Kefahaman Menanggung Dosa Orang Lain- Percanggahan Antara Riwayat

View previous topic View next topic Go down

Kefahaman Menanggung Dosa Orang Lain- Percanggahan Antara Riwayat

Post by Ad-Dien on Wed Nov 13, 2013 8:17 am


Assalamualaikum, persoalan menanggung dosa orang lain ialah isu yang sering dikatakan. Kita tahu bahawa dalam Al-Quran dinyatakan secara jelas bahawa tidak menanggung dosa sesiapapun melainkan dosa sendiri. Masing-masing bertanggungjawab dengan dosa sendiri. Antaranya:

Kata Allah ta'ala:

قل أغير الله أبغي ربّا وهو رب كل شيء ولا تكسب كل نفس إلا عليها ولا تزر وازرة وزر أخرى ثم إلى ربكم مرجعكم فينبئكم بما كنتم فيه تختلفون

Katakanlah: "(Sesudah aku mentauhidkan Allah dan berserah diri kepadaNya) patutkah aku mencari Tuhan selain Allah, padahal Dia lah Tuhan bagi tiap-tiap sesuatu? Dan tiadalah (kejahatan) yang diusahakan oleh tiap-tiap seorang melainkan orang itulah sahaja yang menanggung dosanya; dan seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja); kemudian kepada Tuhan kamulah tempat kamu kembali, lalu Ia menerangkan kepada kamu akan apa yang kamu berselisihan padanya. [Al-An'am 6:164]



ولا تزر وازرة وزر أخرى وإن تدع مثقلة إلى حملها لا يحمل منه شيء ولو كان ذا قربى إنما تنذر الذين يخشون ربهم بالغيب وأقاموا الصلاة ومن تزكى فإنما يتزكى لنفسه وإلى الله المصير
Dan (ketahuilah), seseorang pemikul tldak akan memikul dosa perbuatan orang lain; dan jika seseorang yang berat tanggungnya (dengan dosa), memanggil (orang lain) untuk menolong memikul sama bebanan itu, tidak akan dapat dipikul sedikitpun daripadanya, walaupun orang yang diminta pertolongannya itu dari kerabatnya sendiri. Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) hanyalah memberi peringatan kepada orang-orang yang takut (melanggar hukum-hukum) Tuhan semasa mereka tidak dilihat orang dan semasa mereka tidak melihat azab Tuhan, serta mereka mendirikan sembahyang. Dan sesiapa yang membersihkan dirinya (dari segala yang dilarang) maka sesungguhnya ia melakukan pembersihan itu untuk kebaikan dirinya sendiri dan (ingatlah), kepada Allah jualah tempat kembali. [Fatir 35:18]

------------------------------------------------------------


Namun begitu, saya mengkaji semula permasalahan ini dan mendapati ianya bukan bersifat mutlak. Ada ayat lain serta hadith menunjukkan keadaan dimana manusia ada menanggung dosa orang lain. Bermakna disini ada ta'arud (percanggahan) antara dalil yang mana ia perlu dikerluarkan kefahaman darinya

Antaranya ayat Al-Quran:

ليحملوا أوزارهم كاملة يوم القيامة ومن أوزار الذين يضلونهم بغير علم ألا ساء ما يزرون

(Mereka dibiarkan menuduh dengan yang demikian) supaya mereka memikul dosa-dosa mereka dengan sepenuhnya pada hari kiamat, dan juga memikul sebahagian dari dosa orang-orang yang mereka sesatkan dengan tidak berdasarkan pengetahuan yang benar; sesungguhnya amatlah buruknya dosa-dosa yang mereka lakukan itu. [An-Nahl 16:25]


وليحملن أثقالهم وأثقالا مع أثقالهم وليسألن يوم القيامة عما كانوا يفترون

Dan sesungguhnya mereka akan menanggung beban-beban dosa mereka dan beban-beban (dosa orang-orang yang mereka sesatkan) bersama-sama dengan beban-beban dosa mereka sendiri; dan sesungguhnya mereka akan ditanya pada hari kiamat kelak tentang apa yang mereka pernah ada-adakan secara dusta itu. [Al-Ankabut 29:13]

Dalil hadith: Hadith Muflis Di Akhirat.


Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tahukah kamu siapakah orang yang muflis itu?” Sahabat menjawab: “Orang yang muflis di kalangan kami ialah seseorang yang tidak memiliki dirham (wang) dan juga tidak memiliki harta.” Lalu Nabi s.a.w. bersabda:”Sebenarnya orang yang muflis dari kalangan umatku ialah seseorang yang datang pada hari qiamat dengan membawa pahala sembahyang, puasa dan zakat, tetapi (dahulunya sewaktu di dunia) ia pernah mencaci maki si fulan, menuduh si fulan, memakan harta si fulan, menumpahkan darah si fulan, dan pernah memukul si fulan. Maka akan diberikan kepada orang yang teraniaya itu daripada pahala kebaikan orang tadi dan begitu pula seterusnya terhadap orang lain yang pernah teraniaya , ia akan diberikan pula daripada pahala kebaikan orang tadi, sehingga apabila telah habis pahalanya sedangkan bebanan dosa penganiayaannya belum lagi dijelaskan (belum dapat dibayar semua), maka akan diambil daripada kesalahan orang yang teraniaya itu lalu dibebankan kepada orang tersebut, maka selanjutnya orang itu akan dicampakkan ke dalam api neraka.” (Hadits Riwayat Muslim)

------------------------------------------------------------

Jadi bagaimana fiqh yang patut difahami melalui percanggahan antara riwayat ini?

Saya dahulukan dan beri ruang kepada yang arif untuk beri pandangan dan kongsi kefahaman agar kita sama-sama dapat manfaat, insyaAllah





_________________
عقيدة السلف اصحاب الحديث

Fb: Ad-Dien

Ad-Dien
Admin
Admin

Posts : 3862
Points : 4184
Join date : 24/11/2011
Age : 26
Location : al-Kardawi

http://addienblog.blogspot.com

Back to top Go down

Re: Kefahaman Menanggung Dosa Orang Lain- Percanggahan Antara Riwayat

Post by thtl on Wed Nov 13, 2013 9:30 am

Dien,
tidak pikul dosa orang lain adalah hukum asal. Maksudnya, setiap orang dinamakan mukalaf, kerana dia hanya bertanggungjawab dan memikul amalannya sahaja.

Adapun si fulan itu memikul dosa orang lain ialah bila dia mencipta sesuatu yg diamalkan atau dikuti oleh orang lain, maka itulah maksud nas yg Din bawa tu..
Cth: ayahpin mencipta agama baru dan kuil yg baru di Besut, TRG, maka dosa pengikutnya juga akan dipikul oleh ayahpin. Jika seorang mencipta suatu ideologi sesat, dosa org yg amalkan idologi tsb juga akan dipikul oleh penciptanya. siapa yg cipta sesuatu bid'ah jika ia diikuti oleh manusia, maka dosa manusia itu juga turut dipikul oleh pencipta bid'ah itu. Jika seseorang menubuhkan sebuah parti yg sesat, maka dosa pengikutya juga akan dipikul oleh pencetusnya.

Ia khusus kpd pencipta dosa, maksiat, bid'ah, budaya dan amalan khurafat yg diikuti oleh orang lain.

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: Kefahaman Menanggung Dosa Orang Lain- Percanggahan Antara Riwayat

Post by abu_firdaus on Wed Nov 13, 2013 9:47 am

soalan tambahan :
bagaimana si pencetus nak menebus dosa yg disebabkan olehnya?

abu_firdaus
AHLI
AHLI

Posts : 688
Points : 712
Join date : 19/05/2012
Location : bdr baru bangi

Back to top Go down

Re: Kefahaman Menanggung Dosa Orang Lain- Percanggahan Antara Riwayat

Post by thtl on Wed Nov 13, 2013 10:16 am

kena masuk neraka dululaa...kemudian lihat kalau ada parol atau pengampunan Tuhan...hehehe
sebab akidah ASWJ, org yg mengucap syahadah ni akhirnya dapat masuk juga selepas beberapa zaman dalam neraka...
tebusan itu ialah kena duk dalam Neraka dulu

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: Kefahaman Menanggung Dosa Orang Lain- Percanggahan Antara Riwayat

Post by abu_firdaus on Wed Nov 13, 2013 10:22 am

alamak! itu dah terlambat hehe..
maksud saya macamana nak bertaubat dari dosa jenis ini? perlukah diusahakan agar pengikutnya di betulkan balik?

abu_firdaus
AHLI
AHLI

Posts : 688
Points : 712
Join date : 19/05/2012
Location : bdr baru bangi

Back to top Go down

Re: Kefahaman Menanggung Dosa Orang Lain- Percanggahan Antara Riwayat

Post by thtl on Wed Nov 13, 2013 12:12 pm

itu dah tentu, kalau pencetus bid'ah tsb dah insaf, maka dia kena iklankan kpd pengikutnya supaya abandon amalan tsb...
biasanya ahli bid'ah tak sedar inovasi mereka itu adalah bid'ah, depa namakan ia bid'ah hasanah

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: Kefahaman Menanggung Dosa Orang Lain- Percanggahan Antara Riwayat

Post by Ad-Dien on Wed Nov 13, 2013 1:37 pm

thtl wrote:Dien,
tidak pikul dosa orang lain adalah hukum asal. Maksudnya, setiap orang dinamakan mukalaf, kerana dia hanya bertanggungjawab dan memikul amalannya sahaja.

Adapun si fulan itu memikul dosa orang lain ialah bila dia mencipta sesuatu yg diamalkan atau dikuti oleh orang lain, maka itulah maksud nas yg Din bawa tu..
Cth: ayahpin mencipta agama baru dan kuil yg baru di Besut, TRG, maka dosa pengikutnya juga akan dipikul oleh ayahpin. Jika seorang mencipta suatu ideologi sesat, dosa org yg amalkan idologi tsb juga akan dipikul oleh penciptanya. siapa yg cipta sesuatu bid'ah jika ia diikuti oleh manusia, maka dosa manusia itu juga turut dipikul oleh pencipta bid'ah itu. Jika seseorang menubuhkan sebuah parti yg sesat, maka dosa pengikutya juga akan dipikul oleh pencetusnya.

Ia khusus kpd pencipta dosa, maksiat, bid'ah, budaya dan amalan khurafat yg diikuti oleh orang lain.
1. Saya setuju dengan pandangan pertama iaitu hukum asal dosa tanggung sendiri.

Thabit dalam hadith bahawa siapa yang buat sunnah dhalalah (amalan sesat/buruk), maka dia akan dapat dosa yang sama dengan orang yang ikut tanpa mengurangkan sedikitpun.
-------------------------------------------

2. Persoalan tambahan:

Bagaimana jika seseorang itu tidak ada langsung buat amalan buruk yang diikuti oleh orang lain. Sebab ada nas yang menjelaskan berkaitan dengannya.

Contoh hadith muflis diakhirat itu, dia menanggung dosa orang di akhirnya. Begitu juga dengan ibu bapa atau orang yang cuai dengan amanah.

Maka disini masih ada ruang/ jalan lain kita tanggung dosa/ dapat bahagian dosa orang lain walaupun kita tidak merintis/ melakukan sunnah dhalalalah yang diikuti oleh orang lain.


mohon pandangan semua... Saya sedang cari perbahasan ulama' tentang ini, masih mencari dan belum jumpa.

----------------------------------------------



p/s- tujuan tread ini untuk semak semula, bahawa kita memang tanggung dosa sendiri tapi bukan definately secara mutlak sebab ada faktor lain yang menyebabkan ianya berubah (ditambah dengan dosa orang lain).



_________________
عقيدة السلف اصحاب الحديث

Fb: Ad-Dien

Ad-Dien
Admin
Admin

Posts : 3862
Points : 4184
Join date : 24/11/2011
Age : 26
Location : al-Kardawi

http://addienblog.blogspot.com

Back to top Go down

Re: Kefahaman Menanggung Dosa Orang Lain- Percanggahan Antara Riwayat

Post by thtl on Wed Nov 13, 2013 5:49 pm

Din,
ibubapa atau ketua atau boss tu bukan tanggung dosa, tapi dia dipertanggungjawabkan, maksudnya, dia dosa kalau cuai sahaja.

ccth: jika anak dara dia tak tutup aurat, dosa tak tutup aurat tu ayah dia tak pikul, sebab anak dara tu dah mukallaf, yg dosa cuma cuai dalam tarbiyah dan asuhan agama. lain tu

Jika pekerja pecah amanah, boss dia tak akan tanggung dosa, cuma dia akan kena dosa jika cuai dan tak jaga syarikat dgn baik.

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: Kefahaman Menanggung Dosa Orang Lain- Percanggahan Antara Riwayat

Post by Ad-Dien on Fri Nov 15, 2013 5:16 am

Tab'an ya syaikhi,

tentang hadith muflis diakhirat pula? Tanggung dosa orang lain atau tidak?

apa pandangan ustaz? Smile

_________________
عقيدة السلف اصحاب الحديث

Fb: Ad-Dien

Ad-Dien
Admin
Admin

Posts : 3862
Points : 4184
Join date : 24/11/2011
Age : 26
Location : al-Kardawi

http://addienblog.blogspot.com

Back to top Go down

Re: Kefahaman Menanggung Dosa Orang Lain- Percanggahan Antara Riwayat

Post by thtl on Fri Nov 15, 2013 8:07 am

itu credit n debit akaun

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: Kefahaman Menanggung Dosa Orang Lain- Percanggahan Antara Riwayat

Post by Ad-Dien on Fri Nov 15, 2013 10:16 am

Jazakallahu khaira

Jadi khulasahnya:

Asal dosa itu ditanggung oleh sekian mukallaf melainkan ada perkara lain yang menyebabkan dosa itu ditimpakan/ ditambah/ dibebankan keatas dirinya.

Allahua'lam. Kalau tiada apa-apa lagi,

Thread Close
Theard Lock 


_________________
عقيدة السلف اصحاب الحديث

Fb: Ad-Dien

Ad-Dien
Admin
Admin

Posts : 3862
Points : 4184
Join date : 24/11/2011
Age : 26
Location : al-Kardawi

http://addienblog.blogspot.com

Back to top Go down

Re: Kefahaman Menanggung Dosa Orang Lain- Percanggahan Antara Riwayat

Post by Sponsored content Today at 7:37 am


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum