Maqaalat Ad-Dien fi Utusan Ghaimuddin (Artikel Ad-Dien dalam Utusan Mega Agama)

Go down

Maqaalat Ad-Dien fi Utusan Ghaimuddin (Artikel Ad-Dien dalam Utusan Mega Agama) Empty Maqaalat Ad-Dien fi Utusan Ghaimuddin (Artikel Ad-Dien dalam Utusan Mega Agama)

Post by Ad-Dien on Wed Feb 19, 2014 8:40 am

Berikut adalah beberapa buah maqalat (Artikel-artikel) yang pernah diterbitkan dalam akhbar utusan Malaysia bahagian Mega Agama. Menulis di dalamnya tidak beerti saya menyokong akhbar itu secara mutlak. Cuma ia medium dakwah yang saya dapat setakat ini.

1. Ikhlas Beramal Kerana Allah

Maqaalat Ad-Dien fi Utusan Ghaimuddin (Artikel Ad-Dien dalam Utusan Mega Agama) Ba_04.1

IKHLAS merupakan suatu perkara yang amat berkait rapat dengan ajaran Islam. Bahkan ia merupakan tunjang dan antara syarat utama sesuatu amalan itu diterima oleh Allah SWT. Islam merupakan agama yang suci lagi mulia. Disebabkan itu Allah SWT memerintahkan para hamba-Nya untuk mengabdikan diri kepada-Nya dengan penuh keikhlasan kerana ia merupakan tanda tulusnya agama dalam diri seorang Muslim.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: Padahal mereka tidak diperintahkan, melainkan untuk menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadah kepada-Nya dalam (menjalankan) agama dengan lurus. Dan supaya mereka mendirikan solat dan menunaikan zakat dan yang demikian itu adalah agama yang benar. (al-Bayyinah: 5)

Niat dan ikhlas merupakan amalan hati yang berhubung terus kepada Allah SWT. Setiap amal perbuatan yang dilakukan akan dinilai oleh Allah berdasarkan apa yang telah ia niatkan tanpa mengira siapa pun dirinya dan kedudukan yang ada padanya.

Diriwayatkan daripada Umar al-Khattab RA berkata, Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya semua amal perbuatan dinilai mengikut niat dan setiap orang dinilai dengan niatnya. Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya dinilai mengikut niatnya menuju Allah dan Rasul-Nya. Sesiapa yang berhijrah untuk mendapatkan dunia dan wanita yang ingin dinikahinya, maka hijrahnya dinilai mengikut tujuan hijrahnya itu. (riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Hadis ini mengandungi mesej, pelajaran dan hukum yang besar buat umat Islam. Di dalam hadis ini disebutkan bahawa setiap orang itu dinilai baik dan buruknya berdasarkan kepada apa yang diniatkannya. Imam As-Syafie menyebutkan bahawa hadis ini merupakan satu per tiga daripada ilmu dan ia merupakan 70 cabang dalam ilmu fiqh. Imam Ibnu Rajab al-Hanbali pula berkata bahawa hadis ini merupakan salah satu hadis yang menjadi tiang agama Islam.

Ketaatan tanpa keikhlasan menunjukkan ketidaksempurnaan dalam mengabdikan diri kepada-Nya. Ikhlas dituntut oleh Allah SWT tanpa mengira latar belakang seorang hamba. Baik dirinya itu seorang Muslim yang serba kekurangan dan miskin mahupun seorang yang kaya raya, para mufti dan ustaz, para pemimpin ataupun majikan, kesemua yang bergelar Islam diperintahkan untuk taat kepada Allah dengan ikhlas.

Daripada Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh badan kamu dan tidak pula kepada rupa bentuk kamu. Akan tetapi Dia melihat kepada keikhlasan hati kamu. (riwayat Muslim)

Sesungguhnya rahmat dan anugerah Allah SWT ke atas hamba-hamba-Nya amat luas terbentang. Segala kenikmatan yang ada pada manusia dalam hidup mereka merupakan kurniaan yang dipinjamkan oleh-Nya sebagai tanda kasih-Nya kepada manusia. Antara tanda lain akan kebesaran rahmat Allah adalah dengan ganjaran yang diberikan-Nya ke atas niat.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Bicara_Agama/20130411/ba_04/Ikhlas-beramal-kerana-Allah#ixzz2tg0yrdJN
© Utusan Melayu (M) Bhd

_________________
عقيدة السلف اصحاب الحديث

Fb: Ad-Dien
Ad-Dien
Ad-Dien
Admin
Admin

Posts : 3862
Points : 4184
Join date : 24/11/2011
Age : 29
Location : al-Kardawi

http://addienblog.blogspot.com

Back to top Go down

Maqaalat Ad-Dien fi Utusan Ghaimuddin (Artikel Ad-Dien dalam Utusan Mega Agama) Empty Re: Maqaalat Ad-Dien fi Utusan Ghaimuddin (Artikel Ad-Dien dalam Utusan Mega Agama)

Post by Ad-Dien on Wed Feb 19, 2014 8:53 am

2. Rahmat Allah Mengatasi Kemurkaannya


Maqaalat Ad-Dien fi Utusan Ghaimuddin (Artikel Ad-Dien dalam Utusan Mega Agama) Himalayan-morning-panorama-small
ISLAM merupakan agama yang penuh dengan rahmat dan kemudahan. Syariat-syariat yang terkandung dalam Islam sesuai untuk semua manusia. Islam menyeru agar sentiasa mengerjakan amal kebaikan dan melarang kepada keburukan dan dosa.

Pun begitu, setiap manusia mempunyai kelemahan dan kekurangannya yang tersendiri. Tiada tanah yang tidak pernah ditimpa hujan. Begitulah manusia, tiada yang pernah terlepas daripada sebarang dosa sebagaimana Nabi yang maksum.

Dosa yang dilakukan sama ada sengaja mahupun tidak sengaja baik dosa besar mahupun kecil akan diampunkan oleh Allah SWT jika seseorang itu benar-benar bertaubat kepada-Nya. Orang yang telah melakukan dosa hendaklah segera bertaubat dengan mengharapkan rahmat dan keampunan daripada-Nya. Janganlah berputus asa kerana dosa yang dirasakan terlalu banyak sehingga merasa tidak layak untuk bertaubat dan menjadi lebih baik.

Allah SWT berfirman: Katakanlah (Wahai Muhammad): Wahai hamba-hambaku yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa-dosa kamu. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. (Az-Zumar: 53)

Allah SWT sendiri telah mengakui akan kebesaran rahmat dan keampunan buat hamba-hamba-Nya. Daripada Abu Hurairah berkata, Rasulullah SAW bersabda: Ketika Allah SWT telah selesai menciptakan dunia dan seisinya, Allah menuliskan dalam kitab yang ada disisi-Nya yang tersimpan di atas Arasy-Nya: Sesungguhnya rahmat-Ku mengatasi kemurkaan-Ku. (riwayat al-Bukhari no. 6969 dan Muslim no. 2751)

Ketenangan, kedamaian dan keindahan yang dirasakan di dunia ini adalah berkat rahmat daripada Allah SWT. Seluruh makhluk ciptaan-Nya sama ada manusia, jin, tumbuh-tumbuhan, haiwan dan sebagainya berkongsi rahmat yang telah dikurniakan Ilahi.

Sesungguhnya di akhirat nanti, rahmat Allah SWT jauh lebih besar berbanding kenikmatan yang manusia rasakan ketika hidup di dunia dahulu.

Di dalam sebuah hadis daripada Abu Hurairah berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Allah SWT memiliki 100 rahmat. Satu di antaranya Allah SWT telah turunkan dan dibahagi-bahagikan-Nya kepada jin, manusia, binatang dan serangga. Dengan rahmat-Nya yang satu itu juga para makhluk-Nya saling mencintai dan menyayangi dan dengan rahmat-Nya yang satu itu juga haiwan liar mahu menyayangi anaknya. Adapun 99 rahmat lagi, Allah akan berikan pada hari kiamat nanti kepada para hamba-Nya. (riwayat al-Bukhari no. 6000 dan Muslim no. 2752)

Jika kehidupan di dunia ini adalah hanya satu peratus daripada rahmat Allah SWT, maka seharusnya umat Islam hari ini tidak berputus asa untuk meminta keampunan dan rahmat Allah SWT agar diampunkan dosa yang telah lalu.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Bicara_Agama/20130501/ba_02/Rahmat-atasi-kemurkaan-Nya#ixzz2tkBWVDG5
© Utusan Melayu (M) Bhd

_________________
عقيدة السلف اصحاب الحديث

Fb: Ad-Dien
Ad-Dien
Ad-Dien
Admin
Admin

Posts : 3862
Points : 4184
Join date : 24/11/2011
Age : 29
Location : al-Kardawi

http://addienblog.blogspot.com

Back to top Go down

Maqaalat Ad-Dien fi Utusan Ghaimuddin (Artikel Ad-Dien dalam Utusan Mega Agama) Empty Re: Maqaalat Ad-Dien fi Utusan Ghaimuddin (Artikel Ad-Dien dalam Utusan Mega Agama)

Post by thtl on Wed Feb 19, 2014 9:12 am

Like 
tahniah
utusan bayar tak? ke free je
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Maqaalat Ad-Dien fi Utusan Ghaimuddin (Artikel Ad-Dien dalam Utusan Mega Agama) Empty Re: Maqaalat Ad-Dien fi Utusan Ghaimuddin (Artikel Ad-Dien dalam Utusan Mega Agama)

Post by Ad-Dien on Wed Feb 19, 2014 9:21 am

3. Jumaat Hari Terbaik

Maqaalat Ad-Dien fi Utusan Ghaimuddin (Artikel Ad-Dien dalam Utusan Mega Agama) 600
HARI Jumaat merupakan penghulu segala hari dalam seminggu. Sebagai umat Islam, kita meyakini bahawa hari Jumaat memberikan kelebihan dan mengandungi keutamaan tertentu berbanding hari lain. Kebiasaannya umat Islam hanya terlintas bahawa kelebihan hari Jumaat hanyalah pada solat Jumaat. Benarkah sekadar itu sahaja?

Hakikatnya terdapat pelbagai amalan lain yang dianjurkan kepada umat Islam untuk mengerjakannya. Antaranya ialah;

1. Mandi sunat Jumaat

Pada hari Jumaat, kita disarankan untuk mandi sunat pada hari Jumaat terutama bagi lelaki yang ingin menunaikan solat Jumaat. Daripada Ibnu Umar berkata, Rasulullah SAW bersabda: Jika salah seorang daripada kalian ingin mengerjakan solat Jummat, maka hendaklah dia mandi. (riwayat Al-Bukhari no. 877 dan Muslim no. 844)

2. Membersihkan gigi dan memakai wangian

Membersihkan gigi sama ada dengan kayu siwak ataupun berus gigi yang ada pada masa kini amat dituntut terutama sebelum mengerjakan solat. Begitu juga anjuran memakai wangian sebelum solat.

Kedua-dua perkara ini antara sunnah yang semakin dilupakan serta kurang diamalkan. Abu Sa'id Al-Khudri berkata bahawa Rasulullah SAW menyarankan agar pada sahabat menggosok gigi dan memakai wangi-wangian pada hari Jumaat semampu yang boleh.

Salah seorang perawi hadis iaitu seorang tabi'in bernama Bukair bin Abdullah Al-Asyajj berkata tentang anjuran memakai wangi-wangian pada hari Jumaat: Meskipun dengan wangi-wangian kaum wanita. (riwayat Muslim no. 846; Abu Daud no. 342)

3. Memperbanyakkan doa

Salah satu doa yang diangkat dan dimakbulkan oleh Allah adalah ketika hari Jumaat. Pada hari Jumaat, terdapat suatu masa yang mana jika seseorang berdoa pada waktu itu, nescaya Allah akan menunaikan permintaannya. Ia merupakan suatu peluang yang telah diberikan kepada umat Islam namun tidak ramai yang mengetahuinya dan beramal dengannya.

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda: Pada hari Jumaat ada suatu waktu yang mana tidaklah seorang hamba Muslim mengerjakan solat lalu berdoa tepat pada waktu tersebut melainkan Allah akan mengkabulkan doanya tersebut. (riwayat al-Bukhari no. 935 dan Muslim no. 852)

Para ulama mempunyai pelbagai pendapat mengenai bilakah waktu yang dimaksudkan oleh Rasulullah SAW itu. Ada yang berpendapat waktu mustajab itu adalah ketika di antara dua khutbah dalam solat Jumaat.

Sebahagiannya pula berpendapat pada waktu Asar. Pendapat yang kuat adalah pada waktu Asar selepas mengerjakan solat Asar sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam musnadnya. (musnad Ahmad no. 7363)

4. Memperbanyakkan selawat ke atas Nabi SAW

Selawat merupakan tanda kecintaan umat Islam terhadap Rasulullah SAW. Setiap daripada selawat yang dilafazkan akan diberikan ganjaran yang besar di akhirat kelak. Ia juga menjadi zikir yang perlu diamalkan setiap hari untuk melembutkan hati dan menyemai rasa cinta kepada Baginda SAW.

Setiap Muslim disunatkan untuk memperbanyakkan selawat setiap hari terutamanya pada hari Jumaat. Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya hari Jumaat merupakan hari yang terbaik di antara hari-hari lain, maka perbanyakkanlah berselawat kepadaku pada hari itu (Jumaat) kerana sesungguhnya selawat kalian akan sampai kepadaku." (riwayat Abu Daud no. 1531dan An-Nasai no. 1374)


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Bicara_Agama/20130531/ba_02/Jumaat-hari-terbaik#ixzz2tkFS9pV3
© Utusan Melayu (M) Bhd

_________________
عقيدة السلف اصحاب الحديث

Fb: Ad-Dien
Ad-Dien
Ad-Dien
Admin
Admin

Posts : 3862
Points : 4184
Join date : 24/11/2011
Age : 29
Location : al-Kardawi

http://addienblog.blogspot.com

Back to top Go down

Maqaalat Ad-Dien fi Utusan Ghaimuddin (Artikel Ad-Dien dalam Utusan Mega Agama) Empty Re: Maqaalat Ad-Dien fi Utusan Ghaimuddin (Artikel Ad-Dien dalam Utusan Mega Agama)

Post by thtl on Wed Feb 19, 2014 9:23 am

Patut Dien ulas,
baca AQ hari dan malam Jumaat, baca Yasin, baca al-Kahfii atau baca apa jua surah...
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Maqaalat Ad-Dien fi Utusan Ghaimuddin (Artikel Ad-Dien dalam Utusan Mega Agama) Empty Re: Maqaalat Ad-Dien fi Utusan Ghaimuddin (Artikel Ad-Dien dalam Utusan Mega Agama)

Post by Ad-Dien on Wed Feb 19, 2014 9:24 am

thtl wrote:Like 
tahniah
utusan bayar tak? ke free je

Adalah sedikut honorium. Asalnya saya tak tahupun ada kemudian editor yang bagitahu. Saya tulis artikel pendek dan ringkas untuk memudahkan masyarakat faham. Dan saya harap artikel yang terkumpul boleh dibukukan under utusan publication macam artikel-artikel Syaikh MAZA waktu jadi mufti dulu, insyaAllah.  Smile 

_________________
عقيدة السلف اصحاب الحديث

Fb: Ad-Dien
Ad-Dien
Ad-Dien
Admin
Admin

Posts : 3862
Points : 4184
Join date : 24/11/2011
Age : 29
Location : al-Kardawi

http://addienblog.blogspot.com

Back to top Go down

Maqaalat Ad-Dien fi Utusan Ghaimuddin (Artikel Ad-Dien dalam Utusan Mega Agama) Empty Re: Maqaalat Ad-Dien fi Utusan Ghaimuddin (Artikel Ad-Dien dalam Utusan Mega Agama)

Post by Ad-Dien on Wed Feb 19, 2014 9:25 am

thtl wrote:Patut Dien ulas,
baca AQ hari dan malam Jumaat, baca Yasin, baca al-Kahfii atau baca apa jua surah...

Hehe tak muat sebab saya diperuntukkan 2 pages je untuk 1 artikel. Sebab tu tak masuk isu berat. Cuma kadang-kala tu ada lah saya selitkan nasihat-nasihat serba sedikit. Kena slow-slow tak boleh terus menyergah..

 Smile 

_________________
عقيدة السلف اصحاب الحديث

Fb: Ad-Dien
Ad-Dien
Ad-Dien
Admin
Admin

Posts : 3862
Points : 4184
Join date : 24/11/2011
Age : 29
Location : al-Kardawi

http://addienblog.blogspot.com

Back to top Go down

Maqaalat Ad-Dien fi Utusan Ghaimuddin (Artikel Ad-Dien dalam Utusan Mega Agama) Empty Re: Maqaalat Ad-Dien fi Utusan Ghaimuddin (Artikel Ad-Dien dalam Utusan Mega Agama)

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum