Hadith Rasulullah mengiktiraf si kafir.

View previous topic View next topic Go down

Hadith Rasulullah mengiktiraf si kafir.

Post by intan on Fri Dec 06, 2013 9:00 am

Assalamualaikum Ustaz.

Saya ada mendengar kuliah Syaikh Yasir Qadhi mengenai Mut'im bin 'Ady, antara individu NON-MUSLIM yang banyak membantu Rasulullah shallahu 'alaihi wasallam ketika baginda dan pengikutnya dizalimi.

Dalam kuliah tersebut, Syaikh Yasir Qadhi mengatakan Rasulullah shallahu 'alaihi wasallam masih menyebut-nyebut nama Mut'im bin 'Ady meskipun beliau sudah lama wafat dan ini direkodkan dalam hadith riwayat Bukhari.

Bolehkah Ustaz kongsikan hadith tersebut berserta terjemahan. Jazakallahu khoir.

Ini link kuliah tersebut: http://www.youtube.com/watch?v=cPG4Ymuc8S0

P/S: Saya teringat kuliah ini apabila ramai yang berbicara tentang kematian Nelson Mandela, seorang non-Muslim yang begitu dikenali sebagai pejuang keadilan, dan banyak memberi sokongan kepada Muslim yang tertindas.

intan
AHLI
AHLI

Posts : 45
Points : 116
Join date : 21/05/2012

Back to top Go down

Re: Hadith Rasulullah mengiktiraf si kafir.

Post by thtl on Fri Dec 06, 2013 3:51 pm

حَدَّثَنَا إِسْحَاقُ بْنُ مَنْصُورٍ أَخْبَرَنَا عَبْدُ الرَّزَّاقِ أَخْبَرَنَا مَعْمَرٌ عَنْ الزُّهْرِيِّ عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ جُبَيْرٍ عَنْ أَبِيهِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ
أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ فِي أُسَارَى بَدْرٍ لَوْ كَانَ الْمُطْعِمُ بْنُ عَدِيٍّ حَيًّا ثُمَّ كَلَّمَنِي فِي هَؤُلَاءِ النَّتْنَى لَتَرَكْتُهُمْ لَهُ

terj
(BUKHARI - 2906) : Telah bercerita kepada kami Ishaq bin Manshur telah mengabarkan kepada kami 'Abdur Razzaq telah mengabarkan kepada kami Ma'mar dari Az Zuhri dari Muhammad bin Jubair dari bapaknya radliallahu 'anhu bahwa Nabi Shallallahu'alaihiwasallam berkata di hadapan para tawanan perang Badar: "Seandainya Al Muth'im bin 'Adiy masih hidup lalu dia berbicara kepadaku untuk pembebasan orang-orang busuk ini pasti aku lepaskan mereka kepadanya tanpa tebusan". (lidwa)

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Hadith Rasulullah mengiktiraf si kafir.

Post by intan on Fri Dec 06, 2013 11:53 pm

Jazakallahu khoir Ustaz.

Boleh Ustaz kongsikan Hadith Rasulullah itu berkenaan dengan siapa (pembebasan orang-orang busuk)?
Maksud saya huraian lanjut berkenaan hadith tersebut?

intan
AHLI
AHLI

Posts : 45
Points : 116
Join date : 21/05/2012

Back to top Go down

Re: Hadith Rasulullah mengiktiraf si kafir.

Post by thtl on Sat Dec 07, 2013 9:12 am

Ini kisah selepas perang Badar al-Kubra, di mana tentera Islam berjaya menewaskan musyrikin Quraisy dan berjaya menawan 70 orang. Apa yg direkodkan dalam hadis itu ialah kata2 Nabi saw di hadapan 70 orang tawanan. Sebab wahyu tidak turun utk menentukan nasib mereka, cuma kebiasaan tradisi zaman itu, tawanan perang akan dibunuh semuanya. Orang busuk itu ialah tawanan Quraisy. busuk kerana kejahatan dan kezaliman mereka terhadap Nabi dan sahabat2 beliau yg masih sedikit ketika berada di Mekah. Namun ketika itu baginda teringat akan Mut'im bin Adiy, jasa baik Mut'im kpd baginda ketika di Mekah, jika Mut'im minta dari Nabi agar tebusan itu dibebaskan tanpa syarat, baginda akan berbuat demikian.
*Mut'im adalah ketua suku qabilah bani Naufal yg memberi perlindungan kpd Nabi selepas kewafatan Abu Thalib. Beliau yang membantu ketika Nabi di aniaya di Taif dan ketika boikot kelaparan.

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: Hadith Rasulullah mengiktiraf si kafir.

Post by Sponsored content Today at 6:36 pm


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum