Adakah sosialisme menepati islam?

View previous topic View next topic Go down

Adakah sosialisme menepati islam?

Post by seijiseimura84 on Thu Feb 27, 2014 5:54 pm

Dalam sibuk isu2 kenaikan harga rumah.....org sudah menuding jari terhadap peranan kapitalist sebagia penyumbang harga rumah naik. Apa tidaknya.....yg menjadi agen hartanah itu adalah org kaya, kemudian dijual juga hanya pada org kaya. Di manakah hak org miskin utk mempunyai rumah. Hari ni rumah berharga RM 500 000, mungkin tuan rumah akan jual balik Rm 600 000 dan angka akan terus naik dan naik.....maka jadilah soalan smpai bila org miskin mempunyai hak utk membeli rumah. Si kaya menjadi lebih kaya....si miskin menjadi lebih miskin

Si kaya kata ini hak mereka , sebab mereka berusaha....Tp bila saya fikir2 betulkah? Si miskin dan si kaya masing2 bekerjasama. Tak salah saya ada petikan quran mengatakan Allah menciptakan dunia dgn ada golongan tertentu dilahirkan kekurangan utk bekerja dgn golongan lain yg diberi kelebihan dan golongan ini saling bergantung satu sama lain. Mohon yg arif dpt bawakan ayat quran.

Saya fikir mmg benar, si miskin perlukan si kaya, si kaya perlukan si miskin. Andaikata di dunia ini lahir semura org kaya dan pandai, maka siapalah mereka yg akan usahakan tanah utk makanan, siapa pula akan kerja di kilang , siapalah akan bersihkan jalan, siapalah pula yg akan bekerja syabas memberikan kemudahan air.

Namun di dunia kapitalis hari ini.....golongan2 miskin ini, seperti petani, org2 kerja syabas, org2 yg kerja di kilang, seolah2 tidak diberi hak utk hidup seperti org lain. Sedangkan merekalah yg memberi masyarakat sumber makanan, sumber air bersih. Dengan sumbangan mereka, kebanyakan golongan2 bangsawan ini hanya perlu pergi tesco utk beli ayam, buka pili air utk dapatkan air. Tanpa sumbangan si miskin, mungkin golongan2 bangsawan ini terpaksa membuka tanah sendiri utk bercucuk tanam dan membela ayam, mencari sumber air sendiri, maka ini sudah pasti menjejaskan kerjaya mereka kerana tiada masa utk belajar, tiada masa utk fokus pada kerjanya. Si miskin sudah menyumbang, malangnya si bangsawan dgn bongkak mengatakan aku dah berusaha, maka aku layak mengecapi kekayaan, tanpa memperdulikan bahawa si miskin telah memberi sumbangan kepada mereka. Ini satu ketidakadilan dlm masyarakat kita. Adakah ini satu keadilan??

Saya melihat antara2 sistem ekonomi hari ni.....sistem sosialis yg lebih dekat kepada islam. Ini kerena golongan si miskin dan si kaya diiktiraf. Tiada penindasan dari org kaya. Tp kadang2 saya hairan mengapa org terlalu taboo atau phobia dgn sosialisma.....adakah ini kerana propaganda barat dlm mencuci fikiran kita?

seijiseimura84
AHLI
AHLI

Posts : 472
Points : 779
Join date : 27/11/2011

Back to top Go down

Re: Adakah sosialisme menepati islam?

Post by thtl on Thu Feb 27, 2014 11:02 pm

Doc,
Ini tajuk Mega. tak boleh jawab dalam dua tiga ayat. mula2 kena bedah dulu, apa itu sosialisme..

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: Adakah sosialisme menepati islam?

Post by abu_firdaus on Fri Feb 28, 2014 6:08 am

tang mana yg dikatakan sistem sosialisme lebih dekat dgn islam berbanding kapitalisma? hanya kerana kaya & miskin diiktiraf?

abu_firdaus
AHLI
AHLI

Posts : 688
Points : 712
Join date : 19/05/2012
Location : bdr baru bangi

Back to top Go down

Re: Adakah sosialisme menepati islam?

Post by thtl on Fri Feb 28, 2014 11:27 am

rasanya tak payah jawab, sebab sosialisme dah runtuh, dgn runtuhnya USSR,maka tamatlah riwayat sosialis. Parti sosialis Malaysia pun tak pernah maju di Malaysia, hidup segan dan mati tak mahu, maksudnya doktrin sosialis tidak sesuai dgn Islam dan fitrah manusia...yang sedang mengalami krisis sekarang ialah Capitalist...

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: Adakah sosialisme menepati islam?

Post by zikrulmaut_sm on Fri Feb 28, 2014 5:19 pm

Memperkenalkan: "Taqwa-ism", solusi untuk masyarakat:

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10152656230707926&l=fe92b856cf

_________________
[Takkan beribadat pun berdosa?]

عن سعيد بن المسيب أنه رأى رجلا يصلي بعد طلوع الفجر أكثر من ركعتين يكثر فيها الركوع والسجود فنهاه. فقال: يا أبا محمد! أيعذبني الله على الصلاة؟! قال: لا ولكن يعذبك على خلاف السنة.
روى البيهقي بسند صحيح

Dari Said bin Musayyib, ia melihat seorang lelaki menunaikan shalat setelah terbit fajar lebih dari dua rakaat, ia memanjangkan rukuk dan sujudnya. Akhirnya Said bin Musayyib pun melarangnya. Orang itu berkata: “Wahai Abu Muhammad, apakah Allah akan menyiksaku karena shalat? “Beliau menjawab: "Tidak, tetapi Allah akan menyiksamu karena menyelisihi As-Sunnah”.

[ Hadits sahih riwayat Baihaqi dalam "As Sunan Al Kubra" II/466, Khatib Al Baghdadi dalam "Al Faqih wal mutafaqqih" I/147, Ad Darimi I/116].

zikrulmaut_sm
AHLI
AHLI

Posts : 513
Points : 765
Join date : 25/11/2011

http://facebook.com/syazwanmisran

Back to top Go down

Re: Adakah sosialisme menepati islam?

Post by seijiseimura84 on Sun Mar 09, 2014 3:28 am


salah satu kelemahan malaysia adalah kita tak ada ideologi
pernah seorang sahabat kita menganjurkan soalan kepada pas.....ideologi apakah yg mereka mahu usulkan kepada rakyat, dari segi politik dan khususnya ekonomi
sudah tentu jawapannya adalah ISLAM, tetapi jawapan ini adalah terlalu umum

di politik barat.....mereka ada mcm2 ideologi, kapitalisma, socialisma, liberalisma......ideologi inilah yg mengerakkan mereka

akhir sekali , saya percaya bahawa masyarakat kita rosak disebabkan sistem yg digunapakai oleh kita. sedar tak sedar,....kini kita mengamalkan kapitalis. Ramai org islam katakan bahawa islam adalah jalannya ,......tetapi JAWAPAN INI TERLALU UMUM. Mmglah islam adalah jawapannya, tetapi apakah methodlogi2 yg boleh digunapakai dlm konteks zaman masa kini

Salah satu sebab saya merasakan sosialima DEKAT pd islam, kerana ia memastikan golongan miskin diberi pembelaan sewajarnya, dan setiap kelompok masyarakat diberi hak mereka. Cuba bayangkan, harga rumah semakin tinggi,,...dan tinggi....dan tinggi, rumah sesekali tidak akan turun ....dan semakin naik. Adakah nanti suati hari nanti, oorg miskin tiada hak untuk mendapatkan hak untuk membeli rumah?

Tapi bila sebut sosialisma, semua cepat melenting.Tp jangan lupa, pihak kapitalist musuh mereka yg beria2 mencemarkan nama sosialisma demi menjaga kepentingan mereka dan org2 kaya serta elit

Apa2pun kita memerlukan suatu ideologi, suatu methodologi....di mana ia dekat dengan islam. Kita boleh ubah suai mana2 ideologi supaya ia tepat dengan islam

Saya akui beberapa soalan saya tak dpt nak jawab, kerana saya masih berjinak2 dgn ideologi2 ni.

Cuma saya harap dapat membincangkan isu ideologi ini dengan cara profesional dan berakademik

seijiseimura84
AHLI
AHLI

Posts : 472
Points : 779
Join date : 27/11/2011

Back to top Go down

Re: Adakah sosialisme menepati islam?

Post by zikrulmaut_sm on Sun Mar 09, 2014 3:40 am

dr. seiji pergi la hadiri dulu kuliah perbandingan antara ekonomi Islam, ekonomi capitalist dengan economy socialist. saya dah pergi dah. Islam dah ada system sendiri. tak payah capitalist mahupun socialist.

kalau tanya pada orang yang semangat Islam semata-mata tapi tak berilmu memanglah tak dapat jawapan. Kena tanya pada ahlinya.

_________________
[Takkan beribadat pun berdosa?]

عن سعيد بن المسيب أنه رأى رجلا يصلي بعد طلوع الفجر أكثر من ركعتين يكثر فيها الركوع والسجود فنهاه. فقال: يا أبا محمد! أيعذبني الله على الصلاة؟! قال: لا ولكن يعذبك على خلاف السنة.
روى البيهقي بسند صحيح

Dari Said bin Musayyib, ia melihat seorang lelaki menunaikan shalat setelah terbit fajar lebih dari dua rakaat, ia memanjangkan rukuk dan sujudnya. Akhirnya Said bin Musayyib pun melarangnya. Orang itu berkata: “Wahai Abu Muhammad, apakah Allah akan menyiksaku karena shalat? “Beliau menjawab: "Tidak, tetapi Allah akan menyiksamu karena menyelisihi As-Sunnah”.

[ Hadits sahih riwayat Baihaqi dalam "As Sunan Al Kubra" II/466, Khatib Al Baghdadi dalam "Al Faqih wal mutafaqqih" I/147, Ad Darimi I/116].

zikrulmaut_sm
AHLI
AHLI

Posts : 513
Points : 765
Join date : 25/11/2011

http://facebook.com/syazwanmisran

Back to top Go down

Re: Adakah sosialisme menepati islam?

Post by thtl on Sun Mar 09, 2014 9:09 am

doc,
1. Doc kena yakin Islam ni bukan ideologi tapi agama semitic atau revelation, revealed system.
2. Islam sudah lengkap, maksudnya model dan prinsip apa jua system sudah ada kerangka dan sudah dilaksanakan dgn jayanya di zaman keemasan Islam. Bila tamaddun islam lingkup pada tanggal 3 Mac 1924, bukan maknanya sistem2 dan teori Islam sudah berkubur, ia masih ada dalam kitab2 yg amat banyak, mostly in arabic, of course.
3. sistem2 Islam yg hilang di dunia tu bukan maksudnya dia tak ada, cuma ia ditinggalkan oleh umatnya, contohnya Islamic legal system, islamic laws and islamic economy, monotary, banking and finance, semua ada, tapi ujud dalam kitab2...ada 10 container punya kitab banyaknya.
4. Bila sistem Islam itu ditinggalkan oleh umat islam, maka ia dormant atau fiqhnya terhenti, maksudnya kalau kita tak pakai, maka sudah tentu dinamisma fiqhnya turut terhenti.

5. Sistem2 Islam tidak boleh berjalan dalam bentuk piece-meal, maksudnya kita ambil model ekonomi Islam dan kita nak laksanakan dalam sebuah negara sekuler. tak boleh camtu.

6. Kalau nak laksanaka Islamic economy model (yg mmg ujud dalam banyak kitab), ia memerlukan dasar masyarakat negara itu juga Islamic walaupun tak 100%, yang penting perlembagaan negara tu dgn jelas menyatakan ia menjadikan AQ & AS sbg perlembagaan utama negara. state of readiness tu kena ada dulu.

7. Kalau kita persoalkan dimanakah model ekonomi Islam, model politik Islam, model perbankan islam? itu petanda kita belum masuk lagi dalam agama Islam secara kaffah.
Sebab itu Allah seru kita:
AQS 2:208 [Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu]

kita tak boleh meninjau dari jauh, Islam ni ada ke sistem ekonomi, adakah model kewangan, sistem politik...
Jawapannya ada...cuma dah lama ditinggalkan oleh manusia. sejak 1924.

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: Adakah sosialisme menepati islam?

Post by thtl on Sun Mar 09, 2014 9:17 am

Model Ekonomi Islam menjawab tiga isu besar yg menjadi polemik Kapitalis dan Sosialis:

1. Bagaimana cara memperoleh kepemilikan harta kekayaan (al-milkiyah)?
2. bagaimana pengelolaan kepemilikan harta kekayaan yang telah dimiliki (tasharruf fil milkiyah)?
3. bagaimana cara edaran kekayaan tersebut di tengah-tengah masyarakat (tauzi'ul tsarwah bayna an-naas)?

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: Adakah sosialisme menepati islam?

Post by thtl on Sun Mar 09, 2014 9:27 am

Cuma saya takleh nak bentangkan Model Ekonomi Islam kerana ka sini cuma Forum ringan dan saya pulak bekerja di luar negara, maka mintak maaf bebanyak saya tak dapat nak jawab dgn detail kerana kesuntukan masa dan ruang. Cuma saya nak kasi Doc keyakinan bahawa Islam ada semua jawapan kpd masalah ekonomi manusia, perumahan dan kenaikan kos barangan, cuma ia tidak boleh dilaksanakan secara sebahagian-sebahagian sebab nature atau tabiat Islam dia mesti datang sbg satu pakej bermula dgn pakej Aqeedah dulu...dia juga memerlukan asas masyarakat yg solid, yakni rakyat yg beriman dan dipandu oleh barisan ahli politik negara yg juga beriman dan bertaqwa. Kalau doc bawa pakej ekonomi Islam dalam sekarang, hancurlaa..sebab kerangka politik Malaysia masih kabur. Riba itu duri dalam sistem ekonomi...maka jika Bank Negara Malaysia pun masih ribawiyah, KWSP pun masih ribawiyah, maka camna islamic model nak masyuk

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: Adakah sosialisme menepati islam?

Post by seijiseimura84 on Sun Mar 09, 2014 2:10 pm

zikrulmaut_sm wrote:dr. seiji pergi la hadiri dulu kuliah perbandingan antara ekonomi Islam, ekonomi capitalist dengan economy socialist. saya dah pergi dah. Islam dah ada system sendiri. tak payah capitalist mahupun socialist.

kalau tanya pada orang yang semangat Islam semata-mata tapi tak berilmu memanglah tak dapat jawapan. Kena tanya pada ahlinya.
owh....boleh share...tak tahu pula ada seminar mcm ni

seijiseimura84
AHLI
AHLI

Posts : 472
Points : 779
Join date : 27/11/2011

Back to top Go down

Re: Adakah sosialisme menepati islam?

Post by zikrulmaut_sm on Sun Mar 09, 2014 3:21 pm

seijiseimura84 wrote:
owh....boleh share...tak tahu pula ada seminar mcm ni

dr. seiji, seminar tu agak luas perbincangannya. saya sependapat dengan syaikh THTL:

thtl wrote:Doc,
Ini tajuk Mega. tak boleh jawab dalam dua tiga ayat. mula2 kena bedah dulu, apa itu sosialisme..

seminar itu membedah dengan terperinci berkenaan capitalism, socialism, dan ekonomi Islam. dari segi prinsip dan tidak dilupakan juga, aspek sejarah.

saya nampak syaikh THTL juga ada berikan beberapa point dalam post kat atas tu.

_________________
[Takkan beribadat pun berdosa?]

عن سعيد بن المسيب أنه رأى رجلا يصلي بعد طلوع الفجر أكثر من ركعتين يكثر فيها الركوع والسجود فنهاه. فقال: يا أبا محمد! أيعذبني الله على الصلاة؟! قال: لا ولكن يعذبك على خلاف السنة.
روى البيهقي بسند صحيح

Dari Said bin Musayyib, ia melihat seorang lelaki menunaikan shalat setelah terbit fajar lebih dari dua rakaat, ia memanjangkan rukuk dan sujudnya. Akhirnya Said bin Musayyib pun melarangnya. Orang itu berkata: “Wahai Abu Muhammad, apakah Allah akan menyiksaku karena shalat? “Beliau menjawab: "Tidak, tetapi Allah akan menyiksamu karena menyelisihi As-Sunnah”.

[ Hadits sahih riwayat Baihaqi dalam "As Sunan Al Kubra" II/466, Khatib Al Baghdadi dalam "Al Faqih wal mutafaqqih" I/147, Ad Darimi I/116].

zikrulmaut_sm
AHLI
AHLI

Posts : 513
Points : 765
Join date : 25/11/2011

http://facebook.com/syazwanmisran

Back to top Go down

Re: Adakah sosialisme menepati islam?

Post by thtl on Mon Mar 10, 2014 9:33 pm

Saya terkjut bila Doc minat Sosialis. Yang sebenarnya sosialis ni ujud sama dgn UMNO dan PAS..Doc Google PRM(parti rakyat Malaysia) yg diasaskan oleh ahmad Boestamam..org kuat sosialis Malaysia ni antaranya Dr Syed Husin Ali, Dr kasim Ahmad, Kampo Radjoe...bahkan Mat Sabu, DS Anwar Ibrahim pun sosialis juga di era 70'an dgn peristiwa Baling.

Tapi PRM tidak diterima oleh orang Melayu..doc study dulu sejarah sosialis di Malaysia...google PRM

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: Adakah sosialisme menepati islam?

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum