Imam Mahdi

View previous topic View next topic Go down

Imam Mahdi

Post by helper on Fri Dec 27, 2013 11:03 am

Salam Pak THTL,

Saya ingin mengetahui mengenai Imam Mahdi.

Hope Pak THTL dapat terangkan mengeni kisah Imam mahdi yang shahih. sebab skrg ni kisah komet Ison riuh dibicarakan didalam blog2.

helper
Helper
Helper

Posts : 240
Points : 353
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: Imam Mahdi

Post by thtl on Fri Dec 27, 2013 11:17 am

sini nak masuk Jumaat sat lagi....ini topik yg besar...nak start kat mana dulu?

apakah ia metos atau simbolik atau real? yg ni ada dalam kitab akidah Tohawiyah
atau go through 50 hadis2 seputar Mahdi?

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: Imam Mahdi

Post by helper on Fri Dec 27, 2013 11:28 am

hope dapat cerita yang versi shahih dulu, kita start dari awal2 sampai akhir.

saya makin pening bila baca kat blog2, banyak unsur2 syiah... seperti mananti imam komeini yang baru.

Ia penting untuk saya memahami yang mana mitos, yang mana betul2.

malah banyak teori ramalan yang amat meragui di blog2 tersebar di FB dan Whatupp..

helper
Helper
Helper

Posts : 240
Points : 353
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: Imam Mahdi

Post by thtl on Fri Dec 27, 2013 2:18 pm

Pertama: al-Mahdi diletakkan dalam bab tanda2 akhir zaman bukan dalam bab Akidah. Ini yg penting sekali. Bila ia bukan bab akidah, maka org yg mengabaikan isu al-Mahdi tidaklah rosak akidahnya. yang masyhur tolak isu al-Mahdi ialah Mustaqil kat jiran sebelah, Ust Lan abdul aziz, Ibn Khaldun, Syaikh Abdullah Zaid, qadi Qatar, dan Dr Yusof Qardhawi.

Kedua: Ia tak ada dalam sahihain

Ketiga: sikap yg betul, hadisnya banyak, sekitar 50 hadis yg dikumpul oleh Imam Syaukani, ada taraf sahih, hasan, dha'if dan palsu. Namun, kita berdiam diri dari membuat syarah kerana tidak cukup maklumat dan kita keliru dgn banyak versinya. Kita bersabar dalam soal al-Mahdi kerana ia benda akan datang, mudah-mudahan Allah akan memberi petunjuk baru utk kita memahaminya. Banyak hadis yg suatu masa dulu kita tidak mengerti dan keliru, tapi bila tiba masanya kita mampu memahaminya, cth: minum air yg dimasuki lalat, Nabi suruh minum air kencing unta, dll.

Inilah sikap yg adil, kata DYQ.

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: Imam Mahdi

Post by helper on Mon Dec 30, 2013 4:03 am

Apakah hadith yang shahih tersebut??

bab hadis akhir zaman ini, saya tak mengtakwilnya, cukuplah saya beriman dengan zahirnya sahaja.

helper
Helper
Helper

Posts : 240
Points : 353
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: Imam Mahdi

Post by thtl on Mon Dec 30, 2013 9:13 am

Kalau nak go through hadis2 tu....boleh, tapi slow slow laa...

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: Imam Mahdi

Post by helper on Tue Dec 31, 2013 3:51 am

slow pun tak apa.... saya sedia menanti

helper
Helper
Helper

Posts : 240
Points : 353
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: Imam Mahdi

Post by thtl on Tue Dec 31, 2013 10:56 pm

Hadith pertama: al-Mahdi dari Ahlil Bayt (keturunan anak2 Nabi, isteri2 baginda, keluarga al-Abbas, Aqil, Ali, dan Jaafar

حَدَّثَنَا عُثْمَانُ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ حَدَّثَنَا أَبُو دَاوُدَ الْحَفَرِيُّ حَدَّثَنَا يَاسِينُ عَنْ إِبْرَاهِيمَ بْنِ مُحَمَّدِ ابْنِ الْحَنَفِيَّةِ عَنْ أَبِيهِ عَنْ عَلِيٍّ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمَهْدِيُّ مِنَّا أَهْلَ الْبَيْتِ يُصْلِحُهُ اللَّهُ فِي لَيْلَةٍ


HR Ibn Majah, ini lafaznya:
Telah menceritakan kepada kami 'Utsman bin Abu Syaibah telah menceritakan kepada kami Abu Daud Al Hafari telah menceritakan kepada kami Yasin dari Ibrahim bin Muhammad bin Al Hanafiyah dari Ayahnya dari Ali dia berkata, "Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Al Mahdi dari (keturunan) kami, yaitu ahli bait yang Allah memperbaiki (keadaannya) dalam semalam." (HR Ibn Majah, no.4075 Lidwa)
Juga dikeluarkan oleh Ahmad, Ibn Abi Syaibah dalam Musannafnya, Nu'aim bin Hammad dalam al-Fitan, al-Bukhari dalam tarikh al-Kabir, Abu Nua'im dalam al-Hilyah dan Akhbar al-Asfahan.
Status hadis:
المَهديُّ منا أهلَ البيتِ يُصلِحُه اللهُ في ليلةٍ

الراوي:  علي بن أبي طالب المحدث: المزي  - المصدر: تهذيب الكمال - الصفحة أو الرقم: 20/3
خلاصة حكم المحدث: [فيه] ياسين بن سنان قال يحيى بن معين ليس به بأس وقال أبو زرعة لا بأس به وقال البخاري فيه نظر

Kata Mutaqaddimin, terutamanya al-Bukhari, ia dha'if pada perawi bernama Yasin al-Ijli, komen al-Bukhari, padanya ada keraguan dan perlu diperhatikan. Mutaakhirin, antaranya al-Albani, sahih kerana ada banyak jalur riwayat. Juga syaikh Ahmad Syakir yg mentahqiq Musnad Ahmad.
الراوي:  علي بن أبي طالب المحدث: الألباني  - المصدر: السلسلة الصحيحة - الصفحة أو الرقم: 2371
خلاصة حكم المحدث: صحيح بمجموع طرقه
Jadi hadith ini kontroversi, ada yg sahih dan mutaqaddimin kata dha'if. Tahqiq Dr Abdul Alim Abdul Azeez, King Abdul Aziz University, Makkah menilainya hadith Hasan. WA

al-Mutaqaddimin kata dha'if

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: Imam Mahdi

Post by thtl on Wed Jan 01, 2014 11:03 pm

Hadis No. 2: Bila muncul bendera hitam dari arah Khurasan
ابْنُ مَسْعُودٍ " إِذَا أَقْبَلَتِ الرَّايَاتُ السُّودُ مِنْ خُرَاسَانَ فَأْتُوهَا فَإِنَّ فِيهَا خَلِيفَةُ اللَّهِ الْمَهْدِيُّ

Dari Ibn Mas'ood ra," Bersabda Nabi saw," Bila muncul panji-panji hitam dari Khurasan, maka datangilah kerana di antaranya adalah khalifah Allah al-Mahdi."
Takhrij: Dikeluarkan oleh Abdul Fatah al-Azdi (Muhaddith Iraq, w. 374H) dalam al-Dhu'afa' dari jalur Hasan al-Basri dari Ibn Mas'ood ra.
Tahqiq:
ضعيف . "المنار المنيف" لابن القيم (340) . "الموضوعات" لابن الجوزي (2/39) . "تذكرة الموضوعات" (233)
Kata Ibn Qayyim, dha'if, begitu juga Ibn jauzi.
Muhaqqiq Saudi, Dr Abdul Alim Abdul Azim, dari King Abdul Aziz Univ. Makkah, ia hadith hasan lighairihi.
Beliau menilai hasan kerana ada hadis yg sama matannya dalam Musnad Ahmad dari Tsauban (kita akan lihat hadis itu di lain masa)
verdict: hadith Ibn Mas'ud ini dha'if dan ia bergantung kpd kesahihan hadith Tsauban dalam Musnad Ahmad.

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: Imam Mahdi

Post by syuaib on Thu Jan 02, 2014 3:41 am

thtl wrote:Pertama: al-Mahdi diletakkan dalam bab tanda2 akhir zaman bukan dalam bab Akidah. Ini yg penting sekali. Bila ia bukan bab akidah, maka org yg mengabaikan isu al-Mahdi tidaklah rosak akidahnya. yang masyhur tolak isu al-Mahdi ialah Mustaqil kat jiran sebelah, Ust Lan abdul aziz, Ibn Khaldun, Syaikh Abdullah Zaid, qadi Qatar, dan Dr Yusof Qardhawi.

Kedua: Ia tak ada dalam sahihain

Ketiga: sikap yg betul, hadisnya banyak, sekitar 50 hadis yg dikumpul oleh Imam Syaukani, ada taraf sahih, hasan, dha'if dan palsu. Namun, kita berdiam diri dari membuat syarah kerana tidak cukup maklumat dan kita keliru dgn banyak versinya. Kita bersabar dalam soal al-Mahdi kerana ia benda akan datang, mudah-mudahan Allah akan memberi petunjuk baru utk kita memahaminya. Banyak hadis yg suatu masa dulu kita tidak mengerti dan keliru, tapi bila tiba masanya kita mampu memahaminya, cth: minum air yg dimasuki lalat, Nabi suruh minum air kencing unta, dll.

Inilah sikap yg adil, kata DYQ.

As'kum maksud syeikh thtl, Dr Yusof Qaradhawi pun tolak isu al-mahdi..? D.Y.Q. ni tolak hadith2 berkaitan al-mahdi atau menolak untuk berbincang mengenai al-mahdi??

syuaib
AHLI
AHLI

Posts : 108
Points : 141
Join date : 28/12/2012

Back to top Go down

Re: Imam Mahdi

Post by syuaib on Thu Jan 02, 2014 3:45 am

selain quran dan hadith serta ijtihad ulama' boleh ke orang sekarang ni turut berpegang dengan sumber ilham atau alam ghaib terutama dari pandangan sufi2 ni tuan. yela, biasanya kan diorang ada karamah la, kasyaf la, terbuka hijab la.....maksudnya dari ilmu laduni?

syuaib
AHLI
AHLI

Posts : 108
Points : 141
Join date : 28/12/2012

Back to top Go down

Re: Imam Mahdi

Post by thtl on Thu Jan 02, 2014 11:37 am

1. DYQ tolak kesahihan semua hadith2 al-Mahdi tidak mencapai piawaian kesahihan dalam Sahihain. semua 50 hadith al-Mahdi tidak terlepas dari kritikan para muhaddith. semua Matan (teks)nya al-Mahdi juga syaz atau saling bertentangan akan siapakah gerangan al-Mahdi.

2. Ilham, mimpi, ladunni, firasat bukan sumber hukum. Ia mesti tidak bercanggah dgn nas asal dalam AQ dan AS. Maksudnya tidak boleh jadi dalil dalam hukum hakam. Sekadar menguatkan hukum yg sudah sahih, tidak mengapa.
Cth: Wali X mendapat ilham bahawa Imam Mahdi akan muncul di Malaysia tahun 2020. Itu tak bolehla...he3

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: Imam Mahdi

Post by thtl on Thu Jan 02, 2014 11:42 pm

Hadith ke 3: Al-Mahdi memerintah selama 7-8 tahun sahaja dgn keadilan sejagat
-
أخبرني أبو العباس محمد بن أحمد المحبوبي بمرو ثنا سعيد بن مسعود ثنا النضر بن شميل ثنا سليمان بن عبيد ثنا أبو الصديق الناجي عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه : أن رسول الله صلى الله عليه و سلم قال : يخرج في آخر أمتي المهدي يسقيه الله الغيث و تخرج الأرض نباتها و يعطى المال صحاحا و تكثر الماشية و تعظم الأمة يعيش سبعا أو ثمانيا يعني حججا
هذا حديث صحيح الإسناد و لم يخرجاه
تعليق الذهبي قي التلخيص : صحيح
Terjemah:
Dari jalur Abi Sa'eed al-Khudry ra dari RasuluLlah saw yg bersabda:" pada akhir ummatku nanti, akan muncul al-Mahdi yang dengan sebabnya Allah akan menurunkan hujan yang lebat dan bumi akan mengeluarkan tumbuhan, dia akan menyebarkan harta dgn saksama, haiwan ternak akan membiak dan umat menjadi besar. Dia akan hidup selama tujuh atau delapan tahun." HR al-Hakim, al-Mustadrak, no 8673, hadis ni sahih isnadnya, ta'aliq akan az-Zahabi, sahih.

Tahqiq:

الراوي:  أبو سعيد الخدري المحدث: الألباني  - المصدر: السلسلة الصحيحة - الصفحة أو الرقم: 4/40
خلاصة حكم المحدث: إسناده صحيح
al-Albani turut menilah isnadnya sahih, silsilah al-sahihah no 711
Syaikh Dr Abdul Alim Abdul Aziz juga kata sahih dalam al-ahadith al-waaridah fil Mahdi, ms 129

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: Imam Mahdi

Post by helper on Fri Jan 03, 2014 3:38 am

Daripada hadis ke-3, Imam mahdi ni akan mucul suatu hari nanti..  Tp tak diberitahu bila Smile 

Saya sedia menanti.

helper
Helper
Helper

Posts : 240
Points : 353
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: Imam Mahdi

Post by thtl on Fri Jan 03, 2014 9:44 pm

Hadith #4: al-Mahdi dahi licin dan hidung mancung


حَدَّثَنَا سَهْلُ بْنُ تَمَّامِ بْنِ بَزِيعٍ حَدَّثَنَا عِمْرَانُ الْقَطَّانُ عَنْ قَتَادَةَ عَنْ أَبِي نَضْرَةَ عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمَهْدِيُّ مِنِّي أَجْلَى الْجَبْهَةِ أَقْنَى الْأَنْفِ يَمْلَأُ الْأَرْضَ قِسْطًا وَعَدْلًا كَمَا مُلِئَتْ جَوْرًا وَظُلْمًا يَمْلِكُ سَبْعَ سِنِينَ
Terjemahnya:
Telah menceritakan kepada kami Sahl bin Tammam bin Bazi' berkata, telah menceritakan kepada kami Imran Al Qaththan dari Qatadah dari Abu Nadhrah dari Abu Sa'id Al Khudri ia berkata, "Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Al Mahdi itu dari keturunanku, dahinya licin dan hidungnya mancung, ia akan memenuhi bumi dengan keadilan sebagaimana bumi pernah dipenuhi dengan kejahatan dan kezhaliman. Ia akan berkuasa selama tujuh tahun." (HR ABu Daud, no. 3736, lidwa)
Tahqiq:
الراوي:  أبو سعيد الخدري المحدث: ابن القيم  - المصدر: المنار المنيف - الصفحة أو الرقم: 109
خلاصة حكم المحدث: إسناده جيد
Kata Ibn Qayyim, isnadnya bagus
الراوي:  أبو سعيد الخدري المحدث: الألباني  - المصدر: صحيح أبي داود - الصفحة أو الرقم: 4285
خلاصة حكم المحدث: حسن
Kata al-Albani, hadith hasan
الراوي:  أبو سعيد الخدري المحدث: الذهبي  - المصدر: تلخيص العلل المتناهية - الصفحة أو الرقم: 319
خلاصة حكم المحدث: إسناده صالح
kata az--Zahabi, isnadnya soleh (baik)
Nota:
Yang mendha'ifkan hadis ini ialah kerana perawi bernama Imran al-Qathan dalam rantaiannya.
yang mendha'ifkan Imran ialah: Ibn Ma'in, an-Nasa'iy, Abu Daud sendiri,az-Zahabi dan Daruqutni (Abdul Alim Abdul Aziz, al-ahaadith al-waaridah fil mahdi, ms 138).
Manakala matannya juga syaz kerana sifart al-Mahdi tersangat umum, yakni dahi licin dan hidung mancung yg terlalu biasa. Ini hujah sesetengah org yg menolak hadis ini antaranya syaikh Abdullah Zaid rh, mantan mufti Qatar.
rumusan:
Jadi hadis ini masih khilaf di kalangan muhaddith akan samada sahih atau dha'if. Syaikh Abdul Alim dan syaikh al-Albani kata hasan

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: Imam Mahdi

Post by thtl on Sun Jan 05, 2014 12:54 am

Hadith #5: al-Mahdi membawa kemakmuran 7-9 tahun

حَدَّثَنَا ابْنُ نُمَيْرٍ حَدَّثَنَا مُوسَى يَعْنِي الْجُهَنِيَّ قَالَ سَمِعْتُ زَيْدًا الْعَمِّيَّ قَالَ حَدَّثَنَا أَبُو الصِّدِّيقِ النَّاجِيُّ قَالَ سَمِعْتُ أَبَا سَعِيدٍ الْخُدْرِيَّ قَالَ
قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَكُونُ مِنْ أُمَّتِي الْمَهْدِيُّ فَإِنْ طَالَ عُمْرُهُ أَوْ قَصُرَ عُمْرُهُ عَاشَ سَبْعَ سِنِينَ أَوْ ثَمَانِ سِنِينَ أَوْ تِسْعَ سِنِينَ يَمْلَأُ الْأَرْضَ قِسْطًا وَعَدْلًا وَتُخْرِجُ الْأَرْضُ نَبَاتَهَا وَتُمْطِرُ السَّمَاءُ قَطْرَهَا
Terj:
Telah menceritakan kepada kami Ibnu Numair berkata; telah menceritakan kepada kami Musa -yaitu Al Juhani- ia berkata; aku mendengar Zaid Al 'Ammi berkata; telah menceritakan kepada kami Abu Ash Shiddiq An Naji berkata; aku mendengar Abu Sa'id Al Khudri berkata; Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Akan muncul pada umatku Al Mahdi, jika ia berumur panjang, -atau- jika pendek umurnya, maka ia akan hidup selama tujuh tahun, -atau- "delapan tahun, -atau-, "sembilan tahun, bumi akan dipenuhi keadilan, lalu bumi akan mengeluarkan tumbuh-tumbuhannya, serta langit akan menurunkan hujannya." [HR Ahmad, no. 10780, juga Ibn Abi Syaibah, al-Musyannaf, dan Nu'aim bin Hammad dalam al-Fitan]
Tahqiq:
تعليق شعيب الأرنؤوط : إسناده ضعيف
Kata syaikh Syu'aib al-Arnauth: dha'if kerana perawi, Zaid al-'Ammi
Kata Dr Abdul Alim, pentahqiq hadith Mahdi, Hasan lighairihi

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: Imam Mahdi

Post by thtl on Sun Jan 05, 2014 10:51 pm

Hadith #6: Isa dan al-Mahdi dari Musnad al-Harith al-Baghdadi
وعن جابر رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ينزل عيسى بن مريم، فيقول أميرهم المهدي: تعال صل بنا، فيقول: لا، إن بعضهم أمير بعض، تكرمة الله لهذه الأمة

Dari Jabir ra, Rasulullah saw bersabda," ketika Isa bin Maryam (Jesus) AS turun, maka berkatalah pemimpin mereka al-Mahdi," Marilah, bersolat bersama kami (sbg Imam). Nabi Isa berkata, "Tidak, sebahgian kamu menjadi pemimpin atas yang lain,sebagai anugrah Allah atas ummat ini (Umat Islam akhir zaman)." HR al-Harith bin Usamah dalam Musnadnya.
هو أبو محمد البغدادي، مسند العراق وصاحب المسند المشهور
Beliau adalah al-hafiz, Abu Muhammad al-Harith bin Muhamad bin Ab Usamah pengarang al-Musnad, Baghdad, w. 282H
takhrij al-Albani:
قال الألباني في " السلسلة الصحيحة " 5 /  276 :
أخرجه الحارث بن أبي أسامة في " مسنده " : حدثنا إسماعيل بن عبد الكريم حدثنا  
إبراهيم بن عقيل عن أبيه عن وهب بن منبه عن # جابر # قال : قال رسول الله صلى  
الله عليه وسلم : فذكره
Kata Al-Albani dalam Silsilah al-Sahihah, no.2236, dari Jabir.
الراوي:  جابر بن عبدالله المحدث: الألباني  - المصدر: السلسلة الصحيحة - الصفحة أو الرقم: 2236
خلاصة حكم المحدث: إسناده جيد رجاله ثقات
Isnadnya jayyid (baik dan rijal (perawi2nya) tsiqah. Hadith asal ada dalam sahih Muslim:
حَدَّثَنَا الْوَلِيدُ بْنُ شُجَاعٍ وَهَارُونُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ وَحَجَّاجُ بْنُ الشَّاعِرِ قَالُوا حَدَّثَنَا حَجَّاجٌ وَهُوَ ابْنُ مُحَمَّدٍ عَنْ ابْنِ جُرَيْجٍ قَالَ أَخْبَرَنِي أَبُو الزُّبَيْرِ أَنَّهُ سَمِعَ جَابِرَ بْنَ عَبْدِ اللَّهِ يَقُولُا
سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ لَا تَزَالُ طَائِفَةٌ مِنْ أُمَّتِي يُقَاتِلُونَ عَلَى الْحَقِّ ظَاهِرِينَ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ قَالَ فَيَنْزِلُ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَيَقُولُ أَمِيرُهُمْ تَعَالَ صَلِّ لَنَا فَيَقُولُ لَا إِنَّ بَعْضَكُمْ عَلَى بَعْضٍ أُمَرَاءُ تَكْرِمَةَ اللَّهِ هَذِهِ الْأُمَّةَ
terj:
Jabir bin Abdullah berkata, "Saya mendengar Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Akan senantiasa ada dari umatku sekelompok orang yang berperang di atas kebenaran, mereka akan selalu nampak hingga hari kiamat." Beliau bersabda lagi: "Lalu turunlah Isa putra Maryam, lalu pemimpin mereka berkata, 'Kemarilah, pimpinlah kami shalat." Isa lalu berkata, 'Tidak, sesungguhnya sebagaian kalian atas sebagian yang lain adalah pemimpin, sebagai bentuk pemuliaan Allah terhadap umat ini'."



Kata Ibn Qayyim: Isnadnya bagus (jayyid)
الراوي:  جابر بن عبدالله المحدث: ابن القيم  - المصدر: المنار المنيف - الصفحة أو الرقم: 114
خلاصة حكم المحدث: إسناده جيد
Kata Muhaqqiq saudi, Dr Abdul Alim, jami'ah malik abdul aziz, Makkah, al-ahaadith al-waaridah fil Mahdi, ms 144):
isnadnya sahih.


Last edited by thtl on Mon Jan 06, 2014 11:38 pm; edited 1 time in total

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: Imam Mahdi

Post by thtl on Mon Jan 06, 2014 11:10 pm

Hadith #7: al-Mahdi dari Timur

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ يَحْيَى وَأَحْمَدُ بْنُ يُوسُفَ قَالَا حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّزَّاقِ عَنْ سُفْيَانَ الثَّوْرِيِّ عَنْ خَالِدٍ الْحَذَّاءِ عَنْ أَبِي قِلَابَةَ عَنْ أَبِي أَسْمَاءَ الرَّحَبِيِّ عَنْ ثَوْبَانَ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقْتَتِلُ عِنْدَ كَنْزِكُمْ ثَلَاثَةٌ كُلُّهُمْ ابْنُ خَلِيفَةٍ ثُمَّ لَا يَصِيرُ إِلَى وَاحِدٍ مِنْهُمْ ثُمَّ تَطْلُعُ الرَّايَاتُ السُّودُ مِنْ قِبَلِ الْمَشْرِقِ فَيَقْتُلُونَكُمْ قَتْلًا لَمْ يُقْتَلْهُ قَوْمٌ ثُمَّ ذَكَرَ شَيْئًا لَا أَحْفَظُهُ فَقَالَ فَإِذَا رَأَيْتُمُوهُ فَبَايِعُوهُ وَلَوْ حَبْوًا عَلَى الثَّلْجِ فَإِنَّهُ خَلِيفَةُ اللَّهِ الْمَهْدِيُّ

terj:
Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Yahya dan Ahmad bin Yusuf keduanya berkata; telah menceritakan kepada kami Abdurrazaq dari Sufyan At Tsauri dari Khalid bin Al Khadza dari Abu Qilabah dari Abu Asma Ar Rahabi dari Tsauban dia berkata, "Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Kelak tiga orang akan berperang didekat perbendaharaan kalian ini (yaitu Ka'bah), dan kesemuanya adalah anak khalifah. Dan tidak ada yang menang melainkan satu orang, lalu muncullah bendera-bendera hitam dari wilayah timur, mereka lantas memerangi kalian dengan peperangan sengit yang sama sekali belum pernah dilakukan kaum manapun. Jika kalian melihatnya, maka berbaiatlah kepadanya walaupun sambil merangkak di atas salju, karena sesungguhnya dia adalah khalifah Allah Al Mahdi." HR Ibn Majah 4074
Tahqiq:
الراوي: ثوبان مولى رسول الله صلى الله عليه وسلم المحدث: البزار - المصدر: الأحكام الشرعية الكبرى - الصفحة أو الرقم: 4/527
خلاصة حكم المحدث: صحيح
al-Bazzar kata sahih
الراوي: ثوبان مولى رسول الله صلى الله عليه وسلم المحدث: القرطبي المفسر - المصدر: التذكرة للقرطبي - الصفحة أو الرقم: 614
خلاصة حكم المحدث: إسناده صحيح
al-Qurthubi kata sahih
الراوي: ثوبان مولى رسول الله صلى الله عليه وسلم المحدث: ابن كثير - المصدر: نهاية البداية والنهاية - الصفحة أو الرقم: 1/42
خلاصة حكم المحدث: إسناده قوي صحيح
Ibn Kathir, sahih
al-Hakim juga kata sahih atas syarat sahihain. dipersetujui oleh az-Zahabi; al-Busyiri juga menilainya sahih

al-Albani: dhaif
الراوي: ثوبان مولى رسول الله صلى الله عليه وسلم المحدث: الألباني - المصدر: ضعيف ابن ماجه - الصفحة أو الرقم: 818
خلاصة حكم المحدث: ضعيف
Kedhaifan pada perawi Abu Qilabah, dan tambahan "kerana sesungguhnya dia adalah khalifah Allah al-Mahdi, ini adalah tambahan perawi kata alAlbani.

Muhaqqiq Saudi, Dr Abdul Alim, ibid, ms 151, kata ini hadis sahih.

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: Imam Mahdi

Post by thtl on Tue Jan 07, 2014 10:56 pm

Hadith #8: Hadith Tsauban, al-Mahdi dari arah Khorasan

حَدَّثَنَا وَكِيعٌ عَنْ شَرِيكٍ عَنْ عَلِيِّ بْنِ زَيْدٍ عَنْ أَبِي قِلَابَةَ عَنْ ثَوْبَانَ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا رَأَيْتُمْ الرَّايَاتِ السُّودَ قَدْ جَاءَتْ مِنْ خُرَاسَانَ فَأْتُوهَا فَإِنَّ فِيهَا خَلِيفَةَ اللَّهِ الْمَهْدِيَّ
Terj:
Telah menceritakan kepada kami Waki' dari Syarik dari 'Ali bin Zaid dari Abu Qilabah dari Tsauban berkata; Rasulullah Shallallahu'alaihiwasallam bersabda; "Bila kalian melihat bendera-bendera hitam yang datang dari Khurasan, datangilah, karena disana ada khalifah Allah, Al Mahdi." [HR Ahmad, no 21353]
Hadith ini disahihkan oleh al-Hakim, katanya sahih atas syarat Syaikhan ( هذا حديث صحيح على شرط الشيخين), al-Syuyuti (al-Jaam' al-Sagheer) dan Dr Abdul Alim muhaqqiq KSA, al-Ahaadith al-waridah, ms 152.

Manakala majoriti muhaddith mendha'ifkan hadith ini, antaranya Ibn Qayyim (al-Manar al-Munif):
الراوي: ثوبان مولى رسول الله صلى الله عليه وسلم المحدث: ابن القيم - المصدر: المنار المنيف - الصفحة أو الرقم: 115
خلاصة حكم المحدث: [فيه] علي بن زيد وهو ضعيف وله مناكير
al-Albani (Dha'if al-Jaami')
الراوي: ثوبان مولى رسول الله صلى الله عليه وسلم المحدث: الألباني - المصدر: ضعيف الجامع - الصفحة أو الرقم: 506
خلاصة حكم المحدث: ضعيف
Kedha'ifan pada Abu Qilabah
al-Mubarakfuri menyatakan kedha'ifan hadith ini:
الراوي: ثوبان مولى رسول الله صلى الله عليه وسلم المحدث: المباركفوري - المصدر: تحفة الأحوذي - الصفحة أو الرقم: 6/140
خلاصة حكم المحدث: في سنده شريك بن عبد الله القاضي تغير حفظه منذ ولي القضاء بالكوفة وفيه أيضا علي بن زيد والظاهر أنه هو ابن جدعان وهو متكلم فيه
perawi dha'if itu adalah, Syarik bin Abdullah, Qadhi Kufah dan Ali bin Zayd bin Jud'an.

maka yg rajih hadith ini dha'if.

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: Imam Mahdi

Post by thtl on Wed Jan 08, 2014 10:23 pm

Hadith #9: al-Mahdi muncul ketika jiwa yg suci dibunuh

37653 - حدثنا عبد الله بن نمير قال حدثنا موسى الجهني قال حدثني عمر بن قيس الماصر قال حدثني مجاهد قال حدثني فلان رجل من أصحاب النبي صلى الله عليه و سلم
إن المَهْدِيَّ لا يَخْرُجُ حتى تُقْتَلَ النفسُ الزَّكِيَّةُ، فإذا قُتِلَتِ النفسُ الزَّكِيَّةُ، غَضِبَ عليهم مَن في السماءِ ومَن في الأرضِ، فأتى الناسُ المَهْدِيَّ، فَزَفُّوهُ كما تُزَفُّ العَرُوسُ إلى زوجِها ليلةَ عُرْسِها، وهو يَمْلَأُ الأرضَ قِسْطًا وعَدْلًا، وتُخْرِجُ الأرضُ نباتَها، وتُمْطِرُ السماءُ مطرَها، وتَنْعَمُ أمتي في وِلايتِهِ نعمةً لم تَنْعَمْها قَطُّ
Terj: dari Mujahid dari seorang sahabat Nabi saw (yg tidak dinyatakan namanya):
"Bahawa al-Mahdi tidak akan muncul sebelum seorang lelaki suci terbunuh. Apabila lelaki suci itu terbunuh, maka marahlah penduduk langit dan bumi. Lantas mereka pergi kepada al-Mahdi dengan pantas sepantas pengantin yang bergerak menuju pengantin perempuan pada malam pertama, al-Mahdi akan memenuhi bumi dgn kesamarataan dan keadilan, bumi pun menghasilkan tanaman dan langit pun mencurahkan hujannya. Umatku akan menikmati kemakmuran dan ksejahteraan yang tidak pernah dikecapi sebelum ini." HR Ibn Syaibah dalam Musyannafnya no 37653 dari Mujahid.
Tahqiq: Dr Abdul Alim, ksa, al-ahaadith al-waaridah, sanadnya sahih. ms 153
Tahqiq al-Albani:
الراوي:  رجل من الصحابة المحدث: الألباني  - المصدر: السلسلة الضعيفة - الصفحة أو الرقم: 2155
خلاصة حكم المحدث: منكر
Ia hadith mungkar
----------------------------------------
*menurut al-Albani adapun lelaki suci itu dikatakan Muhammad bin Abdullah bin Hasan al-Hashimi, salah seorang Imam dalam mazhab syi'ah Zaidiyah yg bangkit melawan daulah abbasiah di Madinah, lantas beliau dibunuh oleh tentera Abbasiah pimpinan Yahya bin Musa. Inilah kisah yg dikatakan keluarnya atsar ini. WA
Maka hadith ini tidak sahih cuma atsar Mujahid, murid Ibn Abbas ra.

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: Imam Mahdi

Post by thtl on Thu Jan 09, 2014 10:11 pm

Hadith Mahdi #10: al-Mahdi dari keturunan Fatimah ra:

حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ جَعْفَرٍ الرَّقِّيُّ حَدَّثَنَا أَبُو الْمَلِيحِ الْحَسَنُ بْنُ عُمَرَ عَنْ زِيَادِ بْنِ بَيَانٍ عَنْ عَلِيِّ بْنِ نُفَيْلٍ عَنْ سَعِيدِ بْنِ الْمُسَيِّبِ عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ قَالَتْ
سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ الْمَهْدِيُّ مِنْ عِتْرَتِي مِنْ وَلَدِ فَاطِمَةَ
قَالَ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ جَعْفَرٍ وَسَمِعْتُ أَبَا الْمَلِيحِ يُثْنِي عَلَى عَلِيِّ بْنِ نُفَيْلٍ وَيَذْكُرُ مِنْهُ صَلَاحًا
terj:
Telah menceritakan kepada kami Ahmad bin Ibrahim berkata, telah menceritakan kepada kami Abdullah bin Ja'far Ar Raqqi berkata, telah menceritakan kepada kami Abu Al Malih Al Hasan bin Umar dari Ziyad bin Bayan dari Ali bin Nufail dari Sa'id Ibnul Musayyab dari Ummu Salamah ia berkata, "Aku mendengar Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Al Mahdi dari keturunanku, dari jalur Fatimah." Abdullah bin Ja'far berkata, "Aku mendengar Abul Malih memuji Ali bin Nufail, dan ia menyebutkan akan kebaikannya." HR Abu Daud, no 3735
Takhrij: HR Abu Daud, Ibn Majah, al-Hakim (al-mustadrak), al-Bukhari (Tarikh al-Kabir), az-Zahabi (Tazkirtah al-Huffaz), Ibn Jauzi dalam al-'Ilal, dan at-Tabrani.
Tahqiq hadith Abu Daud:
Komen Abu Daud sendiri:
خلاصة حكم المحدث: سكت عنه [وقد قال في رسالته لأهل مكة كل ما سكت عنه فهو صالح]
Ia menandakan ia adalah soleh yakni diterima hadisnya
Ib Taymiyah: sahih
الراوي:  أم سلمة هند بنت أبي أمية المحدث: ابن تيمية  - المصدر: منهاج السنة - الصفحة أو الرقم: 8/255
خلاصة حكم المحدث: صحيح
al-Albani sahih
الراوي:  أم سلمة هند بنت أبي أمية المحدث: الألباني  - المصدر: صحيح أبي داود - الصفحة أو الرقم: 4284
خلاصة حكم المحدث: صحيح
Ibn Hajar: hasan
الراوي:  أم سلمة هند بنت أبي أمية المحدث: ابن حجر العسقلاني  - المصدر: تخريج مشكاة المصابيح - الصفحة أو الرقم: 5/119
خلاصة حكم المحدث: [حسن كما قال في المقدمة]
Dr Abd Alim, KSA, (ibid ms 160)
Rumusan, Mutaakhirin kata hadis sahih atau hasan
Manakala muhadith mutaqaddimin (era klasik) kata dha'if, antaranya

قال البخاري في التاريخ الكبير (( في إسناده نظر ))
وكذلك ضعفه العقيلي في الضعفاء
وابن عدي في الكامل
وذكر ابن الجوزي في العلل المتناهية أن الأصح جعله من كلام ابن المسيب
al-Bukhari kata dalam sanadnya perlu diperhatikan; al-Uqaili dlm al-Dhu'afaa', Ibn 'Ady dalam al-Kaamil kata dha'if, Ibn Jauzy dalam al-'Ilal kata ia dha'if, ianya kata2 Ibn Musaiyyib.

الراوي:  أم سلمة هند بنت أبي أمية المحدث: الذهبي  - المصدر: ميزان الاعتدال - الصفحة أو الرقم: 2/87
خلاصة حكم المحدث: [فيه] زياد بن بيان، لم يصح حديثه
kta az-Zahabi, ianya hadith dha'if kerana perawi Ziyaad bin Bayan
Verdict: Ikut mutaqaddimin, ianya dha'if

Lafaz Ibn Majah:

حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ عَبْدِ الْمَلِكِ حَدَّثَنَا أَبُو الْمَلِيحِ الرَّقِّيُّ عَنْ زِيَادِ بْنِ بَيَانٍ عَنْ عَلِيِّ بْنِ نُفَيْلٍ عَنْ سَعِيدِ بْنِ الْمُسَيَّبِ قَالَ
كُنَّا عِنْدَ أُمِّ سَلَمَةَ فَتَذَاكَرْنَا الْمَهْدِيَّ فَقَالَتْ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ الْمَهْدِيُّ مِنْ وَلَدِ فَاطِمَةَ

Telah menceritakan kepada kami Abu Bakar bin Abu Syaibah telah menceritakan kepada kami Ahmad bin Abdul Malik telah menceritakan kepada kami Abu Al Malih Ar Raqqi dari Ziyad bin Bayan dari Ali bin Nufail dari Sa'id bin Al Musayyab dia berkata, "Ketika kami berada di samping Ummu Salamah, tiba-tiba dia menyebutkan kepada kami mengenai perkara Mahdi, katanya, "Saya pernah mendengar Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Al Mahdi berasal dari anak keturunan Fatimah. HR Ibn Majah no. 4076
Tahqiq: ia sama dgn hadis Abu Daud kerana perawinya sama

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: Imam Mahdi

Post by thtl on Sat Jan 11, 2014 11:21 pm

Hadith #11: al-Mahdi bernama Muhammad

حَدَّثَنَا عُبَيْدُ بْنُ أَسْبَاطِ بْنِ مُحَمَّدٍ الْقُرَشِيُّ الْكُوفِيُّ قَالَ حَدَّثَنِي أَبِي حَدَّثَنَا سُفْيَانُ الثَّوْرِيُّ عَنْ عَاصِمِ بْنِ بَهْدَلَةَ عَنْ زِرٍّ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا تَذْهَبُ الدُّنْيَا حَتَّى يَمْلِكَ الْعَرَبَ رَجُلٌ مِنْ أَهْلِ بَيْتِي يُوَاطِئُ اسْمُهُ اسْمِي
قَالَ أَبُو عِيسَى وَفِي الْبَاب عَنْ عَلِيٍّ وَأَبِي سَعِيدٍ وَأُمِّ سَلَمَةَ وَأَبِي هُرَيْرَةَ وَهَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ
Terj:
Telah menceritakan kepada kami 'Ubaid bin Asbath bin Muhammad Al Qurosyi Al Kufi berkata: telah menceritakan kepada kami bapakku telah menceritakan kepadaku Sufyan Ats Tsauri telah menceritakan kepada kami dari 'Ashim bin Bahdalah dari Zirr dari Abdullah berkata bahwa Rasulullah SAW bersabda: "Dunia tidak akan hilang sampai seorang lelaki dari ahli baitku menguasai orang orang arab, namanya sama dengan namaku." Abu Isa berkata: Dan dalam bab ini ada hadits dari 'Ali, Abu Sa'id, Ummu Salamah dan Abu Hurairah, dan hadits ini hasan shahih. HR Termidzi, no 2156, katanya Hasan sahih
Takhrij lengkap:
رواه أبو داود (2/207) ، والترمذي ، وأحمد ، والطبراني في الكبير والصغير ، وأبو نعيم في " الحلية " ، والخطيب في " تاريخ بغداد " من طرق عن زر بن حبيش عن ابن مسعود .
وقال الترمذي : " حسن صحيح " (HR Abu Daud, Termidzi, Tabrani, Abu Nu'aim, Khatib Baghdadi, dari jalur Zurr bin Hubaish dari Abdullah bin Mas'ood ra
tahqiq:
Imam Abu Isa kata "hasan sahih", kata syaikh Syu'aib al-Arnaith (tahqiq sunan Termidzi, 4:287 no 2380, cet. Dar ar-Risalah), hadis hasan, dikeluarkan oleh Abu Daud, no 4282, Musnad Ahmad, 3571, Ibn Hibban dalam sahihnya, no.5954
Kata al-Albani: Hasan sahih
تحقيق الألباني :
حسن صحيح ، المشكاة ( 5452 ) ، فضائل الشام ص ( 16 ) ، الروض النضير ( 647 )
Org yg mempertikaikan hadith ni kpd perawi bernama Asim bin Bahdalah atau Asim bin Abu Nujud. yang mengkritik hafalan Asim ialah al-Uqaili, Daruqutni dan Ibn Rajab al-hanbali (Ibn Mahmud, Qadhi Qatar)
---------------------------------
Tambahan:
Lafaz Abu Daud:
عن عبد الله بن مسعود، عن النبي قال: لو لم يبق من الدنيا إلا يوم لطوَّل الله ذلك اليوم حتى يُبعث فيه رجل مني، أو من أهل بيتي يواطئ اسمه اسمي واسم أبيه اسم أبي، يملأ الأرض قسطًا وعدلاً كما ملئت جورًا وظلمًا

Dari Abdillah bin Mas'ud, Rasulullah bersabda: Jika tidak berbaki dunia ini melainkan satu hari, nescaya Allah akan memanjangkan hari tersebut hinggalah Dia mengutus ke dunia seorang lelaki daripadaku, atau daripada ahli keluargaku, namanya sama dengan namaku, dan nama bapanya adalah nama bapaku, dia memenuhi dunia dengan kesaksamaan dan keadilan sebagaimana penuhnya dunia dengan kejahatan dan kezaliman.

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: Imam Mahdi

Post by thtl on Tue Jan 14, 2014 11:16 pm

Hadith #12: (Jami' Termidzi): Imam Mahdi bernama Muhammad

حَدَّثَنَا عَبْدُ الْجَبَّارِ بْنُ الْعَلَاءِ بْنِ عَبْدِ الْجَبَّارِ الْعَطَّارُ حَدَّثَنَا سُفْيَانُ بْنُ عُيَيْنَةَ عَنْ عَاصِمٍ عَنْ زِرٍّ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ
عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ يَلِي رَجُلٌ مِنْ أَهْلِ بَيْتِي يُوَاطِئُ اسْمُهُ اسْمِي
قَالَ عَاصِمٌ وَأَخْبَرَنَا أَبُو صَالِحٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ لَوْ لَمْ يَبْقَ مِنْ الدُّنْيَا إِلَّا يَوْمٌ لَطَوَّلَ اللَّهُ ذَلِكَ الْيَوْمَ حَتَّى يَلِيَ قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ
terj:
Telah menceritakan kepada kami Abdul Jabbar bin Al Ala' bin Abdul Jabbar Al Athar telah menceritakan kepada kami Sufyan bin 'Uyainah telah menceritakan kepada kami 'Ashim dari Zirr dari Abdullah (bin Mas'ood) dari Nabi saw, beliau bersabda: "Akan berkuasa seseorang dari ahli baitku yang namanya sama dengan namaku. 'Ashim berkata: Abu Sholih telah mengabarkan kepada kami dari Abu Hurairah berkata: "Seandainya tidak akan tersisa dari dunia ini kecuali sehari niscaya Allah akan memanjangkan hari itu sehingga dia berkuasa." Abu Isa berkata: Hadits ini hasan shahih. (HR Termidzi, no 2157, kod Lidwa)
Tahqiq: Imam Termidzi berkata hasan sahih.
Tahqiq syaikh Arnauth, hadis hasan, Jami' Termidzi, 2381
Tahqiq al-Albani dlm sahih sunan Termidzi, hasan sahih
الراوي: عبدالله بن مسعود المحدث: الألباني - المصدر: صحيح الترمذي - الصفحة أو الرقم: 2231
خلاصة حكم المحدث: حسن صحيح

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: Imam Mahdi

Post by thtl on Tue Jan 14, 2014 11:36 pm

Hadith #13: (Jami' Termidzi) Al-Mahdi berkuasa 7/8/9 Tahun

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ جَعْفَرٍ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ قَال سَمِعْتُ زَيْدًا الْعَمِّيَّ قَال سَمِعْتُ أَبَا الصِّدِّيقِ النَّاجِيَّ يُحَدِّثُ عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ قَالَ
خَشِينَا أَنْ يَكُونَ بَعْدَ نَبِيِّنَا حَدَثٌ فَسَأَلْنَا نَبِيَّ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ إِنَّ فِي أُمَّتِي الْمَهْدِيَّ يَخْرُجُ يَعِيشُ خَمْسًا أَوْ سَبْعًا أَوْ تِسْعًا زَيْدٌ الشَّاكُّ قَالَ قُلْنَا وَمَا ذَاكَ قَالَ سِنِينَ قَالَ فَيَجِيءُ إِلَيْهِ رَجُلٌ فَيَقُولُ يَا مَهْدِيُّ أَعْطِنِي أَعْطِنِي قَالَ فَيَحْثِي لَهُ فِي ثَوْبِهِ مَا اسْتَطَاعَ أَنْ يَحْمِلَهُ
قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ وَقَدْ رُوِيَ مِنْ غَيْرِ وَجْهٍ عَنْ أَبِي سَعِيدٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَبُو الصِّدِّيقِ النَّاجِيُّ اسْمُهُ بَكْرُ بْنُ عَمْرٍو وَيُقَالُ بَكْرُ بْنُ قَيْسٍ
terj:
Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Basyar telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Ja'far telah menceritakan kepada kami Syu'bah dia berkata: Aku mendengar Zaid Al 'Ammi berkata: Aku mendengar Abu Ash Shiddiq An Naji menceritakan dari Abu Sa'id Al Khudri dia berkata: Kami takut akan terjadi hal hal yang diada-adakan sepeninggal Nabi kami, lalu kami bertanya kepada Nabi Allah, lalu beliau bersabda: "Dalam ummatku ini akan ada Al Mahdi yang muncul, ia hidup selama lima, tujuh atau sembilan -Zaid ragu- Abu Sa'id berkata: kami bertanya: yang benar lamanya berapa? beliau menjawab "Beberapa tahun, " beliau bersabda: "Seseorang datang kepadanya lalu berkata: Wahai Mahdi berilah aku, berilah aku." beliau bersabda: " Lalu Imam Mahdi memberinya dengan kedua telapak tangannya dibajunya sampai dia tidak mampu untuk membawanya." Abu Isa berkata: Hadits ini hasan, dan telah diriwayatkan dari berbagai jalur sanad dari Abu Sa'id dari Nabi saw adapun Abu Ash shiddiq An Naji namanya Bakar bin 'Amru dan dinamakan juga Bakar bin Qais. (HR Termidzi, no 2158, Lidwa, juga Ibn Majah, dan Ahmad)
Tahqiq:
Imam Termidzi berkata hadith hasan.
Kata syaikh al-Arnaouth, hadith dha'if kerana perawi bernama Zaid al-'Ammi, hadith no.2382
tahqiq al-Albani, Hasan
الراوي:  أبو سعيد الخدري المحدث: الألباني  - المصدر: صحيح الترمذي - الصفحة أو الرقم: 2232
خلاصة حكم المحدث: حسن

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: Imam Mahdi

Post by thtl on Wed Jan 15, 2014 9:30 pm

Ditangguhkan kerana saya akan berlepas pulang ke Malaysia utk cuti 10 hari. Penerbangan saya adalah jam 10 pagi, esok (16 Jan) dari Jizan menggunakan laluan Riyadh.
Doakan keselamatan saya hingga tiba ke tanah air.


thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: Imam Mahdi

Post by Sponsored content Today at 7:54 am


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum