

niat masa nak minum tu nak survive ke atau nak mati? minum arak sampai mati? buat apa minum sampai kembung/pecah perut? minum setakat hilang dahaga sudah memadai bagi saya. lainla kalau yg dijumpai tu bukan sebotol arak tapi sebotol racun paraquat.. sebab x tahan azab dahaga yg amat sangat lalu kita ambik keputusan dgn minum racun tu agar cepat mati bagi mengelakkan azab dahaga tersebut, mcm tu ke? scratch 

_________________
Jazakallah  kerana menjawab persoalan saya.. Semoga Allah merahmati kita semua.  Smile
Jemput LIKE   Like  fanpage
KOLEKSI HADIS PALSU DAN KISAH ISRAELIYAT.

alDayyan
Helper
Helper

Posts : 562
Points : 771
Join date : 25/05/2012
Age : 47
Location : 127.0.0.1

http://www.bicarathtl.forumms.net

Back to top Go down

Re: Menolak darurat?

Post by thtl on Wed Oct 23, 2013 11:21 am

Kaedah Fiqh Darurat Mengharuskan Perkara yang Terlarang الضرورات تبيح المحذورات
Nas AQ yg menyokong kaedah fiqh dharurat:
AQ2:173 (B/siapa dlm keadaan terpaksa sedang ia tidak menginginkannya dan tidak pula melampaui batas, maka tidak ada dosanya)
Rumusan kaedah ini:
"Dharurat mengharuskan yg terlarang."
"Sesuatu yg diharuskan kerana Dharurat dibolehkan menurut sekadarnya."
Imam syaraf Muhyiddin Yahya anNawawi (Syarah Sahih Muslim: 9/154) Imam Abdul Aziz Abdul Salam (Qawaid al_Ahkam: 1/81) Boleh mengambil arak tsb bila saja tidak diketemukan yg halal."

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: Menolak darurat?

Post by Ad-Dien on Wed Oct 23, 2013 11:29 pm


saya cukup berminat dengan persoalan qawaid fiqhiyyah dan usul fiqh ni. Tapi sebab dah lewat, lain kali lah saya comment. Tambahan, jawapannya dah dikhulasahkan oleh syaikhana THTL. Alhamdulillah Smile

_________________
عقيدة السلف اصحاب الحديث

Fb: Ad-Dien

Ad-Dien
Admin
Admin

Posts : 3862
Points : 4184
Join date : 24/11/2011
Age : 26
Location : al-Kardawi

http://addienblog.blogspot.com

Back to top Go down

Re: Menolak darurat?

Post by ummu_durrah on Thu Oct 24, 2013 6:16 am

Kalau tak nak minum walaupun dalam keadaan darurat, adakah salah ?

Tahu dah boleh minum sekadarnya kalau darurat, tapi tak nak juga sebab geli, tak suka, benci, tak boleh terima hidup ni minum arak sebab nak hilang dahaga


ummu_durrah
AHLI
AHLI

Posts : 25
Points : 27
Join date : 24/11/2011
Age : 28

Back to top Go down

Re: Menolak darurat?

Post by thtl on Thu Oct 24, 2013 9:29 am

Ummu,
Islam ajar kita menghargai erti nilai NYAWA. Maka keluarlah kaedah fiqh "Dharurat mengharuskan yg terlarang". Ini adalah metod Islam dalam menjaga nyawa manusia.
Sekarang ia cuma teori atau di atas kertas. Kita belum pernah diuji dgn lapar dan ketakutan yg amat sangat. Bila sampai masanya nanti, kita akan tahu juga cara nak apply kaedah ini dan kita kena ucap terimakasih kpd para ulama' yg hebat yg telah mengeluarkan kaedah ini.
Inilah maksud Islam itu rahmat, Islam itu mudah, Islam itu fleksibel

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: Menolak darurat?

Post by AwgSagi on Thu Oct 24, 2013 9:45 am

Hatta Kain Kapan wrote:Assalamualaikum Forummers..

Berlaku sedikit ke'confius'an di pagi Jumaat ni.

Jika berlaku situasi, seseorang tersesat ke padang pasir. Ketika sesat kelaparan dan kehausan hampir nak mati tu,
kita terjumpa sebotol arak. Jika minum haram, tak minum mati pulak.

Soalannya :

Jika mengambil keputusan untuk tak mengambil (memakan, meminum) yang haram hingga mengakibatkan kematian (menolak darurat), adakah kita di kira membunuh diri semata-mata mempertahankan diri dari yang haram?

Sekian dari saya yang confius ini.

Terima kasih.Smile 

yang beri konfius lagi, dengan ilmu (sains, perubatan dan observasi sekeliling) yang kita tahu bahawa arak itu bukan pelepas dahaga (perbandingan: orang biasa minum 1 tin soyabean dah kenyang - orang minum arak 5 tin pun belum kenyang), malah ia penambah dahaga, ditambah dengan perut kosong, cuaca sangat panas, mabuk lagi, boleh kah peratusan tahap survival untuk hidup itu bertambah lebih tinggi berbanding tidak meminumnya?

AwgSagi
AHLI
AHLI

Posts : 22
Points : 30
Join date : 06/03/2013

Back to top Go down

Re: Menolak darurat?

Post by thtl on Thu Oct 24, 2013 9:59 am

itu contoh sahaja. nak kasi mudah paham akan maksud kaedah fiqh tsb...
namun, jika anda dah 2-3 hari tak jumpa air di padang pasir cuma ada arak sahaja dan jika betul kajian sains kata, minum arak akan menyebabkan org amat kehausan itu akan mati, maka lebih baiklah tak usah minum....hehehe

saya bukan saintis...adakah sahih dakwaan, jika org kehausan, kemudian dia minum arak, dia akan mati?

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: Menolak darurat?

Post by Ibnu Sarkawi on Thu Oct 24, 2013 10:13 am

yg dimaksudkan t.t ialah kalau x minum arak sbb tu satu2nya minuman yg ada, nanti mati pulak.. hehe

Ibnu Sarkawi
AHLI
AHLI

Posts : 404
Points : 579
Join date : 06/12/2011

Back to top Go down

Re: Menolak darurat?

Post by thtl on Thu Oct 24, 2013 10:20 am

cuba perhati tulisan awangsagi, dia kata kalau org kehausan, sesat di padang pasir, air tak ada, yg ada ialah beer. Awang kata, kalau minum beer tsb, dahaga tak hilang dan dia akan mati juga...

itu yg saya nak tau...almaklumlah kita semua x pernah minum arak...

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: Menolak darurat?

Post by Ad-Dien on Thu Oct 24, 2013 1:37 pm

ummu_durrah wrote:Kalau tak nak minum walaupun dalam keadaan darurat, adakah salah ?

Tahu dah boleh minum sekadarnya kalau darurat, tapi tak nak juga sebab geli, tak suka, benci, tak boleh terima hidup ni minum arak sebab nak hilang dahaga

Ia sudah bercanggah dengan maqasid as-Syariah iaitu memelihara nyawa. Jika dengan tak minum itu boleh mudharatkan nyawa hingga mati, maka dia mesti minum supaya nyawa terpelihara.

Kita tak perlu pergi jauh sebab situasinya ada di zaman ini. Qiasnya ialah dengan situasi seorang yang mengalami sakit gastrik dimana dia perlu makan tepat pada waktunya untuk mengelakkan gastrik itu berulang dan mengakibatkan dirinya dalam mudharat atau boleh kematian. Dia mesti makan untuk mengelakkan mudharat pada nyawa.

Jika dia sengaja tak nak makan atas alasan makanan tak sedap atau tak kena dengan selerenya, maka dia telah melanggar maqasid as-syariah tersebut. Allahua'lam.

_________________
عقيدة السلف اصحاب الحديث

Fb: Ad-Dien

Ad-Dien
Admin
Admin

Posts : 3862
Points : 4184
Join date : 24/11/2011
Age : 26
Location : al-Kardawi

http://addienblog.blogspot.com

Back to top Go down

Re: Menolak darurat?

Post by ummu_durrah on Fri Oct 25, 2013 5:38 pm

terbaik 

Kalau saya imagine untuk situasi hanya ada arak sahaja boleh minum utk hilang dahaga.. tak tahu kenapa dalam kepala terfikir terkandas di padang pasir dan cuma ada arak sahaja. Tak fikir keluarga atau orang lain.

Tapi, bila beri situasi gastrik, baru boleh terfikir.. ya aku kena teruskan hidup. Family aku nanti camna la kalau aku mati / sakit teruk masuk hospital...

Jazakallah


Last edited by ummu_durrah on Fri Oct 25, 2013 5:40 pm; edited 2 times in total (Reason for editing : salah eja kepala dan cuma)

ummu_durrah
AHLI
AHLI

Posts : 25
Points : 27
Join date : 24/11/2011
Age : 28

Back to top Go down

Re: Menolak darurat?

Post by Ad-Dien on Fri Oct 25, 2013 8:44 pm

ummu_durrah wrote:terbaik 

Kalau saya imagine untuk situasi hanya ada arak sahaja boleh minum utk hilang dahaga.. tak tahu kenapa dalam kepala terfikir terkandas di padang pasir dan cuma ada arak sahaja. Tak fikir keluarga atau orang lain.

Tapi, bila beri situasi gastrik, baru boleh terfikir.. ya aku kena teruskan hidup. Family aku nanti camna la kalau aku mati / sakit teruk masuk hospital...

Jazakallah
Alhamdulillah, Allah yang memberikan ilmu dan kefahaman kepada sesiapa yang dikehendakiNya.

Qawaid Fiqhiyyah ni banyak digunapakai terutama dalam isu muassirah melibatkan medik (perubatan) semasa. Sebab perkembangan perubatan yang semakin meluas, jadi penggunaan qawaid fiqhiyyah berlandaskan usul fiqh sangatlah membantu dan memudahkan sekalipun tiada dalil yang qatie tentang sesuatu perkara.

Contohnya dalam situasi gastrik yang saya berikan diatas. Allahua'lam.

_________________
عقيدة السلف اصحاب الحديث

Fb: Ad-Dien

Ad-Dien
Admin
Admin

Posts : 3862
Points : 4184
Join date : 24/11/2011
Age : 26
Location : al-Kardawi

http://addienblog.blogspot.com

Back to top Go down

Re: Menolak darurat?

Post by Nizam on Wed Nov 06, 2013 5:49 am

thtl wrote:itu contoh sahaja. nak kasi mudah paham akan maksud kaedah fiqh tsb...
namun, jika anda dah 2-3 hari tak jumpa air di padang pasir cuma ada arak sahaja dan jika betul kajian sains kata, minum arak akan menyebabkan org amat kehausan itu akan mati, maka lebih baiklah tak usah minum....hehehe

saya bukan saintis...adakah sahih dakwaan, jika org kehausan, kemudian dia minum arak, dia akan mati?
ana pernah tonton satu rancangan survival di nat geo tak silap, mereka buang beer dan ambil tin lalu cari air, apa ntah istilah dia dieric kot, beer dikhabarkan mempercepatkan dihidrat.

_________________
Add Facebook: http://www.facebook.com/albaghani

Nizam
Admin
Admin

Posts : 885
Points : 1174
Join date : 24/11/2011
Age : 32
Location : Bagan

http://bicarathtl.forumms.net

Back to top Go down

Re: Menolak darurat?

Post by thtl on Wed Nov 06, 2013 8:06 am

ianya lebih pada cth, nak mudah faham, "dharurat mengharuskan yg haram."

kalau nak kasi cth babi pun tak apa...dah 10 hari sesat dan yg ada babi aje...

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: Menolak darurat?

Post by alDayyan on Thu Nov 07, 2013 5:09 am

biasanya dalam situasi darurat, miracle akan terjadi selepas kita bertawakal.. wajib kena tawakal dalam usaha utk survival..

_________________
Jazakallah  kerana menjawab persoalan saya.. Semoga Allah merahmati kita semua.  Smile
Jemput LIKE   Like  fanpage
KOLEKSI HADIS PALSU DAN KISAH ISRAELIYAT.

alDayyan
Helper
Helper

Posts : 562
Points : 771
Join date : 25/05/2012
Age : 47
Location : 127.0.0.1

http://www.bicarathtl.forumms.net

Back to top Go down

Re: Menolak darurat?

Post by thtl on Thu Nov 07, 2013 3:09 pm

miracle utk Nabi2 je...org awam tak ada...kena guna kaedah fiqh...itu miracle dalam ilmu istinbath

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: Menolak darurat?

Post by Ad-Dien on Wed Nov 13, 2013 1:55 pm

alDayyan wrote:biasanya dalam situasi darurat, miracle akan terjadi selepas kita bertawakal.. wajib kena tawakal dalam usaha utk survival..
wajib memelihara maqasid as-syariah iaitu nyawa daripada bertawakal hingga boleh mendatangkan mudharat dan maut.

Makan je apa yang ada asal boleh hidup. Smile 

_________________
عقيدة السلف اصحاب الحديث

Fb: Ad-Dien

Ad-Dien
Admin
Admin

Posts : 3862
Points : 4184
Join date : 24/11/2011
Age : 26
Location : al-Kardawi

http://addienblog.blogspot.com

Back to top Go down

Re: Menolak darurat?

Post by Bani Adam on Fri Nov 22, 2013 4:17 am

Salam,

Alhamdulillah.... banyak input diperolehi hasil dari persoalan yg dikemukakan oleh pemilik thread ini.... cuma apa yg saya nak kongsikan, jika dirujuk dalam Al Quran.... Allah tidak pernah menghalalkan apa2 yg telah diharamkan olehNya walaupun masa darurat.

Betulkan saya jika saya silap.

_________________
 

Bani Adam
AHLI
AHLI

Posts : 3
Points : 3
Join date : 20/11/2013

Back to top Go down

Re: Menolak darurat?

Post by thtl on Fri Nov 22, 2013 8:28 am

mmg pun, itu namanya Hukum Asal, arak, babi, mmg haram, dulu, kini dan selamanya.

Bila dharurat dapat pengecualian. bila hilang dharurat, balik kpd hukum asal.

macam solat, hukum asal, solat 5 kali dgn bilangan rakaat yg dah maklum. Jika musafir (travel), maka hukum itu berubah, boleh jama' dan qasar.


thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: Menolak darurat?

Post by Sponsored content Today at 12:50 am


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum