BicaraTHTL
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Politik Musyawarah ganti Politik Kepartian.

3 posters

Go down

Politik Musyawarah ganti Politik Kepartian. Empty Politik Musyawarah ganti Politik Kepartian.

Post by Ahmad Shamil Sat Jan 14, 2012 1:56 pm

idea ini dimulakan dgn posting saudara MFR studio di AFN.
http://al-fikrah.net/index.php?name=Forums&file=viewtopic&p=814856#814856
ana bawa ke sini utk minta pandangan shbt2 di sini ttg idea ini.

Bismillah.

Latar Belakang

1. Politik Malaysia banyak berkisar tentang hidup Parti Politik berbanding hidup Rakyat.
2. Parti Politik mula menarik rakyat untuk menyokong atau menentang berdasarkan masalah peribadi, masalah skandal individu, masalah-masalah teknikal, isu moral, isu rasuah, lobi, tak amanah yang berlegar dalam dunia Parti Politik sehingga tenggelam isu dan masalah rakyat.
3. Banyak masalah rakyat tidak selesai walaupun sudah berpuluh tahun mengadu- banjir berulang, tiada infrastruktur sempurna, kemudahan asas lengkap, jenayah, ekonomi, sosial dan lain-lain.
4. Wakil rakyat selalu berjanji itu ini tapi hanya mengulang untuk kempen pilihanraya berikutnya dan berikan alasan sibuk dengan aktiviti parti atau sibuk bekerja padahal kerja wakil rakyat selesaikan masalah rakyat.
5. Rakyat telah membesar dan bertumbuh menjadi matang dan bijak, penuh idea bernas, kreatif untuk fikirkan solusi, mampu merancang lebih baik dari ahli politik yang duduk dalam Parti Politik disebabkan isu-isu yang memeningkan kepala mereka berupa gosip dan skandal maka mereka tiada masa untuk bertumbuh menjadi lebih bijak. Jurang intelektual semakin membesar antara calon pemimpin dan rakyat yang ingin dipimpin dan ia berkeadaan songsang, yang dipimpin lebih bijak dari yang memimpin.

Solusi:

1. Politik Kepartian diganti dengan Politik Musyawarah

Cara-caranya:

1. Masyarakat berkumpul mengikut kawasan DUN.
2. Senarai masalah masyarakat yang boleh disenaraipanjangkan.
3. Membahagi-bahagikan masalah yang boleh diselesaikan dalam tempoh sepenggal, perlu tindakan berterusan, atau masalah yang mengambil tempoh lebih sepenggal.
4. Bincang strategi penyelesaian, keperluan, rancangan, aktiviti, program, semua untuk menyelesaikan masalah secara tuntas.
5. Senaraikan kriteria amanah dan quwwah bagi tugasan menyelesaikan strategi yang telah ditetapkan.
6. Menyelidik calon yang ada amanah dan quwwah di kalangan rakyat setempat bagi membolehkan segala strategi penyelesaian dapat dijalankan dalam sepenggal.
6. Menyenaipanjangkan calon.
7. Menyenaraipendekkan calon.
8. Membentangkan profil calon-calon bersama kekuatan amanah dan quwwah yang ditetapkan dan memilih satu sebagai keputusan sepakat rakyat setempat.
9. Ikrar untuk bertugas tertakluk pada musyawarah oleh calon jika menang.
10. Dicalonkan nama wakil musyawarah ke pilihanraya.
11. Menang, jalankan segala perancangan yang sudah disepakati rakyat setempat.
12. Laporan mingguan atau bulanan pada musyawarah setempat.
13. Meletak jawatan selepas habis sepenggal.
14. Ulang semula no 1 menjelang pilihanraya berikutnya.

Keuntungan:

1. Jika diamalkan oleh semua kawasan, Politik Malaysia akan berfokus dan berlegar berkenaan menyelesaikan masalah rakyat.
2. Rakyat akan berlumba-lumba menjana idea untuk menyelesaikan masalah hidup mereka, membudayakan sikap berfikir masyarakat.
3. Idea-idea bernas dan kreatif melimpahruah, memajukan Malaysia dengan idea-idea baru untuk rujukan dunia.
4. Malaysia menjadi negara bertamadun tinggi sebagai umat pencipta kreatif dan inovatif bukan lagi pengguna semata-mata.
5. Musyawarah menjadi amalan masyarakat, menguatkan kembali budaya bermasyarakat.
6. Masjid akan imarah sebab musyawarah diadakan di perkarangan masjid.
7. Tiada lagi semua nilai negatif Politik Kepartian.

Mohon mencadang.

Sekian.
Ahmad Shamil
Ahmad Shamil
Admin
Admin

Posts : 929
Points : 1226
Join date : 24/11/2011
Age : 39
Location : Raub, Pahang

http://kembara-journey.blogspot.com

Back to top Go down

Politik Musyawarah ganti Politik Kepartian. Empty Re: Politik Musyawarah ganti Politik Kepartian.

Post by thtl Sat Jan 14, 2012 2:12 pm

hehehe a_z,

kita jangan pikir apa yg diluar kemampuan kita.

2:286 (Allah tidak membebankan seseorang melainkan sesuai dgn kesanggupannya).

ana perhati MFR ni sejak dia student kat japan lagi, dia suka pikir sesuatu yg diluar kemampuannya.

Nak tukar sistem politik Malaysia ni bukan kerja kita.
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Politik Musyawarah ganti Politik Kepartian. Empty Re: Politik Musyawarah ganti Politik Kepartian.

Post by Ahmad Shamil Sat Jan 14, 2012 7:54 pm

orang seni ni pikirannya jauh...
nak2 nya seni komik...mumkin ini mempengaruhi beliau
Ahmad Shamil
Ahmad Shamil
Admin
Admin

Posts : 929
Points : 1226
Join date : 24/11/2011
Age : 39
Location : Raub, Pahang

http://kembara-journey.blogspot.com

Back to top Go down

Politik Musyawarah ganti Politik Kepartian. Empty Re: Politik Musyawarah ganti Politik Kepartian.

Post by Ad-Dien Sat Jan 14, 2012 10:49 pm

Abu_Zubair wrote:orang seni ni pikirannya jauh...
nak2 nya seni komik...mumkin ini mempengaruhi beliau

niat nya baik, cuma langkah nya tidak sesuai, mungkin beliau boleh cuba berjinak di dalam bidang politik untuk mengetahui sejauh mana kemampuannya terhadap apa yang diimpikannya.

niat nya baik, cuma mungkin ia tidak sesuai, wallahua'lam bissowab..

p/s-orang seni tu sensitif tu..hehe... Smile
Ad-Dien
Ad-Dien
Admin
Admin

Posts : 3862
Points : 4184
Join date : 24/11/2011
Age : 33
Location : al-Kardawi

http://addienblog.blogspot.com

Back to top Go down

Politik Musyawarah ganti Politik Kepartian. Empty Re: Politik Musyawarah ganti Politik Kepartian.

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum