menghukum dengan hukuman yg ditetapkan Allah...dalilnya dlm kitab AQ

View previous topic View next topic Go down

menghukum dengan hukuman yg ditetapkan Allah...dalilnya dlm kitab AQ

Post by kasturi on Wed Dec 11, 2013 11:29 am

Assalamualaikum,, Bismi 
berdasarkn firman Allah dalam surah Almaeda ayat 44,45 dan 47
Allah telah brfirmn ayt yg sama sbyk 3x bhwa sesiapa yg tidak menghukum dengan apa yg diturunkan oleh Allah,(kerana mengingkarinya)maka mereka itulah orng2 yg kafir(44)......mereka itulah org2 yg zalim(45)........................mereka itulah org2 yang fasik(47)

persoalannya disini kita sebagai orng yang bukan menjalankan hukuman adakah turut berdosa?kerana pmimpin yg mmutuskn sstu kputusan spt mnjlnkn hkum tersbut atau tidak.
trma kasih... Wassalam 

kasturi
AHLI
AHLI

Posts : 17
Points : 37
Join date : 11/12/2013
Age : 22
Location : kedah malaysia

Back to top Go down

Re: menghukum dengan hukuman yg ditetapkan Allah...dalilnya dlm kitab AQ

Post by thtl on Wed Dec 11, 2013 8:40 pm

wsm,
ayat2 yg anda kemukakan telah melahirkan banyak firqah atau kumpulan, antaranya khawarij yang mengkafirkan Ali dan Mu'awiyah ra. Dari Khawarij ini di sepanjang sejarah akan muncul aopa yg dinamakan firqah Takfir atau kumpulan yg mengkafirkan Penguasa Muslim.
Sebabnya, kumpulan takfir hanya ambil satu ayat shj, ayat 44, iaitu kafir. Manakala zalim dan fasiq tu dia lupa nak perhati, dia lebih fokus kpd kafir, maka sbb tu jadi kumpulan Takfir, mengkafirkan pemerintah.

Kata Imam Qurtubi ketika tafsir ayat ni dari segi hukum, yang jatuh kafir ialah sesiapa bukan pemerintah saja yg memutuskan sesuatu perkara dia putuskan dgn hukum lain dan yakin hukum lain itu lebih baik dan adil dari hukum Tuhan, barulah kafir. Kalau dia tak komen, maka kemungkina dia jatuh fasiq dan zalim sahaja bukan kafir.

yang ketiga, Jika negara tidak berhukum dgn hukum Allah, ia bukan salah pemimpin sahaja tapi ditanggung semua org Islam dalam negara tsb kerana itulah penguasa yg mereka pilih sendiri spt di Malaysia dan Indonesia dgn PRU atau Pemilu. Rakyat yg pilih kerajaan yg demikian, maka hukum fasiq dan zalim itu dikongsi bersama.

Yang keempat: nak mengeluarkan sesebuah negara yg asalnya Islam atau negara OIC kepada kafir atas semata-mata negara tsb tidak menjalankan hudud bukanlah semudah itu. Hanya dgn satu ayat, maka kita keluarkan Malaysia dari status negara OIC. Ini kerana basic lima perkara sudah ada, syahadah, solat, puasa, zakat dan pemerintah memudahkan rakyat mengerjakan haji sudah cukup dalil ia sebuah negara umat Islam dan tidak boleh dikafirkan negara tsb kerana ia menjalankan hukum civil. sekian

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: menghukum dengan hukuman yg ditetapkan Allah...dalilnya dlm kitab AQ

Post by kasturi on Thu Dec 12, 2013 3:15 am

 Bismi TERIMA KASIH DI ATAS PENERANGAN ...

kasturi
AHLI
AHLI

Posts : 17
Points : 37
Join date : 11/12/2013
Age : 22
Location : kedah malaysia

Back to top Go down

Re: menghukum dengan hukuman yg ditetapkan Allah...dalilnya dlm kitab AQ

Post by Sponsored content Today at 9:54 am


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum