Menipu perompak, pengugut, dsb.

View previous topic View next topic Go down

Menipu perompak, pengugut, dsb.

Post by ZulQ on Fri Jan 13, 2012 3:01 pm

Assalamualaikum,

Pada muka depan nampak artikel Thtl tentang Wardina kena rompak. Betulkah kita tidak boleh menipu perompak, pengugut, ataupun orang yang "semacam" (syak) dalam kehidupan seharian?

Saya mengerti yang kita tidak boleh berprasangka, tetapi dalam kehidupan ni macam-macam perisa orang wujud. Kadang-kadang hati tu tidak mahu menipu, tetapi perkataan yang keluar dimulut jadi lain kerana dikuasai ketakutan.

Cth: Orang yang ganas suka berada depan pintu rumah minta nak masuk, penghuni rumah pula budak siswi perempuan. Bolehkah dia membeli kasut lelaki dan meletakkannya di hadapan pintu? Nak bagi nampak yang dia ni mempunyai orang rumah.










ZulQ
AHLI
AHLI

Posts : 163
Points : 244
Join date : 28/11/2011

Back to top Go down

Re: Menipu perompak, pengugut, dsb.

Post by thtl on Fri Jan 13, 2012 5:30 pm

Zul,

kata Ibn Qayyim tipu dibolehkan jika dihitung manfaatnya. Cth: jika wardina menipu perompak, manfaatnya, begnya selamat. cuma risikonya jika perompak tahu dan mungkin beliau akan dicederakan atau dipukul kerana menipu. Jika penipuan itu mendatangkan manfaat, tak berlaku mudharat dari penyamun, maka boleh aje. Begitulah penipuan kita org yg boleh memudharatkan, dihitung, antara manfaat dan mafsadat. Jika penipuan itu mendatangkan manfaat, maka tipulah.
Katakan perompak masuk rumah u, dia rampas kad ATM bank, perompak minta nombor PIN, tapi u tipu, perompak kata, saya akan pergi ATM sekarang, kalau no PIN ni tipu, maka saya akan bunuh awak. ada berani tipu?

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: Menipu perompak, pengugut, dsb.

Post by Ad-Dien on Fri Jan 13, 2012 9:12 pm



tiba-tiba saya teringat kisah anak muda yang jujur ketika dirompak dipadang pasir.Dia bagitau duit yang dia bawak tu sekian-sekian. Katanya , ibunya pesan kata jujur dan jangan menipu kerana ia akan menghilangkan ilmu. Seorang penuntut ilmu tidak boleh menipu dalam pencarian ilmu, lepas dengar tu terus insaf dan masuk islam..

cuba semak kisah ni...bawa matan arab sekali..hehe..

p/s- rasa kisah imam mazhab @ muhaddith...lupa dah..huhu

_________________
عقيدة السلف اصحاب الحديث

Fb: Ad-Dien

Ad-Dien
Admin
Admin

Posts : 3862
Points : 4184
Join date : 24/11/2011
Age : 26
Location : al-Kardawi

http://addienblog.blogspot.com

Back to top Go down

Re: Menipu perompak, pengugut, dsb.

Post by ZulQ on Sat Jan 14, 2012 2:53 am

Ya, sayapun tersempak dengan kisah sebegitu di internet, ada yang nyata kisah Imam Syafie. Entah kisah rekaan ke apa ...

JazakAllah khair ke atas jawapan Tuan Thtl. Saya sangka jika tipu kepada orang zalim (tetapi Islam) dalam keadaan darurat pun dikira sebagai dosa pada mulanya ...


Last edited by ZulQ on Sat Jan 14, 2012 7:55 am; edited 1 time in total

ZulQ
AHLI
AHLI

Posts : 163
Points : 244
Join date : 28/11/2011

Back to top Go down

Re: Menipu perompak, pengugut, dsb.

Post by thtl on Sat Jan 14, 2012 5:57 am

Itu kisah syaikh Abdul Qadir al-Jilani.

----------------------petikan kisahnya
Dan dalam perjalanan beliau ke Baghdad, sekumpulan perompak telah datang kepada beliau, dan menanyakan kepada beliau, berapa wang yang Abdul Qadir ada. Abdul Qadir menjawab dengan jujur seperti mana yang telah dinasihatkan oleh ibunya. Beliau menyatakan jumlah wang yang ada didalam poketnya. Akibat dari kejujurannya itu, perompak berkenaan berasa sedih dan bertaubat atas perbuatannya itu. Perompak itu bertanya pada Abdul Qadir, mengapa beliau berkata benar sedangkan beliau tahu akan dirompak. Lalu Abdul Qadir menceritakan halnya bersama ibunya yang beliau telah berjanji atas nama Allah pada ibunya yang beliau akan bercakap benar dan jujur. Perompak tersebut merasa hairan dan takjub atas kejujuran Abdul Qadir menjaga janjinya dengan usianya yang semuda itu, manakala perompak itu memikirkan hal dirinya yang telah sekian lama hidup merompak dan bercanggah dengan Islam.
----------------------------tamat

Kisah ni masyhur. kalau ada masa saya akan cek. Ia nak cerita syaikh Abd Qadir ni tidak pernah menipu dalam hidupnya, hatta kpd perompak pun dia bercakap benar...sebab tu dia adalah Wali Allah.

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: Menipu perompak, pengugut, dsb.

Post by Ahmad Shamil on Sat Jan 14, 2012 8:18 am

Menipu itu kadang kadang boleh jadi harus, atau wajib.
Percakapan merupakan wasilah menyampaikan maksud, setiap maksud yg baik yg boleh disampaikan tanpa pembohongan, maka pembohongan dlm perkara tersebut adalah haram.
Sebaliknya, jika maksud sebenar tak dapat disampaikan melainkan dengan berbohong, harus berbohong dlm perkara tersebut.

Jika penyampaian maksud itu harus, maka penipuan itu pun harus. Jika penyampaian maksud itu wajib, penipuan itu juga jadi wajib.
Cth: memelihara darah org islam itu wajib, maka jika mengatakan kebenaran itu boleh menumpahkan darah seseorang muslim, dan pembohongan mampu memelihara darahnya, maka ia jadi wajib dlm situasi ini. ini dalam keadaan di mana jika tidak berbohong dia akan ditimpa mudarat besar yang tidak tertanggung.

Begitu juga di dalam situasi peperangan, mendamaikan antara dua org bertelagah, memerangkap penjenayah, tidak dapat dilakukan melainkan dengan penipuan, maka harus menipu dlm perkara2 seumpama ini, tinggal lagi hendaklah cuba sedaya upaya mengelakkannya selagi mampu.

Ini kerana mendedahkan diri kepada pembohongan boleh membawa kesan tidak baik kpd diri, bimbang lama kelamaan kita menipu juga di luar batas yg dibenarkan. Kesimpulannya menipu itu haram, kecuali bila benar2 diperlukan, atau darurat.
مَا وَرَدَ عَنْ أُمِّ كُلْثُومٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا : " أَنَّهَا سَمِعَتْ رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُول : لَيْسَ الْكَذَّابُ الَّذِي يُصْلِحُ بَيْنَ النَّاسِ فَيَنْمِي خَيْرًا أَوْ يَقُول خَيْرًا (. أخرجه البخاري ومسلم) ، وَوَرَدَ عَنْهَا : لَمْ أَسْمَعْ يُرَخَّصُ فِي شَيْءٍ مِمَّا يَقُول النَّاسُ كَذِبٌ إِلاَّ فِي ثَلاَثٍ : الْحَرْبِ ، وَالإِْصْلاَحِ بَيْنَ النَّاسِ ، وَحَدِيثِ الرَّجُل امْرَأَتَهُ وَحَدِيثِ الْمَرْأَةِ زَوْجَهَا (أخرجه مسلم)

- diriwayatkan drp ummu kalthum r.a, bhw beliau mendengar rasul s.a.w bersabda: " bukanlah dikira satu pembohongan seseorg yg mendamaikan orang lalu dia menambah nambah tentang kebaikan atau mengatakan sesuatu yg baik.
- Diriwayatkan drp beliau juga: aku tidak pernah mendengar baginda memberikan keringanan kepada manusia mengatakan sesuatu yg bohong kpd org ramai melainkan dlm 3 perkara: peperangan, mendamaikan antara manusia, dan percakapan suami dengan isterinya dan isteri dengan suaminya.(kata imam nawawi dlm syarah muslim: percakapan suami isteri yg bertujuan utk mengeratkan kemesraan dan kasih sayang 16/158)

- pengecualian di d lm hadis ini adalah jelas, dan diqiyaskan ke atas perkara2 lain yg serupa atau membawa maksud /tujuan yg serupa.

- muasuah fiqhiyyah kuwaitiyyah 34/205-206, dipetik oleh pengarang drp ihya ulumuddin karya alghazali dan dalil al-falihin syarh riadhussalihin karya ibn A'llan as-shafi'i

_________________
http://kembara-journey.blogspot.com
http://epetscorner.blogspot.com

Jihad tanpa didasari ilmu pengetahuan ibarat pedang tanpa gagang, bisa melukai (Kiai Haji Ahmad Dahlan r.h.m)

Ahmad Shamil
Admin
Admin

Posts : 929
Points : 1226
Join date : 24/11/2011
Age : 31
Location : Raub, Pahang

http://kembara-journey.blogspot.com

Back to top Go down

Re: Menipu perompak, pengugut, dsb.

Post by Ahmad Shamil on Sat Jan 14, 2012 9:19 am

Sheikh Muhammad bin soleh al-uthaimin memberikan gambaran:
- jika seorang muslim mahu bersembunyi drp si zalim yg mahu membunuhnya, atau merampas hartanya, dan dia menyembunyikan hartanya, lalu ditanya orang tentang dia, wajib berbohong utk menyembunyikannya.
- Seorg menyimpan harta saudaranya, lalu si zalim datang mahu merampas harta itu, wajib dia berbohong utk menyembunyikannya.

Beliau menamakan perkara ini sebagai – at-tauriyah- iaitu dia memaksudkan drp percakapannya maksud yg benar, bukan bohong, walaupun ia mungkin difahami sbg bohong pada zahir perkataannya, dan juga di sisi org yg mendengar
(syarah riadus salihin, ibn uthaimin, mauqi' jami' al-hadis an-nabawi, 1/1790)

_________________
http://kembara-journey.blogspot.com
http://epetscorner.blogspot.com

Jihad tanpa didasari ilmu pengetahuan ibarat pedang tanpa gagang, bisa melukai (Kiai Haji Ahmad Dahlan r.h.m)

Ahmad Shamil
Admin
Admin

Posts : 929
Points : 1226
Join date : 24/11/2011
Age : 31
Location : Raub, Pahang

http://kembara-journey.blogspot.com

Back to top Go down

Re: Menipu perompak, pengugut, dsb.

Post by Ad-Dien on Sat Jan 14, 2012 10:44 pm

thtl wrote:Itu kisah syaikh Abdul Qadir al-Jilani.

----------------------petikan kisahnya
Dan dalam perjalanan beliau ke Baghdad, sekumpulan perompak telah datang kepada beliau, dan menanyakan kepada beliau, berapa wang yang Abdul Qadir ada. Abdul Qadir menjawab dengan jujur seperti mana yang telah dinasihatkan oleh ibunya. Beliau menyatakan jumlah wang yang ada didalam poketnya. Akibat dari kejujurannya itu, perompak berkenaan berasa sedih dan bertaubat atas perbuatannya itu. Perompak itu bertanya pada Abdul Qadir, mengapa beliau berkata benar sedangkan beliau tahu akan dirompak. Lalu Abdul Qadir menceritakan halnya bersama ibunya yang beliau telah berjanji atas nama Allah pada ibunya yang beliau akan bercakap benar dan jujur. Perompak tersebut merasa hairan dan takjub atas kejujuran Abdul Qadir menjaga janjinya dengan usianya yang semuda itu, manakala perompak itu memikirkan hal dirinya yang telah sekian lama hidup merompak dan bercanggah dengan Islam.
----------------------------tamat

Kisah ni masyhur. kalau ada masa saya akan cek. Ia nak cerita syaikh Abd Qadir ni tidak pernah menipu dalam hidupnya, hatta kpd perompak pun dia bercakap benar...sebab tu dia adalah Wali Allah.

Alhamdulillah..saya menunggu..hehe...matan arab sekali nahh..hehe Smile

_________________
عقيدة السلف اصحاب الحديث

Fb: Ad-Dien

Ad-Dien
Admin
Admin

Posts : 3862
Points : 4184
Join date : 24/11/2011
Age : 26
Location : al-Kardawi

http://addienblog.blogspot.com

Back to top Go down

Re: Menipu perompak, pengugut, dsb.

Post by Ad-Dien on Sat Jan 14, 2012 10:45 pm



syukran ustaz thtl dan Ustaz Abu Zubair atas jawapan yang mantap.

_________________
عقيدة السلف اصحاب الحديث

Fb: Ad-Dien

Ad-Dien
Admin
Admin

Posts : 3862
Points : 4184
Join date : 24/11/2011
Age : 26
Location : al-Kardawi

http://addienblog.blogspot.com

Back to top Go down

Re: Menipu perompak, pengugut, dsb.

Post by Sponsored content Today at 9:48 am


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum