Solat jemaah bg wanita

View previous topic View next topic Go down

Solat jemaah bg wanita

Post by ecah on Sat Nov 16, 2013 8:28 pm

Assalamualaikum ustaz,

Baru2 ini saya ada terbaca bahawa pahala solat jemaah 27 darjat itu dikhususkan utk org lelaki yg solat berjemaah di masjid, betul ke ustaz? Selama ni sy igtkan siapa2 yg solat berjemaah tak kira lelaki atau pun perempuan akan dpt 27 darjat pahala tu. Dan lg satu, sy jg prnh trdgr yg perempuan lebih afdhal utk solat sendirian di rumah/dlm bilik, betul ke? Jd mana satu yg lebih baik utk seorang perempuan, solat berjemaah di rumah atau solat sendirian di rumah? lg satu, apakah wajib bg lelaki utk solat fardhu berjemaah di masjid? sb sy ada terbaca artikel yg ckp mcm tu. Terima kasih.


Last edited by ecah on Sat Nov 16, 2013 8:31 pm; edited 1 time in total (Reason for editing : missed a point)

ecah
AHLI
AHLI

Posts : 31
Points : 60
Join date : 14/01/2013

Back to top Go down

Re: Solat jemaah bg wanita

Post by thtl on Sat Nov 16, 2013 10:18 pm

Jawab:
1. pahala lelaki dan wanita yakni 27X ganda tu sama. JikaAQ dan AS tak sebut, maka ia kekal utk lelaki dan wanita.
(Dr Abdul Karim Zaidan, al-Mufassal, 1/212)
Ulasan: skima pahala lelaki vs wanita ni ada lebih dan kurang, lelaki lebih pada solat berjamaah, jumaat dan jihad; manakala wanita ada kelebihan pahala yg banyak pada khidmat sbg isteri, melahirkan anak, menyusu dan menjaga anak2 dan juga turut berkerjaya utk menampung budget keluarga.

2. Wanita ke mesjid, hukumnya boleh saja.

Dalil dalam Bukhari-Muslim:
لا تمنَعوا إماءَ اللهِ مساجدَ اللهِ


الراوي:  عبدالله بن عمر المحدث: مسلم  - المصدر: صحيح مسلم - الصفحة أو الرقم: 442
خلاصة حكم المحدث: صحيح
"Jangan kamu larang wanita ke mesjid2 Allah"

yang jadi masalah bila ada matan dgn tambahan ni:
لا تمنعوا نساءَكمُ المساجدَ وبيوتُهنَّ خيرٌ لَهنّ

الراوي:  عبدالله بن عمر المحدث: الألباني  - المصدر: صحيح أبي داود - الصفحة أو الرقم: 567
خلاصة حكم المحدث: صحيح  
"jangan kamu sekat wanit2 ke masjid2, akan tetapi, rumah2 mereka lebih baik" HR Abu Daud, sahih menurut al-Albani.
Muhadith di Multaqa, kata tambahan itu adalah dha'if (lemah).

Cara nak damaikan dua hadis ini, Muslim kata boleh, Abu daud kata rumah lebih baik di rumah ialah penjelasan al-Qardhawi, dia kata, wanita pada asalnya spt lelaki, boleh dan baik solat di masjid, adapun rumah lebih baik itu jika:
ada fitnah, kemudahan di mesjid tak ada atau wanita tidak menjaga pakaian dan perhiasan jika ke masjid ATAU jika ke mesjid hanya utk solat jamaah semata-mata. Namun, jika mesjid ada kuliah maghrib, ada forum perdana, ada kuliah, maka sudah tentu wanita lebih baik ke mesjid.
3. hukum atas lelaki utk solat fardhu di mesjid.
hukum yg sederhana ialah pendapart Imam Syafi'iy: yakni, hukumnya fardhu kifayah. Jika sebahagian lelaki dalam qaryah itu datang memakmurkan mesjid, maka hukum wajib ke atas semua lelaki di qaryah/mukim  itu gugur. Manakala mazhab lain, yg paling ekstrim ialah mazhab Ibn Hazm, yakni fardhu 'ain dan tak sah solat sendirian, mazhab Hanbali, hukumnya wajib, namun solat sendiri sah. sekian

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: Solat jemaah bg wanita

Post by zikrulmaut_sm on Sun Nov 17, 2013 12:18 am

afwan syaikh, ni saya ada terjumpa quote dari Imam Asy-Syafi'i dari sebuah website (lupa dia punya address). mungkin boleh di-confirm-kan:

Imam Asy-Syafi’i mengatakan:

وأما الجماعة فلا ارخص في تركها إلا من عذر
“Adapun shalat jama’ah, aku tidaklah memberi keringanan bagi seorang pun untuk meninggalkannya kecuali bila ada udzur.”
[ Ash Sholah wa Hukmu Tarikiha, hal. 107 ]

_________________
[Takkan beribadat pun berdosa?]

عن سعيد بن المسيب أنه رأى رجلا يصلي بعد طلوع الفجر أكثر من ركعتين يكثر فيها الركوع والسجود فنهاه. فقال: يا أبا محمد! أيعذبني الله على الصلاة؟! قال: لا ولكن يعذبك على خلاف السنة.
روى البيهقي بسند صحيح

Dari Said bin Musayyib, ia melihat seorang lelaki menunaikan shalat setelah terbit fajar lebih dari dua rakaat, ia memanjangkan rukuk dan sujudnya. Akhirnya Said bin Musayyib pun melarangnya. Orang itu berkata: “Wahai Abu Muhammad, apakah Allah akan menyiksaku karena shalat? “Beliau menjawab: "Tidak, tetapi Allah akan menyiksamu karena menyelisihi As-Sunnah”.

[ Hadits sahih riwayat Baihaqi dalam "As Sunan Al Kubra" II/466, Khatib Al Baghdadi dalam "Al Faqih wal mutafaqqih" I/147, Ad Darimi I/116].

zikrulmaut_sm
AHLI
AHLI

Posts : 513
Points : 765
Join date : 25/11/2011

http://facebook.com/syazwanmisran

Back to top Go down

Re: Solat jemaah bg wanita

Post by thtl on Sun Nov 17, 2013 11:37 am

Ini juga kata2 Imam Syafi'iy:
Imam Syafi’i –rahimahullah- berkata, “Setiap jamaah yang padanya shalat seseorang di rumahnya atau di masjid, kecil atau besar, sedikit atau banyak, maka ia sah. Dan masjid yang terbesar serta banyak jamaahnya lebih aku sukai.” (al-Umm)

Maksud hukum fardhu kifayah tu adalah pendapat yg paling kuat dalam mazhab Syafi'iy yg disimpulkan oleh Imam Nawawi dalam al-Majmu' atau Raudhah at-Tolibin. Sayyid Sabiq juga membuat kesimpulan demikian dalam fiqh sunnah.

Dalam kitab2 yg ditahqiq oleh manhaj salafi, mereka memasukkan Imam Syafi'iy berpendapat wajib hukumnya solat Jamaah.
Kalau kita baca kita fiqh Islami oleh Dr wahbah, mazhab syafi'iy ni secara kesimpulannya menetapkan utk mazhab mereka, hukum solat jamaah di mesjid adalah Fardhu Kifayah. mmg ada banyak kali, Imam Syafi'iy kata tak boleh tapi mazhabnya overrule pendapat tsb...cth: baca al-Qur'an di kubur, Imam syafi'iy kata tak sampai, tapi mazhab beliau yg paling banyak amalkan budaya baca AQ di kubur...

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: Solat jemaah bg wanita

Post by thtl on Sun Nov 17, 2013 11:46 am

Hukum solat berjamaah utk lelaki ni, carilah dalam kitab2 fiqh 4 mazhab, niscaya akan ada 5 pendapat:

1. fardhu kifayah
2. fardhu ain
3. sunat
4. syarat sah solat
5. syarat mendengar azan atau tidak

dan fardhu kifayah itu mmg dah dinisbahkan kpd mazhab syafi'iy

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: Solat jemaah bg wanita

Post by zikrulmaut_sm on Sun Nov 17, 2013 12:30 pm

Like 

thtl wrote:mmg ada banyak kali, Imam Syafi'iy kata tak boleh tapi mazhabnya overrule pendapat tsb.
afwan syaikh, ayat ni saya tak berapa faham. adakah bermakna hukum-hakam mazhabnya disebutkan tanpa diperincikan dengan pendapat-pendapat/qaul Imam Asy-Syafi'i?

_________________
[Takkan beribadat pun berdosa?]

عن سعيد بن المسيب أنه رأى رجلا يصلي بعد طلوع الفجر أكثر من ركعتين يكثر فيها الركوع والسجود فنهاه. فقال: يا أبا محمد! أيعذبني الله على الصلاة؟! قال: لا ولكن يعذبك على خلاف السنة.
روى البيهقي بسند صحيح

Dari Said bin Musayyib, ia melihat seorang lelaki menunaikan shalat setelah terbit fajar lebih dari dua rakaat, ia memanjangkan rukuk dan sujudnya. Akhirnya Said bin Musayyib pun melarangnya. Orang itu berkata: “Wahai Abu Muhammad, apakah Allah akan menyiksaku karena shalat? “Beliau menjawab: "Tidak, tetapi Allah akan menyiksamu karena menyelisihi As-Sunnah”.

[ Hadits sahih riwayat Baihaqi dalam "As Sunan Al Kubra" II/466, Khatib Al Baghdadi dalam "Al Faqih wal mutafaqqih" I/147, Ad Darimi I/116].

zikrulmaut_sm
AHLI
AHLI

Posts : 513
Points : 765
Join date : 25/11/2011

http://facebook.com/syazwanmisran

Back to top Go down

Re: Solat jemaah bg wanita

Post by thtl on Sun Nov 17, 2013 1:28 pm

Ya, ia dinamakan apa yg fatwakan oleh Imam syafi'iy, tapi mazhabnya tidak amalkan menggunakan kaedah qaul qadim dan qaul jadid...ia adalah dinamisma mazhab tsb.
Cth: Imam syafi'iy fatwakan tak sah zakat fitrah melainkan dgn bijirin ruji, tapi mazhab syafi'iy sekarang dah tinggalkan pendapat tsb...

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: Solat jemaah bg wanita

Post by Sponsored content Today at 6:33 pm


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum