Isu salam golongan anti-hadis

View previous topic View next topic Go down

Isu salam golongan anti-hadis

Post by ZulQ on Mon Nov 18, 2013 12:07 pm

Assalamualaikum,

Isu assalamualaikum dan salamun alaikum
------------------------------------
Isu ini telah dibincangkan di web jiran pada suatu masa dahulu dan di web-web lain. Saya hendak tanya semula untuk mendapatkan lebih penjelasan dalam hal ini. Secara jujurnya saya berpendapat bahawa argumen ini nampak kukuh secara permukaannya mungkin itulah sebabnya golongan anti-hadis ini selalu menggunakannya sebagai pembukaan kepada argumen mereka. Mereka menggunakan salam "Salamun alaikum" dan mengatakan bahawa "Assalamualaikum" itu bermaksud "Maha Sejahtera ke atas kamu" dan membawa kepada syirik.

1- Apabila golongan ASWJ hendak menyangkal pendapat GAH tentang isu salam adakah mereka mengutarakan dan berpandukan satu hadis sahaja? (Hadis ketinggian Nabi Adam A.S.)

2- Adakah perkataan "assalamualaikum" itu sendiri salah dari segi tatabahasa Arab? Saya pernah membaca posting di internet yang mana seorang muslim telah diyakinkan oleh pengajarnya bahawa perkataan "assalamualaikum" itu salah dari segi tatabahasa Arab dan tidak wujud.

Cara yang terbaik bagi saya adalah untuk belajar dan mendalami bahasa Arab. Tapi selagi tuan THTL masih sihat saya berharap tidak mengapa saya tanya walaupun hal ini mungkin nampak lapuk sekarang.



ZulQ
AHLI
AHLI

Posts : 163
Points : 244
Join date : 28/11/2011

Back to top Go down

Re: Isu salam golongan anti-hadis

Post by thtl on Mon Nov 18, 2013 2:57 pm

1. Kita tak leh layan puak GAH sebab kita tak ada asas nak diskus. Dia macam syi'ah, tolak hadis (syiah tolak hadis sunni), maka tak guna nak diskus

2. Lafaz Salam  tu tsabit dgn hadis Bukhari-Muslim, kalau tolak hadis, maka susahlah nak diskus. Ia tak menyalahi tatabahasa arab sebab ia kalimah definite. Nabi saw ni seorang yg fasih dalam arabic.

3. lafaz 'salamun alaikum' boleh cuma ia indefinite.

Maka keduanuya boleh pakai, assalam yg afdhal, manakala salamun pun OK.

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: Isu salam golongan anti-hadis

Post by Ibnu Sarkawi on Mon Nov 18, 2013 4:27 pm

betul kata thtl.. byk lagi isu2 sama mcm isu salam yg ditimbulkan puak GAH.. antaranya ucapan 'aameen' selepas al-fatihah dlm solat.

Ibnu Sarkawi
AHLI
AHLI

Posts : 404
Points : 579
Join date : 06/12/2011

Back to top Go down

Re: Isu salam golongan anti-hadis

Post by eimihar on Mon Dec 02, 2013 10:06 am

dulu sblum sy join al-fikrah.net, jiwa sy lebih dkat dgn fahaman AH ni. sy pun pernah persoalkan persoalan yg sama, 'assalamu'alaikum'. lepas suatu ketika, bila faham arab sikit2, baru tahu, ia hanya kepada bab definite/makrifah dan indefinite/nakirah... syukur sgt jumpa forum al-fikrah. =D

eimihar
AHLI
AHLI

Posts : 15
Points : 19
Join date : 12/02/2012

Back to top Go down

Re: Isu salam golongan anti-hadis

Post by thtl on Mon Dec 02, 2013 8:41 pm

al-fikrah v 2.0 kat sebelah...hehehe
sini, forum Bicara thtl..

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: Isu salam golongan anti-hadis

Post by zikrulmaut_sm on Tue Dec 03, 2013 3:26 am

dah agak dah. GAH ni berbahas atas "wishful thinking". basic grammar bahasa Arab pun belum clear.

ahlussunnah pun kalau tak lepas basic grammar bahasa Arab tapi sibuk berjidal sana-sini pun ke laut macam ni jugak. macam yang saya jumpa dulu. bukan ahlussunnah versi nusantara, tapi ahlussunnah yang mengaku salafi, tapi perbahasan ke laut, sebab nak kaitkan sesuatu dengan hadits tapi ambil terjemahan saja (merujuk pada kes event qasidah yang keluar TV baru-baru ni, yang ramai-ramai pakai printscreen).

_________________
[Takkan beribadat pun berdosa?]

عن سعيد بن المسيب أنه رأى رجلا يصلي بعد طلوع الفجر أكثر من ركعتين يكثر فيها الركوع والسجود فنهاه. فقال: يا أبا محمد! أيعذبني الله على الصلاة؟! قال: لا ولكن يعذبك على خلاف السنة.
روى البيهقي بسند صحيح

Dari Said bin Musayyib, ia melihat seorang lelaki menunaikan shalat setelah terbit fajar lebih dari dua rakaat, ia memanjangkan rukuk dan sujudnya. Akhirnya Said bin Musayyib pun melarangnya. Orang itu berkata: “Wahai Abu Muhammad, apakah Allah akan menyiksaku karena shalat? “Beliau menjawab: "Tidak, tetapi Allah akan menyiksamu karena menyelisihi As-Sunnah”.

[ Hadits sahih riwayat Baihaqi dalam "As Sunan Al Kubra" II/466, Khatib Al Baghdadi dalam "Al Faqih wal mutafaqqih" I/147, Ad Darimi I/116].

zikrulmaut_sm
AHLI
AHLI

Posts : 513
Points : 765
Join date : 25/11/2011

http://facebook.com/syazwanmisran

Back to top Go down

Re: Isu salam golongan anti-hadis

Post by Sponsored content Today at 12:37 pm


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum