Wanita keguguran

View previous topic View next topic Go down

Wanita keguguran

Post by Solah on Fri Dec 13, 2013 8:04 pm

Apakah hukumnya bagi seorang wanita yang mengalami keguguran sebelum tempoh 120 hari? Adakah darah yang keluar berhari-hari selepas keguguran itu dikira sebagai haid, nifas atau istihadhah? Terdapat pelbagai pendapat dan bagaimana nak pilih pendapat yang terkuat? Syukran.

Solah
AHLI
AHLI

Posts : 114
Points : 187
Join date : 07/01/2012
Age : 34
Location : Penang

Back to top Go down

Re: Wanita keguguran

Post by Ahmad Shamil on Sat Dec 14, 2013 5:46 am

masalah keguguran sebelum tempoh 120 hari"
1. Mazhab Malik dan Syafi'i: keguguran tetap dikira menyebabkan wanita berada dalam keadaan nifas. darah yg keluar dianggap nifas.
tunggu sehingga darah berhenti, kemudian wajib mandi. darah yg berlarutan slps 40 hari tidak dikira sbg nifas, tp dianggap istihadah, menurut jumhur.

2. Mazhab Hanafi dan MAliki: jika keguguran melibatkan sesuatu yg tidak ada langsung gambaran bentuk bayi, wanita tidak dikira berada dalam keadaan nifas. menurut abu yusuf dan muhammad dlm satu riwayat, tidak perlu mandi, hanya perlu berwuduk.

mohon ulamak-ulamak yg ada di dlm ini utk tarjih Smile

_________________
http://kembara-journey.blogspot.com
http://epetscorner.blogspot.com

Jihad tanpa didasari ilmu pengetahuan ibarat pedang tanpa gagang, bisa melukai (Kiai Haji Ahmad Dahlan r.h.m)

Ahmad Shamil
Admin
Admin

Posts : 929
Points : 1226
Join date : 24/11/2011
Age : 31
Location : Raub, Pahang

http://kembara-journey.blogspot.com

Back to top Go down

Re: Wanita keguguran

Post by Solah on Sat Dec 14, 2013 6:07 am

Syukran Ustaz.

Lagi satu soalan: Darah yang keluar semasa mengandung sebelum keguguran adakah dikira sebagai darah istihadhah? Contohnya darah keluar on-off selama seminggu kemudian disusuli keguguran.

Solah
AHLI
AHLI

Posts : 114
Points : 187
Join date : 07/01/2012
Age : 34
Location : Penang

Back to top Go down

Re: Wanita keguguran

Post by Ahmad Shamil on Sat Dec 14, 2013 10:58 am

1. menurut kebanyakan ulamak, kaedah asalnya wanita tidak mengalami haid ketika mengandung.
namun ada juga yg berpendapat org yg mengandung juga didatangi haid. antaranya al-imam as-syafie.

2. jika darah keluar ketika seseorang mengandung, kena lihat sifat darah tersebut.

3. jika ia keluar pada waktu biasa dia mengalamai haid, dan darah itu mempunyai sifat2 darah haid, ia dikira haid.

4. sebaliknya, jika darah yg keluar tidak mempunyai sifat darah haid dan tidak keluar ketika waktu haid, ia dikira sebagai istihadah.
(sumber: Sahih fiqh sunnah, abu malik kamal,1/209)


_________________
http://kembara-journey.blogspot.com
http://epetscorner.blogspot.com

Jihad tanpa didasari ilmu pengetahuan ibarat pedang tanpa gagang, bisa melukai (Kiai Haji Ahmad Dahlan r.h.m)

Ahmad Shamil
Admin
Admin

Posts : 929
Points : 1226
Join date : 24/11/2011
Age : 31
Location : Raub, Pahang

http://kembara-journey.blogspot.com

Back to top Go down

Re: Wanita keguguran

Post by thtl on Sat Dec 14, 2013 12:03 pm

Like 

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: Wanita keguguran

Post by Sponsored content Today at 12:50 am


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum