Mayat Tak Reput
2 posters
BicaraTHTL :: Umum :: Isu Semasa
Page 1 of 1
Mayat Tak Reput
Salam
Contohnya:
1. si mati mmg alim dan warak, maka mayatnya x reput dan sentiasa berbau harum.
2. si mati alim dan warak dan mayatnya reput tetpai berbau harum kuburnya
3. si mati mmg alim dan warak maka mayatnya x reput dan berbau harum semerbak.
Adakah hadis atau nas2 yg menyokong fenomena di atas? setau saya hanya x reput je kan? bukannya ada elemen2 tambahan seperti berbau harum la.. suasana redup la.. hujan turun tp hadirin x basah la dan lain2.
Mayat mertua masih sempurna, tidak reput dan tanah kubur berbau wangi
SEGAMAT: “Ketika proses menggali dan mengeluarkan mayat arwah ibu mentua dijalankan semalam, secara tiba-tiba seluruh kawasan tanah perkuburan ini berbau harum.
“Saya sendiri lihat kain kapan ibu mentua masih dalam keadaan sempurna dan tidak reput. Ia hanya dikotori tanah saja,” kata Abdullah Abdul Karim, 74, hari ini.
Abdullah adalah menantu kepada arwah Maheran Jaaffar, 74, yang meninggal dunia akibat sakit tua pada 2006.
Ketika dikeluarkan dari liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Batu Badak di sini, mayat arwah Maheran masih dalam keadaan sempurna.
Mayatnya antara 16 mayat yang dikebumikan di tanah perkuburan berkenaan yang masih dalam keadaan sempurna.
Tanah perkuburan yang berusia 100 tahun itu digali untuk memberi laluan kepada projek pelebaran Jalan Segamat-Ledang.
Keseluruhannya, 350 kubur terbabit dalam pemindahan berkenaan dan mayat akan disemadikan semula di Tanah Perkuburan Islam Kampung Alai yang terletak tidak jauh dari lokasi berkenaan.
Menceritakan amalan arwah Maheran sepanjang hayatnya, Abdullah berkata, ibu mentuanya sentiasa mengamalkan bacaan zikir selepas bangun daripada tidur.
“Dia tidak pernah mengambil sarapan sebelum berzikir. Arwah juga sangat patuh kepada suami selain tidak pernah putus ke masjid.
“Sepanjang hayatnya, arwah ibu mentua tidak pernah meninggalkan suruhan agama malah turut mengajar mengaji kepada anak jiran,” katanya ketika ditemui.
Selain itu, menurut Abdullah, arwah ibu mentuanya juga seorang yang pemurah dan sering bersedekah.
“Arwah seorang yang agak pendiam namun tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai ibu serta isteri.
“Saya bekerja sebagai penjaga kubur di tanah perkuburan ini sejak 20 tahun lalu. Pengalaman melihat keadaan jenazah arwah ibu mentua yang masih sempurna menunjukkan kebesaran Allah SWT dan Dia memang tidak pernah memungkiri janji-Nya,” katanya.
Menurut Abdullah, dia bersyukur dengan apa yang ditunjukkan oleh Allah SWT kerana ia boleh dijadikan tauladan kepada dirinya serta masyarakat.
“Syukur segala proses menggali serta mengebumikan semula mayat arwah ibu mentua berjalan lancar,” katanya.
Abdullah berkata, selain kubur ibu mentuanya, beberapa kubur saudaranya turut dipindahkan.
- Code:
http://ping.busuk.org/v/335048/mayat-mertua-masih-sempurna-tidak-reput-dan-tanah-kubur-berbau-wangi.html
Contohnya:
1. si mati mmg alim dan warak, maka mayatnya x reput dan sentiasa berbau harum.
2. si mati alim dan warak dan mayatnya reput tetpai berbau harum kuburnya
3. si mati mmg alim dan warak maka mayatnya x reput dan berbau harum semerbak.
Adakah hadis atau nas2 yg menyokong fenomena di atas? setau saya hanya x reput je kan? bukannya ada elemen2 tambahan seperti berbau harum la.. suasana redup la.. hujan turun tp hadirin x basah la dan lain2.
Re: Mayat Tak Reput
Possible, ada diskusi dalam kitab2 spt at-Tazkirah oleh al-Qurthubi. Ini termasuk dalam karamah para syuhada' dan auliya' Allah. Atas dunia, manusia tak tahu dia adalah wali Allah, tapi bila di buka kuburnya, dia mmg wali Allah.
misalnya hadis ni:
المؤَذِّنُ الْمُحْتَسِبُ كالشهيدِ الْمُتَشَحِّطِ فِي دمِهِ إذا ماتَ لَمْ يُدَوِّدْ في قبْرِهِ
الراوي: عبدالله بن عمرو المحدث: الألباني - المصدر: ضعيف الجامع - الصفحة أو الرقم: 5900
خلاصة حكم المحدث: ضعيف
terj: ini pasal tukang azan yg ikhlas, sama dgn syahid,mayat dia tak rput dalam kubur." tapi hadis ni dha'if.
Org kafir pun mendakwa juga ada mayat padri dan sami mereka tak reput...

thtl- Admin
- Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Re: Mayat Tak Reput
Juga ayat ini sbg dalil:
AQS 3:169 [Janganlah kamu mengira bahwa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati; bahkan mereka itu hidup disisi Tuhannya dengan mendapat rezki] terj
AQS 3:169 [Janganlah kamu mengira bahwa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati; bahkan mereka itu hidup disisi Tuhannya dengan mendapat rezki] terj
thtl- Admin
- Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Similar topics
» Post mortem ke atas mayat sama seperti menyeksa mayat?
» 20 Hadith Maqlubah (17) - Mayat dapat Mendengar 20:17 Mayat Dapat Mendengar Orang Hidup
» seputar isu derma organ dan seksa mayat
» Menguruskan mayat pengamal sihir/syirik..
» Ambil gambar mayat sudah siap dikafankan
» 20 Hadith Maqlubah (17) - Mayat dapat Mendengar 20:17 Mayat Dapat Mendengar Orang Hidup
» seputar isu derma organ dan seksa mayat
» Menguruskan mayat pengamal sihir/syirik..
» Ambil gambar mayat sudah siap dikafankan
BicaraTHTL :: Umum :: Isu Semasa
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum