Bedah Buku ar-Ruh lil Ibn Qayyim (06)- Masalah #1.0: Apakah orang Mati mengetahui Ziarah orang hidup dan Salam mereka ataupun Tidak? Bah 05

Go down

11012012

Post 

Bedah Buku ar-Ruh lil Ibn Qayyim (06)- Masalah #1.0: Apakah orang Mati mengetahui Ziarah orang hidup dan Salam mereka ataupun Tidak? Bah 05 Empty Bedah Buku ar-Ruh lil Ibn Qayyim (06)- Masalah #1.0: Apakah orang Mati mengetahui Ziarah orang hidup dan Salam mereka ataupun Tidak? Bah 05




Bedah Buku ar-Ruh lil Ibn Qayyim (06)

المسألة الأولى وهي هل تعرف الأموات زيارة الأحياء وسلامهم أم لا


Masalah #1.0: Apakah orang Mati mengetahui Ziarah orang hidup dan Salam mereka ataupun Tidak? Bah 05

Dalil #09: Orang Arwah mengenal hari Jumaat dengan suara Burung
حدثنا خالد بن خداش حدثنا جعفر بن سليمان عن أبى التياح قال كان مطرف يغدو فإذا كان يوم الجمعة أدلج قال وسمعت أبا التياح يقول بلغنا انه كان ينور له في سوطه فأقبل ليلة حتى إذا كان عند مقابر القوم وهو على فرسه فرأى أهل القبور كل صاحب قبر جالسا على قبره فقالوا هذا مطرف يأتى الجمعة قلت وتعلمون عندكم يوم الجمعة قالوا نعم ونعلم ما يقول فيه الطير قلت وما يقولون قالوا يقولون سلام سلام

terj: Dari Khalid bin Khidasy (w. 224H, Basrah, perawi Bukhari utk Adabul Mufrad, dha`if di sisi Ibn al-Madini), Ja`afar bin Sulaiman (w. 178, Basrah, dituduh syi`ah), dari Abu Tayyah (w. 128H, Basrah, tsiqah), katanya, " Mutharrif (tabi`in Besar Basrah, w. 87H, tsiqah) sentiasa keluar bersiar-siar, dan apabila tiba hari Juma`at, dia akan bersiar-siar sampai ke awal pagi. Kata lagi Abu Tayyah, bahawa (syaikh) Mutharrif memegang kayu pacunya yang mengeluarkan lampu pada hujungnya (untuk menerangi malam) kerana dia berjalan malam di atas kudanya hingga beliau sampai di suatu tanah perkuburan, lalu beliau terpandang semua penghuni kubur itu hidup dan bangun dan duduk di atas kubur masing-masing. Arwah itu berkata," Ini dia Mutharrif sudah datang pada hari Jumaat." Abu Tayyah bertanya kpd penghuni kubur itu, "apakah kamu tahu bahawa hari ini hari Jumaat?" Jawab para arwah," ya, kami tahu melalui apa yang dikatakan oleh beburung". Kata abu Tayyah, " apa yang dikatakan burung-burung itu?" Jawab para arwah, "Salam, salam."

Ta`aliq: Cerita ini memang anih dan kita pun agak pelik macam mana Ibn Qayyim boleh memasukkan kisah ini dalam kitabnya ar-Ruh. Sanad cerita ini tidak kuat kerana perawi Khalid bin Khidasy yg dha`if di sisi Ibn al-Madini dan Jaafar bin Sulaiman menurut al-hafiz Ibn Hajar, dituduh syi`ah (tahzibu Tahzib, 2:95)

Ruj: dr Bassam al-`Amousy, Riyadh, Tahqiq al-Ruuh.

_________________
http://kembara-journey.blogspot.com
http://epetscorner.blogspot.com

Jihad tanpa didasari ilmu pengetahuan ibarat pedang tanpa gagang, bisa melukai (Kiai Haji Ahmad Dahlan r.h.m)
Ahmad Shamil
Ahmad Shamil
Admin
Admin

Posts : 929
Points : 1226
Join date : 24/11/2011
Age : 34
Location : Raub, Pahang

http://kembara-journey.blogspot.com

Back to top Go down

Share this post on: diggdeliciousredditstumbleuponslashdotyahoogooglelive

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum