Penulisan untuk 'membantah'

View previous topic View next topic Go down

Penulisan untuk 'membantah'

Post by Solah on Wed Jan 15, 2014 7:45 am

Saya tengok sejak alaf baru ni, bila ada satu buku ditulis oleh seseorang (contohnya tokoh A), akan muncul satu lagi buku oleh si fulan B untuk 'menjawab' atau membantah penulisan tokoh A.

Adakah ini satu perkembangan yang sihat? Bagi saya dalam isu perbezaan pendapat, cukuplah untuk mana-mana pihak saling keluarkan buku masing-masing tanpa membantah secara khusus dan terang-terangan kepada penulisan sesiapa.

Sebabnya dalam beberapa penulisan 'membantah' ni yang saya baca, saya dapat detect sikap ego, dengki dan membantai walaupun penulis tu cuba sedaya upaya untuk menapis dan lindungi isi hatinya dalam penulisan dia. Perkara ni hanya mengeruhkan keadaan je dan membongkar kredibiliti penulis yang rendah walaupun gah menulis dengan fakta-fakta hebat. Akhirnya rasa mual je nak baca dan ilmu tak disampaikan dengan baik.

Ada komen?

Solah
AHLI
AHLI

Posts : 114
Points : 187
Join date : 07/01/2012
Age : 34
Location : Penang

Back to top Go down

Re: Penulisan untuk 'membantah'

Post by thtl on Wed Jan 15, 2014 9:30 am

Ia dinamakan radd dalam arabic. Ianya perlu untuk melakukan koreksi ilmiah di dalamnya. ia telah dilakukan sejak dulukala lagi. Paling ketara di saudi arabia. Kalau kitab itu popular, maka radd penting utk mengelakkan kekeliruan dan salah faham.
Jika anda dapati radd itu ada unsur personal, dendam, maka langkah pertama kita kena kenali pengarang asal, siapa yg radd kitab tsb dan apakah manhaj atau aliran pengarang asal dan org yg radd.
Cth:
Halal dan Haram dalam Islam
karya asal: Dr Yusof al-Qardhawi, mujtahid paling hebat sekarang
radd: Imam nasiruddin al-Albani, tokoh muhaddith terhebat kurun 20.
nama ghayatul maram.

Fiqh Sunnah, karya asal Syed Sabiq
radd: Tamam al-Minnah, karya Al-Albani

Ihya' Uloomiddin, karya Imam al-Ghazzali
radd: Imam al-Iraqi tulis al-Mughni utk koreksi hadis di dalam Ihya'.


thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum