Dalil larangan makan makanan darat dan laut dalam masa yang sama

View previous topic View next topic Go down

Dalil larangan makan makanan darat dan laut dalam masa yang sama

Post by syuaib on Fri Feb 14, 2014 10:47 am

as'kum tuan-puan,

1.ada kawan saya pi kuliah mesjid. Ustaz kata dia tak pernah pun jumpa dalil tak boleh makan makanan darat dan laut dalam masa yang sama.

2. Ustaz tu kata Nabi SAW tak pernah makan ikan

3.Ustaz tu kata lagi, nabi dan sahabat ada makan bangkai paus bersama sahabat dalam sebuah peperangan..

jadi, saya mohon pencerahan:

1. Bolehke makan ikan dan daging dlm waktu yang sama. kalau ada dalil lagi cantik...

2. betul ke Nabi SAW xmakan ikan?

3. Apa cerita sebenar kisah Nabi SAW dan sahabat R.A. makan paus dan ketika perang apa? yang saya tahu, nabi tak sertai perang tue....

Jazakallahu.....

syuaib
AHLI
AHLI

Posts : 108
Points : 141
Join date : 28/12/2012

Back to top Go down

Re: Dalil larangan makan makanan darat dan laut dalam masa yang sama

Post by thtl on Fri Feb 14, 2014 3:15 pm

1. Boleh, sebab tiada dalil yg melarangnya.
dalilnya bersifat umum:
AQ5:96 [Dihalalkan bagimu binatang buruan laut & makanan (yang berasal) dari laut sebagai makanan yg lezat bagimu, & bagi orang-orang yg dalam perjalanan; & diharamkan atasmu (menangkap) binatang buruan darat, selama kamu dalam ihram]
AQ 5: 04 [Mereka menanyakan kepadamu: "Apakah yang dihalalkan bagi mereka?" Katakanlah: "Dihalalkan bagimu yang baik-baik"]
hadith pun tak ada yg melarang kita makan haiwan darat dan makanan laut serentak.
Kajian perubatan dan food science pun tak ada. Ia adalah larangan di kalangan penganut agama Yahudi khususnya pengikut Rabbai Joseph Karo dalam kitab fiqh Yahudi Shulhan Arukh.
Tiada larangan dari Sunnah

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: Dalil larangan makan makanan darat dan laut dalam masa yang sama

Post by thtl on Fri Feb 14, 2014 3:40 pm

2. Galakan memakan ikan dalam AQ dan sunnah
AQ 5:96 [Dihalalkan bagi kamu binatang buruan laut, dan makanan yang didapati dari laut]


عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ الله صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، في البَحْرِ: هُوَ الطَّهُوْرُ مَاؤُهُ، الْحِلُّ مَيْتَتُهُ
أَخْرَجَهُ الأَرْبَعَةُ وَابْنُ أَبِيْ شَيْبَةَ وَاللَّفْظُ لَهُ وَصَحَّحَهُ ابْنُ خُزَيْمَةَ وَالتِّرْمِيْذِيُّ وَرَوَاهُ مَالِكٌ وَالشَّافِعِيُّ وَأَحْمَدُ.

Dari Abu Hurairah Radiyallahu ‘anhu ia berkata: Telah bersabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam tentang (hukum) air laut: “Air laut itu suci, (dan) halal bangkainya.” (Diriwayatkan oleh Abu Dawud, Tirmidziyy, Nasaa-i, Ibnu Majah, dan Ibnu Abi Syaibah, dan ini merupakan lafazhnya, dan telah dishahihkan oleh Ibnu Khuzaimah, dan Tirmidziyy dan telah diriwayatkan pula oleh Malik, Syafi’i dan Ahmad).

Maka sebab Nabi tak makan bukan sebab baginda tak suka, tapi citarasa bangsa arab ialah mereka tidak menggemari makanan laut, cuma sekali sekala sekala. Org arab makan roti dan pencicahnya artau kuahnya selalunya dari kekacang (dhal dan foul) dan masakan daging haiwan darat.

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: Dalil larangan makan makanan darat dan laut dalam masa yang sama

Post by thtl on Fri Feb 14, 2014 3:53 pm

3. Kisah sahabat makan Ikan paus

عَنْ جَابِرٍ قَالَ بَعَثَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَمَّرَ عَلَيْنَا أَبَا عُبَيْدَةَ بْنَ الْجَرَّاحِ نَتَلَقَّى عِيرًا لِقُرَيْشٍ وَزَوَّدَنَا جِرَابًا مِنْ تَمْرٍ لَمْ نَجِدْ لَهُ غَيْرَهُ فَكَانَ أَبُو عُبَيْدَةَ يُعْطِينَا تَمْرَةً تَمْرَةً كُنَّا نَمُصُّهَا كَمَا يَمُصُّ الصَّبِيُّ ثُمَّ نَشْرَبُ عَلَيْهَا مِنْ الْمَاءِ فَتَكْفِينَا يَوْمَنَا إِلَى اللَّيْلِ وَكُنَّا نَضْرِبُ بِعِصِيِّنَا الْخَبَطَ ثُمَّ نَبُلُّهُ بِالْمَاءِ فَنَأْكُلُهُ وَانْطَلَقْنَا عَلَى سَاحِلِ الْبَحْرِ فَرُفِعَ لَنَا كَهَيْئَةِ الْكَثِيبِ الضَّخْمِ فَأَتَيْنَاهُ فَإِذَا هُوَ دَابَّةٌ تُدْعَى الْعَنْبَرَ فَقَالَ أَبُو عُبَيْدَةَ مَيْتَةٌ وَلَا تَحِلُّ لَنَا ثُمَّ قَالَ لَا بَلْ نَحْنُ رُسُلُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَفِي سَبِيلِ اللَّهِ وَقَدْ اضْطُرِرْتُمْ إِلَيْهِ فَكُلُوا فَأَقَمْنَا عَلَيْهِ شَهْرًا وَنَحْنُ ثَلَاثُ مِائَةٍ حَتَّى سَمِنَّا فَلَمَّا قَدِمْنَا إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَكَرْنَا ذَلِكَ لَهُ فَقَالَ هُوَ رِزْقٌ أَخْرَجَهُ اللَّهُ لَكُمْ فَهَلْ مَعَكُمْ مِنْ لَحْمِهِ شَيْءٌ فَتُطْعِمُونَا مِنْهُ فَأَرْسَلْنَا مِنْهُ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَكَلَ

3840. Dari Jabir, dia berkata: Rasulullah SAW telah mengutus kami, beliau mengangkat Abu Ubaidah bin Al Jarrah menjadi pemimpin kami, guna meminta bantuan unta (untuk berperang) kepada kaum Quraisy. Kami hanya berbekal beberapa bungkus kurma, maka Abu Ubaidah memberikan kurma secara satu-persatu kepada kami, kami pun mengemutnya, persis seorang anak kecil, lalu kami minum air. Ternyata makanan itu cukup hingga malam hari. Kemudian kami menghancurkan kurma (yang tersisa) dengan tongkat yang kami bawa, selanjutnya kami mencampurinya dengan air kemudian kami makan bersama. Setelah cukup beristirahat, kami melanjutkan perjalanan melalui jalur pantai, lalu dari kejauhan terlihat seperti bukit pasir yang besar. Kami lalu mendekatinya, ternyata benda itu adalah seekor binatang laut yang terdampar, yang biasanya disebut Al Anbar (jenis ikan besar). Abu Ubaidah berkata, "Binatang ini sudah mati, tentu tidak boleh kita makan!" Sahabat yang lain berkata, "Tidak, itu halal (boleh dimakan) karena kita adalah utusan dari utusan Allah (maksudnya utusan Rasulullah) dan dalam perjalanan untuk berjuang di jalan Allah, apalagi kita dalam keadaan darurat karena kehabisan makanan. Jadi makanlah." Kami pun memakannya sebulan lamanya. Kami saat itu berjumlah kurang lebih tiga ratus orang prajurit, hingga badan kami menjadi gemuk. Ketika kami menghadap Rasulullah, kami menceritakan hal itu kepada beliau. Beliau kemudian bersabda, "Itu adalah rezeki yang telah disediakan Allah untuk kalian semua. Apakah kalian masih menyisakannya untukku?" Kami lalu memberikannya kepada Rasulullah dan beliau pun langsung memakannya (sahih sunan Abu daud) juga dalam sahih Bukhari dan Muslim
syarah: ia berlaku pada tahun 9 hijrah, Nabi mengutus satu pelatun dari 300 orang mujahidin utk mengintip laluan Quraish pada laluan jalan pantai Laut Merah (Yanbu-Jeddah-Mekah), Ini setahun sebelum perjanjian Hudaibiyah. mereka kehabisan makanan tapi ditakdirkan mereka menemui bangkai ikan paus yg baru mati, maka mereka memakannya dan mmbawa balik sebahagian kpd Nabi saw dan Nabi pun makan.

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: Dalil larangan makan makanan darat dan laut dalam masa yang sama

Post by syuaib on Thu Feb 20, 2014 6:31 am

terima kasih tuan atas pencerahan. jadi ada ke riwayat yang mengatakan nabi SAW melarang makan campur darat dan laut seperti makan nasi lauk ikan goreng+kari daging...

syuaib
AHLI
AHLI

Posts : 108
Points : 141
Join date : 28/12/2012

Back to top Go down

Re: Dalil larangan makan makanan darat dan laut dalam masa yang sama

Post by thtl on Thu Feb 20, 2014 8:59 am

Tak ada riwayat. Dalam Syamail Muhammadiah tak ada, padahal itulah kitab paling detail dalam kehidupan Nabi saw selama 63 tahun

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: Dalil larangan makan makanan darat dan laut dalam masa yang sama

Post by Ad-Dien on Sun Feb 23, 2014 6:56 am

syuaib wrote:terima kasih tuan atas pencerahan. jadi ada ke riwayat yang mengatakan nabi SAW melarang makan campur darat dan laut seperti makan nasi lauk ikan goreng+kari daging...

La asla lahu (tidak ada asalnya)

_________________
عقيدة السلف اصحاب الحديث

Fb: Ad-Dien

Ad-Dien
Admin
Admin

Posts : 3862
Points : 4184
Join date : 24/11/2011
Age : 26
Location : al-Kardawi

http://addienblog.blogspot.com

Back to top Go down

Re: Dalil larangan makan makanan darat dan laut dalam masa yang sama

Post by Solah on Sun Feb 23, 2014 10:59 am

Nak tumpang thread ni untuk bertanya, sebab berkaitan.

Saya ada berbual dengan seorang hamba Allah (geng JT, but no disrespect to them) waktu majlis makan kat masjid. Dia ni iaitu Mr T, pun mengatakan beberapa hal seperti soalan thread starter iaitu:_

1. Rasulullah tak makan makanan laut. Jadi Mr T tak makan langsung makanan laut tak kira ikan atau udang etc. Dia kata ni sunnah. Tapi sangkaan Mr T ni salah sebab Rasulullah SAW makan ikan paus seperti hadis Syeikh THTL kemukakan sebelum ni.

2. Tambahan kepada point 1. Mr T ni lebih jauh daripada tu cakap makanan laut ni sebenarnya tak beberapa bagus, sebab tu Rasulullah tak makan. (time tu masjid sediakan lauk udang, saya makan tapi dia tak makan, mmg saya rasa 'hot' jugak ler huhu)

3. Mr T claim sunnah makan satu lauk sahaja. Tak bercampur-campur lauk. Betul ke dakwaan dia ni? Saya amat musykil.


Solah
AHLI
AHLI

Posts : 114
Points : 187
Join date : 07/01/2012
Age : 34
Location : Penang

Back to top Go down

Re: Dalil larangan makan makanan darat dan laut dalam masa yang sama

Post by thtl on Sun Feb 23, 2014 1:42 pm

1. org mekah madinah mmg tak makan makanan laut (seafood) sbb depa kan jauh dari laut, manakala komuniti arab yg menetap di tepi laut, macam arab jazan, jeddah, Dammam, Yanboo, mmg makan sebab depa dok tepi laut.
Bukan maksud tak makan tu, depa tak suka , cuma budaya arab ni makanan laut ni kurang sebab makanan ruji (staple) mereka ialah roti atau gandum. Macam kita ni hari2 makan nasi, dan malaysia dikelilingi oleh laut, maka hari2 makan nasi dan makanan laut yg banyak menyebabkan diet manusia berubah. Arab ni sejak dulu yg hidup dalam padang pasir ialah unta, kambing dan kibash. Maka makanan darat adalah yang hampir dengan mereka.
2. makanan darat pun tak bagus, red meat atau daging merah mmg tak bagus jika makan selalu, tetapi white meat atau daging putih dari laut tidak membahayakan manusia, Ini proven dari sains pemakanan dan perubatan moden.
3. Nabi makan satu lauk sebab itu mmg tradisi arab. Kalau nasi mandi ayam, maka ayam ajela..beras basmathi masak terus bersama ayam, dan itulah. kalau roti, cicah dgn humus atau minyak zaitun atau dhal. makanan arab ni simple sampai sekarang, semua restoren arab mmg cam tu, satu lauk sahaja. Lauk pauk, minima 3 dish ni adalah tradisi org Malaysia
Maka dakwaan dia satu lauk itu sunnah adalah tak betul, sbb itu mmg cara org arab, namanya sunnah keAraban yg tak wajib ikut..

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: Dalil larangan makan makanan darat dan laut dalam masa yang sama

Post by Sponsored content Today at 3:13 pm


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum