BicaraTHTL
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

manusia blh nampak jin/syaitan?

+3
abubakar
thtl
sitisu
7 posters

Go down

manusia blh nampak jin/syaitan? Empty manusia blh nampak jin/syaitan?

Post by sitisu Tue Feb 18, 2014 11:33 am

1. satu hari kawan emak saya datang ke rumah. dia melihat saya.setelah pulang emak memberitahu ada 'benda 2 ekor' dah masuk ke dalam badan saya. boleh ka saya percaya kata-katanya tu. ?
menurut mak , kwnnya mmg boleh berubat orng yang kena gangguan.sebab salah satu kelebihan dia boleh nampak benda2 tu..
tp saya agak ragu2 sebab cara dia berpakaian, agak tidak menutup aurat semasa berkunjung ke rumah kami.( pakai t-shirt lengan pendek dan hanya memakai anak tudung yang berpesen sikit...

sitisu
AHLI
AHLI

Posts : 191
Points : 305
Join date : 04/12/2013

Back to top Go down

manusia blh nampak jin/syaitan? Empty Re: manusia blh nampak jin/syaitan?

Post by thtl Tue Feb 18, 2014 12:19 pm

1. Manusia tidak dapat melihat jinn atau Malaikat dalam bentuk kejadian asal mereka. Jinn dari api dan Malaikat dari light atau nur.
dalil:

يَا بَنِي آدَمَ لاَ يَفْتِنَنَّكُمُ الشَّيْطَانُ كَمَا أَخْرَجَ أَبَوَيْكُم مِّنَ الْجَنَّةِ يَنزِعُ عَنْهُمَا لِبَاسَهُمَا لِيُرِيَهُمَا سَوْءَاتِهِمَا إِنَّهُ يَرَاكُمْ هُوَ وَقَبِيلُهُ مِنْ حَيْثُ لاَ تَرَوْنَهُمْ إِنَّا جَعَلْنَا الشَّيَاطِينَ أَوْلِيَاء لِلَّذِينَ لاَ يُؤْمِنُونَ

“Wahai anak Adam, janganlah sekali-kali kamu dapat ditipu oleh setan, sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu-bapakmu dari surga; ia menanggalkan pakaiannya dari keduanya untuk memperlihatkan–kepada keduanya–‘auratnya. Sesungguhnya, ia (iblis/setan) dan pengikut-pengikutnya melihat kamu dari suatu tempat yang (di sana) kamu tidak mampu melihat mereka. Sesungguhnya, Kami telah menjadikan setan-setan itu pemimpin-pemimpin bagi orang-orang yang tidak beriman.” (Qs. Al-A’raf:27)

Tapi kalau jinn utk menukar bentuk dalam bentuk fizikal, misalnya dalam bentuk manusia, haiwan atau sebarang objek. maka ketika itu manusia dapat melihatnya.

Maka jika dia mendakwa dia melihat jinn dalam bentuk asal, maka ia tipula, kalau dalam bentuk fizikal, usahkan dia, anda pun boleh nampak. Jadi, tak usahlah percaya mentah-mentah.
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

manusia blh nampak jin/syaitan? Empty Re: manusia blh nampak jin/syaitan?

Post by sitisu Mon Feb 24, 2014 4:24 am

oohh.. tp macamana dengan rawatan yang mak saya ada minta kawan dia buat. patutke saya halang emak minta bantuan dia lagi? Bukan emak yang sakt, tp adik sy agak lemah sikit, kena hesteria/ ganggu.

sitisu
AHLI
AHLI

Posts : 191
Points : 305
Join date : 04/12/2013

Back to top Go down

manusia blh nampak jin/syaitan? Empty Re: manusia blh nampak jin/syaitan?

Post by thtl Mon Feb 24, 2014 8:39 am

1. adik tu kena dapatkan complete health check di klinik pakar dulu...mungkin mahal jugaklah tapi itulah yg terbaik utk doktor cek semua sistem dalam tubuh dia. Dalam perubatan, apa pun kena utamakan dulu perubatan moden dan canggih sebab itulah kehendak Islam.

2. Bomoh, dukun, pawang mmg kena dijauhi khususnya yang kita tidak yakin dengan cara perdukunannya. Tambahan pulak klinik2 yg mendakwa menawarkan perubatan Islam itu pun banyak menipu masyarakat. Maka kena hati2.

Utamakan rawatan kedoktoran dan peralatan canggih dulu.
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

manusia blh nampak jin/syaitan? Empty Re: manusia blh nampak jin/syaitan?

Post by abubakar Tue Mar 18, 2014 11:38 am

Izinkan saya menyuarakan pandangan.

Perkara ini ada dibincang dgn panjang lebar dlm thread https://bicarathtl.forumms.net/t2020-kehidupan-lampau-past-life#22257. Forumer sitisu dijemput utk menjengah thread berkenaan.

Berkenaan soalan kedua itu pada saya tak perlulah diteruskan lg rawatan dgn kawan emak kamu itu. Ini kerana saya merasakan adanya penglibatan jin dlm kaedah rawatan dia.

Saya nak kongsi serba-sedikit panduan asas tp penting utk berubat dgn perawat yg betul. Terpulang kalau nak ikut ataupun tidak. Yg pertamanya perawat itu hendaklah beraqidah dgn aqidah yg sahih dan beramal dgn amalan yg sahih, sebagaimana yg di ajar Rasulullah s.a.w dan pengamalan para sahabat r.a.

Yg keduanya sekiranya perawat menetapkan jumlah bayaran, tak kira dlm bentuk apa sekalipun baik drpd segi wang tunai, beras, zakat, derma, pinggan, senjata, dsb tak kira lah jumlah tersebut sedikit ataupun byk, kecil ataupun besar, jgn berubat dgn dia. Kalau dulu bomoh guna 'pengeras', apabila sebut guna 'pengeras' ini, mmg dijamin adanya penglibatan bantuan jin dlm rawatan. Skrg ini ramai dah faham agama, jd perawat yg guna jin, tak guna dah nama pengeras, sebaliknya guna strategi lain utk mendptkan pengeras drpd pesakit. Bukan saya nak kata tak payah bg saguhati kpd perawat ya, jgn salah faham yg ini.

Yg terakhir sekali, elakkan drpd berubat dgn perawat yg menjanjikan dan menjamin kesembuhan. Masalah yg berlaku adalah ramai org kita yg bermudah-mudah menuduh seseorang menipu atau bermasalah kerana tak sembuh. Yg peliknya dgn doktor dia tak ckp mcm itu pula. Sdgkan perawat dgn doktor ini sama-sama berperanan sebagai tukang ikhtiar. Kuasa memberi kesembuhan itu bukannya pada mereka ini. Kalau nak kira seseorang perawat itu betul sbb boleh menyembuhkan org, bomoh/dukun org Asli, sami Buddha/Hindu pun boleh menyembuhkan pesakit yg dtg kpd mereka tp takkan lah mereka ini betul kan?

Sekadar inginkan kepastian. Boleh tak kamu bgtahu drpd mana kwn emak kamu itu mendapat kemahiran mengubat tersebut? Adakah melalui mimpi/warisan turun-temurun/hasil perguruan/semulajadi?
abubakar
abubakar
AHLI
AHLI

Posts : 261
Points : 311
Join date : 06/07/2012

Back to top Go down

manusia blh nampak jin/syaitan? Empty Re: manusia blh nampak jin/syaitan?

Post by thtl Tue Mar 18, 2014 12:05 pm

apayg AB sebut tu macam impossible nak amalkan.
1. camna kita nak cek akidah tok dukun dan amalannya. setahu saya tak ada tok bomoh yg berakidah salaf..he3, amalannya macam melayu biasa juga, tahlil arwah, yasin, doa selamat, solat hajat..

2. kenapa kita ingin mendapatkan rawatan yg didakwa perubatan Islam sedangkan istilah "perubatan islam" itu tidak ujud. Jampi serapah, halau jinn dan jembalang tidak boleh dikomersilkan dan tidak boleh didakwa perubatan Islam. itu maksud penipuan. sebab ia diada-adakan.
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

manusia blh nampak jin/syaitan? Empty Re: manusia blh nampak jin/syaitan?

Post by ZulQ Tue Mar 18, 2014 2:31 pm

Assalamualaikum,

Wujudkah dalil yang meyatakan Jin/Syaitan boleh berubah kepada bentuk jembalang-jembalang ataupun bentuk lain dari kebiasaan? Contohnya penggal (kepala manusia), hantu bersiung, berbulu dan sebagainya? Ataupun golongan Jin hanya boleh berubah kepada bentuk yang sedia ada seperti bentuk manusia dan haiwan.

Adakah golongan Nabi (dengan izin Allah) dapat melihat Jin dalam bentuk asalnya?

ZulQ
AHLI
AHLI

Posts : 163
Points : 244
Join date : 28/11/2011

Back to top Go down

manusia blh nampak jin/syaitan? Empty Re: manusia blh nampak jin/syaitan?

Post by thtl Wed Mar 19, 2014 12:35 am

1. syaitan berubah menjadi hantu atau ghoul dalam bahasa arab adalah khurafat.
dalilnya:
عَنْ جَابِرٍ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم: لَاعَدْوَى وَلَا طِيَرَةَ وَلَا غُولَ
Dari Jabir رضي الله عنه berkata, "Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda, 'Tidak ada penyakit menular, thiyarah (merasa sial), dan Ghoul (hantu)." Muslim no.2222
Maksudnya ghoul ialah apa yg anda nyatakan di atas adalah khurafat
2. Tapi dalam bentuk manusia dan haiwan adalah mmg sahih berlaku.
dalil:
مَا إِنَّهُ قَدْ صَدَقَكَ وَهُوَ كَذُوبٌ
Kali ini dia benar, meskipun aslinya dia pendusta.” (HR. Bukhari 2311).
Ini kisah Abu Hurayra yg ditugaskan menjaga harta zakat dan pada malanya Jin datang mencuri dalam bentuk seorang lelaki dan Abu Hurayra berjaya menangkapnya.

3. Golongan Nabi mmg boleh sebab mereka adalah golongan yg telah disingkapkan tabir ghaib.
cth Nabi menangkap Ifrit:
Sesungguhnya jin ifrit menampakkan diri kepadaku tadi malam, untuk mengganggu shalatku. Kemudian Allah memberikan kemampuan kepadakku untuk memegangnya. Aku ingin untuk mengikatnya di salah satu tiang masjid, sehingga pagi harinya kalian semua bisa melihatnya. Namun saya teringat doa saudaraku Sulaiman: “Ya Tuhanku, ampunilah aku dan anugerahkanlah kepadaku kekuasaan yang tidak dimiliki oleh seorangpun sesudahku.” Kemudian beliau melepaskan jin itu dalam keadaan terhina. (HR. Bukhari 461 & Muslim 541).
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

manusia blh nampak jin/syaitan? Empty Re: manusia blh nampak jin/syaitan?

Post by abubakar Wed Mar 19, 2014 10:39 am

thtl wrote:apayg AB sebut tu macam impossible nak amalkan.
1. camna kita nak cek akidah tok dukun dan amalannya. setahu saya tak ada tok bomoh yg berakidah salaf..he3, amalannya macam melayu biasa juga, tahlil arwah, yasin, doa selamat, solat hajat..

2. kenapa kita ingin mendapatkan rawatan yg didakwa perubatan Islam sedangkan istilah "perubatan islam" itu tidak ujud. Jampi serapah, halau jinn dan jembalang tidak boleh dikomersilkan dan tidak boleh didakwa perubatan Islam. itu maksud penipuan. sebab ia diada-adakan.

Sekadar pandangan.

1. Dlm perbincangan sebelum ini saya ada nyatakan yg kalau boleh jgn dptkan rawatan daripada perawat. Oleh sbb itulah apa yg saya sebut itu seolah-olah mustahil bunyinya. Ada perawat yg beraqidah salaf cthnya Ibnu Najib, Syeikh Abdul Salam Bali, Ustaz Emran Ahmad dll. Kalau daripada segi amalan itu, mcm dlm kes sitisu, apabila perawat tak tutup aurat, tak perlu nak fikir panjang lah di situ.

2. Pada saya perubatan Islam ini sama mcm Ekonomi Islam ataupun Politik Islam. Ianya tak ada pengkhususan tp prinsip-prinsip berdasarkan nas dalil itu ada. Cthnya dlm bab ekonomi, asalkan menepati prinsip-prinsip Islam cthnya bebas riba, bebas arak, bebas penindasan dsb, ianya boleh dipanggil ekonomi Islam walaupun nama ekonomi tersebut Marxist ke Kapitalis ke dsb.

Saya kira boleh jd Ustaz THTL menggunapakai penjelasan drpd DYQ dlm hal tersebut tp pada saya, kalau dlm bab kencing unta, ataupun bekam, itu tak apa lah, tp dlm bab gangguan makhluk halus ini, ianya masih di luar bidang kuasa para ahli perubatan moden. Oleh sbb itu adanya keperluan rawatan alternatif seperi perubatan Islam ini. Bahkan Ibnu Taimiyyah sendiri pernah menjampi org yg kerasukan berdasarkan catatan anak muridnya Ibnu Qayyim.

Kita sedia maklum yg masyarakat kita ini sebelum kedatangan Islam lg dah mempunyai kaedah merawat sendiri contohnya seperti Main Puteri, Menurun, Memuja dsb. Juga ada yg jumpa Tok Cha, Sami dsb utk berubat. Jd dgn adanya perubatan Islam, org kita tak buat dah benda-benda mcm itu. Cumanya berlaku masalah dgn sesetengah institusi perawat yg mendpt ilmu rawatan yg diperturunkan drpd generasi sebelumnya. Diri sendiri merupakan lulusan agama dan cuba utk memutihkan ilmu yg telah diwarisi agar ianya dpt dijenamakan dgn perubatan Islam. Di sini berlaku masalah tp tak apa ini cerita lain lah.

Tidak dinafikan mmg berlaku penipuan menggunakan nama perubatan Islam cthnya, Darul Saka, Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP, Perubatan Islam Kelana Sakti. Maksud penipuan di sini adalah bukannya kerana rawatan mereka tak berhasil, namun kaedah yg digunapakai saya kira tidak patuh syariah walaupun mereka menggunakan ayat Al-Quran di dlm kaedah mereka.
abubakar
abubakar
AHLI
AHLI

Posts : 261
Points : 311
Join date : 06/07/2012

Back to top Go down

manusia blh nampak jin/syaitan? Empty Re: manusia blh nampak jin/syaitan?

Post by thtl Wed Mar 19, 2014 11:57 am

Isu perubatan islam tu tak sama dgn perbankan Islam vs konvensional dan ekonomi Islam vs ekonomi kapitalis/sosialis, negara Islam vs negara kafir. Sebab usyul dan metod amat jelas berbeda.

Akan tetapi, perubatan ni sama saja, ia nak rawat penyakit, maka tiada di sana perubatan islam dan perubatan kafir. Cth: Sime darby medical center, Pusat perubatan University Malaya, HKL..maka siapa saja yg pergi sini adalah utk perubatan, open for all.

adapun perubatan jampi, ruqyah, halau hantu dinamakan perubatan Islam, ini cuma pendapat Ibn Qayyim dan kemungkinan beliau silap dalam hal ini kerana Nabi saw sebut perubatan secara umum bila dia nasihatkan sahabat yg sakit, pergilah berubat.
Kes-kes jampi ni semua riwayatnya adalah secara accident dan bukan rutin. WA
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

manusia blh nampak jin/syaitan? Empty Re: manusia blh nampak jin/syaitan?

Post by thtl Wed Mar 19, 2014 12:03 pm

Diriwayatkan oleh Bukhari (6472) dan muslim (220) dari Ibnu Abbas t bersabda:

يدخل الجنّة منْ أمّتي سبعون ألفًا بغيرِ حسابٍ, هم الّذين لاَ يسترقون ولا يتطيرون و لا يكنون و على ربّهم يتوكّلون

“tujuh puluh ribu umatku akan masuk surga tanpa hisab, mereka adalah orang-orang yang tidak minta diruqyah, tidak melakukan thiyarah (merasa sial jika melihat burung tertent), tidak melakukan pengobatan dengan kaiy (besi panas) dan selalu bertawakkal kepada Rabb mereka”.
Lagipun Nabi saw secara jelas sebut, 70,000 umatku akan masuk syurga tanpa hisab, salah satunya ialah "orang yg tidak pernah minta diruqyahkan oleh orang lain"  apa maknanya tu AB?
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

manusia blh nampak jin/syaitan? Empty Re: manusia blh nampak jin/syaitan?

Post by hafiz Wed Mar 19, 2014 3:43 pm

adakah mksud ustaz xde ghoul atau hantu? Rasa kliru sikit

hafiz
AHLI
AHLI

Posts : 388
Points : 709
Join date : 15/06/2013

Back to top Go down

manusia blh nampak jin/syaitan? Empty Re: manusia blh nampak jin/syaitan?

Post by thtl Wed Mar 19, 2014 3:55 pm

Hantu yg macam ni tak ujud, ia cuma khurafat atau tahyul/metos

Jin/Syaitan boleh berubah kepada bentuk jembalang-jembalang ataupun bentuk lain dari kebiasaan? Contohnya penggal (kepala manusia), hantu bersiung, berbulu dan sebagainya

Hantu dalam bentuk manusia atau haiwan, mmg ada.
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

manusia blh nampak jin/syaitan? Empty Re: manusia blh nampak jin/syaitan?

Post by hafiz Thu Mar 20, 2014 4:49 pm

hbis tu yg claim nmpk tu cmne ustaz?

hafiz
AHLI
AHLI

Posts : 388
Points : 709
Join date : 15/06/2013

Back to top Go down

manusia blh nampak jin/syaitan? Empty Re: manusia blh nampak jin/syaitan?

Post by Ad-Dien Thu Mar 20, 2014 6:17 pm

Yang ni kena datang Fiqh Medik April Nanti.. Smile

manusia blh nampak jin/syaitan? K-FIQHm-News-with-Promo-End1-1024x721
Ad-Dien
Ad-Dien
Admin
Admin

Posts : 3862
Points : 4184
Join date : 24/11/2011
Age : 33
Location : al-Kardawi

http://addienblog.blogspot.com

Back to top Go down

manusia blh nampak jin/syaitan? Empty Re: manusia blh nampak jin/syaitan?

Post by alDayyan Fri Mar 21, 2014 5:07 am

thtl wrote:Hantu yg macam ni tak ujud, ia cuma khurafat atau tahyul/metos

Jin/Syaitan boleh berubah kepada bentuk jembalang-jembalang ataupun bentuk lain dari kebiasaan? Contohnya penggal (kepala manusia), hantu bersiung, berbulu dan sebagainya

Hantu dalam bentuk manusia atau haiwan, mmg ada.

saya rasa mereka x terhad kepada penjelmaan dalam bentuk2 konvensional je pak syeikh.. pengalaman sy sendiri dah pernah nampak mcm2 jenis dah. tp more to bentuk ala2 pontianak dan langsuir (jenis berambut panjang baju putih dan berkuku panjang selain yg jenis dari bentuk bebola api).

tp wallahualam..sy x pasti samada mereka bukan dari kalangan djinn sebab saya rasa mungkin terdapat entiti lain yg kejenya menakutkan orang je.

contohnya terdapat sejenis kuman yg kalau dia kacau ganggu fungsi kimia kat otak menyebabkan pesakit tu jadi halusinasi, meracau, suhu badan naik turun dan mcm2 lagi la.
tp kalau pesakit ni dibawa ke pengamal perubatan tradisional, maka abisla satu badan kena sepuh jampiserapah.. tp berbeza plak jika di rawat dgn rawatan berteknologi tinggi dalam skop sains perubatan.

tp kalau dalam tempoh 50-100 tahun akan datang, incase manusia dah berjaya jadi koloni kat mana2 planet, jika masih berlakunya penampakan ala2 pontianak, jembalang dan sebagainya kat planet2 tu atau kat angkasalepas.. ntahlaa nak cakap apa. Hihihi 

alDayyan
Helper
Helper

Posts : 563
Points : 772
Join date : 25/05/2012
Age : 54
Location : 127.0.0.1

http://www.bicarathtl.forumms.net

Back to top Go down

manusia blh nampak jin/syaitan? Empty Re: manusia blh nampak jin/syaitan?

Post by sitisu Thu Mar 27, 2014 8:37 am

abubakar wrote:Izinkan saya menyuarakan pandangan.

Perkara ini ada dibincang dgn panjang lebar dlm thread https://bicarathtl.forumms.net/t2020-kehidupan-lampau-past-life#22257. Forumer sitisu dijemput utk menjengah thread berkenaan.

Berkenaan soalan kedua itu pada saya tak perlulah diteruskan lg rawatan dgn kawan emak kamu itu. Ini kerana saya merasakan adanya penglibatan jin dlm kaedah rawatan dia.

Saya nak kongsi serba-sedikit panduan asas tp penting utk berubat dgn perawat yg betul. Terpulang kalau nak ikut ataupun tidak. Yg pertamanya perawat itu hendaklah beraqidah dgn aqidah yg sahih dan beramal dgn amalan yg sahih, sebagaimana yg di ajar Rasulullah s.a.w dan pengamalan para sahabat r.a.

Yg keduanya sekiranya perawat menetapkan jumlah bayaran, tak kira dlm bentuk apa sekalipun baik drpd segi wang tunai, beras, zakat, derma, pinggan, senjata, dsb tak kira lah jumlah tersebut sedikit ataupun byk, kecil ataupun besar, jgn berubat dgn dia. Kalau dulu bomoh guna 'pengeras', apabila sebut guna 'pengeras' ini, mmg dijamin adanya penglibatan bantuan jin dlm rawatan. Skrg ini ramai dah faham agama, jd perawat yg guna jin, tak guna dah nama pengeras, sebaliknya guna strategi lain utk mendptkan pengeras drpd pesakit. Bukan saya nak kata tak payah bg saguhati kpd perawat ya, jgn salah faham yg ini.

Yg terakhir sekali, elakkan drpd berubat dgn perawat yg menjanjikan dan menjamin kesembuhan. Masalah yg berlaku adalah ramai org kita yg bermudah-mudah menuduh seseorang menipu atau bermasalah kerana tak sembuh. Yg peliknya dgn doktor dia tak ckp mcm itu pula. Sdgkan perawat dgn doktor ini sama-sama berperanan sebagai tukang ikhtiar. Kuasa memberi kesembuhan itu bukannya pada mereka ini. Kalau nak kira seseorang perawat itu betul sbb boleh menyembuhkan org, bomoh/dukun org Asli, sami Buddha/Hindu pun boleh menyembuhkan pesakit yg dtg kpd mereka tp takkan lah mereka ini betul kan?

Sekadar inginkan kepastian. Boleh tak kamu bgtahu drpd mana kwn emak kamu itu mendapat kemahiran mengubat tersebut? Adakah melalui mimpi/warisan turun-temurun/hasil perguruan/semulajadi?  

darimana dapat ilmunya tak la saya tanya..
tapi dua hari sudah ada tanya mak ttg keraguan saya pada kawannya tuu.. alhamdulillah, mak tak buat dah dgn dia. sbb mak kata mak pun mcm tak konfiden kesahihan ilmu kawannya tuuu...

sitisu
AHLI
AHLI

Posts : 191
Points : 305
Join date : 04/12/2013

Back to top Go down

manusia blh nampak jin/syaitan? Empty Re: manusia blh nampak jin/syaitan?

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum