hadis palsu yang tak palsu?

View previous topic View next topic Go down

hadis palsu yang tak palsu?

Post by Ahmad Shamil on Mon Dec 16, 2013 7:06 pm

di satu group whatsapp, ada shbt ana kongsi satu artikel.
shbt2 semua mesti ada yg pernah baca buku pts karya akhuna ust abd razak muthalib- 40 hadis palsu yg popular.
artikel tersebut yg beralamat - jomfaham.blogspot.com- mengkritik buku ini. kesimpulan dr kritikan itu, ada beberapa hadis yg didakwa palsu dlm buku ini, sebenarnya tidak palsu.

sebenarnya mcm mana ya? mmg hadis2 ini dikhilafkan di kalangan ulamak?

berikut antara kritikan beliau:

Hadis 1 : Menuntut Ilmu Sehingga ke China :

Jawapan : Hadith ini bukanlah palsu bahkan mencapai darjat hasan dan juga darjat dhoief. Penjelasannya di sini : Status hadith : Tuntulah Ilmu Hingga Ke Negeri China

« اطلبوا العلم ولو بالصين ، فإن طلب العلم فريضة على كل مسلم » “ Tuntutlah ilmu sampai ke negeri China, karena sesungguhnya menuntut ilmu sangatlah wajib atas setiap orang muslim”.

Nash di atas adalah matan dari hadits dhoif tetapi diriwayatkan melalui banyak sanad, di antaranya Imam Baihaqi dalam kitab syi’bul iman. Ahli hadits menyatakan di antara perowi hadits tersebut adalah Abu ‘Atikah yang dikatakan oleh ulama’ hadits sebagai perowi dhoif, sehingga muncul banyak pendapat dalam menilai hadits ini sebagai hadits dhoif, bathil atau tidak bersanad. Namun demikian, menurut al-hafidh al-Mazi : karena hadits ini memiliki banyak jalan (sanad), maka dari dhoif naik ke derajat hasan lighoirihi. Oleh karena itu tidak boleh bagi kita mengatakan bahwa itu bukan hadits.

شعب الإيمان للبيهقي – (4 / 174)

أخبرنا أبو عبد الله الحافظ ، أخبرنا أبو الحسن علي بن محمد بن عقبة الشيباني ، حدثنا محمد بن علي بن عفان ، ح وأخبرنا أبو محمد الأصبهاني ، أخبرنا أبو سعيد بن زياد ، حدثنا جعفر بن عامر العسكري ، قالا : حدثنا الحسن بن عطية ، عن أبي عاتكة ، – وفي رواية أبي عبد الله – حدثنا أبو عاتكة ، عن أنس بن مالك ، قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : « اطلبوا العلم ولو بالصين ، فإن طلب العلم فريضة على كل مسلم » « هذا حديث متنه مشهور ، وإسناده ضعيف » وقد روي من أوجه ، كلها ضعيف

جامع الأحاديث – (5 / 2)

اطلبوا العلم ولو بالصين فإن طلب العلم فريضة على كل مسلم (العقيلى ، وابن عدى ، والبيهقى فى شعب الإيمان ، وابن عبد البر عن أنس) أخرجه العقيلى (2/230 ، ترجمة 777) ، وابن عدى (4/118 ، ترجمة 963) كلاهما فى ترجمة طريف بن سلمان أبو عاتكة . والبيهقى فى شعب الإيمان (2/253 ، رقم 1663) ، وقال : هذا الحديث شبه مشهور ، وإسناده ضعيف ، وقد روى من أوجه كلها ضعيفة . وأخرجه ابن عبد البر فى العلم (1/9) . وأخرجه أيضاً : الخطيب (9/363) ، وأورده ابن الجوزى فى الموضوعات (1/347 ، رقم 428) . قال العجلونى (1/154) : ضعيف بل قال ابن حبان : باطل . وذكره ابن الجوزى فى الموضوعات ، ونوزع بقول الحافظ المزى : له طرق ربما يصل بمجموعها إلى الحسن ، وبقول الذهبى فى تلخيص الواهيات : روى من عدة طرق واهية وبعضها صالح ، ورواه أبو يعلى عن أنس بلفظ : اطلبوا العلم ولو بالصين فقط ، ورواه ابن عبد البر أيضاً عن أنس بسند فيه كذاب .

مسند البزار – (1 / 55(

وَحَدِيثُ أَبِي الْعَاتِكَةِ : اطْلُبُوا الْعِلْمَ وَلَوْ بِالصِّينِ لاَ يُعْرَفُ أَبُو الْعَاتِكَةِ وَلاَ يُدْرَى مِنْ أَيْنَ هُوَ ، فَلَيْسَ لِهَذَا الْحَدِيثِ أَصْلٌ. قواعد التحديث من فنون مصطلح الحديث – (1 / 66( وفي عون الباري نقلاً عن النووي أنه قال ((الحديث الضعيف عند تعدد الطرق يرتقى عن الضعف إلى الحسن ويصير مقبولاً معمولاً به))

قواعد التحديث من فنون مصطلح الحديث – (1 / 77(

الخامسة قولهم هذا الحديث ليس له أصل أو لا أصل له قال ابن تيميه معناه ليس له إسناد

قواعد التحديث من فنون مصطلح الحديث – (1 /86(

الثامن المشهور وهو ماله طرق محصورة بأكثر من اثنين سمى بذلك لوضوحه ويطلق على ما اشتهر على الألسنة فيشمل ماله إسناد واحد فصاعداً بل مالا يوجد له إسناد أصلا (كذا في النخبة) وما اشتهر على الألسنة أعم عن اشتهاره عند المحدثين خاصة أو عندهم أو

عند العامة مما لا أصل له شرح إختصار علوم الحديث – (1 / 363(

والشهرة أمر نسبي، فقد يشتهر عند أهل الحديث، أو يتواتر ما ليس عند غيرهم بالكلية ، ثم قد يكون المشهور متواترا أو مستفيضا، وهذا ما زاد نقلته على ثلاثة، وعن القاضي الماوردي أن المستفيض أكثر من المتواتر، وهذا اصطلاح منه، وقد يكون المشهور صحيحا كحديث: الأعمال بالنيات وحسنا، وقد يشتهر بين الناس أحاديث لا أصل لها، أو هي موضوعة بالكلية، وهذا كثير جدا

Sumber : Http://www.Forsansalaf.Com

Hadis 3 : Nabi Kota Ilmu dan Ali Pintunya

Hadis ini tidak palsu. Bahkan, banyak ulama' menilai hadis ini sebagai hasan seperti Sheikh Ahmad As-Siddiq Al-Ghumari. Sebahagiannya menilai hadis ini dha'if. Tetapi, tidak sampai tahap maudhu'.

Komentar dari Ustaz Al Faqir Azam :

Al imam alHafiz Sayyid Ahmad Siddiq alGhumari ada tulis kitab tentang kesahihan ini dalam kitabnya " Fathul malikil Aliy bisihhati hadith Babu Madinatil Ilmi Ali" ianya telah ditahqiq seorang Muhaddith di tarim yaman, iaitu al Habib alMuhaddith Dr. Alawi bin Hamid bin Muhammad bin Syihabuddin.

Memang benar sebahagian hadis yang disahihkan imam al hakim dalam mustadraknya ada kelonggaran dan dikrtitik ulama. Tetapi penulis tidak boleh hanya melihat satu sanad sahaja. Yang dilemahkan azZahabi adalah sanadnya. Cuba baca syawahid dan mutabaat bagi hadith ini yang menguatkannya lagi riwayat imam at tirmizi itu sanadnya hasan.

Berkata Imam as-Suyuti dlm alJami' al-Kabir, "aku pernah menjawab tentang hadis ini lama dahulu bahwa ianya hasan sehingga aku mendapati tashih(pensahihan) Imam Ibnu Jarir bagi hadis Ali ini di dlm Tahzib al-Athar....maka aku beristikharah kepada Allah dan aku meyakini dengan penaikan status hadis dari darjat hasan kepada darjat sahih.."

Menurut alHafiz Sayyid Ahmad al-Ghumari ketika membentang riwayat2 dan jalur sanad yang banyak bagi hadith ini dan komentar para huffaz dan nuqqad tentangnya, sebahagian mengatakan ianya hasan dan sebahagian mengatakan ianya naik kpd martabat Sahih li ghairihi.

Hadis 9 : Kelebihan Solat Terawaih .

Memang yang selalu kita dengar tentang kelebihan solat terawih pada setiap malam tu ada yang palsu. Namun ada juga hadith sahih yang menyatakan kelebihan solat terawih. Penjelasannya di sini : Fadhilat-fadhilat Sahih Solat Terawih

Hadis ke-15: " kita pulang dr jihad yg kecil kepd jihad yg besar".Para sahabat bertanya:"apakah jihad yang paling besar?"Nabi Muhammad menjawab:"Jihad hati( memerangi hawa nafsu)"

Hadith ini juga bukan palsu bahkan sanadnya adalah sahih. Penjelasannya di sini : Status hadith : Jihad Al Akbar - Memerangi Hawa Nafsu

Hadis 16 : Perselisihan Adalah Rahmat

Hadith ini juga bukan palsu. Sudah dijelaskan oleh Ustaz Nazrul Nasir : Perselisihan Adalah Rahmat

Takhrij Hadith : Al Allamah Al Minawi ketika mentakhrij hadith ini dalam kitab beliau, Faidhul al Qadir Jilid 1, m/s 212 menyatakan : [As Subki berkata : Hadith ini tidak diketahui oleh para muhaddisin. Aku tidak menemui sanadnya yang sahih, dhoief mahupun maudhu'] - Lihat perkataan ulamak yang wara' tidak mudah terus menyatakan PALSU.

As Sayuti berkata: BOLEH JADI ia diriwayatkan dalam sesetengah kitab para penghafal hadith yang tidak sampai kepada kita. - Lihat akhlak ulamak yang berkredibiliti dan tidak bermudah menghukum PALSU secara semberono hanya kerana ia tidak mengetahui sanadnya.

Albaihaqi dalam kitab al Madkhal dan ad Dailami dalam Musnad al Firdaus menyatakan isnadnya. Kedua-duanya daripada hadith marfu' Ibnu Abbas dengan lafaz : "Perselisihan para sahabatku adalah rahmat". Perselisihan sahabat sama dengan perselisihan Umat. Akan tetapi al Hafiz Al Iraqi berkata : Sanad ini dhoief. Anak beliau Abu Zar'ah seorang pentahqiq berkata : Ia juga diriwayatkan oleh Adam bin Abi Ilyas dalam kitab al 'ilmi wal hilm dengan lafaz : "Perselisihan para sahabatku adalah rahmat". Hadith ini mursal dhoief. Dalam Tabaqot Ibnu Sa'ad daripada al Qasim bin Muhammad dinyatakan hadith seumpamanya]

Dr Yusof al Qardhawi ( Kitab Ash-Shahwah Al-Islamiyyah baina Al-Ikhtilaf Al-Masyru' wa At-tafarruq Al-Madzmum) berpandangan hadith ini sahih pengertiannya. Pengertian hadith ini disokong oleh riwayat Darulqutni yang dianggap sebagai hadith hasan oleh Imam An Nawawi dalam kitabnya Matan al Arbai'en :

Sesungguhnya Allah Ta'ala meletakkan garis sempadan, janganlah kamu melampauinya. Dia mewajibkan perkara fardhu, janganlah kamu mensia-siakannya. Dia mendiamkan hukum bagi beberapa perkara sebagai rahmat kepada kamu dan bukannya lupa, janganlah kamu mencari-carinya.


Biasanya, perkara yang didiamkan oleh Allah menjadi sebab kepada perselisihan. Ini kerana ia membentuk ruang kosong dalam perundangan Islam. Setiap ulama akan cuba mengisinya berlandaskan asas-asas pengambilan hukum dan aliran sekolahnya. Ada yang mengambil jalan qiyas. Yang lain mengambil jalan istihsan, Yang ketiga mengambil jalan maslahat. Yang keempat berdasarkan 'uruf. yang lain pula berdasarkan Bara ah al Asliyyah.. dan sebagainya.

Hadis 17 : Syurga Di Bawah Tapak Kaki Ibu

Hadith ini bukan palsu. Sebab ada hadith yang bererti : Syurga itu di bawah tapak kaki ibu. Hassan sahih;diriwayatkan oleh an-nasai’e. Seorang sahabat bernama Jahimah ra datang menemui RasulluAlllah saw meminta pandangan baginda untuk dia ikt serta dalam ekspedisi berjihad.Rasullah saw bertanya: "adakah kamu ada ibu?"Jahimah menjawab : "Ya!" Lalu RasulluAllah saw bersabda:"tinggallah bersamanya kerana sesungguhnya syurga berada dibawah tapak kakinya".


Hadis 21 : Kelebihan Membaca Surah Yasin.

Tidak semua hadith mengenai kelebihan membaca Surah Yasin adalah palsu. Ada hadith sahih kelebihan membaca surah yasin.

Ibn Hibban dalam kitab sahihnya meriwayatkan hadith Jundab bin AbdiLLah, RasuluLlah sallaLLahu 'alaihi wasallam bersabda yang bererti :


"Surah al Baqarah adalah tulang belakang al Quran, ia diturunkan oleh lapan puluh malaikat dengan membawa satu persatu ayat. Sedangkan ayat kursi diturunkan dari bawah Arsy'. kemudian ia dikumpulkan dengan ayat-ayat surah al Baqarah. Surah Yasin pula adalah hati al Quran, tidak ada orang yang membacanya dengan mengharap redha ALlah dan pahala akhirat melainkan dia akan mendapat ampunan dari-Nya. Bacalah surah Yasin untuk saudara-saudara kamu yang telah meninggal dunia."


(Ditakhrij oleh Ibn Hibban di dalam Kitab Sahihnya pada bab Fadhilat Surah al Baqarah. Demikian juga al Haithami meriwayatkannya di dalam kitab Mawarid al Dzam'an, (jilid V, h 397).

Imam Ahmad juga meriwayatkannya di dalam al Musnad dari Ma'qal bin Yasar (jilid v h 26). Al Haithami mengulas hadith tersebut di dalam kitab Majma' al Zawaid, "Hadith tersebut diriwayatkan oleh Imam Ahmad, di dalamnya ada salah seorang perawi yang tidak disebut namanya, bagaimanapun perawi perawi lainnya adalah sahih (jilid VI h 311)

Rujuk : Prof Dr Sayyid Muhammad 'Alawi Al Maliki Al Hasani, Kajian Mendalam ke Atas Manfaat Amalan Orang Hidup Terhadap Arwah, Tahqiq al amal fi ma yan fa'u al mayyitu min al a'mal, Jahabersa, 2007, Johor

Hadis 22 : Yasin Hati Al-Quran

Ini bukan hadith palsu

Daripada Anas RadiyaLlahu 'anhu :

قال النبي صلى الله عليه وسلم : إن لكل شيء قلبا و قلب القرأن يس و من قرأ يس كتب الله له بقراءتها قراءة القراءن عشر مرات

Sabda Nabi sallaLlahu 'alaihi wasallam :

"Sesungguhnya bagi tiap-tiap sesuatu itu ada jantung, dan jantung al Quran ialah Yasin. Dan sesiapa yang membaca Yasin, akan dituliskan Allah baginya dengan membacanya pahala seumpama membaca al Quran sepuluh kali"


(Riwayat at Tirmizi dan ad Darimi)

Menurut Imam at Tirmizi darjat hadith ini adalah hasan gharib. Ia telah diriwayatkan oleh lima orang sahabat radiyaLlahu anhum iaitu Abu Bakar as Siddiq, Anas r.a, Abu Hurairah r.a, Ubay bin Kaab r.a dan Ibn Abbas radiyallahu anhuma. Maka dari segi istilah ia bilangan yang cukup menjadi hadith mahsyur. (Rujuk Majalah Q & A Bil 3, m/s 76-77. Dijelaskan oleh Ustaz Mohd Khafidz Bin Soroni (Jabatan Hadith KUIS))

Hadis 27 : Menyapu Muka Selepas Solat

Dijelaskan oleh Ustaz Ayman Akiti : di dalam kitab berjudul al-Hujjaj al-Qath'iyyah fi Shihhah al-Mu'taqadat wa al-Amaliyyah al-Nahdliyyah, Page 66: Adanya Rasulullah SAW itu mengusap wajahnya dengan kedua belah tangannya setelah setiap kali doa.

Telah terdapat di dalam sebagian Hadis-Hadis seperti berikut: عَنِ السَّائِبِ بْنِ يَزِيدَ عَنْ أَبِيهِ أَنَّ النَّبِىَّ -صلى الله عليه وسلم- كَانَ إِذَا دَعَا فَرَفَعَ يَدَيْهِ مَسَحَ وَجْهَهُ بِيَدَيْه diceritakan dari al-Saib bin Yazid dari Bapaknya bahawa Nabi SAW adanya beliau ketika berdoa mengangkat kedua belah tangannya lalu mengusap wajahnya dengan kedua belah tangan. (Riwayat Sunan Abu Daud, no. 1275)

Begitu juga disunnahkan bagi orang yang telah solat untuk mengusap wajahnya dengan kedua belah tangannya, kerana sesungguhnya solat secara bahasa adalah doa, kerana terkandung di dalamnya beberapa doa kepada Allah Yang Menjadikan Mahasuci-Nya Ta'ala. Maka barangsiapa solat maka dia benar-benar telah berdoa kepada Allah azza wajalla. Maka yang kukuh dengan ini, disunnahkan bagi orang tersebut untuk mengusap wajahnya setelah setiap kali solat. Berkata Imam Nawawi di dalam Kitab al-Azkar:

وروينا في كتاب ابن السني ، عن أنس رضي الله عنه ، قال : كان رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا قضى صلاته مسح جبهته بيده اليمنى ، ثم قال : أشهد أن لا إله إلا الله الرحمن الرحيم ، اللهم أذهب عني الهم والحزن

Dan aku meriwayatkan di dalam kitab Ibn al-Sinni dari Anas RA. berkata: Adanya Rasulullah SAW ketika selesai solatnya, beliau mengusap dahinya dengan tangannya yang kanan lalu berdoa: "Aku bersaksi bahawasanya tidak ada tuhan kecuali Dia Zat Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, YA Allah, hilangkanlah dariku kesusahan dan kesedihan" (al-Azkar, 69).

Maka jadilah perkara tersebut sebagai dalil bahwa sesungguhnya mengusap wajah itu disyariatkan di dalam agama, dengan pengetahuan bahwasanya Nabi SAW juga mengamalkannya. Penjelasannya ada di sini : Hukum Mengusap Wajah Selepas Solat


_________________
http://kembara-journey.blogspot.com
http://epetscorner.blogspot.com

Jihad tanpa didasari ilmu pengetahuan ibarat pedang tanpa gagang, bisa melukai (Kiai Haji Ahmad Dahlan r.h.m)

Ahmad Shamil
Admin
Admin

Posts : 929
Points : 1226
Join date : 24/11/2011
Age : 31
Location : Raub, Pahang

http://kembara-journey.blogspot.com

Back to top Go down

Re: hadis palsu yang tak palsu?

Post by Ahmad Shamil on Mon Dec 16, 2013 7:11 pm

ini ada penjelasan ttg hadis tuntut ilmu ke negeri cina oleh fathi al-sakandari

Penjelasan Status Hadith:
Anjuran menuntut ilmu ke negara Cina



Matan(Teks) Hadith:


اطلبوا العلم ولو بالصين


Terjemahan: "Tuntutlah ilmu walau ke negara Cina"

Status:

Tiada hadith yang Sahih dalam bab ini walaupun satu, bahkan semuanya adalah Palsu, Batil, Tiada Asalnya sebagaimana yang telah dijazamkan oleh para huffaz hadith Salaf al-Mutaqaddimin.

Kata Imam al-Khallal:

أخبرني المروذي، أن أبا عبدالله ذكر له هذا الحديث، فأنكره إنكار شديداً

Terjemahan: "Telah mengkhabarkanku al-Marwazi sesungguhnya Abu `Abdullah (iaitu Imam Ahmad) ditanya akan hadith ini, maka dia (Imam Ahmad) mengingkarinya dengan sekeras-kerasnya" [al-Muntakhab Min `Ilal al-Khallal, 1/15]

Kata Imam al-Bazzar:


فليس لهذا الحديث أصل

Terjemahan: "Tiada bagi hadith ini akan asal" [Musnad, 1/175]

Bahkan kata Imam Ibn Hibban:

باطل لا أصل له


Terjemahan: "Batil, tiada asalnya" [al-Maqasid, 63, al-Fawaid al-Majmu'ah, 1/124]

Hadith ini datang dengan 4 jalur dan kesemuanya adalah Palsu, Batil. Saya akan menjelaskannya satu persatu di bawah:

#1: Jalur Abi `Atikah dari Anas

Jalur ini dikeluarkan antaranya oleh al-Khallal dalam al-`Ilal (63), Ibn `Adiy dalam al-Kamil Fi al-Dhua'fa' (4/118), Abu Nu'aim dalam Akhbar al-Asbahan (2/156) dan lain-lain kesemuanya dari jalur al-Hasan bin `Athiyyah bin Najih dari Abi `Atikah dari Anas secara Marfu'.

Jalur ini adalah Munkar bahkan Maudhu' (Palsu), padanya beberapa penyakit:

1- Tafarrud (menyendirinya) al-Hasan bin `Athiyyah dari Abi `Atikah dari Anas. Kata Ibn `Adiy :

ما أعلم يرويه غير الحسن بن عطية عن أبي عاتكة عن أنس


Terjemahan: "Tidaklah diketahui ia melainkan dari jalur al-Hasan bin `Athiyyah dari Abi `Atikah dari Anas" [al-Kamil Fi al-Dhua'fa', 1/178]

2- Bersama-sama dengan tafarrudnya Abi `Atikah, dia juga adalah seorang yang mendustai hadith, mencipta hadith Palsu.

Kata Abu Hatim tentangnya:


ذاهب الحديث

Terjemahan: "mencuri dan mendustai hadith" [Tahzib al-Kamal, 8193]

Kata al-Bukhari pula:


منكر الحديث


Terjemahan: "Munkar al-Hadith (iaitu hadith-hadithnya Munkar, terlalu banyak silap)". [al-Tarikh al-Kabir, 4/357]

Bahkan kata Ibn `Abdil Baar al-Qurthubi:

ذكره السليمانى فيمن عرف بوضع الحديث


Terjemahan: "al-Sulaimani menyebutnya sebagai salah seorang yang dikenali memalsukan hadith" [Tahzib al-Tahzib, 12/142]

Kata Ibn Hibban pula:


أبو عاتكة منكر الحديث جدا،
يروى عن أنس مالا يشبه حديثه وربما روى عنه ما ليس من حديثه

روى أبو عاتكة عن أنس عن صلى الله عليه وسلم قال: اطلبوا العلم ولو بالصين


Terjemahan: "Abu Atikah adalah Munkarul Hadith Jiddan, dia meriwayatkan dari Anas apa yang tidak menyerupai (iaitu bukan milik) hadith Anas, kemungkinan dia meriwayatkan dari Anas apa yang bukan dari hadith Anas, iaitu dia Abu Atikah meriwayatkan dari Anas dari Nabi sabdanya: tuntutlah ilmu walau ke negara Cina" [al-Majruhin, 1/382].

Bahkan Ibn al-Jauzi memasukkan hadith ini dengan jalur ini dalam kitabnya al-Maudhu'at yang merupakan kitab himpunan hadith-hadith Palsu.

#2: Jalur Ya'qub al-`Asqalani dari Anas

Jalur ini dikeluarkan oleh Ibn `Abdil Baar dalam Jami' Bayan al-`Ilm Wa Fadhlih (1/9) dari jalur Ya'qub bin Ishaq bin Ibrahim bin al-`Asqalani dari `Ubaid bin Muhammad al-Firyabi dari Ibn `Uyainah dari al-Zuhri dari Anas secara Marfu'.

Jalur ini adalah Munkar bahkan Maudhu' (Palsu), padanya beberapa penyakit:

1- Ya'qub bin Ishaq bin Ibrahim bin al-`Asqalani adalah seorang yang mendustai hadith sebagaimana yang disebutkan dalam al-Laali al-Masnu'ah Fi Ahadith al-Maudhu'ah (1/175) karya al-Suyuthi.

2- Tidak diketahui akan hadith ini dari Ibn `Uyainah dan al-Zuhri melainkan jalur ini, sedangkan mereka berdua adalah huffaz besar yang mempunyai ramai murid, dan ini menunjukkan bahawa jalur ini adalah Munkar. Tidak lain tidak bukan hanyalah satu kesilapan dan pendustaan.

#3: Jalur Jabir bin Zaid dari Anas

Jalur ini ditemui dalam kitab Tartib al-Musnad yang kononnya karya al-Rabi' bin Habib (18), katanya dari Abu `Ubaidah dari Jabir bin Zaid dari Anas secara Marfu'.

Jalur ini adalah Palsu kerana kitab Tartib al-Musnad adalah kitab palsu ciptaan Ibadiyah terkemudian, bahkan al-Rabi' dan gurunya adalah rekaan serta tidak pernah wujud pun sebagaimana yang telah dijelaskan oleh para ahli ilmu semisal Syaikh al-Musnid Ziyad al-Tuklah, Syaikh Sa'd al-Humaid, al-Albani dan lainnya.


#4: Jalur Abi Salamah dari Abi Hurairah

Jalur ini dikeluarkan Ibn `Adiy (1/177) dari Muhammad bin Karam dari Ahmad al-Juwaibari dari al-Fadhl bin Musa dari Muhammad bin `Amru dari Abi Salamah dari Abi Hurairah secara Marfu'.

Jalur ini adalah Palsu, penyakitnya ialah al-Juwaibari yang memalsukan hadith ini. Bahkan kata Imam Ibn `Adiy sendiri:


وهذا بهذا الإسناد باطل


Terjemahan: "Ini dengan isnad ini adalah Batil (Palsu)" [al-Kamil Fi al-Dhua'fa',1/177]

Bantahan kepada mereka yang cuba menguatkan hadith ini:

Sesetengah manusia zaman moden kini bersemangat membela hadith Palsu ini, mereka berhujah dengan kata Imam al-Mizzi. Dalam tulisan mereka, mereka membuat persepsi kepada awam bahawa Imam al-Mizzi menyatakan hadith ini walaupun Dha'if setiap jalurnya namun disebabkan banyak jalurnya maka ia automatis naik taraf menjadi Hasan (mengikut istilah Mutaakhkhirin). Persoalannya adakah benar dakwaan mereka ini?

Untuk mengetahui hal yang sebenar, maka eloklah kita merujuk kepada kata Imam al-Mizzi sendiri, iaitu kata beliau:


إنه له طرقاً ربما يصل بمجموعها إلى الحسن


Terjemahan: "Sesungguhnya padanya ada beberapa jalur, kemungkinan dengan himpunan jalur-jalur itu ia boleh mencapai ke darjat Hasan".

Perhatikan dalam ayat Imam al-Mizzi itu, jelas bahawa al-Mizzi tidak pernah memastikan bahawa hadith ini semestinya mencapai Hasan (tepatnya disebut Hasan Li Ghairihi) dengan sebab bayaknya jalurnya, akan tetapi al-Mizzi hanyalah menyebut kemungkinan ia boleh dinaikkan ke tahap Hasan kerana ia mempunyai banyak jalur.

Bagi mereka yang mendalami, mahir serta masak ilmu hadith, sudah pasti berjaya menangkap bahawa al-Mizzi tidak menaikkan hadith itu kepada Hasan, sebaliknya hanya menyatakan kemungkinan ia boleh dinaikkan kepada Hasan kerana banyaknya jalur, bagaimana hendak memastikan kemungkinan itu wujud atau tidak mestilah mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan dalam disiplin ilmu hadith.

Hadith Dha'if yang bagaimanakah boleh dinaikkan kepada Hasan?

Bagi para ahli hadith, umumnya sesuatu hadith Dha'if itu boleh dinaik taraf menjadi Hasan iaitu Hasan Li Ghairihi (istilah Mutaakhkhirin) kerana banyaknya jalur dengan beberapa syarat iaitu:

1- Jalur-jalur itu mestilah mempunyai lafaz matan hadith yang sama secara penuh untuk hadith yang hendak diperkuatkan itu, atau pun kebanyakan lafaz matan, atau pun ia membawa makna matan hadith itu secara penuh.

2- Jalur hadith itu mestilah bukan jalur yang Syadid al-Dha'f / Dha'if Jiddan(Tersangat Lemah). Iaitu jalur itu Dha'if kerana kritikan pada kekuatan Dhabit perawinya dan bukan pada `Adalah perawinya, jika sesuatu jalur itu Dha'if kerana kelemahan `Adalahnya misalnya perawi itu dikriitk sebagai fasiq atau pendusta atau pemalsu hadith maka hadith itu tidak boleh sama sekali diperkuatkan. Jika jalur itu Syadid al-Dha'f kemudian datang pula jalur lain yang juga Syadid al-Dha'f maka ini hanya akan menguatkan Syadid Dha'ifnya dan tidak akan sama sekali menaikkannya kepada Hasan.

3- Hadith yang hendak dinaikkan taraf itu mestilah isinya tidak bercanggah dengan hadith-hadith Sahih yang sedia ada.

4- Hadith yang hendak dinaikkan taraf itu mestilah bukan hadith yang Syaz dan Munkar, sekiranya sesuatu hadith itu Dha'if kerana Syaz, Munkar atau Mukhalafah maka ia sama sekali tidak boleh diperkuatkan. Kata Imam Ahmad:

المنكر أبداً منكر


Terjemahan: "Hadith Munkar kekal Munkar selama-lamanya" [al-`Ilal al-Marwazi, 87]

Ini kerana hadith Syaz dan Munkar adalah hadith yang silap disebabkan kesilapan perawi yang meriwayatkannya, sesuatu yang silap akan kekal silap.

Satu perkara penting yang perlu diketahui, ulama hadith Salaf al-Muqaddimin semisal Ahmad bin Hanbal, al-Bukhari, Muslim, Abu Hatim, Abu Zur'ah, `Ali ibn al-Madini dan lainnya, disisi mereka tiada satu kaedah tetap yang digunakan untuk menaikkan taraf hadith Dhaif kepada Sahih. Kaedah menaikkan hadith Dha'if kepada Sahih dengan hanya melihat banyaknya jalur tidak pernah wujud disisi mereka, sebaliknya mereka melihat kepada qarain-qarain serta murajjihat-murajjihat (petunjuk-petunjuk kuat) tertentu bukan sekadar jumlah jalurnya.

Qarain-qarain serta murajjihat-murajjihat ini berbeza-beza mengikut sesuatu hadith dan tidaklah tetap. Bahkan banyak hadith-hadith yang mempunyai banyak jalur tetap dinilai Dha'if serta Tiada Asalnya oleh para huffaz hadith Salaf Mutaqaddimin, bahkan terlalu banyak jalur untuk sesuatu hadith itu boleh menjadi qarain (petunjuk) bahawa hadith itu Palsu!

Dalam apa jua keadaan, jumlah qarain yang boleh menaikkan darjat hadith ataupun mempengaruhi darjat akhir sesuatu hadith itu tidak boleh diringkaskan dalam senarai umum pendek atau formula tertentu, kerana itu kata Ibn Rajab al-Hanbali dalam Syarah `Ilal al-Tirmizi:


لهم في كل حديث نقد خاص ، وليس عندهم لذلك ضابط يضبطه


Terjemahan: "Disisi mereka (para huffaz Salaf Mutaqaddimin) kritikan (penilaian) bagi setiap hadith itu adalah unik, tiada disisi mereka akannya kaedah-kaedah atau formula-formula yang diikuti secara tetap" [Syarah `Ilal al-Tirmizi, 2/27],

Maksudnya satu-satu hadith itu mempunyai qarain dan murajjihatnya tersendiri dalam menentukan Sahih dan Dha'ifnya, tiada satu formula atau kaedah yang boleh diringkaskan untuk mencakupi kesemua hadith-hadith.

Amalan menaikkan taraf hadith dengan melihat banyaknya jalur-jalur ini sebenarnya lebih banyak dipelopori oleh golongan fuqaha' serta sekelompok ahli hadith Mutaakhkhirin yang terpengaruh dengan kaedah-kaedah fuqaha' dalam menilai hadith, dan al-Mizzi termasuk dalam kelompok ini. Bahkan sesetengah mereka semisa al-Suyuthi amat tasahul (bermudah-mudah) menaikkan taraf hadith, ini bercanggah dengan manhaj para huffaz hadith Salaf al-Mutaqaddimin yang mana mereka amat jarang menaikkan taraf sesuatu hadith.

Walaubagaimanapun, kesemua ahli hadith baik Mutaqaddimin atau Mutaakhkhirin mereka hanya akan menaikkan taraf sesuatu hadith itu apabila ia telah mencukupi syarat-syarat yang telah kita sebutkan sebelum ini. Bezanya Mutaakhkhirin melihat syarat-syarat itu secara mutlak, kerana itu mereka amat bermudah menaikkan taraf sesuatu hadith asal saja menepati syarat-syarat itu, manakala Mutaqaddimin akan melihat syarat-syarat itu bersama lain-lain qarain dan murajjihat kerana itu kita dapati mereka amat susah hendak menaikkan taraf sesuatu hadith bahkan banyak hadith-hadith yang telah mencukupi syarat-syarat untuk dinaikkan taraf masih tetap dinilai Dha'if secara konsisten.

Baik, berbalik kepada 4 syarat yang telah disebutkan sebelum ini, adakah hadith "اطلبوا العلم ولو بالصين - Tuntutlah ilmu walau ke negara Cina" ini menepati dan mencukupi syarat-syarat yang disebutkan? Jawabnya sudah tentu tidak! kerana setiap jalur-jalur hadith ini Syadid al-Dha'f bahkan berlegar sekitar pendusta dan pemalsu hadith.


Perhatikan, jalur #1 adalah Munkar dan padanya pendusta, jalur #2 pula juga Munkar dan padanya pendusta, jalur #3 pula adalah palsu secara asalnya, manakala jalur #4 pula padanya pendusta. Jelaslah bahawa walaupun hadith ini mempunyai jalur-jalur yang banyak namun kesemua jalur itu tidak menepati syarat-syarat untuk dinaikkan taraf menjadi Hasan (iaitu Hasan Li Ghairih). Maka jawapan untuk kenyataan al-Mizzi sebelum ini, mungkin atau tidak ia dinaiikkan taraf? sudah tentu jawabnya tidak sama sekali! Dengan itu kesimpulannya hadith ini adalah Palsu bahkan tiada satupun riwayat yang Sahih dalam bab ini.

sapa boleh tambah penjelasan untuk baki hadis hadis yg lain ya?

_________________
http://kembara-journey.blogspot.com
http://epetscorner.blogspot.com

Jihad tanpa didasari ilmu pengetahuan ibarat pedang tanpa gagang, bisa melukai (Kiai Haji Ahmad Dahlan r.h.m)

Ahmad Shamil
Admin
Admin

Posts : 929
Points : 1226
Join date : 24/11/2011
Age : 31
Location : Raub, Pahang

http://kembara-journey.blogspot.com

Back to top Go down

Re: hadis palsu yang tak palsu?

Post by Nizam on Mon Dec 16, 2013 7:12 pm

Dr fathi sakandary ada membentangkan status hadis negeri china dengan detail di blog beliau

http://ansarul-hadis.blogspot.com/2012/09/penjelasan-status-hadith-anjuran.html

_________________
Add Facebook: http://www.facebook.com/albaghani

Nizam
Admin
Admin

Posts : 885
Points : 1174
Join date : 24/11/2011
Age : 32
Location : Bagan

http://bicarathtl.forumms.net

Back to top Go down

Re: hadis palsu yang tak palsu?

Post by Nizam on Mon Dec 16, 2013 7:13 pm

Anta cuba try islamweb, amik ruangan bahasa arab.

_________________
Add Facebook: http://www.facebook.com/albaghani

Nizam
Admin
Admin

Posts : 885
Points : 1174
Join date : 24/11/2011
Age : 32
Location : Bagan

http://bicarathtl.forumms.net

Back to top Go down

Re: hadis palsu yang tak palsu?

Post by thtl on Mon Dec 16, 2013 9:17 pm

Ini masalah manhaj. org macam kita akan lihat apa kata mutaqaddimin, kita mencari pendapat yg asal yang telah diputuskan di zaman klasik hadis. Tetapi manhaj pengkritik yang UAS petik di atas adalah dari aliran sufi mungkin dan mereka akan mencari penilaian dr para muhaddith yg bersifat memudahkan dalam penilaian hadis. Namun, jika kita tetapkan hadis ini palsu dan depa kata dha'if, maka kita berlapang dada jika hadis itu dalam Fadhilat Amal. Kita bertegas dalam hadis Hukum. itu cara nak kompromi.
Ia dha'if menurut Imam hadis yg besar dalam mazhab syafi'iy, yakni Imam al-Baihaqi dan dia bukan calang2 ulama'.
"Tuntutlah Ilmu hingga ke negara Cina", ia sahih dari segi maksud, kerana China itu bukanlah objektif hadis tsb, ia bermaksud mencari ilmu sains dan teknologi ke luar negara dan kebetulan, China adalah paling maju ketika itu. Mungkin sekarang, matan yg releven ialah," tuntutlah ilmu hingga ke USA" atau ~ hingga ke UK, Australia atau Eropah, atau Japan atau Korea."

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: hadis palsu yang tak palsu?

Post by thtl on Mon Dec 16, 2013 10:44 pm

no 3 wrote:Hadis 3 : Nabi Kota Ilmu dan Ali Pintunya

pengulas hadis ni, syaikh Ahmad Ghumari (w.1961, Morocco), tokoh hadis Morocco, dari aliran tareqat Sidqiyah, cawangan tareqat Syaziliyah. Dia juga keturunan ahlil bayt dari jalur al-Hasan bin Ali. Dia memilih utk menghasankan hadis ini dari penilaian al-Haakim dalam al-Mustadrak, di mana al-Haakim menilainya sahih. sedangkan Zahabi yg menta'lik al-Mustadrak, menyatakan hadis ini palsu dan menyebut kesilapan al-Hakim.
Tapi semuah manhaj mutaqaddimin sepakat menilai hadis ini palsu. Penilaian solo dari al-Hakim tidak mungkin dapat menaikkan tarafnya kpd hasan atau sahih.

Cara nak kompromi:
Ia sahih dr segi makna, yakni Nabi saw adalah gedung atau kota ilmu (hikmah) dan Ali ra adalah SALAH satu pintu-pintunya. Ali mmg tersohor sebagai ilmuan ulung di zaman sahabat. tapi Ali bukanlah satu-satu atau THE ONLY Gate atau pintu ilmu. Banyak lagi sahabat yg juga pintu ilmu, antaranya Ibn Mas'ud, Ibn Umar, Ibn Abbas, Umar al-Khattab, Abu Hurayrah, Aisyah, dll. Cth lain, syurga ada 8 pintu...Nabi saw ada banyak pintu ilmu dan hikmah,, Ali hanya salah satu pintunya.

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: hadis palsu yang tak palsu?

Post by Ibnu Sarkawi on Tue Dec 17, 2013 3:29 am

bagi 'mereka' selagi ada sanad maka hadits tu x sampai tahap palsu. & dhaif itu pula boleh naik kpd hassan, & dari hassan naik jadi sohih. setahu saya, naik taraf hadits versi muttaakhirin hanya boleh naik sekali je. Kalau tak habis le suma hadis dhaif jadi sohih.

Ibnu Sarkawi
AHLI
AHLI

Posts : 404
Points : 579
Join date : 06/12/2011

Back to top Go down

Re: hadis palsu yang tak palsu?

Post by thtl on Tue Dec 17, 2013 12:07 pm

Susahnya nak damaikan aliran sufi vs aliran tajdid/salafiyah ni adalah masalah aliran sufi pun ada muhaddith mereka sendiri spt Ahmad al-Ghumari Hasan Saqqaf...dan ulamak2 Habib dari Tarim Yemen. Tambahan pulak mereka pegang kuasa utk urus tadbir negara dalam hal ehwal Islam, maka senanglah mereka nak ketepikan apa jua yg kita tahqiq.

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: hadis palsu yang tak palsu?

Post by Sponsored content Today at 5:18 pm


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum