BicaraTHTL
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Menteri: Kitar semula kelapa diguna semasa Thaipusam

2 posters

Go down

Menteri: Kitar semula kelapa diguna semasa Thaipusam Empty Menteri: Kitar semula kelapa diguna semasa Thaipusam

Post by najib76 Wed Jan 15, 2014 7:48 am

 Salam 

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G Palanivel hari ini mencadangkan kelapa yang dipecahkan di kuil sempena perayaan Thaipusam dikitar semula atau dihantar ke kilang minyak untuk diproses.

Beliau berkata langkah itu diamalkan bertahun-tahun yang lepas, terutama di India, iaitu kelapa yang dipecahkan dikumpul dan dikeringkan di bawah matahari untuk dijadikan kelapa kering.

Palanivel yang juga Presiden MIC berkata kelapa kering itu kemudian dihantar ke kilang untuk minyaknya diekstrak.

"Tetapi ia tidak lagi diamalkan sekarang. Kelapa yang dipecah dikumpul syarikat swasta dan dianggap sebagai bahan buangan yang dibuang di tapak pelupusan.

"Cara yang betul untuk menyelesaikan masalah kelapa ini amat diperlukan agar ia boleh dikitar semula untuk dijadikan pelbagai produk mesra alam," katanya kepada Bernama.

Palanivel berkata Jabatan Alam Sekitar kementerian akan meneliti perkara itu.

"Kita akan mengkaji untuk mengeluarkan lebih banyak lesen untuk perniagaan kitar semula. Seminar dan mesyuarat akan diadakan tidak lama lagi dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai negara mesra alam," katanya.

Beliau juga menggesa semua kuil Hindu dan jawatankuasa pengurusan agar memikirkan cara untuk merealisasikan konsep hijau, terutama sempena Thaipusam yang disambut pada 17 Jan, untuk mencapai budaya pemuliharaan dan kelestarian alam sekitar.

Beliau juga menasihatkan orang ramai agar peka terhadap alam sekitar dalam kehidupan mereka.

- Bernama

ada komen ?
najib76
najib76
AHLI
AHLI

Posts : 233
Points : 337
Join date : 02/12/2011
Location : Johor

Back to top Go down

Menteri: Kitar semula kelapa diguna semasa Thaipusam Empty Re: Menteri: Kitar semula kelapa diguna semasa Thaipusam

Post by thtl Wed Jan 15, 2014 9:16 am

mmg patut, elakkan pembaziran. Tapi kena pastikan ada label Jakim "Non-Halal" atau "bukan kegunaan umat Islam"

Ini kerana umat Islam dilarang memakan barangan yg digunakan untuk berhala
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Menteri: Kitar semula kelapa diguna semasa Thaipusam Empty Re: Menteri: Kitar semula kelapa diguna semasa Thaipusam

Post by najib76 Wed Jan 15, 2014 9:36 am

thtl wrote:mmg patut, elakkan pembaziran. Tapi kena pastikan ada label Jakim "Non-Halal" atau "bukan kegunaan umat Islam"

Ini kerana umat Islam dilarang memakan barangan yg digunakan untuk berhala

dari segi agama boleh ke ?
najib76
najib76
AHLI
AHLI

Posts : 233
Points : 337
Join date : 02/12/2011
Location : Johor

Back to top Go down

Menteri: Kitar semula kelapa diguna semasa Thaipusam Empty Re: Menteri: Kitar semula kelapa diguna semasa Thaipusam

Post by thtl Wed Jan 15, 2014 10:07 am

dari segi agama Hindu, ana tak pasti. tapi utk consumption org Islam takleh.
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Menteri: Kitar semula kelapa diguna semasa Thaipusam Empty Re: Menteri: Kitar semula kelapa diguna semasa Thaipusam

Post by thtl Wed Jan 15, 2014 10:40 am

Dalil:

إِنَّمَا حَرَّمَ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةَ وَالدَّمَ وَلَحْمَ الْخِنزيرِ وَمَا أُهِلَّ بِهِ لِغَيْرِ اللَّهِ

“Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan bagimu bangkai, darah, daging babi, dan sembelihan yang dipersembahkan kepada selain Allah.” (Qs. al-Baqarah: 173).

Mazhab Hanbali yg tak leh makan hanya sembelihan yakni haiwan. kalau kelapa boleh. Mazhab syafi'iy, semua tak boleh baik haiwan atau kelapa. Maka umat Islam Malaysia, kelapa yg diguna utk ritual agama Hindu takleh diambil manfaatnya.
sekian
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Menteri: Kitar semula kelapa diguna semasa Thaipusam Empty Re: Menteri: Kitar semula kelapa diguna semasa Thaipusam

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum