waktu sesuai solat sunat

View previous topic View next topic Go down

waktu sesuai solat sunat

Post by ketinggian semulajadi on Fri Feb 14, 2014 1:49 pm

Salam  , boleh tak antum bagitau ana , waktu solat sunat ikut waktu Malaysia ? terima kasih Wink

ketinggian semulajadi
AHLI
AHLI

Posts : 18
Points : 24
Join date : 17/12/2013
Age : 19
Location : Perlis

Back to top Go down

Re: waktu sesuai solat sunat

Post by thtl on Fri Feb 14, 2014 4:07 pm

solat sunat ada banyak, yg mana satu..

solat sunat yg rawatib ialah solat sunat yg mengiringi solat fardhu...

2R sebelum subuh,
2R sebelum zuhur, 2R selepas zuhur
2 rakaat sebelum asar
2R selepas maghrib
2 rakaat sebelum isya' 2 R selepas Isya'..
3 rakaat witir

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: waktu sesuai solat sunat

Post by ketinggian semulajadi on Fri Feb 14, 2014 5:40 pm

kalau macam nak solat taubat , solat malam , solat istiqarah pukul berapa yang sesuai ?

ketinggian semulajadi
AHLI
AHLI

Posts : 18
Points : 24
Join date : 17/12/2013
Age : 19
Location : Perlis

Back to top Go down

Re: waktu sesuai solat sunat

Post by thtl on Fri Feb 14, 2014 9:54 pm

waktu2 afdhal solat2 sunat:
1. Solat Taubat
Tidak ditentukan, terbuka asalkan bukan waktu terlarang utk solat
2. Solat Malam
2.1 solat witir atau solat dalam rakaat ganjil, biasanya 3R
waktu afdhal, dekat waktu sahur atau dekat nak masuk fajar
waktu selamat selepas solat Isya' kalau jenis susah bangun malam
2.2 solat tahajjud, sunnahnya 8R, ia dilakukan selepas tidur malam walaupun sekejap
waktu puncak ialah sepertiga malam yg akhir, yakni dari jam 2 pagi hingga 4.30 pagi
2.3 solat sunat fajar selepas azan subuh pagi
3. solat Istikharah
bila-bila waktu asalkan bukan waktu yg haram, boleh juga menjadikan solat sunat rawatib atau solat dhuha sbg solat istikharah, cuma selepas salam dibacakan doa khas istikharah:
Dari Jabir bin Abdillah radhiallahu’anhu, beliau berkata,

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ – صلى الله عليه وسلم – يُعَلِّمُ أَصْحَابَهُ الاِسْتِخَارَةَ فِى الأُمُورِ كُلِّهَا ، كَمَا يُعَلِّمُ السُّورَةَ مِنَ الْقُرْآنِ يَقُولُ « إِذَا هَمَّ أَحَدُكُمْ بِالأَمْرِ فَلْيَرْكَعْ رَكْعَتَيْنِ مِنْ غَيْرِ الْفَرِيضَةِ ثُمَّ لِيَقُلِ اللَّهُمَّ إِنِّى أَسْتَخِيرُكَ بِعِلْمِك وَأَسْتَقْدِرُكَ بِقُدْرَتِكَ ، وَأَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ الْعَظِيمِ ، فَإِنَّكَ تَقْدِرُ وَلاَ أَقْدِرُ وَتَعْلَمُ وَلاَ أَعْلَمُ وَأَنْتَ عَلاَّمُ الْغُيُوبِ ، اللَّهُمَّ إِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الأَمْرَ خَيْرٌ لِى فِى دِينِى وَمَعَاشِى وَعَاقِبَةِ أَمْرِى – أَوْ قَالَ عَاجِلِ أَمْرِى وَآجِلِهِ – فَاقْدُرْهُ لِى وَيَسِّرْهُ لِى ثُمَّ بَارِكْ لِى فِيهِ ، وَإِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الأَمْرَ شَرٌّ لِى فِى دِينِى وَمَعَاشِى وَعَاقِبَةِ أَمْرِى – أَوْ قَالَ فِى عَاجِلِ أَمْرِى وَآجِلِهِ – فَاصْرِفْهُ عَنِّى وَاصْرِفْنِى عَنْهُ ، وَاقْدُرْ لِى الْخَيْرَ حَيْثُ كَانَ ثُمَّ أَرْضِنِى – قَالَ – وَيُسَمِّى حَاجَتَهُ

“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam mengajari para sahabatnya untuk shalat istikharah dalam setiap urusan, sebagaimana beliau mengajari surat dari Alquran. Beliau bersabda, “Jika kalian ingin melakukan suatu urusan, maka kerjakanlah shalat dua rakaat selain shalat fardhu, kemudian hendaklah ia berdoa:

“Allahumma inni astakhiruka bi ‘ilmika, wa astaqdiruka bi qudratika, wa as-aluka min fadhlika, fa innaka taqdiru wa laa aqdiru, wa ta’lamu wa laa a’lamu, wa anta ‘allaamul ghuyub. Allahumma fa-in kunta ta’lamu hadzal amro (sebut nama urusan tersebut) khoiron lii fii ‘aajili amrii wa aajilih (aw fii diinii wa ma’aasyi wa ‘aqibati amrii) faqdur lii, wa yassirhu lii, tsumma baarik lii fiihi. Allahumma in kunta ta’lamu annahu syarrun lii fii diini wa ma’aasyi wa ‘aqibati amrii (fii ‘aajili amri wa aajilih) fash-rifnii ‘anhu, waqdur liil khoiro haitsu kaana tsumma rodh-dhinii bih.”

Ya Allah, sesungguhnya aku beristikharah pada-Mu dengan ilmu-Mu, aku memohon kepada-Mu kekuatan dengan kekuatan-Mu, aku meminta kepada-Mu dengan kemuliaan-Mu. Sesungguhnya Engkau yang menakdirkan dan aku tidaklah mampu melakukannya. Engkau yang Maha Tahu, sedangkan aku tidak tahu. Engkaulah yang mengetahui perkara yang gaib. Ya Allah, jika Engkau mengetahui bahwa perkara ini baik bagiku dalam urusanku di dunia dan di akhirat, (atau baik bagi agama, kehidupan, dan akhir urusanku), maka takdirkanlah hal tersebut untukku, mudahkanlah untukku dan berkahilah ia untukku. Ya Allah, jika Engkau mengetahui bahwa perkara tersebut jelek bagi agama, kehidupan, dan akhir urusanku (atau baik bagiku dalam urusanku di dunia dan akhirat), maka palingkanlah ia dariku, dan palingkanlah aku darinya, dan takdirkanlah yang terbaik untukku apapun keadaannya dan jadikanlah aku ridha dengannya. Kemudian dia menyebut keinginanya” (HR. Ahmad, Al-Bukhari, Ibn Hibban, Al-Baihaqi dan yang lainnya).

waktu lain ialah

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: waktu sesuai solat sunat

Post by ketinggian semulajadi on Sun Feb 16, 2014 6:20 pm

sangat jelas , tapi saya belum faham waktu larangan solat , ada baca kat blog-blog tapi depa tak boh waktu depa bagi definisi ja , mintak ustaz terangkan na , terima kasih

ketinggian semulajadi
AHLI
AHLI

Posts : 18
Points : 24
Join date : 17/12/2013
Age : 19
Location : Perlis

Back to top Go down

Re: waktu sesuai solat sunat

Post by thtl on Sun Feb 16, 2014 10:21 pm

Waktu2 Haram utk solat: Dalil

ثلاث ساعات كان رسول الله صلى الله عليه و سلم ينهانا أن نصلي فيهن أو أن نقبر فيهن موتانا حين تطلع الشمس بازغة حتى ترتفع وحين يقوم قائم الظهيرة حتى تميل الشمس وحين تضيف الشمس للغروب حتى تغرب

ertinya: Tiga waktu Nabi SAW melarang kami sembahyang dan mengebumikan mayat padanya;
-ketika terbit matahari, sehingga naik tinggi
-ketika matahari berada di kemuncak pertengahan, sehingga tergelincir
-ketika matahari mula terbenam, sehinggalah ia terbenam. (HR: Muslim (no: 831)).

Manakala illah dilarang, disebut dalam hadis Amru bin Abasah r.a, dalam sahih Muslim (no: 832), ringkasannya ialah;

1-waktu terbit matahari: kerana matahari terbit antara dua tanduk syaitan, dan org kafir sujud kepada matahari waktu itu.
Cth, masuk waktu subuh KL: 5:35, waktu syuruk: 7:35
waktu haram: 15 minit selepas syuruk, waktu harus ialah ialah selepas 7:50 am . 15 minit adalah fatwa syaikh Uthaimiin

2-waktu tengahari: ketika itu api neraka begelegak.
waktu zuhur KL = 1:30 pm, waktu haram, 10 minit sebelum masuk Zuhur, yakni 1:20 pm-1:30 pm. 10 minit adalah pendapat Ibn Uthaimin, syaikh ibn Baz 20 minit sblm zuhur

3-waktu terbenam matahari: ia terbenam antara dua tanduk syaitan, dan org kafir sujud kepadanya waktu itu.
waktu Maghrib: 7:29 pm
Maka waktu hendak terbenam ialah 20 minit sebelum terbenam..7:10-7:29

Namun selepas Asar seluruhnya dilarang: dalil:
لاَ صَلاَةَ بَعْدَ الصُّبْحِ حَتَّى تَرْتَفِعَ الشَّمْسُ وَلاَ صَلاَةَ بَعْدَ الْعَصْرِ حَتَّى تَغِيْبَ الشَّمْسُ

“Tidak ada shalat setelah subuh sampai matahari tinggi dan tidak ada shalat setelah ashar sampai matahari tenggelam.” (HR. Al-Bukhari no. 586 dan Muslim no. 1920)

Jika anda berada Mesjidil Haram, semua waktu haram dimansuhkan buat anda. Maka boleh solat dan tawaf sepanjang masa..


thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: waktu sesuai solat sunat

Post by abu_firdaus on Mon Feb 17, 2014 3:31 am

sheikh,

apa dalil yg dipakai utk waktu haram dimansuhkan di masjidil haram?


abu_firdaus
AHLI
AHLI

Posts : 688
Points : 712
Join date : 19/05/2012
Location : bdr baru bangi

Back to top Go down

Re: waktu sesuai solat sunat

Post by thtl on Mon Feb 17, 2014 1:37 pm

dalil:
يا بَنِي عَبْدِ مَنافٍ ، لا تَمْنَعُوا أحدًا طَافَ بهِذا البيتِ وصلَّى أَيَّةَ ساعَةٍ شاءَ من لَيْلٍ أوْ نَهارٍ


الراوي: جبير بن مطعم المحدث: الترمذي - المصدر: سنن الترمذي - الصفحة أو الرقم: 868
خلاصة حكم المحدث: حسن صحيح
terj:
sahih Termidzi: hasan sahih
Dari Jabir bin Mut’im (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w); ‘Wahai Kaum Bani Abdul Manaf! [Nota: Kaum ini ditugaskan dalam zaman Rasulallah (s.a.w) menjaga Kaabah] Jangan mencegah kamu seseorang (yang) hendak tawaf dengan ini Baitullah dan bersolat. Bila-bila waktupun sesiapa berkehendakan (bersolat) dari malam dan siangnya (boleh bersolat).

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: waktu sesuai solat sunat

Post by Sponsored content Today at 5:25 am


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum