Status Berdoa Angkat Tangan (Kata Imam Al-Tirmizi)

View previous topic View next topic Go down

Status Berdoa Angkat Tangan (Kata Imam Al-Tirmizi)

Post by bukhori on Fri Feb 14, 2014 5:24 pm

Tolong bg komentar tntng hadith dibwh.. Dan benarkan kata2 Imam Tirmidzi berkenaan?

Suwaid bin Nashr menceritakan kepada kami, Abdullah bin Al-Mubarak memberitahukan kepada kami, Laits bin Saad memberitahukan kepada kami, Abdur Rabbih bin Said memberitahukan kepada kami, dari Imran bin Abi Anas dari Abdullah bin Nafi’ bin Al-Umya’ dari Rabi’ah bin Al-Harits dari Al-Fadhl bin Abbas berkata: “Rasulullah saw bersabda: “Solat itu dua rakaat-rakaat, terdapat tasyahhud pada tiap dua rakaat dan merendahkan diri, tunduk, menampakkan orang miskin dan kamu mengangkat kedua tanganmu-Rawi berkata: “Kamu mengangkat kedua-duanya memohon kepada Tuhan mu serta menghadapkan mukamu dengan kedua tanganmu yang dalam dan kamu berkata: “Wahai Tuhan ku! Wahai Tuhanku!, barangsiapa tidak melakukan apa yang disebutkan tadi maka dia begini dan begini (tidak sempurna solatnya.“. Abu Isa berkata: “Selain Ibnul Mubarak berkata tentang hadis ini: “Barangsiapa tidak melakukan apa yang disebutkan tadi maka solatnya kurang.


Sy ada terbaca kt blog ni..
http://nasbunnuraini.wordpress.com/2008/02/05/doa-apa-yang-sunat-angkat-tangan/

------------------------------
Tajuk diedit oleh admin kepada tajuk yang lebih sesuai

bukhori
AHLI
AHLI

Posts : 88
Points : 124
Join date : 30/01/2014

Back to top Go down

Re: Status Berdoa Angkat Tangan (Kata Imam Al-Tirmizi)

Post by thtl on Fri Feb 14, 2014 10:28 pm

Kata Termidzi: Hadith ini tidak sahih kerana gurunya Imam Bukhari berkata hadith Syu'bah ini ada beberapa kesalahan. Kesalahan itu dijelaskan oleh muhaqqiq lain spt berikut:
قَالَ أَبُو عِيسَى سَمِعْت مُحَمَّدَ بْنَ إِسْمَعِيلَ يَقُولُ رَوَى شُعْبَةُ هَذَا الْحَدِيثَ عَنْ عَبْدِ رَبِّهِ بْنِ سَعِيدٍ فَأَخْطَأَ فِي مَوَاضِعَ فَقَالَ عَنْ أَنَسِ بْنِ أَبِي أَنَسٍ وَهُوَ عِمْرَانُ بْنُ أَبِي أَنَسٍ وَقَالَ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ الْحَارِثِ وَإِنَّمَا هُوَ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ نَافِعِ ابْنِ الْعَمْيَاءِ عَنْ رَبِيعَةَ بْنِ الْحَارِثِ وَقَالَ شُعْبَةُ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ الْحَارِثِ عَنْ الْمُطَّلِبِ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَإِنَّمَا هُوَ عَنْ رَبِيعَةَ بْنِ الْحَارِثِ بْنِ عَبْدِ الْمُطَّلِبِ عَنْ الْفَضْلِ بْنِ عَبَّاسٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مُحَمَّدٌ وَحَدِيثُ اللَّيْثِ بْنِ سَعْدٍ هُوَ حَدِيثٌ صَحِيحٌ يَعْنِي أَصَحَّ مِنْ حَدِيثِ شُعْبَةَ
Tahqiq al-Mubabarakfuri,Tuhfah al-Ahwazi, syarah sunan Termidzi: Hadith ini tidak sahih kerana perawi Abdullah bin Nafi' yg majhul (tidak dikenali)
الراوي: الفضل بن عباس المحدث: المباركفوري - المصدر: تحفة الأحوذي - الصفحة أو الرقم: 2/200
خلاصة حكم المحدث: مدار هذا الحديث على عبد الله بن نافع بن العمياء وهو مجهول على ما قال الحافظ وقال البخاري لم يصح حديثه
tahqiq al-Albani: hadith mungkar (silsilah al-dha'ifah)
الراوي: الفضل بن عباس المحدث: الألباني - المصدر: السلسلة الضعيفة - الصفحة أو الرقم: 6546
خلاصة حكم المحدث: منكر

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: Status Berdoa Angkat Tangan (Kata Imam Al-Tirmizi)

Post by bukhori on Sat Feb 15, 2014 8:20 am

Kiranya kata2 tirmizi tu xbenar la ye..

bukhori
AHLI
AHLI

Posts : 88
Points : 124
Join date : 30/01/2014

Back to top Go down

Re: Status Berdoa Angkat Tangan (Kata Imam Al-Tirmizi)

Post by thtl on Sat Feb 15, 2014 9:21 am

Tak benar sebab tu saya lampirkan dua komentar muhaqqiq utk menjelaskan lagi apa maksud komen Imam Abu Isa, yaitu dari al-Mubarakfuri yg syarah kitab Jami' Termizi dan syaikh al-Albani yg menyatakan hadith tsb tidak sahih.

Kita semua maklum, angkat tangan ketika berdoa adalah sunat, yakni angkat pun boleh tak nak angkat pun boleh

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: Status Berdoa Angkat Tangan (Kata Imam Al-Tirmizi)

Post by bukhori on Sat Feb 15, 2014 9:26 am

Ok2 bereh boh, syukran..

bukhori
AHLI
AHLI

Posts : 88
Points : 124
Join date : 30/01/2014

Back to top Go down

Re: Status Berdoa Angkat Tangan (Kata Imam Al-Tirmizi)

Post by Ad-Dien on Thu Feb 20, 2014 8:08 pm

bukhori wrote:Tolong bg komentar tntng hadith dibwh.. Dan benarkan kata2 Imam Tirmidzi berkenaan?

Suwaid bin Nashr menceritakan kepada kami, Abdullah bin Al-Mubarak memberitahukan kepada kami, Laits bin Saad memberitahukan kepada kami, Abdur Rabbih bin Said memberitahukan kepada kami, dari Imran bin Abi Anas dari Abdullah bin Nafi’ bin Al-Umya’ dari Rabi’ah bin Al-Harits dari Al-Fadhl bin Abbas berkata: “Rasulullah saw bersabda: “Solat itu dua rakaat-rakaat, terdapat tasyahhud pada tiap dua rakaat dan merendahkan diri, tunduk, menampakkan orang miskin dan kamu mengangkat kedua tanganmu-Rawi berkata: “Kamu mengangkat kedua-duanya memohon kepada Tuhan mu serta menghadapkan mukamu dengan kedua tanganmu yang dalam dan kamu berkata: “Wahai Tuhan ku! Wahai Tuhanku!, barangsiapa tidak melakukan apa yang disebutkan tadi maka dia begini dan begini (tidak sempurna solatnya.“. Abu Isa berkata: “Selain Ibnul Mubarak berkata tentang hadis ini: “Barangsiapa tidak melakukan apa yang disebutkan tadi maka solatnya kurang.


Sy ada terbaca kt blog ni..
http://nasbunnuraini.wordpress.com/2008/02/05/doa-apa-yang-sunat-angkat-tangan/

1. Hadith Penuh:


حدثنا سويد بن نصر حدثنا عبد الله بن المبارك أخبرنا الليث بن سعد أخبرنا عبد ربه بن سعيد عن عمران بن أنس عن عبد الله بن نافع بن العمياء عن ربيعة بن الحارث عن الفضل بن عباس قال : قال رسول الله صلى الله عليه و سلم الصلاة مثنى مثنى تشهد في كل ركعتين وتخشع وتضرع وتمسكن [ وتذرع ] وتقنع يديك يقول ترفعهما إلى ربك مستقبلا ببطونهما وجهك وتقول يا رب يا رب ومن لم يفعل ذلك فهو كذا وكذا قال أبو عيسى وقال غير ابن المبارك في هذا الحديث من لم يفعل ذلك فهي خداج


2. Takhrij Al-Hadith: Diriwayatkan oleh Ahmad dalam Musnadnya no. 17666; Sunan Al-Tirmizi no. 385; Musnad Abu Ya'la no. 6595; Sunan Al-Kubra no. 615, 1440; Mu'jam Al-Ausat no. 8632, 8872; Az-Zuhd ibn Mubarak no. 1152;

3. Kedudukan hadith: Di ilalkan oleh Al-Bukhari dalam 'ilal Al-Kabir no.81 katanya Syu'bah banyak salah; Al-Baihaqi dalam Sunan Al-Kubra 2/488 berkata: Syu'bah silap dalam isnadnya; An-Nawawi dalam Al-Khulasah 1/477 menilainya dhaif; Ibn Rajab Al-Hanbali dalam Fath al-Bari 4/341 kata isnad hadith ini ada khilaf; Al-Thahawi dalam Syarh Musykil al-Athar 3/124 kata isnadnya diperselisihkan; Al-'Uqaili dalam Dhu'afa al-Kabir kata fihi nazar (diperbincangkan tentangnya/ isyarat dhaif martabat ketiga).

_________________
عقيدة السلف اصحاب الحديث

Fb: Ad-Dien

Ad-Dien
Admin
Admin

Posts : 3862
Points : 4184
Join date : 24/11/2011
Age : 26
Location : al-Kardawi

http://addienblog.blogspot.com

Back to top Go down

Re: Status Berdoa Angkat Tangan (Kata Imam Al-Tirmizi)

Post by Sponsored content Today at 9:53 am


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum